Ca’ya Mengekalkan Tenaga untuk Anda Sepanjang Hari

Ca’ya Mengekalkan Tenaga untuk Anda Sepanjang Hari

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semuaaa .. Minggu lepas Yana ada terima satu kotak produk Ca'ya daripada BRAND's .. Kalau tengok daripada packaging maybe tak berani nak minum sebab dia ada ginseng .. Yana nie bukan tipikal yang suka minuman berherba sangat .. Tapi , sangkaan Yana meleset sama sekali sedap sebenarnya .. Yana tak tipu tau .. Tipu dosa .. Eh , sebelum Yana melalut better Yana bagi tau mengenai Ca'ya nie ye .. =)


Mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hari memerlukan ketahanan tenaga daya hidup yang tinggi sepanjang hari. Kini dengan adanya minuman tenaga Ca’ya™ keluaran Cerebos Malaysia, anda boleh merancang hari anda dengan sebaik-baiknya, setiap hari.

Minuman penambah tenaga harian yang dirumus khas dengan ramuan semula jadi seperti ginseng dan habbatus sauda, Ca’ya™ diformulasikan daripada dua bahan paling mujarab yang berupaya membekalkan tenaga daya hidup sepanjang hari.

Juga dikenali sebagai jintan hitam, habbatus sauda diyakini keberkesananya sebagai kuasa penyembuh dan keupayaannya untuk memberi dan memulih semula tenaga, manakala ginseng telah terbukti secara saintifik boleh menangani kelesuan. Kombinasi dua ramuan hebat ini memberi tenaga dan memulihkan sistem imunisasi tubuh pada tahap yang optimum.



Produk ini dihasilkan dengan kajian saintifik yang menyeluruh selama beberapa tahun, hasil ujian yang dijalankan menunjukkan 80% di kalangan pengguna megesahkan bahawa mereka berasa kurang lesu dan lebih bertenaga dalam masa 15 minit selepas meminum  Ca’ya™, manakala 70% daripada mereka menyatakan bahawa minuman bertenaga ini memberikan tenaga sehingga 8 jam selepas meminumnya. Kini anda boleh bersenam di gim dan meluangkan masa bersama rakan-rakan walaupun selepas seharian bekerja atau merancang aktiviti pada hujung minggu tanpa merasa letih.

Antara salah satu keunikan Ca’ya™ yang menjadikannya berbeza daripada minuman bertenaga yang lain, adalah kerana ianya mengandungi bahan semula jadi serta tidak mengandungi bahan lemak, bahan pengawet atau pewarna yang memudaratkan, sekaligus menjadikannya minuman bertenaga yang sesuai untuk diminum setiap hari dalam mengekalkan tenaga dan daya hidup



Ca’ya™ dijual dalam pek 6-botol (RM34.80) di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi manakala pek individu (RM5.80) juga boleh dibeli di beberapa kedai serbaneka terpilih. Okay sekian sahaja penerangan daripada Yana mengenai Ca'ya daripada BRAND's .. Cepat-cepat dapatkannya ya .. =)


3 Comments

  1. harga boleh tahan murah jugak.boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Sesuai ni kalau nak drive jauh2

    ReplyDelete
  3. hi, saya datang follow sini.. salam kenal dan salaam ramadhan :)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^