Kek Cheese Mango Sedap di Kula Cakes , Kuantan
ASSALAMUALAIKKUM WBT ♥
Hai semua , okay hari nie Yana nak share satu tempat yang jual kek yang best yang terletak di Kuantan , Pahang .. Tempat nie merupakan tempat yang anda WAJIB kunjungi sekiranya berada di sana .. Nak tahu dengan lebih lanjut , jom baca │Kek Cheese Mango Sedap di Kula Cakes , Kuantan ♥
Semasa Yana ke Tioman pada bulan Oktober 2019 yang lepas Yana sempat singgah ke Kuantan , Pahang .. Takkan lepas balik dari Pulau Tioman Yana nak terus fly ke Penang kan ? So , kawan Yana suggest untuk kami bermalam semalam di Kuantan , Pahang .. Actually kan , dekat Kuantan ada lah beberapa kedai makan yang berjaya menarik minat Yana untuk cuba makan dekat sana tapi malangnya masa tidak mengizinkan .. In shaa allah , kalau Yana berpeluang ke sana lagi Yana nak cuba makan di kedai yang dah masuk dalam wishlist Yana tu ..
Kula Cakes , nama nie mungkin dah familiar bagi mereka yang sering berkunjung ke Kuantan dan bagi mereka yang menetap di Kuantan .. Kula Cakes nie di rekemen oleh penduduk tempatan Kuantan kepada Yana dan kawan Yana .. So , why not kita cuba kan ? Macam biasa dah namanya kedai famous semestinya memerlukan kita untuk beratur sekejap the same thing goes to Kula Cakes nie ..
Signature dekat Kula Cakes merupakan Kek Cheese Mango , jadi kami pun cubalah beli sepotong dan lagi satu kek Yana pilih Chocolate Salted Caramel .. Memandangkan kami sampai sana pun dah hampir masuk waktu maghrib kami pilih untuk take away kek-kek tersebut .. Sekiranya anda memilih untuk makan dekat sana juga nice sebab kawasan dia memang cantik dan agak vintage sangat sesuai bagi mereka yang suka ber OOTD ..
MANGO CHEESE CAKE ♥
Mango Cheese Cake dia sangat tempting for me , rasa dia just nice manis dia not to sweet and rasa cheese tu tak muak tu yang paling penting bagi Yana sebab Yana bukan a cheese cake lover .. Bila Yana dah puji Mango Cheese Cake nie sedap memang sedaplah .. 4 stars out 5 stars ♥
CHOCOLATE SALTED CARAMEL CAKE ♥
Okay next, let's move to Chocolate Salted Caramel Cake.. To be honest, nie kek pilihan Yana since Yana a chocolate cake lover.. Sorry not sorry Yana terpaksa bagi review jujur for Chocolate Salted Caramel nie sebab masa Yana beli and makan kek nie dia tak memenuhi piawai kek coklat yang Yana dambakan.. Satu saja weakness dia sebab dia dry tak moist as I expected.. So, dekat situ dia dah spoil lah.. The taste is nice , maybe ada lah something wrong somewhere hari tu since masa Yana beli tu dah last piece of it.. Ada saja kawan Yana cakap kek nie sedap compared to Mango Cheese Cake dia.. Hari tu mungkin nasib Yana tak baik kot.. But, not to worry Yana tak serik nak makan lagi kek dekat Kula Cakes sekiranya Yana berpeluang ke sana lagi =)
Sekian sahaja lah coretan Yana pada kali nie mengenai Kula Cakes nie.. Bagi Yana it worth to try lah since dia pun dah went viral kan.. Lagi best kalo dine in and lepak dekat kedai tu sebab suasana dia memang memenuhi citarasa Yana vintage sangat.. Enough for now.. Ciaoooo
Pengalaman Sertai Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang
Haii semua , sebagai seorang wanita jadi normal lah kalau Yana suka akan kecantikkan , tapi jujur Yana cakap Yana bukanlah seorang yang pandai bersolek sangat apa yang Yana apply kebanyakkan Yana tengok dekat instagram mahupun youtube sahaja .. Pada 18 Januari yang lepas , Yana berpeluang untuk join kelas makeup by MUA Fathia Murni .. Nak tahu apa yang menarik sepanjang kelas tu dijalankan ? Jom baca │Pengalaman Sertai Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang ♥
Okay , Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang dianjurkan oleh Vice Versa bersama dengan Kuntom Official .. MUA Fathia Murni merupakan MUA jemputan yang ditugaskan untuk menyampaikan ilmu solekan dan berhias kepada kami semua .. Kelas bermula pada jam 08.30 pagi .. Sebelum kelas bermula ada sesi pendaftaran , selepas selesai daftar peserta diberi goodies bag yang berisi barangan daripada ;
- Purebyso
- Chentaku & Co
- Rahas Kitchen
- Anggerik Spa
- Djelita Spa
- Kasyifah Spa
- Kuntom Official sebagai official interior decoration
Setelah selesai sesi pendaftaran kami diberikan kata alu-aluan oleh pengasas Kuntom Official iaitu Surianie Samsudin.. Selesai sesi kata alu-aluan oleh pengasas Kuntom Official , MUA Fathia Murni pula memperkenalkan diri beliau kepada semua peserta .. Selepas itu sesi kelas solek pun bermula , pada awalnya kami ditunjuk bagaimana cara MUA Fathia Murni menyolek model yang dijemput khas untuk sesi pembelajaran , sepanjang beliau memberi tunjuk ajar peserta boleh bertanya apa juga soalan kepada MUA Fathia Murni .. Alhamdulillah , banyak juga yang dapat dipelajari dan MUA Fathia Murni juga tidak lokek untuk berkongsi ilmunya ..
Sesi ini mengambil masa yang agak lama sebab banyak juga soalan yang diajukan kepada MUA Fathia Murni dan beliau juga rajin melayan keletah para peserta which means beliau jenis yang friendly dan kami semua selesa dengan beliau ♥ Sesi ini selesai lebih kurang pada pukul satu kalau tak salah Yana , kemudian kami juga dihidangkan dengan makanan tengah hari yang lazat ..
Kelas kemudian disambung kali nie para peserta akan menyolek wajah masing-masing berdasarkan appa yang telah diajar oleh MUA Fathia Murni pada awal tadi , sambil itu kami juga akan dimonitor oleh MUA Fathia Murni sendiri dan beberapa orang pembantunya .. Agak kecohlah kelas almaklumlah tak semua dah well known dengan solekan nie tapi apa pun kami tetap enjoyed ..
Masa diambil lebih kurang sejam ke dua jam kot kalau Yana tak salah .. Peserta kemudian dihakimi berdasarkan kekemasan make up , teknik blend dan beberapa aspek lain lagi .. 5 Peserta akan dipilih dan mereka bakal membawa pulang hadiah yang ditaja oleh pihak Elianto .. Kelima-lima peserta tersebut memang deserve untuk menang sebab hasil solekan mereka bukan sahaja menarik malah kemas sekali tengok macam dah pro pulak ..
Akhir sekali sesi penyampaian sijil kepada semua peserta oleh wakil Persatuan Kebajikan Insaniah Pulau Pinang bersama dengan MUA Fathia Murni .. Selesai sesi penyampaian sijil kami bergambar beramai-ramai maka berakhirlah Makeup & Beauty Workshop 2020 Penang pada 18 Januari 2020 ..
Selesa Bergaya dengan Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haii semua , okay hari nie Yana nak share satu laman web yang menjual pelbagai jenis t-shirt yang materialnya adalah cotton dan microfiber .. Walaupun kainnya tebal dan tidak jarang tapi Yana tak terasa panas memakainya meskipun semasa cuaca yang panas .. Nak tahu dengan lebih lanjut , jom baca │
Selesa Bergaya dengan Short Sleeve Polo Tshirt Dari Boxy.my ♥
Okay , kalau anda semua nak tahu Yana nie sejenis yang suka aktiviti yang adventure , seperti hiking ,jungle trekking dan apa apa sahaja aktiviti yang boleh bagi Yana explore hutan dan laut .. So far , kalau di lautan snorkeling sajalah yang Yana mampu buat setakat nie .. Back to our topic , untuk melakukan kesemua aktiviti nie Yana memerlukan pakaian yang selesa dan bersesuaian supaya mudah Yana dapat lakukan aktiviti-aktiviti ini ..
Ada satu hari nie , Yana diperkenalkan dengan laman web yang menjual t-shirt yang sesuai untuk Yana buat aktiviti yang Yana suka nie ..
BOXY , menawarkan pelbagai jenis t-shirt seperti Microfiber Shirts , Cotton Shirts dan Polo Shirts .. Setiap jenis t-shirt nie masih mempunyai jenis-jenis yang lain ..
Microfiber T-Shirts
Microfiber Short Sleeves
Microfiber Long Sleeves
Pro-Series Microfiber
Microfiber Youth Series
Premium Cotton Casual Tee
Yana telah memilih Microfiber Polo Shirts sebagai trial , yela sebab Yana tak begitu tahu macam mana material nya selesa atau tak jadi Yana putuskan untuk cuba satu dahulu sekiranya selesa dan memenuhi piawai Yana why not Yana beli lagi kan ? Memandangkan minggu nie Yana takda rancangan untuk hiking mahupun jungle trekking jadi Yana pakai baju nie masa Yana ke Padang Kota Lama sebab masa tu Yana teringin sangat nak makan makanan best dekat Penang .. Actually, t-shirt nie juga cantik digayakan untuk OOTD tau..
Cuaca agak panas pada masa tu tapi Yana masih rasa selesa walaupun baju nie tidak jarang .. Kualiti kainnya sangat best terasa sejuk saja dan jahitannya pula kemas .. Oh ya, untuk pengetahuan anda baju yang Yana pilih nie berkolar.. Selalunya, kita akan rasa kurang selesa kalau memakai baju berkolar tapi lain kejadiannya semasa Yana memakai Microfiber Polo Shirt dari BOXY.. Yana telah memilih baju saiz S.. Alhamdulillah its just fit me nicely.. Tak terlalu besar atau ketat , masih menutup bahagian belakang Yana dengan baik =)
BOXY merupakan kedai online dalam talian Malaysia sekiranya anda ingin membuat pembelian t-shirt jenis Polo Shirt, T-Shirt Kosong, Microfiber & Cotton T-Shirt.. Mereka menggunakan bahan yang berkualiti tinggi untuk semua baju .. Item mereka 100% stok sedia ada tempoh penghantaran akan dilakukan within 24 jam selepas tempoh pembelian.. Penghantaran adalah di semua tempat di Malaysia! =)
Andai kata anda ingin membuat pembelian bolehlah terus order di
www.boxy.my .. Sekiranya anda ingin bertanya or not sure about something boleh juga menggunakan khidmat Live Chat untuk bertanya tentang apa yang anda tidak pasti.. Well, sekian sahaja perkongsian daripada Yana for more info anda bolehlah rujuk laman web BOXY ya.. Oh ya sebelum Yana lupa, harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan sebab materialnya memang berkualiti tinggi ♥