BazaarRia 2026 di The Tamarra – Buffet By The Sea Yang Tenang & Meriah
ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️
Ramadan kali nie , Yana sempat ke BazaarRia 2026 di The Tamarra untuk sesi preview. First impression? Suasana dia memang cantik dan tenang.
Konsep glasshouse dengan latar belakang pemandangan laut tu memang bagi vibe lain macam. Kalau datang waktu hampir maghrib, cahaya matahari dengan lampu-lampu warm dekat dalam tu memang aesthetic sangat. Tempat duduk pun ada pilihan indoor dan outdoor, jadi boleh pilih ikut mood masing-masing.
Dari segi makanan, memang banyak pilihan. Antara yang jadi highlight untuk Yana ialah nasi kerabu dan nasi Arab lamb flap . Tahun nie juga ada tarikan terbaru, live cook fresh prawn. Udang dimasak panas-panas depan mata dan memang fresh !
Menu dia bukan sekadar lauk kampung biasa. Ada nasi uduk Jawa, ayam salai masak lemak, itik salai lemak cili api, gulai kawah, laksa Penang, pasta station, kambing golek, roti john wagyu dan macam-macam lagi. Stall pun tersusun ikut kategori, jadi senang nak explore tanpa rasa kelam-kabut.
Suasana malam pula lagi meriah dengan live band, tapi still selesa untuk borak-borak dengan family. Paling fun, ada cabutan bertuah setiap malam dengan 10 pemenang. Jadi bukan sekadar makan, tapi ada elemen surprise sikit.
Kemudahan pun lengkap , surau disediakan dan ruang pun mesra keluarga. Yana rasa tempat ni memang sesuai kalau nak buat iftar ramai-ramai, small celebration atau corporate dinner dalam suasana yang lebih eksklusif tapi santai.
Overall, BazaarRia ni bagi pengalaman berbuka yang bukan hanya tentang makanan, tapi juga suasana. Kalau anda jenis suka tempat yang cantik, view laut dan pilihan menu yang banyak, boleh masukkan dalam senarai Ramadan tahun nie .
Detail Buffet Ramadan 2026
📅 21 Februari – 19 Mac 2026
🕖 7.00 PM – 10.00 PM
(3–29 Ramadan 1447H)
💰 Harga Normal
- Dewasa: RM148 nett
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM88 nett
- Kanak-kanak (5–12 tahun): RM68 nett
🎉 Promo Pembukaan (21–23 Februari 2026)
- Opening Promo : RM98 nett
✨ Early Bird: RM128 nett
🎁 10 cabutan bertuah setiap hari
📍 Alamat:
36A, Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 George Town, Penang.
📞 Untuk tempahan:
+6011 1248 7582
+6010 560 0982





















0 Comments
Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^