Perjuangan RichWorks 2021 , Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit dari Pandemik

18 January 2022

 Perjuangan RichWorks 2021 , Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit dari Pandemik 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Perjuangan RichWorks 2021 , Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit dari Pandemik │Tahun 2021 negara kita menyaksikan pelbagai ujian . Tidak cukup dengan masalah pandemik yang belum lagi berakhir dengan sepenuhnya negara kita ditimpa pula dengan musibah banjir pada akhir Disember 2021 yang lalu dan ia secara tak langsung membuatkan rakyat rebah .


Alhamdulillah , Pulau Pinang tidak terkena dengan musibah banjir walau bagaimanapun Yana turut bersimpati dengan mereka yang terkesan dengan musibah banjir pada hujung tahun lepas . Bukan sediikit yang hilang dan musnah dan kebanyakkan daripada mereka harus memulakan semuanya dari bawah . 



Mujur RichWorks tampil untuk sama-sama membantu untuk meringankan beban peniaga yang terkesan dengan musibah banjir pada kali nie .

SIAPA ITU RICHWORKS ?

RichWorks  International Sdn Bhd merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan yang terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan . Sejak 2008 , RichWorks telah memilih lebih daripada 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acaara dan seminar live dan dalam talian (virtual online)


Pengasas RichWorks sendiri , Datuk Wira Dr Azizan Osaman bersama 1 ahli keluarganya juga pernah dijangkiti dengan virus Covid 19 . Apa yang lebih menyedihkan ibu mertuanya meninggal dunia kerana Covid 19 . Dr Azizan juga hampir maut apabila doktor mengatakan bahawa beliau sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif  selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan .

Alhamdulillah , keadaan beliau sudah semakin baik dan bagi Dr Azizan peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT akan digunakan dengan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama sekali bagi mereka yang berada di bawah bimbingannya .

#Kempen #RichWell yang digerakkan oleh Dr Azizan yang bermula pada Julai tahun lalu berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga . Tidak berhenti di situ , sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkaan daripada usahawan mereka dan RichWorks sendiri dalam tempoh masa 24 jam bagi mangsa banjir di Selamgor pada 18 Disember tahun lalu .


Ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke TarimYemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 bersempenan dengan Maulidur Rasul . Dalam pada itu , syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangunkan dan mengembangkan usahawan ke tahap yang lebih tinggi .

Okay dekat bawah nie Yana sertakan sekali video perjalanan RichWorks pada tahun 2021 . Semoga dengan video ini kita dapat melihat sebahagian daripada kejayaan yang telah berjay direkodkan oleh pasukan RichWorks pada tahun lepas .



Berminat nak sertai RichWorks ? Sekiranya anda berminat boleh klik link dekat SINI .

Okay , Yana itu sahaja yang Yana nak kongikan dengan anda semua mengenai RichWorks untuk info lanjut boleh ke laman web rasmi RichWorks . Haraapan Yana pada tahun 2022 nie semoga RichWorks semakin maju jaya dan dapat membantu lebih ramai lagi golongan usahawan di negara kita ♥
Read More