Nikmati Hidangan Berbuka Puasa Qash'ah di The Light Hotel

Nikmati Hidangan Berbuka Puasa Qash'ah di The Light Hotel

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semuaaa orang .. Okay hari nie Yana ada satu hidangan juadah berbuka puasa yang bagi Yana agak unik jarang nak didapati di mana-mana hotel lain .. Tapi , sebelum Yana kongsikan mengenai hidangan tersebut Yana terlebih dahulu nak share mengenai hidangan Buffet Ramadhan di The Light Hotel .. Jom lah baca | Nikmati Hidangan Berbuka Puasa Qash'ah di The Light Hotel


Hidangan kali nie agak special bagi Yana sebab dia macam berkonsepkan arabic , eastern , kampung pun macam ya sebab ada tempoyak , kari ikan , yang Yana kata macam eastern sebab ada satu dua hidangan yang nama hidangannya agak sukar lidah utara Yana nie nak pronounce .. Apa-apa pun hidangan Ramadhan Buffet Dinner di The Light Hotel memang best ! Oh ya sebenarnya ada dua jenis buffet tau .. 

1. Mutiarasa Ramadhan Buffet Dinner
2. Juadah Qash'ah
3. Selera Muhibbah Ramadhan Buffet Dinner






Ini merupakan menu yang dihidangkan untuk Mutiara Rasa Ramadhan Buffet Dinner .. Hm , rasa eh ? Bagi Yana overall just nice favourite Yana masak lemak ayam dengan pucuk ubi memang terangkat tau .. Mostly masa Yana berada di sini pada tempoh hari banyak lauk pauk kampung sebab sambal pun ada bermacam jenis .. Ada pula ikan masin .. Fuhh makan dengan nasi putih memang sedap ..



 Sepertimana yang kita sedia maklum bulan Ramadhan seringkali dikaitkan dengan kebersamaan bersama keluarga dengan kenangan manis dan saman indah pada zaman kanak kanak .. Mengekalkan intipati sejati Pulau Pinang pasukan kulineri di The Light Hotel di bawah arahan Chef Eksekutif Halim Mohamad telah merealisasikannya dengan lebih daripada 140 hidangan yang menjadi kegemaran rakyat tempatan Pulau Pinang .. Lebih daripada 6 jenis makanan laut yang diperolehi untuk divariasikan masakanannya .. Serius cakap .. Seafood dia memang fresh dan Ho Chak !! =)




Haa kalau ada antara awak semua yang taknak makan nasi jangan risau di The Light Hotel menyajikan pelbagai jenis makanan selain nasi .. Seperti char koey toew , laksa, pizza , roti dan banyak lagi .. Oh ya , untuk pengetahuan awak semua char koey teow di The Light Hotel memang terbaik kena pula dengan segelas teh tarik atau kopi tarik .. Fuhhh ! Memang awesome .. Yana sempat cuba kedua-duanya .. Sebelum nie Yana hanya dengar daripada mulut orang bahawa teh tarik di The Light Hotel orang lain tak boleh lawan .. Yeahhh .. It is true rasa teh dan susu just nice dan tak terlalu manis manakala kopi tarik pun sama .. Kopi dia sangat wangi rasa kopi dan susu just balance tau .. 


Okay , nie pula antara pencuci mulut yang disediakan untuk Ramadhan Buffet Dinner .. Ehh bukan yang nie saja tau , ada banyak lagi dekat bawah nie .. 






Seperti yang awak semua boleh nampak terdapat pelbagai variasi pencuci mulut yang disediakan tau .. Ini antara sebahagian yang Yana dapat kongsikan dekat sini .. Alhamdulilah pencuci mulut di The Light Hotel juga sedap-sedap belaka .. 




Pada musim yang penuh kebersamaan dan kesabaran The Light Hotel Penang telah mengadakan satu hidangan yang mengikut tradisi ala ala kampung iaitu Juadah Qash'ah .. Makanan disajikan di dalam dulang yang besar dan memerlukan kita duduk bersila dalam berkumpulan hal ini sedikit sebanyak dapat menggamit memori lama yang ada mengambil sedikit pengaruh daripada orang Arab ..




Terima kasih tidak terhingga Yana ucapkan kepada top management The Light Hotel dan staff-staff yang terlibat pada hari tersebut atas layanan baik yang diberikan kepada Yana dan beberapa rakan blogger yang lain .. Kepada awak semua sama ada di luar atau dalam Pulau Pinang buffet ramadhan dinner di The Light Hotel are highly recommended ! Kalau nak tahu dengan lebih lanjut awak semua boleh rujuk maklumat dekat bawah :





Email : info@thelighthotelpg.com
Facebook : The Light Hotel

Harga Ramadhan Buffet Dinner :
Mutiararasa Ramadhan Buffet Dinner : RM110nett(A)│RM90nett(C&SC)
Selera Muhibbah Ramadhan Buffet Dinner : RM90nett(A)│RM70nett(C&SC)
Juadah Qash'ah: RM250/nett(4person)

*smart purchase of pre-purchase Ramadhan Buffet vouchers are available now at RM88nett per person .. Terms and condition apply

5 Comments

  1. Tempting tengok makanan- makanan yg disediakan buffet ni .. menarik dan banyak pilihan .. food presentation pun menarik

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa... nanti boleh lah belanja naa.. hehehe

    ReplyDelete
  3. makanan kat the light memang terbaik. dah beberapa kali organize event kat sini dan ramai yg puji makanan dia.

    ReplyDelete
  4. xreti nk mkn kat hotel, ajar pleshh, haha!

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^