LESUNG PIPIT

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

LESUNG PIPIT / PIPI .


Hai semua pembaca yang dihormati . Malam nie entri Yana bertajuk LESUNG PIPIT . Siapa yang ada lesung pipi / lesung pipi  ?? Angkat tangan cepat .. Adakah kita tahu bagaimana lesung pipi terhasil , dan kenapa ? Jangan terkejut kalau Yana cakap kalau lesung pipit nie merupakan salah satu kecacatan . Haa . terkejut kan .. Namun , lesung pipit adalah satu-satunya kecacatan yang cantik . Tak percaya ?? Tengoklah gambar kat bawah tu .


FAKTA LESUNG PIPIT / PIPI


Kenapa Yana sertakan gambar pelakon bollywood nie ?? Nampak tak lekukan pada pipi dia ? Itulah lesung pipit . Lesung pipit merupakan kecacatan pada otot wajah yang dinamakan sebagai Zygomaticus Major terbelah dua . Hal ini menyebabkan otot wajah menjadi lebih pendek daripada biasa . Kesannya , apabila anda bercakap , senyum dan sebagainya kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi . 

FAKTOR TERHASILNYA LESUNG PIPIT / PIPI .

Lesung pipit / pipi terjadi disebabkan faktor genetik . Ia memerlukan gen dominan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya . Jika ibu bapa memiliki lesung pipit / pipi potensi untuk si anak memiliki lesung pipit / pipi juga tinggi antara 50 hingga 100 peratus . Akan tetapi , sekiranya salah seorang daripada ibu bapa sahaja yang memiliki lesung pipt / pipi maka potensi untuk si anak memiliki lesung pipit / pipi hanya sebanyak 25 hingga 50 peratus .
Bagaimanapun , ada juga individu yang memiliki lesung pipit walaupun ibu bapa mereka tidak memilikinya . Ia terjadi disebabkan oleh faktor 'Gen Skip' . Hal ini demikian kerana , banyak gen yang tidak diwarisi dari sesuatu generasi ke generasi yang lain . Sebaliknya ia berlaku secara selang seli . Jika keadaan ini terjadi , bermakna keturunan anda dahulu ada memiliki lesung pipit / pipi . Oleh itu anda insan yang bertuah yang memilikinya . 

Okay , bagi kes Yana , ayah dan umi yana tak memiliki lesung pipit / pipi , mungkin keturunan terdahulu ada memilikinya . Yana rasa sangat bertuah kerana terpilih oleh Nya untuk memiliki lesung pipit / pipi . Tak semua dapat memilikinya tau . 


Nampak tak lekukan kecil kat pipi Yana ? Tu merupakan bukti Yana ada lesung pipit / pipi . Di sini bukanlah niat Yana nak puji diri sendiri , cuma Yana nak katakan mereka yang memiliki lesung pipit / pipi  mempunyai daya penarik tersendiri ^_^

JENIS-JENIS LESUNG PIPIT / PIPI .

Terdapat 2 jenis lesung pipit / pipi yang biasanya muncul pada manusia iaitu :-

  • Lesung pipit / pipi di mana lesung muncul pada kulit kedua-dua pipi manusia
  • Lesung pipit tunggal , iaitu yang hanya muncul pada kulit salah satu pipi sama ada di sebelah kiri pipi atau sebelah kanan pipi .
Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai lesung pipit / pipi . Sehingga bertemu lagi di entri akan datang . 




10 Comments

  1. org ada lesung pipit ni cute tapi sya xde. kena paksa senyum over3 baru ada. kikiki

    ReplyDelete
  2. cantik kan bila ada lesung pipit..menarik dipandang..tapi sy takda lesung pipit huhu..

    ReplyDelete
  3. @najwa zahid yana pon sama , senyum sikit2 tak nmpak , kena sengeh baru nmpak kekeke ^_^

    ReplyDelete
  4. @Cik Itah hehehe kan Cik Itah , yana suka sangat tgk org ada lesung pipit nie , ala cik itah maybe ada kelebihan kat tempat lain kan hehee

    ReplyDelete
  5. Masa kecik-kecik dulu sampai sekolah menengah tak suka lesum pipit sebab kawan-kawan asyik suruh senyum je nak tengok lesum pipit..tak larat nak senyum..tapi sekarang suka sangat lesum pipit ni sebab nampak comel..perasan sendiri..hahahahaha...

    ReplyDelete
  6. @Ms Qiya Saad hahaha .. sama la QIYA , sampai kita plak naik segan , Yana pon suka sebab tak semua ada yg selected ja yang ada kan .. hehehe =P tapi tkot dia hilang T_T

    ReplyDelete
  7. Sama la kita..parents xde, tetiba kita ada..

    ReplyDelete
  8. @timm bill tula Timm rasa aneh pon ada , xpa la rezeki kta hehehe ^_^

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^