Staycation Santai di HARRIS Sunshine Penang : Pengalaman Menginap yang Selesa & Berbaloi
ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️
Hai semua ! Yana kembali for another staycation review . Kali ini Yana menginap di HARRIS Sunshine Penang . Jom baca | Staycation Santai di HARRIS Sunshine Penang : Pengalaman Menginap yang Selesa & Berbaloi

Jika anda sedang mencari destinasi staycation di Penang yang menawarkan keselesaan , lokasi strategik dan kemudahan lengkap , HARRIS Hotel Sunshine Penang WAJIB berada dalam senarai pilihan anda .



Baru-baru ini , Yana berpeluang menikmati percutian singkat di hotel ini dan pengalaman yang Yana lalui memang cukup memuaskan .
Lokasi Strategik di Tengah Bandar Penang
Salah satu kelebihan utama HARRIS Hotel Sunshine Penang adalah lokasinya yang strategik . Hotel ini terletak bersebelahan dengan Sunshine Central Mall , menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang gemar membeli-belah , mencari makanan atau sekadar berjalan-jalan tanpa perlu memandu jauh .




Beberapa tarikan berhampiran termasuk :
- Gurney Plaza
- Gurney Paragon
- Bandar George Town
- Penang Botanic Gardens
- Penang Hill
Lokasi ini sangat sesuai sama ada untuk percutian keluarga , pasangan mahupun urusan kerja .
Bilik Moden & Sangat Selesa







Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik , Yana terus tertarik dengan reka bentuk moden dan suasana yang bersih . Katil yang empuk serta ruang bilik yang luas membuatkan pengalaman menginap menjadi lebih selesa .










Antara Kemudahan yang Disediakan :
- Wifi percuma
- Smart tv
- Peti keselamatan
- Kemudahan membuat kopi & teh
- Iron steam
- Hair dryer




Pemandangan bandar dari tingkap bilik juga menambah seri pengalaman staycation kami .
Kolam Renang & Kemudahan Hotel yang Menarik











Bagi mereka yang ingin berehat & bersantai , kolam renang hotel ini menjadi tarikan utama . Kawasan kolam yang bersih serta suasana yang tenang sesuai untuk seisi keluarga .
Selain itu , hotel turut menawarkan :
- Gimanasium lengkap
- Restoran dalam hotel
- Tempat letak kereta
- Playground
Kemudahan-kemudahan ini menjadikan pengalaman menginap lebih mudah dan menyenangkan .
Pilihan Sarapan yang Memuaskan






Sarapan pagi di HARRIS Hotel Sunshine Penang menawarkan pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa . Antara hidangan yang Yana cuba seperti buah-buahan segar , bihun sup , bubur dan pilihan minuman yang pelbagai .
Apa yang Yana suka tentang hotel ini ialah suasananya yang santai dan mesra keluarga . Pada masa yang sama , pasangan yang ingin menikmati percutian romantik juga pasti menghargai keselesaan dan ketenangan yang ditawarkan .
Sama ada anda ingin berehat selepas minggu yang sibuk atau sekadar mencari tempat untuk "healing" tanpa perlu pergi jauh , HARRIS Hotel Sunshine Penang adalah pilihan yang tepat .
Kelebihan Menginap di HARRIS Hotel Sunshine Penang
- Lokasi yang strategik bersebelahan pusat membeli-belah
- Bilik moden & selesa
- Kolam renang yang menarik
- Sarapan yang pelbagai
- Sesuai untuk keluarga & pasangan
- Harga yang berbaloi dengan kemudahan yang ditawarkan
Secara keseluruhannya , pengalaman staycation di HARRIS Hotel Sunshine Penang sangat memuaskan . Daripada lokasi yang strategik , bilik yang selesa sehinggalah kepada kemudahan yang lengkap .
Semuanya menjadikan percutian singkat ini satu pengalaman yang menyeronokkan .
Jika anda sedang merancang staycation di Penang , Yana sangat mengesyorkan HARRIS Hotel Sunshine Penang sebagai destinasi pilihan . Pastu anda akan pulang dengan kenangan yang indah & pengalaman yang berbaloi .
1 Comments
Bagus sangat ni strategik, senang nak jalan-jalan. Bilik hotel pun menarik luas, bersih dan selesa dengan ID yang modern. Comel pulak tengok dekorasi towel tu. Facilities pun lengkap.Menu pun banyak pilihan. Nice lah. Tapi kalau ke Penang mesti nak cari hotel view laut.
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^