US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
ASSALAMUALAIKUM WBT ♥️
Hai ! Yana kembali lagi dekat sini . Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua tentang pengalaman Yana ke US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang baru-baru ini . Jom baca |US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang ♥️
Sekarang ada pizza baru tau dekat US Pizza Malaysia iaitu Durian Coconut Pizza , sayangnya Yana tak makan durian so Yana pilih Salted Egg Pizza lah . Salted Egg Pizza pun sedap . Sesuai sangat bagi mereka yang suka makan telur masin , terasa betul dia punya salted egg .
Gambar kredit Facebook US Pizza |
Apa yang lebih menarik di US Pizza Malaysia yang terletak di Chulia Street Penang nie mereka ada Cheesy Volcano Burger ! Inilah salah satu sebab kenapa Yana ke US Pizza dekat Chulia Street hari tu .
Yana ada nampak dekat youtube cara mereka present Cheese Volcano Burger nie sangat rare tau . Teringin pula Yana nak experience sendiri . Oh ya ! Yana juga diberitahu buat masa nie , Cheese Volcano Burger hanya terdapat di US Pizza dekat Chulia Street sahaja . In shaa allah , lepas nie mungkin dekat branch lain pun akan ada juga .
Lagi satu , Yana juga diberitahu buat masa nie patty untuk Cheese Volcano burger ayam sahaja tak ada beef sebab senang untuk semua orang . Ya , as we know ada antara kita yang tak makan beef kan ? So , nak memudahkan kerja mereka hanya menyediakan patty ayam sahaja . Sedap pattu ayam dia , sebab isi ayam tu serius tebal dan tak muak yer . Rasa Cheese Volcano Burger nie lagi awesome dengan hadirnya lelehan cheese tu . Serius cakap , tak muak ya .
US Pizza Malaysia yang terletak dekat Chulia Street nie ada dua tingkat tapi hanya satu tingkat sahaja dibuka . Sekiranya anda sendiri pernah berkunjung ke sini pasti anda akan faham kenapa tingkat atas tak dibuka . Even Yana sendiri nak naik ke atas dengan tangan kosong pun terkial-kial nak naik apatah lagi kalau staf mereka nak bawa makanan ke atas . Tapi , anda jangan risau . Walaupun US Pizza dekat Chulia Street "comel" tapi still selesa . Staf mereka pun very helpful .
Okay , untuk minuman sudah menjadi kebiasaan Yana kalau ke US Pizza mesti nak order Vanilla Milk Shake dengan Chocolate Milk Shake . Yana suka both nie sebab rasa dia just nice dan tak terlalu manis . Nasib Yana agak baik hari tu sebab one of their staff offer Yana untuk cuba Verbana Mango .
Verbana Mango dia ala ala smoothie , sedap ! Rasa mangga tu memang pure and refreshing . So , kalau anda berkunjung ke US Pizza please try their Verbana Mango tu tau .
Well , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman Yana semasa di US Pizza Chulia Street Penang . Sebelum Yana lupa sekarang tengah ada promosi tau untuk setiap pembelian RM25 ke atas . Gunakan promo kod : PIZZA6 yer . For more info anda bolehlah rujuk maklumat di bawah :
US Pizza Chulia Street Penang
Facebook :
Instagram :
Facebook :
Alamat :
322, Chulia St, Georgetown, 12000 George Town, Penang
No telefon : 0164872752