Fiesta Ramadhan di G Hotel

Fiesta Ramadhan di G Hotel

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Haii semua ! Okay , untuk entri buffet ramadhan yang nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana di G Hotel Gurney.. Makanan yang disajikan memang sangat meriah sampai Yana sendiri tak tahu dari mana Yana nak mulakan , nak tahu apa yang best ? Jom baca │Fiesta Ramadhan di G Hotel ..



Mengapa tidak kita "memanjakan diri" dengan pesta buka puasa yang pastinya akan memberikan penangan yang hebat which is di luar jangkauan kita bersempena dengan bulan Ramadhan ini .. Para tetamu boleh memilih sama ada hendak makan di restoran G Hotel Gurney ataupun G Hotel Kelawai di mana kedua-dua restoran ini telah dihiasi dengan perjalanan gastronomi terbaik buffet untuk para pengunjung ..




Bersempena dengan menyambut bulan suci Ramadhan , Taste Cafe di G Hotel Gurney mempunyai hidangan berbuka puasa yang mewah penuh dengan masakan Melayu tempatan yang asli turut diselitkan beberapa menu berkonsepkan makanan barat .. Jom ke Taste Cafe untuk meraikannya kerana pelbagai menu yang menarik bersempena dengan bulan Ramadhan .. Acara kemuncak merupakan Roast & Grill di mana para chef akan menyediakan makanan di action stall masing-masing dengan live okay di kawasan alfresco yang menjanjikkan suasana yang sangat meriah seperti di Bazaar Ramadhan





Sebagai pembuka selera pengunjung boleh mulakan dengan hidangan ringan seperti salad .. Salad ini boleh didapatkan di salad bar , pengunjung boleh mix and match salad kegemaran mereka sendiri mengikut kreativiti dan selera masing-masing .. Pelbagai pilihan boleh didapati seperti  Iceberg Lettuce, Red Chicory, Lollo Rossa, Cherry Tomato dan pelbagai lagi .. Manakala , untuk hidangan tradisi terdapat Kerabu Kaki Ayam, Bergedil Goreng Pedas, Telur Masin, Sambal Kacang Ikan Bilis dengan pilihan sos khas dan perasa ; air asam , sambal belacan , cincaluk dan acar limau .. Selain itu , pengunjung juga boleh mencuba rojak buah dengan campuran udang dan kacang yang rangup .. Fuh , ini merupakan permulaan yang sempurna untuk merangsang selera makan anda ♥







Kemudian nikmati semangkuk soto ayam  dengan campuran ayam yang dicincang dan serai yang dimasak dengan rempah dan herba yang segar .. Hm ,  pengunjung juga boleh mecuba hidangan ruji iaitu bubur lambuk .. Hidangan ini dimasak dengan slow cooking rice , daging lembu , ikan dan sayuran segar yang menjadikan bubur lambuk ini sangat lazat ..


Berita baik kepada pencinta daging kerana terdapat banyak live station yang menghidangkan hidangan daging seperti itik panggang dan daging lembu .. Kedua-duanya diperap selama semalaman dengan herba tradisional Melayu seperti ketumbar dan jintan , dengan pemanggang lambat ia mengekalkan jus pada daging tersebut dan ianya tidak kering walaupun sudah dipanggang .. Disamping itu , tetamu boleh menantikan Malay Feast Mini Grilled Station di mana akan terdapat action stall yang terletak di kawasan alfresco yang mana akan mewujudkan suasana seperti di bazaar Ramadhan .. Aromanya pasti akan membuat pengunjung terliur tatkala para chef sedang menyiapkan hidangan Lamb Chops , Clams , Beef Fillet , Udang , Sambal Ikan Pari dan Ketam Bakar ..








Juga, jangan ketinggalan menikmati hidangan tempatan Sotong Goreng Tepung Berempah, Sambal Udang dengan Petai, Lamb Rogan Josh, Daging Dendeng dan Ketam Balado , Ayam Goreng Berempah berperisa dengan herba dan rempah-rempah selama sekurang-kurangnya 3 jam dan digoreng dengan daging berair yang lembut .. Untuk semua pencinta makanan laut di luar sana, anda tidak akan terlepas makan makanan kegemaran anda pada Ramadhan kali  ini kerana bahagian Seafood pada Ice yang disusun dengan cantik pelbagai pilihan seperti Prawns Tiger Chilled, Scallops and Mussels.













Oops , pastikan anda masih mempunyai "ruang" untuk pencuci mulut tradisional melayu seperti Sagu Gula Melaka dan Bubur Kacang Hijau kemudian Kek Durian Mousse .. Pencuci mulut yang wajib anda cuba ialah Muah Chee yang kenyal diperbuat dengan tepung beras yang disaluti dengan kacang tanah hancur .. Last but not least , nikmati Pisang Goreng , Ubi Keladi Goreng , Puding Kelapa , Marmer Swiss Roll dan banyak lagiiiiiii ..













Kembali untuk kali kedua dan lebih baik kerana permintaan popular, SPOON dalam G Hotel Kelawai juga menawarkan hidangan bufet "Penang Has It All" untuk Ramadhan ini. Sekiranya anda berminat untuk mencuba bufet Ramadhan yang sangat wow ini bolehlah refer maklumat di bawah :




1 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^