Pengalaman Sertai Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang

Pengalaman Sertai Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang 

Haii semua , sebagai seorang wanita jadi normal lah kalau Yana suka akan kecantikkan , tapi jujur Yana cakap Yana bukanlah seorang yang pandai bersolek sangat apa yang Yana apply kebanyakkan Yana tengok dekat instagram mahupun youtube sahaja .. Pada 18 Januari yang lepas , Yana berpeluang untuk join kelas makeup by MUA Fathia Murni .. Nak tahu apa yang menarik sepanjang kelas tu dijalankan ? Jom baca │Pengalaman Sertai Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang ♥



Okay , Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang dianjurkan oleh Vice Versa bersama dengan Kuntom Official .. MUA Fathia Murni merupakan MUA jemputan yang ditugaskan untuk menyampaikan ilmu solekan dan berhias kepada kami semua .. Kelas bermula pada jam 08.30 pagi .. Sebelum kelas bermula ada  sesi pendaftaran , selepas selesai daftar peserta diberi goodies bag yang berisi barangan daripada ;

  • Purebyso
  • Chentaku & Co
  • Rahas Kitchen
  • Anggerik Spa
  • Djelita Spa
  • Kasyifah Spa
  • Kuntom Official sebagai official interior decoration



Setelah selesai sesi pendaftaran kami diberikan kata alu-aluan oleh pengasas Kuntom Official iaitu Surianie Samsudin.. Selesai sesi kata alu-aluan oleh pengasas Kuntom Official , MUA Fathia Murni pula memperkenalkan diri beliau kepada semua peserta .. Selepas itu sesi kelas solek pun bermula , pada awalnya kami ditunjuk bagaimana cara MUA Fathia Murni menyolek model yang dijemput khas untuk sesi pembelajaran , sepanjang beliau memberi tunjuk ajar peserta boleh bertanya apa juga soalan kepada MUA Fathia Murni .. Alhamdulillah , banyak juga yang dapat dipelajari dan MUA Fathia Murni juga tidak lokek untuk berkongsi ilmunya ..






Sesi ini mengambil masa yang agak lama sebab banyak juga soalan yang diajukan kepada MUA Fathia Murni dan beliau juga rajin melayan keletah para peserta which means beliau jenis yang friendly dan kami semua selesa dengan beliau ♥ Sesi ini selesai lebih kurang pada pukul satu kalau tak salah Yana , kemudian kami juga dihidangkan dengan makanan tengah hari yang lazat ..




Kelas kemudian disambung kali nie para peserta akan menyolek wajah masing-masing berdasarkan appa yang telah diajar oleh MUA Fathia Murni pada awal tadi , sambil itu kami juga akan dimonitor oleh MUA Fathia Murni sendiri dan beberapa orang pembantunya .. Agak kecohlah kelas almaklumlah tak semua dah well known dengan solekan nie tapi apa pun kami tetap enjoyed ..



Masa diambil lebih kurang sejam ke dua jam kot kalau Yana tak salah .. Peserta kemudian dihakimi berdasarkan kekemasan make up , teknik blend dan beberapa aspek lain lagi .. 5 Peserta akan dipilih dan mereka  bakal membawa pulang hadiah yang ditaja oleh pihak Elianto .. Kelima-lima peserta tersebut memang deserve untuk menang sebab hasil solekan mereka bukan sahaja menarik malah kemas sekali tengok macam dah pro pulak .. 




Akhir sekali sesi penyampaian sijil kepada semua peserta oleh wakil Persatuan Kebajikan Insaniah Pulau Pinang bersama dengan MUA Fathia Murni .. Selesai sesi penyampaian sijil kami bergambar beramai-ramai maka berakhirlah Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang pada 18 Januari 2020 ..





Author image
The Author

Lyana Ishak

0 Comments