Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus Telefon Pintar Terbaik yang Harus Dimiliki

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus Telefon Pintar Terbaik yang Harus Dimiliki

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua sebagai pengguna telefon pintar semestinya kita pun nak sepintar telefon kita kan ? Sekarang terdapat lambakan telefon pintar di pasaran tapi tak semua dapat memenuhi spec untuk sesebuah telefon pintar yang kita inginkan kan ?  Jadi , di sini Yana nak cakap yang  telefon pintar dan Pro 7 Plus Meizu Pro Plus merupakan telefon pintar yang harus dimiliki ..


Okay apa yang istimewanya dengan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus nie ? Sekarang Yana akan huraikan dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 terlebih dahulu .. Meizu Pro 7 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5 inci AMOLED HD pennuh ,  diperkuatkan dengan pemporesesan MediaTek Helio X30 , memori 4GB RAM storan 64GB , kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel .. Skrin kedua pada bahagian belakang juga menggunakan panel AMOLED berwarna dan bukannya e-ink seperti beberapa ura-ura sebelum ini mempunya bateri sebesar 3000 mAh .. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh mampu bertahan dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0 .. Terdapat tiga pilihan warna iaitu merah , emas dan hitam ..


Jom , sekarang Yana nak bagitahu pula spesifikasi untuk Meizu Pro 7 Plus .. Meizu Pro 7 Plus mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Meizu Pro 7 cuma saiznya sedikit besar iaitu 57 inci AMOLED QHD digunakan untuk Meizu Pro 7 Plus .. Mempunnyai memori sebesar 6 GB RAM dan storan 128GB .. Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0 .. Warna pilihan yangg ditawarkan di  Malaysia hanyalah warna hitam sahaja .. 


Menarik bukan spesifikasi yang terdapat pada Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus nie ? Sekiranya awak mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dengan telefon pintar yang lain , Yana sangat syorkan Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus nie kepada awak semua .. Jika dilihat daripada pandangan hadapan mungkin nampak tidak berbeza , tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan rakan-rakan awak semua terpukau melihatnya ..



Meizu Malaysia kini mengesahkan ketibaan Pro 7 dan Pro 7 Plus di Malaysia .. Jualan di seluruh Malaysia  telah bermula pada 21 September yang lalu .. Meizu Pro 7  dijual pada harga RM 1,8889 manakala Pro 7 Plus dijual pada harga RM2,799 ..


Okay , sampai sini sahaja penerangan Yana mengenai Meiz Pro 7 dan Pro 7 Plus .. Macam mana ? Jangan cakap dekat Yana yang awak sedikit pun tak teringin nak memilikinya . Hello , both are superb smartphones okay .. You should grab 1 tau .. Jom tengok video dekat bawah nie untuk nampak dengan lebih jelas Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus nie .. =)


Sekiranya awak rasa informasi yang Yana sediakan tidak cukup terperinci awak boleh layari laman web di bawah untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ..



4 Comments

  1. nampak elegant sangat design fon ni :D

    ReplyDelete
  2. Mantap. Satu inovasi yang hebat. Ada skrin belakang yang pasti membuat hp ni menyerlah dari hp2 yang lain..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^