Selesai Dos Pertama Vaksin untuk Mencegah Covid19

 Selesai Dos Pertama Vaksin untuk Mencegah Covid19

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Lama juga Yana menyepi eh , Yana ketandusan idea taktau nak share apa dengan hangpa semua dekat sini . Oh ya , memandangkan nie posting personal Yana . jadi , Yana gunakan kata ganti diri hangpa ya kali nie hangpa means anda . Jom baca │Selesai Dos Pertama Vaksin untuk Mencegah Covid19 ♥


Okay , 16 Julai 2021 merupakan tarikh Yana untuk divaksin Yana mula mendaftar seawal bulan Februari . To be honest , selepas Yana daftar tu Yana pernah cancel sebab masa tu ada beberapa kes orang yang divaksin meninggal dunia . Hahaha ! Silly me . Yela , siapa saja yang tak takut . Lama juga Yana biarkan status tu as cancelled dan Yana pilih untuk tak mahu divaksin .

Nak dijadikan cerita , Yana lagi cuak bila tengok kes makin menggila naik dari angka 3000 sampai sekarang dah pun mencecah 12000 . Tambahan pula , ada beberapa kes yang agak dekat dengan Yana . Macam dekat kawasan rumah Yana , dekat tempat kerja . Ini lagi menakutkan .

Yana putuskan untuk kemaskini Mysejahtera Yana dan kali nie Yana pilih untuk divaksin . Selepas Yana update tu Yana takdak lah follow up sangat , Yana guna aplikasi Mysejahtera untuk check in tempat Yana pergi saja . Mostly tempat yang Yana kunjungi buat masa nie hanyalah tempat kerja . Yana tak berani nak ke mana-mana tanpa sebab yang memerlukan Yana pergi . Bukan takut kena kompaun , Yana takut Yana ada percentage untuk dijangkiti sebab kita tak boleh nampak virus Covid19 nie .

Yana sering jugalah scroll-scroll feed dekat Facebook dan Instagram dan ramai juga kawan-kawan Yana yang telah divaksin . Yana pula rasa tak sabar nak juga divaksin . Hari-hari Yana check Mysejahtera untuk tengok update terkini status vaksin Yana . Takdak pun khabar gembira . Ada satu hari tu Yana share status dekat Whatsapp ada one of kawan Yana tegur "eh tu dah naik nombor IC tak lama lagi dapat lah tarikh nya" .

Masin juga mulut dia sebab selepas 3 hari macam tu terus Yana dapat SMS untuk check status terkini vaksin Yana . Eh dah ada tarikh which is on 16th July 2021 dekat Dewan Millenium Kepala Batas , dekat saja dengan rumah Yana .

Yana keluar awal sikit hari tu supaya Yana tak terlambat sampai sana . Sesampainya Yana dekat sana Yana agak lost sebab takdak tunjuk arah yang jelas dan masa Yana sampai tu takdak pula siapa-siapa yang baru sampai sama dengan Yana . Selamat ada petugas RELA yang jaga so Yana  tanya mereka saja .

Proses pendaftaran berjalan dengan lancar , Yana diminta tunjuk status dekat vaksin tu dan juga kad pengenalan . Nak cakap cepat tu ada jugalah part Yana kena menunggu sampai bosan . Orang ramai sama kot . Yana diberi penerangan sekiranya Yana mengalami apa-apa gejala selepas divaksin Yana kena segera rujuk hospital . Tiba masanya Yana divaksin , sebelum Yana dicucuk nurse yang bertugas tu cakap "saya cucuk sikit ya" . Yana tak tengok pun apa dia buat Yana just tengok depan saja .

Terasa lah kesan suntikan tu tapi tak sakit sakit lagi tangan yang tercucuk pin tudung sampai terkeluar kata-kata kesat ya . Haha ! Yana memakai cardigan dan tshirt mudah kerja nurse yang nak cucuk tu . Oh ya ! Lupa pula Yana , Yana dapat vaksin jenis Sinovac . Yana sebenarnya tak kisah pun vaksin jenis apa as long as Yana divaksin dah mencukupi .

So far , Yana takdak rasa apa-apa kesan pun just selepas divaksin tu lengan Yana sakit sikit normal lah lengan sakit selepas dicucuk . Alhamdulillah rezeki Yana sebab takdak rasa sakit masa dicucuk dan takdak apa-apa simptom tak best selepas divaksin . Agaknya vaksin Sinovac nie dah jadi BFF kot dengan sistem imunisasi badan Yana nie . Heheh .

Okay , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan . Pada mereka yang dah dapat tarikh tu jangan lupa bawa kad pengenalan , pen sendiri dan hand sanitizer ya . Pada yang belum dapat tarikh tu Yana harap tak lama lagi hangpa semua akan dapat tarikh dan dipermudahkan semua urusan hangpa semua ♥

1 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^