Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Sky Residence Prai

7 February 2022

 Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Sky Residence Prai

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua . Kita kembali bersiaran dekat Nota Lyana , episod kita pada kali ini ialah mengenai Pengalaman Yana semasa staycation dekat Sky Residence Prai . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Sky Residence Prai ♥


Okay , sebelum Yana bercerita mengenai pengalaman Yana semasa staycation di Sky Residence Prai terlebih dahulu Yana nak ceritakan serba sedikit mengenai Sky Residence Prai untuk rujukan anda semua .



Sky Residence Prai merupakan pangsapuri servis pertama di Bukit Mertajam , Pulau Pinang . Sky Residence Prai menawarkan hopitaliti yang bertaraf dunia kepada tetamu domestik dan antarabangsa . Sky Residence Prai terletak dalam jarak berjalan kaki ke Icon City serta Juru Sentral dan berdekatan dengan kebanyakkan perusahaan tempatan dan antarabangsa memberikan kemudahan akses rangkaian lebuh raya termasuk lebuh raya Utara Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim . Selain itu , perkhidmatan ulang-alik percuma di sekitar Bukit Mertajam juga disediakan untuk para tetamu .



 Sky Residence Prai menawarkan 168 unit kontemporari dari studio hingga pangsapuri dua bilik tidur . Pangsapuri serba lengkap ini mempunyai ruang dalaman yang moden , luas  dan selesa . Di Sky Residence Prai , tetamu akan mencapai gaya hidup yang seimbang dimana ia menyediakan ruang kediaman yang sesuai untuk bekerja dan berehat dalam menjalani rutin harian .




Tempat pengginapan ini juga menawarkan  pelbagai kemudahan tempat rekreasi bagi penghuni pangsapuri berehat dan menyegarkan diri seperti lounge , gazebo , kolam renang infiniti , jakuzi dan ruang bersenam di aras 8 dan 39 bagi penghuni pangsapuri .

Semasa pengginapan Yana di  sana Yana telah memilih studio memandangkan jumlah kami tidak begitu  ramai jadi Yana rasa studio sudah cukup selesa bagi kami semua . Walaupun hanyalah bilik jenis studio tapi ia agak luas dan selesa . Pelbagai kelengkapan disediakan seperti peti sejuk , dapur , alatan memasak , pinggan , kutleri dan pelbagai lagi . Sekiranya anda ada plan nak masak sendiri hanya perlu  bawa bahan-bahan memasak sahaja .




Studio Premier nie ada dua bahagian iaitu bahagian ruang tamu dan bilik tidur sekiranya anda perlukan privasi anda boleh tutup pintu yang membahagikan antara bahagian bilik dan juga ruang tamu . Tandas bagi Yana cantik dan bersih . Tandas bidet yer , walaupun Yana kurang gemar dengan tandas jenis nie tapi dekat Sky Residence Prai Yana rasa macam okay saja sebab bersih kan so tak ada lah nak rasa geli . Sabun , syampu juga turut disediakan di dalam tandas .






Tempat yang paling Yana suka dekat Sky Residence Prai nie semestinya dekat tingkat 39 dimana terletaknya kolam renang infiniti . Sambil berenang kita boleh layan view tau . Apa yang lebih menarik ialah kolam renang nie dibuka sehingga pukul 10.00 malam . Boleh lah sambil berenang kita layan view malam pula kan . Selain kolam renang infiniti turut disediakan jakuzi dan kolam renang untuk kanak-kanak . Just perfect tau kolam renang di Sky Residence Prai .





Bagi mereka yang tak mahu berenang atau berendam dalam kolam renang anda boleh ke gym yang terletak di  aras yang sama juga.  Sambil bersenam boleh layan view dari tingkat 39 . Sebelum Yana lupa dekat Sky Residence Prai juga ada Laundrette anda boleh basuh baju dan keringkan baju dekat sini . Yana rasa kalau tak salah macam kena bawa sabun sendiri kot . Token boleh dibeli dekat receptionist . 






Sekiranya anda telah book untuk  stay dekat sini pakej sarapan untuk dua orang turut disediakan . Makanan untuk sarapan pagi dihidangkan secara buffet . Sarapan pagi disediakan di bahagian lounge aras 8 . Di sini anda boleh menikmati sarapan sambil menikmati city view yang tak kurang cantiknya .

Berminat untuk bermalam di Sky Residence Prai ? Dekat sini Yana sertakan detail harga setiap bilik untuk satu malam :

Studio Premier : RM178.00 
Studio Premier Twin : RM178.00
Two Bed-Room Executive : RM308.00

Semasa proses check-in deposit sebanyak RM200 akan dikutip  dan akan diberikan semula semasa check out nanti .

Okay review Yana , Sky Residence Prai memanng highly recommended bagi mereka yang nak datang sama ada dengan keluarga mahupun dengan kawan-kawan  . Selain sesuai untuk business ia juga sesuai untuk leisure . Staycation Yana dekat sini memang best memandangkan pelvagai kemudahan disediakan tempat nak cari makan pun senang . Sebab berhadapan dengan Sky Residence Prai terdapat restoran Kyochon sesuailah bagi mereka yang menggemari makanan Korea .

Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan mengenai Sky Residence Prai , untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk maklumat di website Sky Residence Prai sebarang tempahan secara atas talian juga boleh dibuat di website tersebut ya .

6 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^