Nikmati Hidangan Nasi Ayam Hainan Terbaik Hanya di Souper Chef

Nikmati Hidangan Nasi Ayam Hainan Terbaik Hanya di Souper Chef

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semuaaaa , sepertimana yang kita tahu Penang memang sinonim dengan syurga makanan pelbagai makanan yang mengiurkan boleh didapati di Penang antaranya Nasi Ayam Hainan .. Jom |Nikmati Hidangan Nasi Ayam Hainan Terbaik Hanya di Souper Chef ..


Okay , Souper Chef nie terletak di bahagian Queens Hall dalam Queensbay Mall Penang .. Souper Chef nie bukanlah sebuah restoran mewah dia lebih berkonsepkan stall .. Pada mulanya Yana tak pernah terlintas nak makan dekat sini sebab nampak macam tempat makan orang ada ada tetapi ternyata Yana silap sesiapa pun boleh makan dekat sini selain selesa harga makanannya juga berpatutan .. 


Ini semua antara makanan yang dihidangkan kepada Yana dan beberapa rakan blogger yang lain semasa kami berkunjung ke sana .. Fuhh .. Tengok gambar pun sudah cukup mengiurkan apa lagi kami yang berada di sana bau ayam yang dihidangkan dengan nasi ayam tu memang menaikkan selera kami berenam .. Apa apa pun sebagai blogger seharusnya "camera eats first" ..


Free Range Chicken (Ayam Kampung) hidangan dalam pinggan nie ada seekor ayam tau .. Jangan lah risau ayam nie awak semua boleh request sama ada nak makan seekor ataupun separuh .. Sebenarnya kan kepada penggemar ayam kampung awak semua mesti akan berpuas hati dengan hidangan Free Range Chicken nie sebab memang rasa ayam tu sangat fresh .. Yana bukanlah penggemar ayam kampung so this is not really my choice .. Nak tau ayam apa yang Yana suka tolong baca sampai habis eh .. 

Harga Whole Free Range Chicken (1 Ekor Ayam Kampung) RM 70
Harga 1/2 Free Range Chicken (Ayam Kampung) RM 35


Honey Grilled Chicken (Ayam BBQ Madu) .. Harga Honey Grilled Chicken RM 7.90 /plate .. Ala carte tau nie .. Bukan set .. Hm , rasa Honey Grilled Chicken not bad kepada penggemar BBQ awak mesti suka sebab bau dia memang menaikkan selera makan sebab bau rempah ratus dia agak kuat bagi Yana .. Yana suka Honey Grilled Chicken tapi bukan suka gilaaa .. Ada lagi yang lain buat Yana said "yes this is the one that I loved !" ..


Pouched Chicken (Ayam Rebus) .. Okay untuk Pouched Chicken awak semua boleh pilih sama ada nak seekor , separuh ataupun ala carte .. Rasa dia sedap .. Isi ayam dia lembut dan sangat juicy memang fresh ! But , still not my choice heheh .. Hm , jom tengok harga untuk Pouched Chicken ..

Harga Whole Pouched Chicken (1 Ekor Ayam Rebus) RM 52
Harga 1/2 Pouched Chicken (Ayam Rebus) RM 26
Pouched Chicken ala carte (breast / wing) RM 5.90 /plate
Pouched Chicken ala carte (drumstick) RM 6.90 /plate


Soy Sauce Braised Chicken .. Yeszaaaa !! Inilah ayam yang menjadi pilihan hati Yana .. Still a juicy chicken , fresh dan yummehh ! Yana suka rasa soy sauce dia .. Rasa soy sauce tu diserap masuk tau dalam isi ayam tu .. Kalau dapat dekat Yana sepinggan nie Yana boleh setelkan seorang .. Hehehe .. Nak tau harga dia ? Jom tengok .. 

Harga Whole Soy Sauce Braised Chicken (Ayam Kicap) RM 60
Harga 1/2 Soy Sauce Braised Chicken (Ayam Kicap) RM 30
Soy Sauce Chicken ala carte (breast / wing) RM 6.90 /plate
Soy Sauce Chicken ala carte (drumstick) RM 7.90 /plate


Sejujurnya kami berenam sangat sangat enjoyed tau makan dekat sini .. Sudahlah makanan nya sedap , tempat selesa dan harga juga berpatutan .. Mana nak dapat nasi ayam hainan yang perfect macam nie dengan harga yang sangat sangat berpatutan .. Di Souper Chef awak semua boleh dapat semua nie tau .. Eh sekejap Yana belum selesai lagi .. Sekiranya kan awak nak tambah makanan ada lagi tau seperti Chicken Flavoured Rice , Plain Hor Fun with Soup , Blanched Ipoh Taugeh , Blanched Bok Choy dan Soy Sauce Hard Boiled Egg .. Jom tengok harga-harganyaaa ..


1.Flavoured Chicken Rice RM 2.50 /bowl


2.Plain Hor Fun with Soup RM 4.50 /bowl


3.Blanched Ipoh Taugeh RM 3.90 /plate


4.Blanched Bok Choy RM 3.90 /plate


Soy Sauce Braised Hard Boiled Egg RM 1.20 each

Oops .. Gambar sekadar hiasan tau .. Sebenarnya hanya akan telur kicap saja tau tanpa presentation sayur sayuran dekat keliling tu ..



Last but not least Sliced Chicken Hor Fun , kepada penggemar Hor Fun semestinya awak akan berpuas hati dengan Sliced Chicken Hor Fun .. Rasa dia just nice rasa sup tu fresh dengan bau udang .. Macam mana nak cakap eh .. Sedap lah orang kata kalau awak semua nak tau awak WAJIB cuba hidangan nie sekiranya berkunjung ke sana .. Harganya RM 6.90 /bowl ..


Sekarang Souper Chef ada buat promosi tau .. Hanya RM 6.90 untuk satu set nie .. Murah kottttt .. Cepat-cepatlah ke sana dan rasa Nasi Ayam Hainan yang terrrrr baikk nie .. Haaaa .. Sebelum Yana lupa kepada orang Islam awak boleh makan dekat sini tanpa was was sebab Mr Andy mengambil ayam daripada pembekal yang beragama Islam tau .. Selain itu beliau juga mempunyai pekerja beragama Islam ..


Okay siap ada sijil pengesahan tau .. So jangan ragu ragu dah kalau nak makan dekat sini yer .. 


Terima kasih tak terhingga Yana ucapkan kepada Mr Andy kerana sudi menerima kehadiran kami berenam di Souper Chef dan juga untuk atas layanan mesra yang diberikan kepada kami berenam sepanjang kami berada di sana .. Sekiranya awak semua berminat nak datang ke sini dan nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Souper Chef boleh lawat : 


Alamat : 3F-08 Queens Hall , Queensbay Mall , 
100 Persiaran Bayan Indah , Queens Bay,
11900 Bayan Lepas , Pulau Pinang .

No telefon : 012-4288066

Waktu operasi : 10.30 am - 9.30 pm daily

3 Comments

  1. Alaaaa...teringin tau..dari Kak El tayang kat IG ngan FB ari tu lagi tauuuu....terasa2 nasi ayam..akak suka ayam stim tu...haih..kena pi cari la ni...

    ReplyDelete
  2. Nasi ayam kalau Chinese style memang terbaik.. berbeza dengan versi Melayu..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^