Mudah Saja Buat Blog Banner , Logo , Kad Nama dengan Menggunakan Aplikasi Canva

 Mudah Saja Buat Blog Banner , Logo , Kad Nama dengan Menggunakan Aplikasi Canva 

ASSALAMMUALAIKUM ❤️ 

Haiii semua ! Okay hari nie Yana nak buat entri santai-santai saja bukan nak share tutorial pun just nak kongsi hobi baru Yana dengan hangpa semua . Jom baca |Mudah Saja Buat Blog Banner , Logo , Kad Nama dengan Menggunakan Aplikasi Canva ❤️


Okay , baru-baru nie Yana tukar template blog nie . Yana nie sejenis manusia yang tak boleh nak stick dengan satu benda lama-lama .

Begitu jugalah kaedahnya dengan template blog padahal benda tu bukan free Yana bayar kot tapi entah lah dia tetap akan wujud rasa "ahh aku boringlah dengan look macam nie so aku nak tukaq" . Begitulah realiti seorang Lyana .

Before Yana nak tukar template Yana ada tanya pendapat few kawan-kawan dekat Facebook ada yang setuju ada yang melarang . Tapi , yang dilarang tu lah yang Yana suka buat .

Kerja-kerja menukar template memang Yana akan serahkan pada yang pakar sebab Yana tak berani nak ambil risiko tukar sendiri sebab Yana takda pengalaman . Jadi pasemboq menangis tak berlagu nanti . So , Yana mintak akak YB Shehan tolong tukarkan untuk Yana .

Template Yana kali nie Yana beli dengan ETSY . Alkisahnya ,Yana tengok Qaseh Dalia tukar baju blog dia sebab itu lah Yana pun teringin nak tukar sekali sebab comel jer Yana tengok blog Qaseh Dalia tu .

Konsep yang Yana nak ala-ala aesthatic hahaha ! Berkenan betul dengan tema macam nie . Memang rambang mata jugalah Yana pilih template . Kesian kak She lama tunggu Yana pilih selamat beliau penyabar orangnya . Selepas dah setel kak she pun mulalah kerja-kerja salin baju blog Yana nie .

Lepas tu header Kak She ada tolong buat . Tapi , Yana nie complicated Yana nak yang simple tapi tak terlalu simple meriah tapi tak crowded . Haa faham tak ? Selepas Yana try and error hasil gabungan aplikasi Canva dan Picsart maka terhasilnya header blog Yana yang dekat atas tu .

Bila dah rasa benda kita buat tu lawa dia mulalah datang confident sikit so kita try lah edit few header blogger kawan-kawan so dekat bawah nie beberapa hasil yang Yana cuba tadi .








Okay , back to our topic . Yana sebenarnya dari dulu suka edit header tapi hasil yang Yana dapat agak hampeh so end up Yana akan minta tolong dengan orang lain . 

Pada kali nie , Yana rasa why not Yana try lagi guna Canva nie pro punya so dia punya wording lebih banyak pilihan dan cantik-cantik .

Bila siap pilih template dekat Canva , Yana akan touch up sikit dengan beberapa sticker untuk nampak lebih berseri tapi ada sesetengah tu memang dah cantik tanpa perlu di touch up .

Andai kata lah kan Yana nak try earn some money dengan buat header agak-agak ada sambutan tak ? Haha ! Yana bukan pro tau setakat simple-simple tu bolehlah ❤️

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^