Tarikan Menarik di Phantamania the Magic World

Tarikan Menarik di Phantamania the Magic World

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , seperti mana yang kita sedia maklum dekat Penang memang terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati .. Tak kurang juga dengan pelbagai jenis muzium yang pelbagai jenis yang mana Yana rasa awak semua mesti singgah bila datang ke Penang .. Phantamania merupakan salah satu muzium yang bagi Yana sangat menarik dan wajib awak semua datang bila berada di Penang ! =)



Okay , benda pertama yang awak semua kena lalui sekiranya berada di Phantamania adalah Mirror Maze .. Haa kalau awak semua tak dapat melepasi Mirror Maze nie jangan harap lah dapat masuk ke Phantamania .. Hee .. Masa Yana masuk dalam nie , jujur Yana memang pegang handbag Oivia all the way sambil Yana rekod video masa Yana dalam Mirror Maze .. Inilah wajah Ika masa cubaan nak melepaskan diri daripada Mirror Maze .. Yana pon kalau tak pegang bag Olivia hari tu Yana pon akan sesat dalam nie .. Okay cabaran pertama dah lepas .. =)



Nahhh .. Kemudian kami berenam dibawa pula bergambar dekat sini .. Maafkan Yana .. Buat masa nie Yana tak dapat nak discover apa nama tempat Yana ambil gambar nie .. Dia bertindak bagi nampak kita dalam banyak ilusi .. Yeke ilusi ? Hehehe .. Okay cara mudah faham dia akan pantulkan bayang kita bagi nampak banyak lah .. Dekat sini Yana tak ada bayang-bayang sebab gambar ini diambil menggunakan telefon bimbit .. Kalau awak nak gambar tu cantik sila bawa kamera ye .. =)



Destinasi penggambaran kami seterusnya dekat sini .. Okay yang nie Yana tau nama dia apa Optical Illusion .. Dekat sini pon dia menampakkan bayang kami lebih daripada satu .. Macam mana ia terjadi ? Hahah ! Apakata awak semua alami sendiri dekat Phantamaia , Magic World ...


Haaa , dekat part nie paling happening .. Masa dekat sini kami dikehendaki berlakon lah pulak .. Ika , Olivia dan Lia awal-awal dah tarik diri .. Jadi , siapa saja yang tinggal ? Haha .. Macam-macam adegan lucu jadi dekat sini .. Boleh tengok vieo dekat bawah ye .. =)




Seterusnya kami dibawa ke Dimension Door pula .. Mesti hairan kan macam mana boleh jadi macam nie .. Yana pun hairan macam mana mereka buat trick ini .. Padahal , eh mana boleh cerita .. Yana nak awak semua pergi sendiri lepas tu alamilah  sendiri macam mana nak buat trick nie semua hehehe !


Okay , untuk penerangan seterusnya Yana tak ada banyak sangat yang nak beritahu cuma Yana akan kongsikan beberapa gambar kami berenam di sana dan harga tiket untuk masuk ke Phantamania ya =)






Yana akui sepanjang Yana dan kawan-kawan Yana nie berada di sana kami langsung tak ada segan silu .. Kami memang enjoyed masa dekat sana .. Tambahan pula layanan staff Phantamania bagi dekat kami semua bahkan pengunjung lain memang terbaikk ! Terima kasih Yana ucapkan kepada Encik Hazlami Rosli kerana sudi menjemput kami berenam untuk merasai pengalaman berada di Phantamania , Magic World ..


Untuk sebarang maklumat lanjut awak semua boleh rujuk maklumat dibawah nie :


Bayaran Masuk: 
Dewasa RM16 
Kanak-kanak atau Pelajar RM9

Alamat:
193, Lebuh Victoria, George Town, 
10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Beroperasi:
Setiap hari termasuk hari cuti 
10.00 a.m – 7.00 p.m

5 Comments

  1. Menariknya. Banyak dah tempat kena masuk list bila ke penang nanti. Tak sabarnya nak jejak kaki ke Penang semula.

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaa nak travel juga huhu
    btw nak ajak untuk join contest lazada yang terbaru!
    https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2017/11/lazada-online-revolution-blogger-contest_1.html

    ReplyDelete
  3. wah, bestnya...nanti boleh pergi sana la...

    ReplyDelete
  4. alaaa nak pi ha...sila bawa heheh

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^