REVIEW : Staycation di Lone Pine Hotel , Penang

21 November 2021

REVIEW : Staycation di Lone Pine Hotel , Penang

Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana Hai masa staycation di Lone Pine Hotel yang terletak di Batu Ferringhi , Pulau Pinang .Nak tahu apa yang menarik dengan episod staycation Yana pada kali nie ? Jom baca | REVIEW : Staycation di Lone Pine Hotel , Penang .

Staycation Yana nie cerita dia bulan lepas kalau tak silap Yana memang dah lama sangat pun baru hari nie Yana berkesempatan nak berkongsi cerita dengan anda semua . Lone Pine Hotel nie merupakan salah satu hotel lima bintang yang terdapat di Pulau Pinang kalau anda semua nak tahu . Bila cakap mengenai hotel yang bertaraf lima bintang nie tahu-tahu saja lah harga dia kan ?

Yana memang dah lama menyimpan hasrat nak mengginap dekat Lone Pine Hotel nie sebab bagi Yana Lone Pine Hotel nie lokasi dia strategik sebab berhadapan dengan pantai dan Yana suka Lone Pine Hotel dia nampak cantik ,mewah tapi simple .

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu Yana ternampak ads Lone Pine Hotel dekat Facebook sekiranya kita daftar sebagai member kita dapat book satu bilik dengan harga serendah RM300/nett termasuk dengan sarapan untuk dua orang . Siapa yang tak nak kan ? Laju jer Yana daftar sebagai ahli dah terus book satu bilik untuk satu malam . Jadilah , sekadar nak merasa bermalam di Lone Pine Hotel nie . 

Hari yang ditunggu pun dah tiba ,sebelum Yana nak check in Lone Pine Hotel nie Yana dan rakan Yana pada awalnya melakukan aktiviti hiking di Bukit Hijau . Selepas selesai hiking kami lunch , bersihkan diri dan kami anggarkan dalam pukul 3 petang kami nak terus ke hotel untuk check dan berehat sebab masing-masing dah penat selepas hiking tu memang kami tak ada rehat yang proper .

Kami berdua tiba di hotel lebih kurang pukul 3 petang macam tu . Yana pun terus ke lobi untuk proses check in . Yana agak terperanjat bila tengok keadaan lobi nampak usang dan kurang menarik staf pun ada saja masa tu . Yana expect lobi dia sangat-sangat indah ya sebab bagi Yana lobi tu merupakan 1st impression . Takpalah , kita lupakan bab lobi . So , Yana pun pergilah check in selepas semua selesai Yana diminta tunggu sebentar dan boleh dapatkan welcome drink dekat Bungalow .Apa yang Yana faham dengan istilah SEBENTAR mungkinlah dalam masa setengah jam sebab dia cakap bilik kami sedang dikemas . Okay ,Yana faham tu .

Kami berdua pun ke Bungalow ambil welcome drink sambil chill-chill tengok pantai tengok orang mandi pool . Masa berlalu tanpa Yana sedari dah almost sejam kami menunggu dan masih belum ada apa-apa update mengenai status bilik kami . Yana husnudzon saja takpalah kita lepak dulu nanti dia panggil lah kot . Masuk dua jam belum ada apa-apa lagi tanda yang kami dah boleh check in Yana terus ke lobi semula Yana bertanyakan status check in Yana dijawab oleh India perempuan masa Yana check in dengan India lelaki .Sekali lagi dia suruh Yana ke Bungalow untuk ambil welcome drink . Okay ,Yana dah start panas memang Yana sound dia jugalah dia pun boleh tahan membalas tapi dalam Bahasa Tamil dan Yana tak faham .

Beberapa minit lepas tu India lelaki tadi datang dan minta Yana tunggu lagi 10 minit . Okay , Yana tunggu lagi dan masa tu muka memang dah kelat . Kemudian dia datang dekat Yana dan serahkan kunci sambil memberitahu bilik Yana telah di upgrade daripada Deluxe Seafacing Room kepada Premier Room Seafacing harga 1k lebih tau kalau Yana check dekat Booking . Haha ! Sejuklah sikit hati Yana padahal Yana tak minta dan tak expect pun bilik akan di upgrade Yana just nak check in dan rest saja dalam nilik sebab Yana dah penat sangat masa tu .

Alhamdulillah , bilik sangat cantik , bersih dan luas ya . View paling best sebab menghadap laut . Ada balkoni ke beranda entah dekat dalam bilik . Toilet siap ada bath tub ,toilet sangat bersih ,luas dan wangi ya . Yana sangat berpuas hati dengan keadaan bilik yang Yana dapat tu .





Selepas selesai check in Yana dan rakan Yana berehat sebentar rebahkan badan untuk hilangka rasa penat hiking tadi . Pada pukul 6 lebih kami turun ke pantai kononnya nak mencari sunset tapi sayangnya cuaca kurang memuaskan sebab hujan renyai masa tu sunset pun tak nampak sangat . Kami just lepak dekat kawasan pantai tu sambil bergambar dekat nak maghrib kami keluar cari makanan untuk makan malam . Terdapat banyak juga gerai di hadapan hotel dekat dengan Petronas ya . Kami berdua bungkus nasi goreng udang dan burger untuk makan malam .

Aktiviti malam tak ada pun yang kami buat cuma lepak dalam bilik sambil menonton televisyen . Kemudahan yang disediakan memang lengkap . Ada pengering rambut , selipar , sabun ,syampu ,seterika ,iron board , chiller , pendek kata macam-macamlah . Boleh tengok gambar dekat bawah nie .







Keesokkan paginya , kami berdua bangun awal kononnya nak mencari sunrise pula . Malangnya tiada sunrise masa tu Yana pula terjun ke pool untuk swim-swim sekejap bagi lepas gian sebab lama gila Yana tak terjun pool . Swimming pool Lone Pine Hotel nie cantik tau dan bersih siap menghadap laut pula tu . Tapi , tak nampak laut sangat sebab lindung dengan pokok . Heheh .

Selesai berenang Yana ke bilik untuk tukar pakaian dan kami berdua ke Bungalow untuk sarapan . Staf-staf dekat sini sangat menjaga SOP ya . Kami kena tunggu giliran dipanggil untul ambil makanan . Makanan dihidangkan secara buffet dan banyak juga pilihannya . Apa yang paing best semua makanan sedap sangat memang puas hati dengan makanan dekat sini .

Selepas dah selesai bab sarapan kami berdua naik ke bilik nak kemas barang untuk check out . Apa yang boleh Yana kata dekat sini walaupun awal-awal tu agak tidak smooth tapi alhamdulillah yang lain-lain semua berjalan dengan lancar staycation kami pada kali nie sangat selesa dan Yana enjoyed every moment Yana dekat sini .

Staf Lone Pine Hotel semua baik-baik belaka dan banyak membantu bila Yana tanyakan arah pintu pagar untuk access ke pantai beliau siap bawakan kami berdua sampai ke depan pintu tu walaupun masa tu tengah hujan dan lagi satu staf yang tengah bersihkan pool sanggup stop sekejap kerja beliau dan bukakan pagar untuk kami access ke pantai awal pagi tu .Staf dekat kitchen dan juga India lelaki tu pun baik walaupun masa tu beliau pun penat but still layan Yana dengan baik .

Yana highly recommended Lone Pine Hotel nie bagi mereka yag ada plan na bercuti dekat Penang ataupun orang Penang sendiri yang ada plan nak mengginap dekat sini . Yana tidur lena sangat deat sini selalunya kalau Yana dekat hotel mana-mana Yana akan susah nak tidur lena berbeza pula dengan Lone Pine Hotel nie . If ada apa-apa soalan nak tanya boleh komen dekat bawah . Terima kasih Yana ucapkan kerana sudi membaca coretan Yana pada kali nie ❤️







Read More

TOP Sumbang Pek Prihatin Untuk Menaikkan Semangat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan dan Menggalakkan Vaksinasi Remaja

11 November 2021

 TOP Sumbang Pek Prihatin Untuk Menaikkan Semangat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan dan Menggalakkan Vaksinasi Remaja 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Malaysia kini berada pada fasa pemulihan dengan kadar vaksinasi dewasa melebihi 90% dan jangkitan baharu semakin berkurangan. Manakala golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun kini sedang menerima vaksin. Sektor perniagaan, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi juga akan mula dibuka semula. Di samping itu, pengembaraan domestik  semakin rancak dengan lebih banyak destinasi percutian dibuka kepada orang ramai. Harapan untuk pulih tidak pernah pudar; namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh petugas barisan hadapan Covid-19 Kementerian Kesihatan sungguhpun berhadapan dengan risiko jangkitan.



 

TOP berhasrat untuk mewujudkan satu kitaran murni untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha menentang penularan Covid-19, khususnya kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit, pemvaksin dan kakitangan NGO, pada masa sama turut memberi motivasi kepada masyarakat umum untuk mendaftar dan menerima vaksin.

 

Sehubungan itu, TOP telah menyumbang sebanyak 17,000 pek prihatin bahan pencuci pakaian Advanced Micro-Clean Tech kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit COVID-19, pemvaksin di 17 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dan kakitangan di enam Anjung Singgah iaitu pusat intervensi sosial untuk gelandangan.



Kira-kira 96,000 pek bahan pencuci pakaian TOP telah dan akan disumbangkan kepada individu yang telah divaksin, termasuk 6,000 pek yang diperuntukkan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang akan menerima dos pertama vaksin dengan nilai keseluruhan sumbangan melebihi RM424,000.

 


Kejayaan vaksinasi, khasnya di Lembah Klang, telah memperlihatkan penyusutan kadar pesakit kritikal di hospital, mengurangkan tekanan kepada petugas kesihatan. Kita perlu membentuk tabiat dan amalan-amalan yang bertanggungjawab untuk hidup bersama virus Covid-19. Jadikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi melindungi komuniti sekeliling dan memberikan kelapangan kepada petugas barisan hadapan setelah penat berjuang dari segi fizikal, mental dan emosi selama 19 bulan. Saya menyeru orang ramai untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri dengan lebih kerap terutamanya jika anda sering beriteraksi dengan orang ramai secara fizikal. Kami amat berbesar hati menerima sumbangan daripada Southern Lion dan TOP yang dilihat bertepatan pada masanya ini,” kata Menteri Kesihatan, Khairy.


 

TOP, jenama pencuci pakaian No 1 di Malaysia, dikilangkan oleh Southern Lion Sdn Bhd bagi pihak Lion Corporation of Japan.

 

Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, Kami menghargai segala pengorbanan dan keberanian yang ditunjukkan oleh petugas-petugas barisan hadapan, dan ingin menyampaikan rasa penghargaan tersebut menerusi hadiah berfungsi ini kerana TOP prihatin kepada anda. Pek prihatin bahan pencuci pakaian anti-virus TOP Advanced Micro-Clean Tech boleh bertahan selama lebih sebulan bagi sebuah keluarga dengan empat orang isi rumah. Kami telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare untuk mengagihkan serbuk bahan pencuci TOP kepada individu yang telah divaksinasi. Ini merupakan cara yang positif untuk menghargai mereka yang mengambil langkah bertanggungjawab bagi melindungi diri dan semua. Kami juga akan menjalin usaha sama dengan JKJAV untuk menghargai remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menerima vaksin mereka. Ini merupakan satu langkah yang besar bagi kami, namun syarikat kami percaya ia mampu membantu mereka yang menerimanya.



“Kami sedang bekerjasama dengan KPJ Healthcare dalam menyumbang serbuk pencuci TOP kepada individu yang hadir bagi mendapatkan vaksin mereka. Ia merupakan cara positif dalam menghargai mereka yang mengambil langkah untuk melindungi diri dan juga orang lain. Usaha ini merupakan satu inisiatif besar kepada kami, namun syarikat percaya bahawa ia amat bermanfaat,” jelas En Mabuchi dari Southern Lion.

 

Kakitangan di enam pusat transit bagi orang gelandangan, Anjung Singgah, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak juga merupakan golongan yang berisiko yang terdedah dengan virus COVID-19 kerana mereka juga merupakan barisan hadapan yang menyediakan khidmat kepada pelbagai golongan yang memerlukan.



“Kakitangan di pusat kami sentiasa berhubungan dengan mereka yang didapati positif COVID-19. Malah ada di antara mereka mengenali individu yang telah tewas melawan penyakit ini. Kami berdepan dengan risiko setiap hari, dan hanya dilindungi menerusi vaksin dan kepatuhan ketat SOP yang telah ditetapkan. Namun, kami tidak berhenti berkhidmat. Kami berasa amat gembira kerana TOP melihat, mengiktiraf serta menghargai usaha kami. Keberkesanan pencuci TOP menyingkirkan 99.9% virus, yang turut merangkumi virus COVID-19 dan Influenza A, adalah amat penting buat kami,” kata En Amir Rudin Abdul Rahman, Pegawai Operasi, Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara.

 

Mabuchi menambah, Kami berbangga kerana diberi peluang untuk memperkasakan rakyat Malaysia daripada peringkat komuniti untuk lebih peka dan prihatin menerusi inovasi TOP. Setiap kita memainkan peranan penting untuk mengambil langkah bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak, memakai pelitup muka, menyahkumah tangan dan mencuci pakaian menggunakan bahan pencuci yang terbukti menyingkirkan virus Covid-19. Dalam semangat #KitaJagaKita, kami bersama-sama anda dalam mendepani keadaan semasa yang mencabar.

 

TOP telah memperkenalkan Bebas Melangkah sebuah video muzik penghargaan yang menyerlahkan peranan dan sumbangan barisan hadapan, kakitangan pemvaksinan dan individu yang memilih untuk mendapatkan vaksin agar mereka kekal teguh dalam mendepani COVID-19 dan sentiasa positif dalam sama-sama berusaha mengatasi pandemik ini.

 

Lagu Ini  telah ditulis dan digubah oleh Amy Bong, dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Harris. Tontoni video muzik tersebut di  YouTube (https://youtu.be/eJG6oZZVk5c dan kongsikan sebagai tanda sokongan anda kepada petugas barisan hadapan kita.



Read More