Kembali Dara dengan Jamu Ratu Emas

13 February 2022

Kembali Dara dengan Jamu Ratu Emas

Assalamualaikum WBT ❤️

Haii semua ! Okay hari nie Yana nak share mengenai satu produk jamu yang Yana tengah cuba sekarang . Berminat nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca | Kembali Dara dengan Jamu Ratu Emas .


Yana tahu mesti ada yang hairan atau pelik kenapa Yana yang belum kahwin nie beriya sangat nak makan jamu , untuk pengetahuan anda semua Jamu Ratu Emas nie sesuai diamalkan seawal usia 16 tahun dan ke atas ya . Maksudnya , walaupun belum kahwin kita boleh jer nak mengamalkan pengambilan jamu untuk kesihatan dalaman kita .

Jangan risau , sebab Jamu Ratu Emas nie telah lulus kesemua lab test , lulus KKM dan juga GMP dan ia juga Halal ya . (Under Pharmaceutical : MAL1611048TC)



Bagaimana Cara Pengambilan ?

Okay , dalam satu botol Jamu Ratu Emas nie terdapat 30 kapsul . Boleh diambil sebanyak dua biji pada setiap pagi selepas sarapan . Lagi satu Yana nak pesan , make sure anda minum air masak lebih ya dan kurangkan pengambilan gula dan kafein yang berlebihan . 

Jamu Ratu Emas juga bebas bahan-bahan terlarang atau berbahaya seperti hormon , pengawet , gluten , antibiotik dan bahan kimia . Antara ramuan yang tedapat dalam Jamu Ratu Emas adalah seperti ; Kacip Fatimah , Manjakani , Pokok Serapat dan Kunyit Hidup .

Apakah Kebaikkan Jamu Ratu Emas ?


Okay , dekat bawah nie Yana telah senaraikan beberapa kebaikkan Jamu Ratu Emas ;
- merapatkan / mengetatkan Miss V
- merawat masalah kegatalan pada bahagian Miss V
- menghilangkan bau busuk
- mengurangkan period pain / senggugut
- membaiki kitaran haid
- payudara lebih montok 
- punggung lebih anjal dan bulat
- awet muda

Walaubagaimanapun , semasa haid pengambilan Jamu Ratu Emas adalah tidak disarankan kerana semasa haid sistem penyerapan badan akan berkurangan dan lemah . Sekiranya anda consume khasiat Jamu Ratu Emas akan terbazir kerana ia hanya menyerap sebanyak 80% sahaja khasiat semasa haid .


Oh ya ! Sebelum Yana lupa , Jamu Ratu Emas juga tidak digalakkan untuk ibu mengandung demi kesihatan bayi ya . Bagi ibu-ibu yang sedang menyusu pula anda digalakkan ambil selepas bayi anda berusia dua bulan dan ke atas kerana Jamu Ratu Emas mampu mengecutkan sistem peranakan dan menambahka susu ibu .

Jika anda berminat untuk membuat pembelian ada good news sebab sekarang mereka tengah buat offer harga satu botol hanya RM80 sahaja manakala dua botol RM150 free postage . Harga asal Jamu Ratu Emas RM129 sebotol dan harga untuk dua botol RM258 . Apa yang best lagi anda akan dapat random free gift tau .


Okay , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan mengenai Jamu Ratu Emas . Dekat bawah nie Yana ada selitkan beberapa testimoni daripada pelanggan Jamu Ratu Emas . 

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk : 

⭐ Website : https://ratuemasbeauty.myshoppegram.com/
⭐ Shopee : https://shopee.com.my/rebeauty_official
⭐ Facebook : https://www.facebook.com/rebeautyhq
⭐ Instagram : https://www.instagram.com/rebeautyhq/?hl=en
⭐ Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSepv27LC/
⭐ Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCsjkip9ezJvbZfJvTVPFnFA

Pembelian boleh dibuat dekat sini :

PM / PEMBELIAN SECARA ONLINE :
⭐ Website : https://ratuemasbeauty.myshoppegram.com/
⭐ Whatsapp : http://www.wasap.my/60142397162/RatuEmasBeauty
⭐ Shopee : https://shopee.com.my/rebeauty_official

Read More

Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Sky Residence Prai

7 February 2022

 Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Sky Residence Prai

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua . Kita kembali bersiaran dekat Nota Lyana , episod kita pada kali ini ialah mengenai Pengalaman Yana semasa staycation dekat Sky Residence Prai . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Sky Residence Prai ♥


Okay , sebelum Yana bercerita mengenai pengalaman Yana semasa staycation di Sky Residence Prai terlebih dahulu Yana nak ceritakan serba sedikit mengenai Sky Residence Prai untuk rujukan anda semua .



Sky Residence Prai merupakan pangsapuri servis pertama di Bukit Mertajam , Pulau Pinang . Sky Residence Prai menawarkan hopitaliti yang bertaraf dunia kepada tetamu domestik dan antarabangsa . Sky Residence Prai terletak dalam jarak berjalan kaki ke Icon City serta Juru Sentral dan berdekatan dengan kebanyakkan perusahaan tempatan dan antarabangsa memberikan kemudahan akses rangkaian lebuh raya termasuk lebuh raya Utara Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim . Selain itu , perkhidmatan ulang-alik percuma di sekitar Bukit Mertajam juga disediakan untuk para tetamu .



 Sky Residence Prai menawarkan 168 unit kontemporari dari studio hingga pangsapuri dua bilik tidur . Pangsapuri serba lengkap ini mempunyai ruang dalaman yang moden , luas  dan selesa . Di Sky Residence Prai , tetamu akan mencapai gaya hidup yang seimbang dimana ia menyediakan ruang kediaman yang sesuai untuk bekerja dan berehat dalam menjalani rutin harian .




Tempat pengginapan ini juga menawarkan  pelbagai kemudahan tempat rekreasi bagi penghuni pangsapuri berehat dan menyegarkan diri seperti lounge , gazebo , kolam renang infiniti , jakuzi dan ruang bersenam di aras 8 dan 39 bagi penghuni pangsapuri .

Semasa pengginapan Yana di  sana Yana telah memilih studio memandangkan jumlah kami tidak begitu  ramai jadi Yana rasa studio sudah cukup selesa bagi kami semua . Walaupun hanyalah bilik jenis studio tapi ia agak luas dan selesa . Pelbagai kelengkapan disediakan seperti peti sejuk , dapur , alatan memasak , pinggan , kutleri dan pelbagai lagi . Sekiranya anda ada plan nak masak sendiri hanya perlu  bawa bahan-bahan memasak sahaja .




Studio Premier nie ada dua bahagian iaitu bahagian ruang tamu dan bilik tidur sekiranya anda perlukan privasi anda boleh tutup pintu yang membahagikan antara bahagian bilik dan juga ruang tamu . Tandas bagi Yana cantik dan bersih . Tandas bidet yer , walaupun Yana kurang gemar dengan tandas jenis nie tapi dekat Sky Residence Prai Yana rasa macam okay saja sebab bersih kan so tak ada lah nak rasa geli . Sabun , syampu juga turut disediakan di dalam tandas .






Tempat yang paling Yana suka dekat Sky Residence Prai nie semestinya dekat tingkat 39 dimana terletaknya kolam renang infiniti . Sambil berenang kita boleh layan view tau . Apa yang lebih menarik ialah kolam renang nie dibuka sehingga pukul 10.00 malam . Boleh lah sambil berenang kita layan view malam pula kan . Selain kolam renang infiniti turut disediakan jakuzi dan kolam renang untuk kanak-kanak . Just perfect tau kolam renang di Sky Residence Prai .





Bagi mereka yang tak mahu berenang atau berendam dalam kolam renang anda boleh ke gym yang terletak di  aras yang sama juga.  Sambil bersenam boleh layan view dari tingkat 39 . Sebelum Yana lupa dekat Sky Residence Prai juga ada Laundrette anda boleh basuh baju dan keringkan baju dekat sini . Yana rasa kalau tak salah macam kena bawa sabun sendiri kot . Token boleh dibeli dekat receptionist . 






Sekiranya anda telah book untuk  stay dekat sini pakej sarapan untuk dua orang turut disediakan . Makanan untuk sarapan pagi dihidangkan secara buffet . Sarapan pagi disediakan di bahagian lounge aras 8 . Di sini anda boleh menikmati sarapan sambil menikmati city view yang tak kurang cantiknya .

Berminat untuk bermalam di Sky Residence Prai ? Dekat sini Yana sertakan detail harga setiap bilik untuk satu malam :

Studio Premier : RM178.00 
Studio Premier Twin : RM178.00
Two Bed-Room Executive : RM308.00

Semasa proses check-in deposit sebanyak RM200 akan dikutip  dan akan diberikan semula semasa check out nanti .

Okay review Yana , Sky Residence Prai memanng highly recommended bagi mereka yang nak datang sama ada dengan keluarga mahupun dengan kawan-kawan  . Selain sesuai untuk business ia juga sesuai untuk leisure . Staycation Yana dekat sini memang best memandangkan pelvagai kemudahan disediakan tempat nak cari makan pun senang . Sebab berhadapan dengan Sky Residence Prai terdapat restoran Kyochon sesuailah bagi mereka yang menggemari makanan Korea .

Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan mengenai Sky Residence Prai , untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk maklumat di website Sky Residence Prai sebarang tempahan secara atas talian juga boleh dibuat di website tersebut ya .

Read More