Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online


Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online .

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hai semua .. Okay hari nie entri Yana khas untuk ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang sudah bersekolah .. Erm , bakal ibu bapa pon boleh jugak baca sebagai pengetahuan am dan ilmu untuk masa hadapan nanti =) .. Pernah dengar tak mengenai SAPS ibu bapa ?? Apakah Saps ibu bapa Mai Yana terangkan apa itu SAPS ibu bapa . SAPS ibu bapa merupakan satu sistem semakan keputusan peperiksaan secara atas talian ataupun online yang disediakan oleh kerajaan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) . Saps ibu bapa merupakan salah satu usaha yang sangat bagus yang telah  diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa menyemak keputusan anak-anak dengan cepat dengan hanya melalui internet tanpa perlu ke sekolah dan berjumpa dengan guru kelas anak-anak mereka .. Adakah anda merupakan ibu bapa yang prihatin ? Hehe , sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap  anak-anaknya perihal pendidikan haruslah dititik beratkan .. Pendidikan merupakan jambatan untuk anak-anak untuk memiliki masa hadapan yang cerah di dalam era globalisasi yang kian mencabar ini .. Tapi , tahukah anda bagaimana untuk memastikan bahawa anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajarannya dan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperikasaan ?? Menurut beberapa sumber , antara cara terbaik untuk memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan memantau keputusan peperiksaan mereka .. Kenapa ?? Kerana , berdasarkan keputusan peperikasan lah kita dapat tahu sejauh mana anak-anak kita telah pergi .. Sekiranya , Yana tanya bilakah kali terakhir anda memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak anda ?? Sekarang anda tidak perlu susah-susah untuk berjumpa dengan guru kelas mereka untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka .. Sekarang semuanya terdapat di atas talian sahaja .. =)


Sekiranya anda belum sedia maklum , sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan satu sistem online untuk membolehkan / memudahkan ibu bapa untuk menyemaks keputusan anak-anak mereka secara atas talian .. Sistem ini merupakan SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaab dapat diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Seperti mana yang kita sedia tahu , sebelum wujudnya sistem semak keputusan SAPS ibu bapa ini , ibu bapa perlu ke sekolah untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak mereka .. Hal ini agak payah terutamanya bagi ibu bapa yang selalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing .. 

Sistem SAPS ini jjuga turut dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa , singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan NKRA ialah National Key Result Area .. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan negara kita



Untuk memeriksa secara online sila klik di sini SAPS Ibu Bapa - semak
Keputusan Peperiksaan . Anda digalakkan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak
anda melalui laman sesawang ini kerana tidak akan terjadi apa-apa masalah seperti website
down atau terjadi "laman tidak dapat diakses" ..

Jadi , apa lagi yang anda tunggu klik link ini SAPS Ibu Bapa 
untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda dengan 
lebih mudah dan cepat .. Penyemakkan ini boleh dilakukan di 
mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan 
menggunakan komputer riba mahupun telefon pintar ..


Sekiranya , anda menggunakan website official atau website lain , ia akan 

menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung 
pengguna yang banyak dalam satu masa ..  Jadi , melalui website yang 
Yana cadangkan ini in shaa allah anda dapat menyemak keputusan 
peperiksaan dengan cepat dan mudah .. Oh ya , sebelum Yana lupa 
Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui atas talian dan 
keputusan-keputusan yang ibu bapa boleh dapatkan daripada sistem ialah 
keputusan-keputusan setiap peperiksaan dari murid tahun 1 sehingga pelajar 
tingkatan 5 .. Selain itu , keputusan UPSR , PT3 dan SPM juga akan 
dikemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini ..




Pada anda yang membaca entri Yana nie , sekarang baru anda tahukan betapa mudahnya penyemakkan keputusan peperiksaan sekiranya boleh dilakukan secara atas talian .. Jadi , janganlah teragak-agak untuk berkongsi maklumat nie kepada ibu bapa yang lain ye ..

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^