Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining

8 April 2022

 Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining 

Hai semua ! Sekian lama Yana takdak update apa-apa episod buffet now i'm back !! Okay kali nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa menghadiri majlis pembukaan The Tamarra by Irama Dining . Jom baca │Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining ♥


Memandangkan sekarang kita berada di bulan Ramadhan banyak hotel dan restoran yang mengambil peluang bersempena dengan bulan yang mulia ini untuk menganjurkan Buffet Ramadhan . The Tamarra by Irama Dining turut tidak  terkecuali . 

Bersempena dengan majlis pembukaan mereka , buffet Ramadhan yang berkonsepkan Senandung Rasa by The Sea turut diperkenalkan . Kenapa diberikan nama Senandung Rasa by The Sea ? Well , berdasarkan pemerhatian Yana by the sea tu mungkin diambil  oleh sebab kedudukan The Tamarra sendiri yang terletak di tepi pantai . 

Apa yang menarik  bagi Yana mengenai The Tamarra by Irama Dining lokasinya agak  strategik kerana terletak  betul-betul  tepi pantai . Para pengunjung boleh memilih sama  ada nak  duduk dekat luar atau  dalam . Bagi Yana duduk dekat luar lebih seronok sebab boleh layan angin pantai sambil menjamu  selera . Tapi , kalau hujan pandai-pandai lah fikir macam mana nak hidup  hehe .

Seperti kebiasaan buffet , Senandung Rasa by The Sea di The Tamarra by Irama Dining menyajikan pelbagai hidangan yang lazat .  Based on my observation , makanannya mostly Malay Cuisine . So  far , apa yang Yana makan  malam tu hampir kesemuanya sedap dan menepati citarasa Yana yang agak cerewet nie .











Setiap hidangan lauk-pauk yang disajikan cukup rasa pedas ,masin , manis dan masamnya everything just nice to me . Hidangan yang paling Yana suka ialah Asam Pedas Ikan Pari memang sedap puas hati Yana makan malam tu .





Selain makanan yang dihidangkan secarra buffet , pengunjung juga boleh menikmati beberapa hidangan lain yang disediakan di Live Cooking Station antara makanan yang terdapat di  Live Cooking Station adalah seperti ; kambing bakar , satay , gulai kawah , laksa , bihun sup , cendol dan mungkin beberapa lagi hidangan lain  .










Once Yana dah selesai dengan main menu Yana usha-usha pula hidangan pencuci mulut mereka . Boleh tahan banyak ya daripada kuih-muih tradisional hinggalah kek-kek modern yang cantik dan sedap .

Masa Yana 1st step melangkah masuk ke dalam The Tamarra Yana agak terpesona dengan hiasan dalamannya nampak sangat-sangat mewah manakala di bahagian luar sangat magnificent sebab berhadapan dengan pantai . Yana tak ingatlah boleh nampak sunset ke tidak sebab Yana agak sibuk hari tu . 

Sebelum Yana lupa sambil kita menikmati hidangan yang lazat kita turut didendangkan dengan nyanyian daripada band yang dijemput best sangat ! Bukan sahaja lagu-lagu melayu yang dinyanyikan mereka turut mendendangkan lagu  daripada beberapa bahasa yang lain .


Sekiranya anda berminat nak mengadakan majlis sama ada majlis perkahwinan , pertunangan atau apa-apa sahajalah The Tamarra by Irama Dining turut menyediakn perkhidmatan nie ya . Terdapat beberapa pelamin yang cantik dekat situ meja untuk makan beradab turut disediakan ya . Dekorasi dia sangat cantik . Yana difahamkan setiap event maksimum sehingga 100 orang .

Okay back to our main topic which is Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining . Harga untuk orang dewasa ialah RM98/nett untuk warga emas pula RM78/nett manakala untuk kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun diberikan potongan diskaun  sebanyak 50% . Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining bermula pada 7 April sehingga Mei 2022 . 


Sekarang mereka  tengah buat promosi beli 10 percuma 1 (valid untuk pembelian harga penuh dewasa sahaja) . Okay itu  sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua  . For more info ataupun untuk  tempahan anda boleh rujuk maklumat dekat bawah nie :

Facebook : The Tamarra by Irama Dining

Instagram : the_tamarra

Call / Whatsapp : 011-12487582 

Alamat :The Tamarra by Irama Dining , 36A Jalan Sultan Ahmad Shah , 10500 George Town , Penang
(bersebelahan dengan bangunan KWSP)

Post a Comment

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^