Nikmati Hidangan Merdeka Day BBQ Buffet Dinner and Malaysia Day Buffet Lunch di Ixora Hotel

Nikmati Hidangan Merdeka Day BBQ Buffet Dinner and Malaysia Day Buffet Lunch di Ixora Hotel 

Haiii semuaaa ! Okay hari nie Yana nak share satu buffet best dengan harga yang berpatutan di Ixora Hotel Penang .. Yana sendiri dah mencuba hidangan buffet tersebut dann berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan .. Nak tahu tak apa yang bestnya dengan hidangan buffet pada kali nie ? Jom baca │Nikmati Hidangan Merdeka Day BBQ Buffet Dinner and Malaysia Day Buffet Lunch di Ixora Hotel



Yana difahamkan hidangan buffet pada kali nie ialah untuk  meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan ke 62 dan bersempena dengan Hari Malaysia 2019 .. Chef  Eksekutif Ixora Hotel Penang ; Cheng Ong telah menyediakan beberapa hidangan yang berkonsepkan masakan Malaysia untuk memberikan pengalaman hidangan makan malam yang enak bertempat di The Straits Cafe & Lounge .. Hidangan tersebut terdiri daripada pembuka selera , salad , sup , nasi , mee , hidangan utama , gerai aksi dan pencuci mulut yang sangat pelbagai dan sedap .. Mereka menawarkan lebih daripada 50 hidangan ..






Hidangan buffet untuk Merdeka Day Buffet Dinner menyajikan pelbagai hidangan yang dipanggang termasuklah BBQ Whole Australian Baby Lamb , Lamb , Beef Skewers , Garlic BBQ Oyster , Vermicelli Scallops , Ikan Pari dan Ikan Nyok Nyok , Prawn Skewers , Cheese Sausage dan pelbagai hidangan sayur panggang .. Manakala untuk Malaysia Day Buffet Lunch hidangan yang disediakan termasuk dengan Traditional Lemang dengan Rendang Ayam , Penang Char Koey Teow , Yong Tau Foo , Otak-Otak , Roti John, Satay Celup dan pelbagai lagi .. 










Selain itu , terdapat Kek Premium yang menawarkan pengalaman paling luar biasa dan sesuai untuk sebarang majlis dan sebagainya .. Ia juga akan menjadi hadiah yang sempurna .. Koleksi kek termasuklah kek slice dan kek penuh seberat 500gm .. Anda disarankan untuk membuat pesanan tiga hari lebih awal sekiranya hendak membuat sebarang tempahan kek .. Yana telah merasa beberapa jenis kek yang telah disajikan dan rasanya memang tidak mengecewakan dan Yana sangat suka dengan semua kek tu .. 









Okay sekian sahaja daripada Yana mengenai buffet yang sedang berlangsung di Ixora Hotel Penang.. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk makan tengah hari atau menikmati makan malam di Ixora Hotel Penang bersempena dengan Merdeka Day BBQ Buffet Dinner & Malaysia Day Buffet Lunch boleh lah refer maklumat dekat bawah nie.. 

Merdeka Day BBQ Buffet Dinner
31st August 2019, 7.00pm until 10.30pm
Selling price at RM88+ (Adult) and RM58+ (Child) 
Promotion: Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before 26th August 2019)



Malaysia Day Buffet Lunch 
16th September 2019, 12.00noon until 2.30pm
Selling price at RM68+ (Adult) and RM42+ (Child)
Promotion: Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before 10th September 2019)


0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^