5 FAKTA MENARIK MENGENAI ANAK SULUNG


5 FAKTA MENARIK MENGENAI ANAK SULUNG


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hai semua ! Hari nie Yana nak berkongsi beberapa fakta menarik mengenai anak sulung .. Mengapa anak sulung ? Hehe .. Sebabnya Yana anak sulung .. =)) Siapa dalam kalangan blogger yang membaca entri Yana nie tergolong dalam kalangan anak pertama ?? Angkat tangan sikit .. Hehe .. Beberapa fakta yang Yana kongsikan nie ada betulnya dan ada juga tidak .. Yana sekadar berkongsi apa yang Yana rasa menarik untuk dikongsi .. =)) Chill okay ..


Untuk pengetahuan semua anak pertama memang mempunyai keunikannya yang tersendiri jika nak dibandingkan dengan saudara-saudarannya yang lain . Biasanya anak pertama mempunyai beberapa kelebihan dan juga kekurangannya .. Anak pertama biasanya memiliki beberapa sifat seperti perhatian , bertanggungjawab dan lain-lain .

Berikut adalah beberapa sifat dan fakta mengenai anak pertama tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan 

1) ANAK PERTAMA DILAHIRKAN UNTUK BELAJAR .

- Anak pertama biasanya cenderung lebih bijak daripada saudaranya yang lain . Oleh sebab itu , biasanya anak pertama menjadi seseorang yang mudah  diajar dalam pelbagai hal.
Selain itu , anak petama juga akan mendapat peluang untuk belajar lebih bannyak berbanding dengan saudaranya yang lain ddan oleh keranan itulah juga anak pertama akan nampak lebih pintar . Faktor lain yang membuat anak pertama menjadi seseorang yang boleh diajar secara alami kerana mereka mula-mula dilahirkan dan sudah terbiasa dengan automatiknya untuk belajar dan berdikari . Akan tetapi , sifat tersebut akan lebih berkembang  jika kedua-dua ibubapa turut membimbing anak pertama ke arah yang positif . 

2) ANAK PERTAMA MERUPAKAN PEMIMPIN SECARA SEMULAJADI

- Sebagai anak pertama sudah tentu dia terbiasa untuk bertanggungjawab kepada adik-adiknya . Jiwa pemimpinnya terlahir pada ketika anak pertama diberikan tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya . Oleh sebab itulah , anak pertama akan terlihat lebih menonjol dalam sesebuah komuniti atau organisasi . Sifat pemimpinnya akan secara automatik ingin memimpin dalam sesebuah kumpulan ..




3. SIFAT ANAK PERTAMA YANG BAIk

- Jika kita perhatikan sangat jarang anak pertama tampak nakal . Hal ini demikian kerana sekiranya dia ingin melakukan sesuatu diaa selalunya akan bertanya terlebih dahulu kepada ibu dan bapanya .
Jadi , secara tidak langsung anak pertama selalu mendapat didikan yang baik daripada orang tuanya .
Biasanya anak yang berbuat kenakalan adalah untuk menarik perhatian orang di sekitarnya , oleh kerana itu jarang sekali anak pertama untuk berbuat demikian kerana dia telah mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu dan bapanya . Hanya anak pertama sahaja yang sering dipersalahkan oleh ibu dan bapanya dek kerana kenakalan adik-adiknya sebab anak pertama telah ditugaskan dan dipertanggungjawabkan untuk mngawasi adik-adiknya .  Namun begitu , di saat anak pertama menjadi dewasa akan membuat sifat kasih sayang yang semmakin besar dan kerana inilah yang membuatkan anak pertama lebih disukai ramai orang .

4. SIFAT ANAK PERTAMA YANG PERHATIAN

- Sifat anak pertama yang perhatian kerana atas dasar rasa tanggungjawab terhadap adik-adiknya . Oleh sebab itu , anak pertama dapat memberikan lebih perhatian kepada orang lain . Selain itu , sifat perhatian yang tinggi juga membuat anak pertama lebih mudah memahami perasaan orang lain di sekitarnya ..

5. ANAK PERTAMA BERTANGGUNG JAWAB tapi mudah tertekan

- Ibu bapa sering mengajarkan anak pertama untuk bertanggungjawab . Bukan hanya untuk dirinya bahkan juga untuk adik-adiknya . Oleh kerana itu , anak pertama akan mengejar kesempurnaan dalam setiap apa yang dilakukannya sehingga akan menyebabkan dia berasa tertekan .

Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai anak sulung .. Yana tahu mungkin ada juga kurang bersetuju dengan apa yang Yana nyatakan di atas tu .. Seperti yang Yana katakan tadi , Yana hanya berkongsi apa yang Yana rasa menarik untuk dikongsi .. No heart feeling okay ?? =))


7 Comments

  1. satu lagi tertinggal, anak pertama selalunya hensem . hahaha

    #sayaanakpertama

    ReplyDelete
  2. @ubai ismail hehehe tak sangka plak "kak" "dek" pon anak pertama , yaa btoi anak pertama sselalu menawan hehehe =))

    ReplyDelete
  3. @nuyui a.k.a miss YUI hehehehe patut lah Yui awesome sbb kita geng anak pertama =))

    ReplyDelete
  4. @Dunia Zumal hehehehe yeayyy patut lah kita leh geng , kita sama sama anak pertama rupanya hee .. =))

    ReplyDelete
  5. husna pon anak pertama jgk.. tp kdg² perangai langsung x mcm anak pertama.. hahaha

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^