BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea Bersama The Butterfly Project dan Penang Butterflies di DoubleTree Hilton , Penang

BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea Bersama The Butterfly Project dan Penang Butterflies di DoubleTree Hilton , Penang 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Okay hari nie Yana nak ceritakan pengalaman Yana untuk pertama kalinya join event yang dianjurkan oleh The Butterfly Project .. Haa , kalau nak tau apa yang best nya event kali nie ? Jom lah baca │BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea Bersama The Butterfly Project dan Penang Butterflies di DoubleTree Hilton , Penang ..


Pejam celik pejam celik dah hampir setahun Yana bersama-sama dengan The Butterflly Project dan Althea Korea , kalau dahulunya Yana sering melihat rakan-rakan blogger yang lain dapat menulis review mengenai produk-produk kecantikkan daripada Althea .. Alhamdulillah , sekarang Yana sebahagian daripada mereka .. Seperti yang Yana beritahu tadi ini merupakan kali pertama Yana menyertai event yang dianjurkan oleh The Butterfly Project sebab sebelum-sebelum nie event seperti banyak diadakan di Kuala Lumpur which is agak sukar untuk Yana ke sana .. Akhirnya , bila Mamasan aka Tammy announced yang mereka akan mengadakan BB Beauty Decor Art dan High Tea di DoubleTree Hilton PENANG ! Terus Yana mengambil kesempatan untuk jumpa team The Butterfly Project dan butterflies dari Penang in person !! =)


Selepas semua Butterflies Penang dah sampai kami mendengar terlebih dahulu ucapan alu-aluan daripada The Butterfly Project teams .. Selepas itu disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Jessica  ..





Selepas  selesai ucapan alu-aluan daripada mereka maka bermulalah sesi BB Beauty Decor & Afternoon High-Tea kami nie .. Butterflies dikehendaki untuk pergi ke sudut yang mana barang-barang untuk decoration telah disediakan di situ .. Boleh rujuk gambar dekat  bawah ye ..







Sebenarnya Yana dan beberapa lagi butterflies yang lain dikehendaki menghiaskan kami punya BB Cushion .. Haa , setiap daripada kami semua hanya boleh memilih hanya 10 benda-benda comel ini sebagai hiasan .. Nak tengok tak Yana pilih apa ja ?


Tadaaaa!! Inilah yang Yana telah piilih hari tu .. Hm , macam mana nak start deco dengan menggunakan semmua nie yer ? Mula-mula Yana agak blur dan tak tahu macam mana nak mula .. Tapi setelah diberi beberapa guideline , okay Yana dah boleh figure out macam mana nak buat ..



Inilah hasil dekorasi Yana .. Haha !! Sebenarnya dah larik tajuk sebab Yana kena buat seakan-akan macam creamy cake tapi Yana pi buat pancake .. Errkk nie sebab Yana takmau bagi nampak comot punya pasal .. Heheheh =P



Oh ya , sebelum Yana lupa pada awalnya semua butterflies dikehendaki memilih satu sachet teh yang terdiri daripada pelbagai perasa .. Jadi rambang mata masa nak memilih tu sebab semua nampak macam sangat menarik ..


dannnnnnnn Yana telah memilihhhhhhh ...


Yeahhhhh rose with french vanilla .. Nice sangat bau dia .. Aaa , kalau nak beli dekat mana eh Teh Dilmah nie ? ^_^


MENU HIGH TEA ♥♥





Earl Greyand white chocolate mousse
 Royal Milk Tea espuma in shooter glass
 Ginger lemon grass tea infusion cream Brule
 Jasmine scone
 Green tea macaroon
 Grilled smoke tea chicken breast in green tea sandwich bread
 Seared Fried shrimp on green tea bread
 Tea flavoured chicken quiche


Harga untuk Hi-Tea 

RM64 untuk 2 orang

CANDID PHOTO ♥ ^_^






Selepas semuanya selesai dengan sesi dekorasi dan makan maka berakhirlah BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea Bersama The Butterfly Project dan Penang Butterflies di DoubleTree Hilton , Penang pada 19 Ogos 2018 yang bertempat di DoubleTree Hilton , Penang ..


Ehh ehh sebelum balik ada beberapa surprise yang Penang Butterflies terima first kami dapat cookies daripada DoubleTree Hilton , Penang dan satu lagi voucher diskaun untuk masuk ke TeddyVille Museum yang bernilai RM10 .. Wowwww !! What a surprise .. Terima kasih ♥



Terima kasih yang tak terhingga Yana ucapkan kepada Mamasan aka Tammy Lim , The Butterfly Project dan DoubleTree Hilton , Penang kerana sudi menjemput 20 Penang Butterflies untuk menghadiri BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea Bersama The Butterfly Project dan Penang Butterflies di DoubleTree Hilton , Penang .. Harap sangat in future akan ada lagi event bersama The Butterfly Project di Penang .. Oh ya  , not forgotten to Eros Si for all the beautiful moments that you captured I love it damn much !! ♥

untuk info lanjut mengenai THE BUTTERFLY PROJECT & ALTHEA KOREA 
anda semua boleh rujuk sini :


The Butterfly Project ♥


Althea Korea ♥

Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Youtube : Althea Korea

Manakala untuk info lanjut mengenai DOUBLETREE HILTON , PENANG
anda semua boleh rujuk sini :

DoubleTree Hilton, Penang ♥

Alamat : 56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringhi, Penang, Malaysia
Instagram: @doubletreepg

2 Comments

  1. bestnya dapat spendtimedgn kwn2 blogger lain..
    cutenya je deco tu..

    ReplyDelete
  2. serious best tgk you guys during the event on TBP Insta Stories! especially the part yang deco cushion and Petal Velvet powder!

    Myra | www.myrabeautydiary.com

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^