Kenali U.S Potatoes dan Cara Memasaknya dengan Sedap & Sihat

Kenali U.S Potatoes dan Cara Memasaknya dengan Sedap & Sihat 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Okay sekali lagi kita bersiaran ya ? Hehehe .. Kali nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa Yana menghadiri Healthy Delicious Dishes with US Potatoes event baru-baru nie di The Wembley St Giles Hotel .. Sebenarnya banyak kebaikkan kentang yang selama nie Yana tak tahu dan mungkin awak semua pun belum mengetahui .. Jom baca sampai habis untuk ketahui apakah kebaikkan kentang ..





Okay , 1st thing 1st Yana nak brief serba sedikit menganai Potaoes USA .. Potatoes USA merupakan organisasi pemasarann bagi penanaman kentang sebanyak 2500 secara komersial dan untuk pengetahuan semua kentang ditanam lebih di 30 buah negeri ..

Di sini Yana list kan 10 negeri teratas yang menghasilkan / mengeluarkan kentang :-


  1. Idaho 14.3
  2. Washington 9.8
  3. Wisconsin 2.9
  4. North Dakota 2.5
  5. Colorado 2.3
  6. Oregon 2.3
  7. Minnesota 1.9
  8. Michigan 1.6
  9. California 1.6
  10. Maine 0.6
Potatoes  USA telah mengeluarkan 5 produk utama mereka iaitu 
  • Table stock potatoes
  • Frozen potatoes
  • Seed potatoes
  • Dehydrated potatoes
  • Chipping potatoes

Okay kalau Yana tanya tahu tak kentang ada berapa jenis ? Haha ! Okay , Yana yakin mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang belum tahu kentang terdapat dalam 7 jenis kentang .. Antaranya :-

Russet Potatoes 
sumber daripada Google

Russet Potato merupakan kentang yang sederhana besar bersaiz bujur dan sedikit rata .. Ia mempunyai kulit yang berwarna cerah , sedikit coklat manakala isi dalamnya berwarna kuning pucat .. Teksturnya , floury , kering ,  ringan dan sedikit berbulu ..  Kulitnya akan menghasilkan aroma selepas dimasak .. Russet Potato mengandungi kandungan gula yang sederhana sangat sesuai sekiranya digunakan uuntuk membuat kentang putar dan beberapa jenis masakan yang lain yang rangup di luar dan lembut di dalam .. 

Yellow Potatoes
sumber daripada Google

Yellow Potatoes merupakan kentang bujur dengan kulit berwarna kuning dan isi dalamnya juga berwarna kuning .. Ia mempunyai rasa kentang yang kuat .. Manakala teksturnya pula seperti lilin dan agak lembab sangat sesuai jika dimasak secara grill ..



Okay untuk memendekkan entri Yana , Yana akan beritahu nama beberapa kentang yang lain tanpa penerangan mengenaninya ya sebab Yana ada banyak lagi benda yang Yana nak kongsikan dalam entri nie .. Selain daripada , Russet Potatoes dan Yellow Potatoes terdapat jugak Red Potatoes , White Potatoes , Purple Blue Potatoes , Fingerling Potatoes dan Petite Potatoes .. Awak boleh google ya kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kentang-kentang nie .. Oh ya , sebelum Yana lupa Yana nak bagi tau yang kentang merupakan makanan yang mempunyai nilai potassium yang sangat tinggi tau ..



Sepanjang Yana berada di Healthy Delicious Dishes with US Potatoes event , Yana dan beberapa blogger yang lain diberikan penerangan yang sangat detail mengenai kentang dari kebaikkan nya sampailah ke cara memasaknya .. Selepas menghadiri event tu baru Yana tahu yang kentang sememangnya kena masak dengan kulitnya sekali ..  Sebelum nie Yana ingat orang malas saja yang taknak buang kulit kentang masa nak masak ..

Selain daripada diberi penerangan secara terperinci mengenai US Potato kami juga diitunjukkan cara-cara untuk memasak kentang tersebut dengan cara yang sangat mudah oleh selebriti chef , Chef Audee Cheah .. Dekat bawah nie Yana akan kongsikan 4 jenis masakan yang telah ditunjuk ajar oleh Chef Audee Cheah kepada kami .. 


 US Potato and Prawn Kerabu


Curry Chicken Stuffed U.S Potatoes


Kimchi Seaweed U.S Lattice Cut Fries

Chilli Flavoured U.S Potato Wedges in Lettuce Cups


Yana yakin mesti semua terliur kan di saat Yana berkongsi gambar makanan yang awesome nie .. Indah luaran sedap lagi lidah yang merasa kesemua masakan istimewa dan ringkas daripada Chef Audee Cheah nie ..


All in a plate , dalam banyak-banyak masakan Chef Audee Cheah yang paling Yana suka Chilli Flavoured U.S Potato Wedges in Lettuce Cups .. 

Mudah saja cara nak dapatkan US Potato nnie , boleh  didapati di semua pasaraya yang berdekatan dengan awak  semua .. Cepat-cepat pi cari tau .. In shaa allah kalau berkesempatan Yana akan kongsikan resepi penuh dengan awak semua .. Tapi , untuk sekarang sekiranya awak semua nak tahu dengan lebih lanjut mengenai USA Potatoes boleh lah layari laman web www.potatoesusa-malaysia.com .. Okay sampai sini saja lah ye , nanti  kita jumpa lagi .. Salam aidiladha buat semua muslimin dan muslimat .. 

6 Comments

  1. Sedapnya potato kalau buat fries lagi sedap haha jrang dengar jenama ni

    ReplyDelete
  2. pernah memasak guna kentang USA 1 kali je sebelum ni...

    ReplyDelete
  3. dap.. kite suka makan kentang. masak apa pun sodap ^^

    ReplyDelete
  4. Laaa. yeke kene masak sekali dengan kulit?
    Kaklong pun kupas selama ni. :D

    ReplyDelete
  5. masih terasa lagi makanan tu dlm mulut nih..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^