HIJABSTER KAH AKU ?


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Okay malam nie Yana dah jumpa topik yang sesuai untuk dikongsi . Topik yang mengikuti peredaran masa iaitu :-

HIJABSTER KAH AKU ? 


Sebelum Yana bercerita mengenai topik tu . Yana nak terangkan maksud hijabster . Sesungguhnya , Yana sebelum nie just sebut ja . Tak  faham sangat pon mengenai hijabster nie . Yang Yana tahu dia ala-ala wanita bertudung yang fashionable gitu . Hehehe ..

"Itu maksud Hipster yang Nik temui di wikipedia . Disebabkan Hijabster hanya digunakan oleh sesetengah pihak di Malaysia maka melalui kefahaman Nik, Hijabster bermaksud seorang fashionista yang bertudung . Melalui maksud kedua-dua perkataan ini, tidak ada salah seseorang wanita islam itu digelar sebagai hipster kerana cara mereka berfesyen atau digelar sebagai hijabster kerana cara pemakaian tudung mereka . Islam tidakpernah melarang kaum hawa untuk berfesyen asalkan tidak melanggar syariat Islam . Seperti mana kita sedia maklum, Allah SWT sangat menyukai hambaNya yang menjaga keterampilan dan kecantikan diri asalkan tidak melanggar syariat islam iaitu menjaga aurattatasusila dan adab dalam berfesyen . "

sumber : http://ceriteranik.blogspot.my/2015/07/soal-jawab-hipster-dan-hijabster.html

Seperti biasa , untuk soal definisi Yana akan google sebab Yana sendiri tak ada penerangan yang jelas mengenai hijabster nie .

Berbalik kepada soalan tadi .. HIJABSTER KAH AKU ?


Hijabster ka macam nie ?


macam nie ??


jawapannyaaaaa .. TAKKKK .. haha .. belum cukup hijabster lagi ?
Tapi Yana nak jadi macam fashionista , hijabster semua tu . Sebabnya Yana memang sangat meminati fesyen . Yana suka tengok cantik-cantik nie . Tapi , takmau lah crowded sangat macam .... TETTTT .. tak boleh mention , nanti kena saman pulak Yana . Dah la kais pagi makan pagi , kais petang makan petang saja nie . Hee ^_^


Cantik dah nie , cuma baju tu tak berapa sesuai bagi Yana la . Kalau labuh sikit cun kot . HEHE . 


Yana teringin nak dress up macam nie nanti . Sedang cuba untuk berubah . Hehe . Nak tampak feminim , simple yet elegance ^_^ tapi baju tu kalau dipakai dengan cardigan yang singkat tu mesti tampak manis sikit kat , atau tudung tu menutupi dada ..


Sedang kita begitu ghairah mengejar fesyen terkini . Syariat Islam jangan kita abaikan ya ? ^_^ Pakailah pakaian yang menutup aurat . Islam tak pernah mengharamkan fesyen . akan tetapi biarlah kena dengan caranya =)
Oh ya , sebelum Yana lupa , janganlah kerana kita terlalu mengejar fesyen sampai kita menjadi hamba fesyen pula ya .. Berbelanjalah sekadar mampu . Tak perlulah mengejar barang berjenama antarabangsa sekiranya kurang berkemampuan .. Pakai ala kadar ja , sekiranya anda pandai mix and match , pakaian murah pon akan tampak bergaya . Percayalah cakap Yana ..


Nampak mahal kan outfit nie ? Sebenarnya , kita boleh dapatkan oufit macam nie dengan harga yang jauh lebih murah . Sebab itu pentingnya untuk membuat survey sebelum membeli ya ^_^




Sekian saja perkongsian Yana malam nie .. Kepada tuan empunya gambar yang Yana ambil nie . Sorry ya bukan niat Yana nak mencuri taw . Just nak share . Selamat Malam semua ♥
 Oh ya sebelum Yana lupa , awak yang cantik manis tu , jum like page Yana , kalau awak-awak ada page jugak sila tinggalkan lik kat komen nanti Yana like balik ya ^_^



Author image
The Author

Lyana Ishak

11 Comments

  1. yui plak hijab jee.. ster nya blm lg..ekekek.

    ReplyDelete
  2. ooo baru tahu hijabster tu apa....

    ReplyDelete
  3. Kdg2 ade jugaq yg x malu mengaku hijabster, padehal pakai dah x melambangkan seorg ISLAM

    ReplyDelete
  4. @nuyui a.k.a miss YUI sama lah kita YUI , belum sepenuhnya HIJABSTER hehehe

    ReplyDelete
  5. @aRz MoHa Yana pon baru tahu aRz hehehe

    ReplyDelete
  6. @YieN aah betul tu YIEN rata2 byk ikot fesyen instead of syariat

    ReplyDelete
  7. Wow macam model. Memang Hijabster nie ^-^

    ReplyDelete
  8. hsna tak reti nak menggaya.. semua pakai tgkap muat je.. hehehe

    ReplyDelete
  9. @husna zahidi husna , kak yana pon bukan pndai sangat dok tgk IG ja hehehe

    ReplyDelete
  10. yui plak hijab jee.. ster nya blm lg..ekekek. model baju muslim modern

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^