Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

 Pertama Kali Makan Buah Laici Segar Selepas 30 Tahun Hidup

ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️

Haiii ! Okay entri nie just entri personal Yana nak share pengalaman Yana makan buah laici fresh buat pertama kalinya selepas 30 tahun Yana bernafas . Haha ! Jom baca | Pertama Kali Makan Buah Laici Segar Selepas 30 Tahun Hidup ❤️


Okay , cerita dia macam nie . Pagi tadi selepas Yana siap update entri untuk blog Yana , sajalah Yana buat few blogwalking from list blog Yana tu . 

So , Yana jalan-jalan lah dekat blog Siti Yang Menaip .Yana tengok latest entri tu pasai buah laici segar bulat-bulat tengok warna merah . Yana pun tetiba jadi teringin padahal before this tak pernah terlintas pun nak makan buah laici segar .

Puas juga Yana cari buah laici nie dekat pekan Kepala Batas . Awal tu Yana cuba cari dekat Facebook kalau-kalau ada yang jual dan boleh COD sebab Yana malas nak keluar . Ternyata takda pula yang jual dekat Facebook mau takmau Yana kenalah juga keluar cari , dalam 3-4 kedai jugalah Yana singgah semua takda .

Yana dah mula give up ,masa on the way balik tu sajalah tengok dekat tingkap mana tahu ada rezeki kan . Alhamdulillah ! Ada orang jual tapi tak berapa nak fresh and besar lah . Bolehlah dari takda kan . Harga sekilo RM10 buah halus-halus saja dan ada yang lebam hitam . 

Rasa dia eh , erm okaylah maybe Yana punya kurang fresh so rasa dia macam so so jela bagi Yana . In shaa allah kalau asa rezeki jumpa buah laici yang lebih segar Yana nak try beli lagi .

Ini merupakan pertama kali tau Yana makan buah laici segar sepanjang hayat Yana bernyawa nie hahah ! Jakun pun ada , sebab tu Yana abadikan pengalaman Yana nie dekat sini . Oh ya ! Lupa pula Yana nak describe rasa dia . Rasa buah laici segar nie manis-manis masam . Yana prefer buah longan and mata kucing lagilah hehe .

Rumah Kacha Cafe Makanan Western Halal dan Sedap di Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Memandangkan hari nie Yana cuti dan Yana pun tak ada apa-apa aktiviti sangat yang Yana nak buat jadi tadi Yana korek-korek gambar lama Yana sebelum kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 . Yana terjumpa gambar masa Yana makan dekat Rumah Kacha dengan kawan Yana . Jom baca │Rumah Kacha Cafe Makanan Western Halal dan Sedap di Penang ♥


Hm , mungkin ada juga yang belum tahu dekat mana terletaknya Rumah Kacha nie . Rumah Kacha terletak dalam Hin Bus Depot , Yana yakin Hin Bus Depot nie bukan satu nama yang asing bagi mereka yang tinggal di Pulau Pinang . Sekiranya anda semua nak tahu , setiap hari kalau tak silap Yana ada Flea Market dibuka sampai petang . Sejak PKP nie mungkin mereka telah berhenti beroperasi buat sementara waktu .

Okay , back to our main topic Rumah Kacha . Gambar dekat atas tu merupakan ruangan luar Rumah Kacha reka bentuk sangat cantik dan eksklusif bagi Yana sesuai sangat bagi mereka yang suka cafe hunting dan ber OOTD pada masa yang sama .


Okay macam nie lah rupa dekat dalam Hin Bus Depot ada beberapa spot yang sering menjadi tumpuan warga Penang dan pelancong lain untuk OOTD dekat sini . Nak lebih senang Yana selalu akan membuat carian menerusi hashtag dekat instagram contoh #hinbusdepot maka akan muncul lah beberapa gambar OOTD mereka yang telah datang ke sini .

Sebenarnya Yana dah dua kali kalau tak silap ke Rumah Kacha nie pertama kali Yana datang dengan bekas colleague Yana masa tu kami just snacking menu pilihan kami ialah Hot Chicken Wings dan minuman yang menjadi piilihan Yana Ice Peach Tea .


Kepak ayam nie tak ada lah terlalu kecil saiz just nice bagi Yana terdapat 5 ketul dalam set nie dihidangkan dengan sos cili home made Yana tak sure lah sos cili or  what sebab Yana makan nie pun dah lama sampai Yana hilang ingatan sudah nie sos apa yang pasti bukan sos tomato lah . Rasa kepak ayam tu walaupun tanpa sos pun dah cukup sedap tambahan pula makan masa panas-panas memang awesome ! 

Ice Peach Tea tu sangat refreshing dan buah peach dalam tu rasa macam fresh juga . Yana punya favourite teh memang Peach Tea kalau Yana ke mana-mana cafe yang ada Peach Tea memang Yana akan order minuman nie unless lah masa tu mood Yana nak try minuman lain baru Yana akan order minuman lain .


Pada kunjungan buat kali kedua di  Rumah Kacha Yana dan kawan Yana telah memilih menu di atas . Padahal niat kami ke sini pada masa tu nak cuba Sticky-Thai Glazed Chicken Wings . Tapi , hajat kami berdua tidak kesampaian sebab menu tu dah sold-out so another choice kami pilih Grilled Cheese Toasted dan Grilled Chicken Salad . Manakala minuman Strawberry Fizz bagi Yana dan Orange Juice kawan Yana punya .




Minuman tak ada apa sangat yang Yana nak ulaskan . Haha ! Just Strawberry Fizz tu tak kena dengan tekak Yana , Yana prefer minum Ice Peach Tea lagi manakala Orang Juice standard Orange Juice lah rasa dia .


Grilled Chicken Salad nie memang meriah dengan sayur-sayuran ya . Bahagian ayam pun Yana rasa chicken breast sahaja ada dalam hidangan nie . Memang salah satu hidangan yang sihat dan sedap bagi Yana sebab Yana memang suka makan salad . So , untuk hidangan nie Yana bagi 4 bintang out of  5 sebab bagi 5 bintang nanti nampak macam perfect sangat pula .


Grilled Cheese Toasted nie sejujurnya bagi Yana rasa dia biasa saja . Tapi bolehlah sekali sekala teringin nak makan Yana akan repeat hidangan nie . Erm , untuk hidangan nie Yana bagi 3 bintang out of 5 . 

Okay , Yana rasa itu saja yang Yana nak kongsikan mengenai Rumah Kacha semua hidangan dekat sini adalah HALAL . Owner orang Melayu . So , anda boleh dine-in or take away makanan dekat sini tanpa was-was . 

Jika ditanya Yana nak lagi tak repeat makan dekat Rumah Kacha the answer is big YES ! Yana nak cuba banyak lagi menu dekat sana , Yana nak try mereka punya pasta , Sticky-Thai Glazed Chicken Wing juga . Makanan dekat sini boleh dikatakan 100% western . Bagi mereka yang nak cari makanan western HALAL dekat Penang Yana highly recommended anda cuba makan dekat Rumah Kacha .

untuk info lanjut anda boleh rujuk :

Facebook : Rumah Kacha

Instagram : rumahkacha

Alamat : Hin Bus Depot ,31a Jalan Gurdwara 10300 George Town Penang , Malaysia

No Telefon : 014-2485334


 Mudah Saja Buat Blog Banner , Logo , Kad Nama dengan Menggunakan Aplikasi Canva 

ASSALAMMUALAIKUM ❤️ 

Haiii semua ! Okay hari nie Yana nak buat entri santai-santai saja bukan nak share tutorial pun just nak kongsi hobi baru Yana dengan hangpa semua . Jom baca |Mudah Saja Buat Blog Banner , Logo , Kad Nama dengan Menggunakan Aplikasi Canva ❤️


Okay , baru-baru nie Yana tukar template blog nie . Yana nie sejenis manusia yang tak boleh nak stick dengan satu benda lama-lama .

Begitu jugalah kaedahnya dengan template blog padahal benda tu bukan free Yana bayar kot tapi entah lah dia tetap akan wujud rasa "ahh aku boringlah dengan look macam nie so aku nak tukaq" . Begitulah realiti seorang Lyana .

Before Yana nak tukar template Yana ada tanya pendapat few kawan-kawan dekat Facebook ada yang setuju ada yang melarang . Tapi , yang dilarang tu lah yang Yana suka buat .

Kerja-kerja menukar template memang Yana akan serahkan pada yang pakar sebab Yana tak berani nak ambil risiko tukar sendiri sebab Yana takda pengalaman . Jadi pasemboq menangis tak berlagu nanti . So , Yana mintak akak YB Shehan tolong tukarkan untuk Yana .

Template Yana kali nie Yana beli dengan ETSY . Alkisahnya ,Yana tengok Qaseh Dalia tukar baju blog dia sebab itu lah Yana pun teringin nak tukar sekali sebab comel jer Yana tengok blog Qaseh Dalia tu .

Konsep yang Yana nak ala-ala aesthatic hahaha ! Berkenan betul dengan tema macam nie . Memang rambang mata jugalah Yana pilih template . Kesian kak She lama tunggu Yana pilih selamat beliau penyabar orangnya . Selepas dah setel kak she pun mulalah kerja-kerja salin baju blog Yana nie .

Lepas tu header Kak She ada tolong buat . Tapi , Yana nie complicated Yana nak yang simple tapi tak terlalu simple meriah tapi tak crowded . Haa faham tak ? Selepas Yana try and error hasil gabungan aplikasi Canva dan Picsart maka terhasilnya header blog Yana yang dekat atas tu .

Bila dah rasa benda kita buat tu lawa dia mulalah datang confident sikit so kita try lah edit few header blogger kawan-kawan so dekat bawah nie beberapa hasil yang Yana cuba tadi .








Okay , back to our topic . Yana sebenarnya dari dulu suka edit header tapi hasil yang Yana dapat agak hampeh so end up Yana akan minta tolong dengan orang lain . 

Pada kali nie , Yana rasa why not Yana try lagi guna Canva nie pro punya so dia punya wording lebih banyak pilihan dan cantik-cantik .

Bila siap pilih template dekat Canva , Yana akan touch up sikit dengan beberapa sticker untuk nampak lebih berseri tapi ada sesetengah tu memang dah cantik tanpa perlu di touch up .

Andai kata lah kan Yana nak try earn some money dengan buat header agak-agak ada sambutan tak ? Haha ! Yana bukan pro tau setakat simple-simple tu bolehlah ❤️

 Sambal Pedas Berdesing Tiga Budak Gemok , Bayan Lepas Penang Memang Padu

ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️

Haiii semua ! Cuti-cuti nie since tak boleh nak ke mana pun tiba-tiba beberapa perkara yang Yana buat sebelum bulan Ramadan dan sebelum kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Teringat pula Yana akan sambal pedas berdesing di Tiga Budak Gemok Bayan Lepas Penang . Jom baca|Sambal Pedas Berdesing Tiga Budak Gemok , Bayan Lepas Penang Memang Padu ❤️


Tiga Budak Gemok cawangan Bayan Lepas nie terletak betul-betul depan shopping mall quite terkenal dekat Penang iaitu Queens Bay Mall . Jalan kaki dari mall pun boleh sampai ke Tiga Budak Gemok nie yela Penang nie terkenal dengan susah nak cari parking so Yana dengan kawan Yana decide nak jalan kaki saja ke Tiga Budak Gemok tu .

Yana sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat sini sebab sebelum-sebelum nie Yana tengok banyak orang KL selalu lepak makan dekat sini nampak macam sedap jer menu dia teringin Yana nak try .

Sebab tu bila Tiga Budak Gemok nie dah "mendarat" dekat Penang , Yana takmau lepaskan peluang yang dah lama Yana tunggu nie .

Yana difahamkan antara signature menu dekat sini adalah ayam masak kicap dan daging masak kicap dia . Yana pun order kedua-dua set tu sebab Yana nak rasa kedua-dua menu sekali . Takdalah Yana makan semua Yana tukar-tukar lah dengan kawan Yana tu . Selain itu , kami order juga masak lemak siput sedut . Masak lemak tu memang favourite Yana tapi siput sedut tu Yana jarang pula makan .


Menu dekat atas nie Ayam Masak Kicap + Telur . Seperti mana yang anda nampak dalam set nie ada hirisan timun , telur mata , tempe , ayam masak kicap dan semestinya sambal pedas berdesing yang menjadi signature dekat sini .

Ini merupakan pertama kali ya Yana makan sambal pedas macam nie dia pedas tapi sedap buat kita nak lagi dan lagi . Yana nasihatkan buat mereka yang tak tahan pedas macam Yana order minuman dua gelas siap-siap dan elakkan ambil minuman yang bersusu kalau takmau rasa muak .

Well , untuk hidangan nie Yana bagi 4 bintang out of 5 ❤️


Seterusnya adalah set Daging Masak Kicap + Telur . Sama juga dihidangkan dengan dua ketul tempe , hirisan timun , telur mata ,daging masak kicap dan semestinya sambal pedas berdesing . Rasanya kedua-dua menu nie bagi Yana macam lebih kurang sama saja cuma bila makan lauk daging nie kurang sikit muak dia . Ayam yang Yana dapat tu bahagian dada besar jugalah bahagian yang Yana dapat tu .


Tadaaa ! Nie lah Masak Lemak Cili Api Siput Sedut . Pedas dia boleh tahan jugaklah . Yana makan siput sedut tu ada la dalam 5 ekor saja kot sebab Yana tak reti and segan nak sedut orang ramai kot bunyi pun kuat bila nak sedut benda alah nie . Yana decide , bila ada kesempatan lepas PKP dah tamat Yana nak repeat lagi makan dekat sini . 

Rasa masak lemak cili api siput sedut nie sedap sebenarnya cuma hari kejadian tu cuaca sangat panas makanan pun agak pedas Yana makan tak habis sebab Yana kenyang dengan air .


Last but not least , Mango Shake .. Yana suka pula dengan minuman cuma Yana advice better jangan minum sambil makan nasi tu takut muak . Tu bagi Yana lah orang lain Yana tak sure . Heheh . 

Okay lah , Yana rasa tu sajalah yang Yana nak kongsikan dekat sini . Tiga Budak Gemok nie Yana highly recommended sangat untuk anda yang suka makan pedas-pedas cuba makan dekat sini . Overall , menu makanan dekat sini memang kena dengan tekak Yana eventho pedas sikit . In shaa allah kalau ada rezeki Yana singgah lagi ❤️

Alamat : 
No.69 D-G, Persiaran Bayan Indah, Kampung Sungai Nibong, 11900, Pulau Pinang

 NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua orang ! Okay pagi nie Yana ternampak entri kak SitiYangMenaip buat giveaway NZ Souvenirs . Wah ! Macam menarik jer , macam mana nak join ? Jom baca │NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip♥



Kenapa Yana nak join giveaway kak SitiYangMenaip nie ? Dah tentu-tentulah Yana nak hadiah yang kak SitiYangMenaip  tu offer disamping dapat support each other . Syarat-syarat dia mudah saja tau . Ha boleh tengok dekat bawah nie :

Syarat-syarat :

  1. Follow blog SITIYANGMENAIP - WAJIB
  2. Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI - OPTIONAL
  3. Buat entry bertajuk 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
  4. Letak banner giveaway dan backlink pada entry INI
  5. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan comment entry INI sahaja
  6. Nyatakan sekali Youtube Channel korang supaya SYM boleh subscribe kembali #kitasupportkita

Category Dua | NZ Tote Bag & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang) atau
NZ Tshirt Size L & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang)

Syarat-syarat :

  1. Follow blog SITIYANGMENAIP - WAJIB
  2. Buat entry bertajuk 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
  3. Letak banner giveaway dan backlink pada entry INI
  4. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan comment entry INI sahaja
  5. Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI - OPTIONAL
  6. Nyatakan sekali Youtube Channel korang supaya SYM boleh subscribe kembali #kitasupportkita
  7. Tinggalkan SATU comment di mana-mana Video pilihan dalam senarai dibawah : WAJIB - tak ada Youtube Channel pun tak apa, boleh tinggalkan comment saja.

  • Bunga Matahari Di Taman Saujana Hijau Putrajaya
  • The Sheep Sanctuary Cameron Highlands
  • A Short Escape To Pulau Perhentian
  • Berkelah Di Ulu Licin Beruas
  • Entopia & Toy Museum Teluk Bahang Penang

Terdapat dua kategori , boleh rujuk dekat atas tu ya . Memandangkan Yana ada Youtube channel jadi Yana pun ambil keputusan untuk join Kategori 2 . So , for those yang tak ada apa-apa nak buat hari nie apa kata hangpa join NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip nie . Mana tahu ada rezeki untuk menang hadiah-hadiah menarik nie kan . Doakan Yana ada rezeki untuk menang tau . Hehe ♥


 Raya PKP 2021

ASSLAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua ! Hari nie 21 Mei 2021 bersamaan dengan 10 Syawal . Bagaimana syawal hangpa semua ? Okay ? Hm , kalau tanya Yana Syawal tahun nie lah yang paling suram . Jom baca │Raya PKP 2021 ♥



Okay untuk entri Yana pada kali nie izinkan Yana menulis dengan lebih santai Yana gunakan kata ganti diri "hangpa" refer to anda , awak , korang dan kata ganti diri yang sewaktu dengannya . Lidah Yana nie keras sikit , agak sukar untuk Yana train lidah nie untuk reti blend dengan dialek KL . Tak kisah lah kan , janji hangpa faham apa yang Yana nak cerita .

Yana mulakan entri Yana nie dengan soalan baju raya hangpa warna apa ? Yana merah jambu which is my favourite color  . Sebenarnya baju tu kalau hangpa nak tau Yana beli sehari sebelum raya kalau tak silap . Yela , dah tak boleh rentas daerah satu hal nak menziarahi sanak-saudara pun tak boleh . Alhamdulillah , untuk SOP pada kali nie Yana patuh pada arahan .

Pada awal Ramadhan hari tu Yana dah plan macam-macam tau untuk raya pada kali nie . Kuih raya pun Yana dah atur berapa jenis nak ada yela orang nak mengunjungi kita di hari raya haruslah kita sajikan dengan pelbagai  hidangan tu menurut pendapat Yana lah . Yana main kutu kuih raya dah dapat 5 jenis , campur beli dengan kawan ada lah dalam another 7-8 jenis hangpa tak rasa meriah ? Alih-alih last minute diumumkan PKP , itu tak boleh ini tak boleh . Yana akur sebab semua nie demi kebaikkan kita bersama .

Yana ingat lagi raya-raya sebelum kita dilanda virus Covid 19 nie Yana selalu yang cakap yang raya sekarang nie tak best macam dulu masa  Yana kecil-kecil dulu masa arwah wan dan pah masih ada . Sekarang disebabkan rasa tak  bersyukur tu dah ditarik segala nikmat beraya seperti sebelum nie .

Berbalik dengan tajuk entri Yana Raya PKP 2021 , 1 Syawal Yana memang sangat hambar Yana banyak habiskan masa dengan layan cerita Rindu Awak Separuh Nyawa  sebab Yana marathon dari episod 1 sampai latest episod masa raya pertama tu lah .

Baju raya yang Yana beli tu pun Yana takda mood nak pakai . Tak silap Yana raya kedua baru Yana pakai tu pun sebab Yana nak OOTD . Yana gagahkan juga nak bersiap masa tu sebab fikir "kalau aku tak pakai nie means tahun nie aku takda gambar raya lah" . Dah bersiap  tercari-cari pula  nak OOTD dekat mana sebab Yana selalu OOTD mesti cari pantai jer .

Nak dijadikan cerita Yana teringat tempat yang Yana selalu stop  setiap kali Yana brisk walk tu boleh tahan cun juga . Yana pun ajak adik Yana bawak Yana ke sana dan dia jugalah yang merangkap jurugambar Yana pada hari tersebut . Salah satu hasilnya macam gambar di atas lah .

Well , Yana rasa tu sajalah kot yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai Raya PKP 2021 Yana . Hangpa punya raya macam mana ? Jom lah kita patuhi SOP  yang telah ditetapkan . Yana nak tanya hangpa nak berkorban sekarang dan peroleh kemenangan nanti ataupun hangpa nak selama-lamanya hidup dengan virus Covid nie ? Yana takmau wei , banyak plan Yana yang tergendala sebab virus nie .

Akhir kata daripada Yana Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Maafkan keterlanjuran Yana berbicara ataupun menulis . Yana hanyalah manusia biasa yang tak boleh lari daripada membuat kesilapan . Harap sudilah maafkan segala salah silap Yana sepanjang tempoh perkenalan kita . Ingat tau kita masih belum menang . jadi #KITAJAGAKITA ♥

 Kebaikkan Mengamalkan Incha Oil daripada Inchaway

Haii semua !! Okay hari nie Yana nak kongsikan satu produk yang sangat bagus untuk kita jaga kesihatan dalaman dan bagi mereka yang sedang merancang nak diet .. Sebelum tu Yana nak tanya , pernah tak dengar cerita mengenai Incha Oil ? Kalau belum , jom baca |Kebaikkan Mengamalkan Incha Oil daripada Inchaway ❤️


Hm , kalau anda semua nak tahu Sacha Inchi ialah Raja Omega .. Diiktiraf oleh dunia sebagai minyak terbaik di dunia dari sumber tumbuhan .. Sacha Inchi berasal daripada negara Peru juga dipanggil sebagai Sacha Peanut , Inca Peanut , Mountain Peanut dan juga Sacha Inchi .. Buahnya menghasilkan kekacang yang diproses menjadikannya minyak yang bernilai tinggi yang mengandungi Omega 3 , Omega 6 , Omega 9 , Vitamin A dan E secara tak langsung menjadikannya sumber antioksidan ..


Incha Oil (Sacha Incha Oil) mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi , ia dapat membantu dalam semua jenis masalah kesihatan yang timbul dari diet yang tidak seimbang pada zaman era moden ini .. Oleh kerana tubuh manusia tidak dapat menghasilkan asid lemak penting dengan sendirinya , asid lemak penting harus diserap melalui diet .. Oleh itu , Incha Oil adalah makanan tambahan yang sangat baik ..


Soal keselamatan anda tak perlu risau sebab ianya 100% organik dan telah lulus beberapa ujian makmal dan satu lagi hal yang penting yang anda semua perlu tahu ianya HALAL dan siap ada cop sijil HALAL lagi dekat belakang kotak .. Jadi , anda boleh consume tanpa was-was ..



Cara pengambilan satu sachet setiap hari setiap satu sachet nie mengandungi 3ml Incha Oil .. Digalakkan ambil selepas sarapan pagi okay ..


Okay macam nie lah rupa Incha Oil tu .. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai  Incha Oil boleh rujuk gambar di bawah yer..

Yana rasa itu sahaja informasi yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai Incha Oil daripada Inchaway , untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk 


Website : https://inchaway.my/en/home/

Facebook : https://www.facebook.com/HealthTalkInc

Instagram : https://instagram.com/healthtalkinc?igshid=1rllfq3aa1r3a



Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Punca Jerawat di Kening
  • LAZADA Online Shop yang Terbaik
  • US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
  • Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang
  • Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN SELERA NUSANTARA

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger