Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

 Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

SHAH ALAM, 27 Jun, 2022 – Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.

HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.  

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?

Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.



“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. 

Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan. 

Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia. 

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. 


Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.”

Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.    

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari :

http://www.lamsoon.com.my/ 

Facebook : https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/antabax/

 Hidangan Sihat dan Sedap Puree Juice di Juru , Bukit Mertajam , Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Kali nie Yana kembali dengan episod makan-makan . Ke manakah Yana nak bawa anda semua hari nie ? Puree Juice , Juru , Bukit Mertajam , Penang ! Jom baca │Hidangan Sihat dan Sedap Puree Juice di Juru , Bukit Mertajam , Penang ♥ 


Okay , where to start ha ? Hm , kalau anda nak tahu Puree Juice nie dia terletak dekat kawasan perumahan . First timer kalau nak datang ke sini mungkin akan rasa pelik sebab kawasan dia agak private jauh dari jalanraya dan any attraction . Memang betul-betul dalam area perumahan . Even Yana sendiri pun pada awalnya ingat dah salah tempat . Nasib baiklah ada tulisan "Puree Juice" besar-besar dekat luar tu .


Puree Juice nie ada dua bahagian , 1st bahagian agak kecil sedikit but still selesa dan satu bahagian lagi agak luas . Instagram worthy . Pada sesiapa yang suka betul OOTD tu mesti suka sebab dekorasinya walaupun simple tapi cantik juga ya .










Makanan dekat Puree Juice dijamin 100% halal cuma masalahnya mereka tak dapat nak provide JAKIM certificate . Kenapa ? Okay , one of their staff ada cerita untuk mereka nak dapatkan sijil halal daripada JAKIM mereka kena ada sekurang-kurangnya 2 pekerja muslim . 


Too  bad , mereka hanya ada seorang sahaja staff yang beragama Islam dan itu agak menyukarkan pihak mereka untuk apply sijil halal daripada JAKIM . Yana diberitahu semua bekalan bahan mentah diambil daripada orang Islam which means pembekal yang sah halalnya . So no worries okay even though tak ada sijil sah halal JAKIM tapi semua makanan dekat sini pork free & alcohol free .

Obviously , Yana ke sini untuk review since makanan yang Yana makan tu bukan portion untuk seorang.  Tetapi Yana kalau makanan tu tak sedap or tak bagus I will never recommended it untuk public okay . Bila nampak Yana share dekat semua media  sosial Yana dan di blog Yana , maknanya makanan tu bagus dan Yana nak anda cuba sendiri .

Sekiranya anda nak order makanan anda hanya perlu scan QR Code yang ditampalkan dekat dinding . Menu mereka semuanya menu sihat jus pun 100% hanya buah-buahan asli tanpa perwarna , perasa dan apa-apa bahan yang tak sihat .


Well , Yana disajikan dengan dua hidangan pasta , dua sandwich , satu hidangan salad dan satu hidangan western food . Manakala , untuk minuman Yana disajikan dengan dua jenis iaitu Smoothie Art dan frappe .

PASTA


Hidangan pasta Yana dah cuba dua menu dan yang pertama Seafood Tomyam Spaghetti . Saiz hidangannya agak besar boleh makan untuk 2 orang melainkan anda sejenis yang selera besar in shaa allah boleh habiskan satu pinggan hidangan Seafood Tomyam Spaghetti nie .

prawn, squids, scallop, thai tom yam sauce, broccoli, cauliflower, thai basil leaf, lettuce


fresh prawn , cooked with homemade creamy cream sauce , serve with mushrooms , broccoli , spaghetti , english pasley  

Tak boleh makan pedas-pedas dan masam ? Jangan risau anda boleh cuba hidangan seterusnya iaitu Seafood Carbonara Spaghetti . Yana rasa kanak-kanak pasti suka sebab rasanya tak pedas dan paling penting tak muak .

 Kebanyakkann spaghetti karbonara yang Yana pernah makan rasanya agak muak dan membuatkan Yana kurang gemar dengan spaghetti karbonara nie . Tapi di Puree Juice Seafood Spaghetti Carbonara nie just nice dan tak muak .

Sekiranya anda ada alahan dengan makanan laut jangan risau kerana ada lagi beberapa hidangan pasta tanpa makanan laut .

HEALTHY & SALAD BOWL

fried popcorn chicken , quinoa , salad green , red cabbage , cucumber , corn , egg , carrot , cherry tomato , olive oil with seasoning , almond slice

Okay for this one nama dia Manly . This is one of may favorite walaupun penuh dengan sayur tapi tetap enak ya . Sayur-sayuran dia memang segar dan berkualiti tau . Sebenarnya kan , terdapat pelbagai jenis lagi pilihan untuk hidangan salad nie dan anda tak perlu risau tak kena dengan tekak atau ada alergik sebab dekat bawah menu tu disediakan description untuk setiap hidangan .

WESTERN FOOD


chiaseed wrap , chicken fillet , lettuce . aussie carrot , tomato , mayonnaise

Yana dah kata banyak hidangan  yang Yana cuba hari tu , hidangan nie dalam dalam kategori western food nama dia Aussie Chicken Wrap with French Fries . Tengok saja hidangan simple macam nie tapi serius kenyang tau . 

HEALTHY TOAST


wholemeal bread , chicken fillet , red cabbage , lettuce , signature sauce

wholemeal bread  oliver tuna , cucumber , onion , lettuce , signature sauce

For those yang tak suka heavy meal anda boleh cuba healthy toast ada banyak pilihan juga tapi yang Yana dah cuba dua nie Thai Barbeque Chicken Toast dan Tuna Cucumber - Onion Toast . Both nie sedap isi tak kedekut tau banyak melimpah ruah hee . Fav Yana haruslah yang ada chicken fillet tu .


SMOOTHIES ART


Sekarang kita tengok minuman yang anda boleh dapat dekat Puree Juice . Dekat atas nie Smoothies Art . Cantik kan ? Tak puas mata memandang nak kacau pun sayang . Setiap smoothies nie hasil campuran beberapa jenis buah . Yana start dengan yang warna kuning tu dulu ya .

By the way , Yana dimaklumkan setiap smoothies art nie mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk disiapkan tau . Memang teliti hasil kerja mereka . Patut lah cantik-cantik semua .
  • Yellow Tropical - mango , banana , pineapple , orange 
  • Purple Berries - blueberry , raspberry , strawberry , yogurt , honey , milk
  • Pink Blossom - raspberry , pineapple , apple , strawberry , banana , milk

FRAPPE


Frappe juga merupakan hasil beberapa campuran buah juga tau . Anda tak perlu risau ya sebab setiap hidangan frappe pun ada description dekat bawah tu .
  • Gold Crush 
  • Two Seasons
Sorry , Yana tak dapat nak stated kedua-dua frappe nie punya description sebab Yana lupa . Heheh . Anda boleh jer refer dengan staf mereka kalau nak tahu frappe nie campur dengan buah apa .

CHIASEED PUDDING

granola, chia seed, soya milk yogurt

Last but not least , Chiaseed Pudding . Chiaseed Pudding nie sedap tau Yana suka sangat !! Ada few buah juga dalam nie dan merupakan antara menu yang anda kena try kalau anda singgah ke Puree Juice . 

Well , sekian sahaja daripada Yana . Yana memang highly recommended anda sendiri cuba semua makanan dekat sini serius banyak sangat pilihan makanan boleh rambang mata tau .

Pada mereka yang suka ambil gambar sebelum makan tu sinilah tempat yang tepat kerana setiap hidangan tu dia punya presentation sangat superb dan anda tak perlu nak letak effort lebih untuk snap gambar . Mereka seakan memahami eh sebab tu makanan dekat sini almost semua cantik-cantik .


Bagi Yana sebelum rasa , presentation makanan memainkan peranan penting sebab bila kita tengok makanan tu well prepared , cantik, menarik terus kita excited nak try kan ? Hee . Dekat bawah nie Yana sediakan beberapa info mengenai Puree Juice untuk rujukan anda .

Isnin - Ahad (buka 7 hari)
Hari Biasa : 10am - 10pm (7pm Last Call)
Hujung Minggu : 11am - 8pm (6pm Last Call)

Puree Juice Juru
+60 18-787 1788
https://maps.google.com/?cid=2087247088640418069&entry=gps

Menu
https://www.foodbooking.com/api/fb/_j5_wpy

Facebook : https://www.facebook.com/PureeJuice.co/

Instagram : https://instagram.com/pureejuice.co?igshid=YmMyMTA2M2Y=

 Bagaimana Cara untuk Taksir Zakat

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! I'm  back . Okay hari nie kita takmau sembang mengenai makanan , make up , tempat menarik and sort of . Jom kita bincangkan serba sedikit mengenai zakat ? Anda dah khatam ke semua informasi mengenai zakat ? Tahu tak macam mana nak taksir zakat ? Haa , kalau belum tahu jom baca │Bagaimana Cara untuk Taksir Zakat ♥


Sebelum Yana kupaskan dengan lebih lanjut mengenai zakat , terlebih dahulu Yana nak brief apa itu zakat . 

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَÙƒَÙ‰ ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

(info kredit : Zakat Selangor)

Kita sebagai umat Islam pasti sudah sedia maklum akan apa hukum zakat . Zakat merupakan Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syarat wajibnya . Sekiranya seseorang muslim itu mengingkari kefardhuan zakat ia boleh mengakibatkan murtad . Lain pula bagi individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar .

Cara-Cara Taksir Zakat

Apa itu taksir zakat ? Taksir zakat adalah setiap individu perlu mengemukakan maklumat pendapatan masing-masing bagi tujuan taksiran zakat . Objektif Bulan Taksir Zakat diwujudkan adalah untuk ;
  • mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat
  • untuk memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat
  • membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat pada setiap tahun
  • menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan adalah lebih tepat
Kita dah memang sedia maklum dengan Zakat Fitrah , tapi tahukah kita apa itu Zakat Harta ? Okay , dekat bawah nie Yana senaraikan beberapa jenis Zakat Harta yang perlu anda semua tahu .

- Zakat Saham & Pelaburan
- Zakat Perniagaan 
- Zakat KWSP
- Zakat Simpanan

By the way Yana nak tanya , anda tahu tak yang sekarang Zakat Selangor dah ada aplikasi mereka sendiri ? Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut mengenai zakat ataupun nak menunaikan zakat dengan lebih mudah apa kata anda muat turun aplikasi "zakatselangor" di Playstore for android user IOS sorry Yana tak tahu anda muat turun most aplikasi dekat mana . Hehe . Maklumlah , lahir-lahir mampu pakai android jer . 


Okay , back to our topik . Aplikasi "zakatselangor" membolehkan anda untuk semak permohonan , membuat bayaran zakat , menyemak rekod dan lain-lain dengan hanya menggunakan aplikasi sahaja . Jimat masa dan tenaga kan , apa orangg kata maklumat di hujung jari ? Begitulah konsep aplikasi "zakatselangor" nie .

Memandangkan tahun nie ramai antara kita yang dapat mengeluarkan duit KWSP jadi Yana nak cerita sikit mengenai Zakat KWSP .


" tunaikan zakat anda selepas pengeluaran KWSP " . Mengeluarkan zakat merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi menyempurnakan rukun Islam yang ketiga . Zakat KWSP nie dia ada 2 jenis satu sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) dan yang kedua setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)

  1. Sebelum Mencapai Umur 55 Tahun (pemilikan belum sempurna) : 2.5% daripada jumlah pengeluaran wang KWSP ialah jumlah WAJIB zakat . Jika jumlah dicampur di bawah nisab , maka hendaklah dicampur bersama dengan pendapatan yang lain .
  2. Setelah Mencapai Umur 55 Tahun (pemilikan sempurna) : 2.5% daripada keseluruhan wang KWSP wajib dizakatkan , cara kiraan mengikut kaedah kiraaan zakat wang simpanan . Tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan mereka yang masih lagi membuat caruman KWSP 
Sekiranya anda masih samar-samar mengenai cara taksiran Zakat KWSP boleh rujuk gambar dekat bawah .


Akhir sekali suka Yana nak kongsikan dengan anda semua . Sekarang Zakat Selangor sedang mengadakan kempen Jom Taksir Zakat Bersempena dengan Bulan Tkasir Zakat . Bermula pada 15 Jun sehingga 1 Julai 2022 . 


Cara untuk menyertai mudah sahaja anda hanya perlu imbas kod QR dekat gambar yang Yana attach tu . Step kedua , taksir zakat dan yang ketiga anda boleh tebus baucar . Anda juga berpeluang untuk memenangi pebagai hadiahh yang menarik seperti Yamaha Lagenda 115Z F1 , Nintendo Switch OLED , Smart Watch Garmin dan pelbagai lagi hadiah saguhati yang best-best !!

Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan anda boleh tengok gambar dekat bawah nie tau .


Okay sekian sahaja , jangan lupa untuk tunaikan zakat kerana ia merupakan salah satu tanggungawab kita sebagai umat Islam kepada saudara Islam kita yang lain ♥ Maklumat lanjut mengenai zakat anda boleh rujuk Zakat Selangor .



 Supercube Superbytes Bukan Sekadar Cube Tambah Tenaga Juga Sebagai Milk Booster

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai ! Anda tahu tak yang Supercube sekarang ada produk yang dinamakan Superbytes ? Sesuai dengan tagline mereka iaitu Bite Into A Healthy Life , kenapa Yana berkata demikian ? Jom baca |Supercube Superbytes Bukan Sekadar Cube Tambah Tenaga Juga Sebagai Milk Booster ♥️

 
1st thing 1st fokus utama Supercube Superbytes nie dia merupakan milk booster , sangat sesuai bagi ibu-ibu yang dekat luar sana yang tengah struggle untuk meningkatkan hasil susu badan mereka .



Yana difahamkan bahawa Supercube Superbytes nie ia mampu memberi tenaga kepada ibu yang sedang mengandung dan juga ibu yang sedang menyusu .



Sepertimana yang kita sedia maklum , kurma merupakan salah milk booster kan ? Jadi secara tak langsung dengan pengambilan Supercube Superbytes nie ia dapat membantu ibu-ibu yang sedang menyusu untuk meningkatkan hasil susu badan mereka kerana salah satu bahan yang terkandung dalam Supercube Superbytes nie ialah kurma & oat . In shaa allah ya .

Selain itu , ia juga berfungsi sebagai milk booster dan dapat melancarkan pengaliran susu badan . Rasanya juga sedap .

Supercube Superbytes nie 100% menggunakan hanya bahan semula jadi dak ia selamat untuk diambil oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak . Antara kandungan dalam Supercube Superbytes ialah ;

  • Kompaun Coklat Putih
  • Kismis
  • Kurma & Puri Kurma
  • Oat
  • Sirap
  • Malt Putih
Once Yana cuba Supercube Superbytes nie Yana dah fall in love sebab cukup dengan 3 ketul Superbytes nie ia dapat buatkan Yana terasa kenyang . Sejujurnya , Yana bukanlah a morning person .


Beberapa kali Yana akan skip breakfast just akan minum coffee sebab Yana tak sempat nak siapkan sarapan , dengan adanya Superbytes nie pagi Yana akan jadi lebih mudah sebab dah tak perlu susah-susah nak beli atau siapkan sarapan sebab lepas makan Superbytes nie Yana kenyang sampai tengah hari .

Lupa pula Yana nak bagitahu , Supercube Superbytes nie bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai meal replacement ia juga sesuai dijadikan kudap-kudap untuk minum petang bersama rakan ataupun keluarga anda .


Apa yang menarik mengenai produk ini bungkusannya sangat mesra pengguna . Mudah dibawa ke mana-mana sebab didatangkan dalam pek kecil yang boleh muat beg tangan kita . 

Selain sesuai untuk kita yang bekerja snek Superbytes nie juga sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak anda bawa ke sekolah . Tambahan pula , ia rendah kalori dan rendah Indeks Glisemik (GI) .


Review Yana : Yana sendiri dah cuba Supercube Superbytes nie , yer rasanya agak manis tapi manis yang acceptable . Rasa kurma dan kismis juga well blend ini membuatkan rasa Supercube Superbytes nie bertambah sedap .

Okay sekian sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai Supercube Superbytes dan beberapa khasiatnya kepada kita dan paling penting kepada ibu mengandung dan juga ibu yang sedang menyusu . Info lanjut anda boleh rujuk maklumat dekat bawah ;

SUPERCUBE’S SOCIAL MEDIAS

IG: https://instagram.com/supercube.hq

FB: https://m.facebook.com/supercube.hq

TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSdoxctrg/

Agent Website: https://agent.supercube.my

 Steakhouse paling Viral di Terengganu

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua ! Lama betul Yana menyepi dekat blog nie . Recently  Yana punya perkongsian more to beauty dan kesihatan . So , hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu tempat makan best dekat Terengganu . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Steakhouse paling Viral di Terengganu ♥

Sejujurnya Yana belum pernah sampai lagi dekat kedai yang dikatakan viral nie tapi Yana ada dengar cerita yang kedai nie steak best dan mereka juga menyediakan pelbagai jenis hidangan steak . Anda nak tahu nama kedai tu ? KBB Burger & Steak lah . Orang Terengganu mesti dah familiar kan dengan kedai nie ? 

KBB Burger & Steak nie ada dua cawangan satu dekat Kota Bharu Kelantan dan satu lagi dekat Kuala Terengganu , Terengganu . Taknak ke buka dekat Penang pula ? Hahah ! Yana nak kongsikan yang cawangan dekat Terengganu ya .

Well , dari mana eh Yana nak mulakan sebab ada banyak yang Yana nak share dengan anda mengenai KBB Burger  Steak nie . Walaupun Yana tak pernah sampai lagi tapi Yana ada buat research tau . Mana lah tahuada rezeki Yana ke Terengganu nanti bolehlah Yana sendiri singgah dan experience sendiri macam mana rasa makanan dekat situ especially steak yang orang kata padu sangat tu .

Lagi satu , Yana dengar kata KBB Burger & Steak merupakan tempat makanan western yang paling best . Harganya pula boleh dikatakan agak murah , masih mampu milik . Pendek kata berbaloilah harga makanan tu kalau bandingkan makanan yang anda bakal dapat tu .



Yana dengar cerita di KBB Burger & Steak mereka menyediakan pelbagai hidangan steak . Ada steak Angus , Wagyu dan Japanese Wagyu A5 . Wow ! Menu orang ada-ada nie . Hehe . Selain itu turut dijual di sini hidangan seperti burger , pasta , ribs dan lamb . Pasta ada beberapa pilihan seperti Bolognese , Carbonara , Aglio Olio & Mac & Cheese yang sememangnya familiar dengan tekak orang kita .


Yana just nak fokus kan dekat dua menu sahaja iaitu Steak dan Burger . Di KBB Burger & Steak ada pilihan potongan untuk steak anda boleh pilih sama ada nak bahagian seperti rib eye , sirloin , t-bone porterhouse . Di KBB Burger & Steak nie ada macam-macam jenis burger tau ! Dari burger ayam sampailah kambing . Yang buat lagi special ada burger wagyu ! Adoi , bilalah Yana dapat ke sana dan cuba sendiri menu-menu nie . Sambil menaip nie pun dah terliur . Hahah !

Lagi satu hidangan di KBB Burger & Steak yang Yana nak kongsikan dengan anda semua adalah Butter Aged Tomahawk . Tengok pada review-review customer di media sosial mereka  , Butter Aged Tomahawk nie memang menjadi pilihan . Fuh ! Bukan biasa-biasa nie . Harga pun boleh tahan tapi of course lah berbaloi kan ?


Apa yang menarik dekat KBB Burger & Steak ruang makan mereka ekslusif dan selesa . Seramai 80-100 orang boleh muat pada satu masa , yang paling style ada mural lembu wagyu . Bolehlah OOTD dekat situ kan ? Hehe . Di cawangan Terengganu dining area berkonsepkan outdoor dan indoor . Okay let say anda ingin hirup udara luar dan nak rasa yang lebih santai outdoor dining area is the best choice for you lagi-lagi kalau anda datang dengan keluarga yang besar sesuai sangatlah makan dekat luar santai-santai kan ? 

For those yang nak chill or mungkin nak ruangan yang sejuk boleh pilih dining area indoor . Serius Yana tak pernah sampai sini lagi but teringin sangat nak ke sana one fine day . Based on Yana punya observation ruang indoor nie selalunya sejuk so kalau anda nak suasana yang lebih tenang dan nak menikmati steak yang lazat tu dengan aman well you should go for indoor dining area then .



Okay Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua for more info anda boleh refer maklumat dekat bawah nie :

ALAMAT
KBB Burger & Steak Kota Bharu
No 2713 Jalan Kuala Krai
15150 Kota Bharu
Kelantan

No : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu)
Link Whatsapp : https://kbbdelivery.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Kuala Terengganu
Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu

No : 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu)
Link Whatsapp : https://kbbterengganu.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)

FACEBOOK :
https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak
(KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU)

https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu
(KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU)

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak

TIKTOK
https://vt.tiktok.com/ZSdKfrnDy/
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Punca Jerawat di Kening
  • LAZADA Online Shop yang Terbaik
  • US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
  • Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang
  • Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN SELERA NUSANTARA

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger