BLOG & BLOGGER


BLOG & BLOGGER

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


APA ITU BLOG ??


Hai semua .. Baru-baru nie ada yang tanya Yana , blog tu apa ? Okay , mai sini yana nak terangkan apa itu blog ..
Blog merupakan singkatan dariipada perkataan Bahasa Inggeris iaitu web log ialah sebuah laman web yang merupakan satu platform untuk seseorang blogger berkongsi mengenai sesuatu topik sama ada secara langsung mahupun tidak langsung . Perkongsian daripada blogger juga mungkin dalam bentuk formal ataupun tidak formal .. Semua ini bergantung kepada blogger itu sendiri
Dalam sesebuah blog juga mungkin mengandungi beberapa ulasan mengenai sesuatu perkara ataupun mana-mana isu semasa .. Selain itu , ada juga blog yang dikhaskan untuk tempat-tempat menarik untuk dilawati , makanan , fesyen dan sebagainya .. Akan tetapi , ada juga sesetengah blog berperanan sebagai buku catatan peribadi di mana Blogger tersebut lebih menceritakan mengenai personal life beliau secara online  ..

APA FUNGSI BLOG ?


Okay , untuk soalan nie jawapan dia agak umum .. Banyak sebenarnya fungsi blog nie .. Ada yang menjadikan blog sebagai salah satu punca rezeki , ada juga yang menggunakan blog untuk berkongsi info , cerita mengenai kehidupan dan lain-lain lahh .. Kalau nak dihuraikan mau berjela entri Yana nie hehehe .. Secara ringkasnya , blog merupakan salah satu jambatan untuk kita mengetahui isu-isu semasa .. Blog juga merupakan bahan rujukan untuk kita mengetahui mengenai sesuatu perkara .. Tak percaya , bila anda google tutorial make up secara automatiknya akan naik beberapa laman web , haa itulah blog jadi setuju tak kalau Yana cakap blog merupakan salah satu bahan untuk rujukan ?? Hehehe ..

BLOGGER TU APA ?


Hahaha .. Kalau ditanya Yana apa tu Blogger ? Yana jawab ja orang yang menulis dekat blog , =P .. Betul lah kan ?? Blog tu subjek , Blogger tu pelaku .. Hahaha .. Okay2 meh Yana terangkan secara terperinci apa tu Blogger ? Untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan padat Yana kenalah google sebab Yana sendiri tak tahu macam mana nak terangkan tapi Yana faham Blogger tu apa .. Hehehe .. Seperti yang Yana katakan tadi Blogger merupakan penulis di blog . Blogger merupakan salah satu kerjaya Freelancer tidak dibayar gaji akan tetapi dia boleh mendapatkan pendapatan melalui blog .. Bagaimana ?? Aaa nanti Yana buka entri tu untuk tuu sekarang kita cakap pasal Blogger .. Blogger merupakan penulis bebas which is dia tak terikat dengan mana-mana polisi , dia tidak terkongkong dengan waktu kerja , dalam erti kata lain dia lah kuli dia lah boss . Hee ..

Maka dengan ini , terjawablah kan soalan mengenai blog dan blogger ya ?? Terima kasih pada yang sudi membaca tuu .. =P Selamat malam ♥



11 Comments

  1. sramai yang tahu dan faham klu tanya ssh nk terah cuma mampu suh diaorang baca je blog kita hehe

    ReplyDelete
  2. *typo ramai yang tak tahu dan xfaham :)

    ReplyDelete
  3. @Eintan Nurfuzie hahaha cikgu la sangat yana nie cik en oii =P

    ReplyDelete
  4. @PERMATABIRU yaaa taw xpa farah byk benda yg kita faham , tapi bila diminta terangkan kepada org kita jammed hahaha =P

    ReplyDelete
  5. Sya blogger, blogger tu hpa? Pent jwab kn.

    ReplyDelete
  6. Seronok jadi Blogger sebab dapat berkongsi yang bermanfaat untuk pencari maklumat

    ReplyDelete
  7. seronoknya dpt caqi income lebih.

    ReplyDelete
  8. alkisah blog dan blogger kekeke. blogger ni kira macam unpaid writer sebenarnya. :p

    ReplyDelete
  9. Memang seronok jadi blogger.

    Boleh dapat duit hihihi.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^