Lebih Mudah Beli Minuman F&N dengan Aplikasi F&N Life

26 April 2021

 Lebih Mudah Beli Minuman F&N dengan Aplikasi F&N Life

ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️

Haii semua ! Entri kali nie Yana nak kongsikan dengan anda semua pengalaman Yana beli minuman berkarbonat dengan hanya menggunakan aplikasi F&N Life .. Bagaimana cara dia ? Jom baca | Lebih Mudah Beli Minuman F&N dengan Aplikasi F&N Life ❤️


Pejam celik kita dah setengah bulan berpuasa kan ? Cepat rasanya masa berlalu sampai tak terasa dah setengah bulan kita puasa dalam bulan Ramadan nie .. Yana nie jenis yang suka tengok video-video vlogger share cara buat minuman untuk berbuka .. Ramai antara mereka yang kongsi resepi air minuman tu dengan menggunakan minuman F&N .. Yana pula cepat terpengaruh nak juga cuba , tapi malasnya nak keluar pergi kedai nak beli minuman tu .. Hmm , takda eh orang yang jual secara online minuman nie ? Hahah !

Sementara Yana tengah pening-pening fikir nak keluar beli ke tak minuman tu tiba-tiba ada orang kenalkan Yana dengan aplikasi F&N Life nie .. Katanya , Yana boleh saja order minuman mana yang Yana nak dan mereka akan hantar sampai depan pintu rumah .. Yana pun cubalah browse aplikasi nie .. Hm , menarik juga ya ada banyak betul tawaran yang menarik ada bundle untuk Ramadan dan untuk raya juga ..

Memandangkan Yana nak buat minuman untuk berbuka jadi Yana nak beli Bundle Ramadan lah yang menjadi pilihan Yana BB Bundle Raya .. Ada empat jenis minuman berkarbonat iaitu Ice Cream Soda , Bandung , Epal dan 100 Plus Anggur .. Favourite Yana lah semua tu setiap jenis minuman ada tiga botol harga murah kot , much better daripada beli dekat kedai tau .. Dah lah beli online jer ..


Jom Yana tunjukkan cara nak guna aplikasi F&N Life nie .. Mula-mula sekali , anda haruslah muat turun aplikasi nie terlebih dahulu di Google Playstore nie untuk android yer .. Bila dah siap muat turun , macam biasalah anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum anda boleh akses aplikasi F&N Life nie .. Anda kena masukkan nama anda , alamat dan ada lagi lah beberapa maklumat lain yang perlu anda isi .. Bila dah selesai semua anda dah boleh mula shopping ! Caranya ? Meh tengok kat bawah nie ..

Okay bila anda buka aplikasi nie selepas selesai daftar akan nampak macam nie .. Macam mana nak cari Bundle Ramadan dan Bundle Raya tu ? 


Cer tengok gambar slide dekat atas tu sampai nampak slide macam nie .. Takpun anda slide manual saja sampai nampak gambar macam nie 


Tekan jer banner tu nanti akan keluarlah pilihan untuk bundle Ramadan dan Bundle Raya .. Okay boleh refer gambar dekat bawah nie ..



Setiap bundle nie ada beberapa pilihan .. Yana pilih BB Raya Bundle sebab Yana suka perisa minuman yang ada dalam bundle tu .. Then , Yana tekan "buy now" .. Kemudian dia akan jadi macam nie 



Tekan pula "add to cart" next stepppppp ! Jom tengok gambar seterusnya ..


Masa awal-awal kita daftar tu kita dah kena masukkan alamat untuk delivery .. So , nie just a confirmation dekat situ dia tulis "delivery within 3-8 days" .. Yana dapat cepat jugak lah dalam sehari dua macam tu .. Okay , bila semua info dah betul tekan "confirm" ..

Dah selesai bab delivery ,sekarang kita masuk bab pembayaran .. 



Masuk bab pembayaran dia akan keluar macam nir bayar melalui iPay88 .. Tekan situ kemudian pilihlah bank yang anda guna masukkanlah maklumat yang diperlukan proses dia sama saja dengan mana-mana transaction online yang kita selalu buat tu .. Bila semua dah selesai anda akan dapat emel confirmation dan invoice pada masa yang sama .. Mereka turut menerima bayaran melalui Grab Pay , Touch N Go eWallet , Boost , FPX ,VISA dan Master Card ..


Maka dengan itu berakhirlah sudah proses membeli air berkarbonat F&N dengan menggunakan aplikasi F&N Life .. So , tunggu saja courier tu hubungi anda untuk proses penghantaran .. Macam Yana hari tu pihak Gdex ada call dan juga kirimkan pesanan SMS bahawa mereka nak hantar barang anda pada hari tersebut .. Cepat jugalah Yana terima hari tu .. Parcel yang Yana terima berada dalam keadaan yang sangat baik kotak sikit pun tidak kemik begitu juga dengan botol minuman dalam kotak tu semua dalam keadaan yang elok .. Yana sangat puas hati .. Cepat dan cekap kerja mereka ..

Aplikasi F&N Life nie bukan sahaja menjual produk jenama F&N malah mereka turut menjual barangan daripada pelbagai jenama lain seperti 100 Plus , Season ,Magnolia , Farmhouse dan beberapa jenama lain lagi anda boleh rujuk gambar dekat bawah nie ..  

Sekiranya anda tidak suka minuman bergas anda tak perlu risau kerana dalam aplikasi F&N Life nie ada bermacam-macam barang yang boleh dibeli sebagai contoh dalam seleksi Bundle Raya terdapat beberapa pilihan lain seperti ; Masak Masak Raya Bundle , Rose Agar Agar Bundle dan Hidrat Ramadan Bundle .. Selain itu , bagi mereka yang sangat aktif bersukan anda boleh juga beli minuman isotonik 100 Plus ..


Well , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda mengenai cara Yana menggunakan aplikasi F&N Life untuk Yana order minuman berkarbonat F&N secara online .. Jimat masa dan tenaga tau semuanya di hujung jari kita saja ..

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk : 


Facebook : F&N Life

Instagram : fn.life

Post a Comment

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^