Tampil Jelita Dengan Nickellskin Dari Korea

27 December 2016


Tampil Jelita Dengan Nickellskin Dari Korea




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua hari nie Yana nak memperkenalkan satu produk kecantikkan baru yang didatangkan khas dari Korea .. Serum Triple StemcellSerum yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea. Ia menggabungkan bahan termahal dan  berkualiti dalam industri kosmetik dan telah digunakan secara meluas di kalangan selebriti di luar negara serta dianggap sebagai kolagen mewah kerana ianya diperbuat dengan menggunakan kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti.

Gabungan teknologi farmasi dan APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) yang terdapat di dalam NICKELLSKIN ini mampu memberikan hasil yang sangat luar biasa pada kulit manusia. Ini kerana kolagen ikan Salmon mempunyai protein kulit yang seakan sama dengan protein kulit manusia. Molekulnya sangat halus sehingga mampu menembusi lapisan dermis dan epidermis kulit manusia dengan amat baik sekali dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Kuasa TRIPLE STEMCELL nya pula mampu memperbaharui struktur kulit manusia dan menggantikan dengan kulit baru seperti KULIT BAYI.



KENAPA MESTI NICKELLSKIN ?

Berkuasa melembutkan kulit anda

NICKELLSKIN merupakan serum yang telah dimasukkan kolagen di dalamnya seperti apa yang kita tahu kolagen berfungsi untuk melembutkan dan menganjalkan kulit. Kolagen kita sebenarnya semakin berkurangan apabila umur meningkat dan kulit yang kekurangan kolagen akan mudah kendur, kedut dan kasar. Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia.

Penyerapan maksima ke dalam kulit

Sodium Hyaluronate di dalam kulit mampu memaksimumkan penyerapan kolagen ke dalam kulit. Seperti yang kita tahu kolagen yang paling bagus adalah kolagen yang mampu menyerap dalam kulit dengan lebih sempurna. Sodium Hyaluronate dapat membantu kolagen dan bahan Triple Stemcell di dalam serum NICKELLSKIN menyerap lebih jauh ke dalam kulit manusia. Ianya lebih berkuasa daripada ASID HYALURONIC yang tengah top di pasaran sekarang. Jadi, NICKELLSKIN sebenarnya lagi ADVANCE TECNOLOGY.

Memperbaiki semua jenis kulit samaada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering

Tidak kira apa jenis kulit anda samaada yang jenis berminyak, kering atau sensitif, NICKELLSKIN mampu memperbaiki kulit anda. Ini adalah kerana Triple Stemcell & kolagen ikan Salmon dalam NICKELLSKIN mampu membunuh yis di dalam kulit manusia yang akan menyebabkan kerosakan kulit seperti kulit sensitif, berminyak atau kering.

Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit

NICKELLSKIN mengandungi APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) serta daun alovera & Cactus Extract yang merupakan anti-kanser dan mampu mencerahkan bahagian kulit manusia yang dah dicemari dengan JERAGAT, PARUT JERAWAT, BINTIK HITAM dan sebagainya. NICKELLSKIN adalah bebas dari bahan pencerah yang terlarang seperti MERCURY, PARABEN & HYDROQUINONE yang digunakan oleh kebanyak pengeluar produk pencerah di Malaysia.

Dengan NICKELLSKIN anda akan dapat rasai HASILNYAAA... KULIT JADI MULUS, GEBUS, FLAWLESS MACAM KULIT BAYI.

Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN

Memang MUDAH SANGAT guna NICKELLSKIN ni. Tak perlu buang masa pakai toner lah, krim malam lah, krim siang lah, sunblock lah... KINI! semuanya dah digabungkan menjadi 1 dalam sebotol NICKELLSKIN .



Dalam NICKELLSKIN ni dah ada TONER + MOISTURIZER + SERUM + SUNBLOCK SPF 35.  So cara gunanya anda hanya perlu cuci muka macam biasa (gunakan pencuci Sabun muka Super Collagen) kemudian sapu je terus serum kat muka arah atas ke bawah dan tepuk-tepuk bagi meresap.

SETITIK SUDAH MENCUKUPI !

TAHUKAH ANDA? Kulit yang kering, sensitif, kusam dan tidak bermaya boleh menjadi punca utama penuaan berlaku sebelum usia. Ini kerana kulit ini sebenarnya sudah kehilangan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan elastik dan struktur pada kulit.

Dah puas jumpa Doktor atau Pakar kulit, tapi masalah kulit kering, sensitif dan ekzema tetap sama. Kalau ubat habis, masalah tu datang balik. Kos rawatan pula bukan murah, bila dihitung balik beberapa kali jumpa pakar kulit, kos mencecah RM1000++



Bukan ke dah banyak produk kat luar untuk kulit kering?

Ya..memang betul... tapi anda perasan tak mula2 pakai produk ni, kulit kering dan sensitif memang akan jadi normal. Tapi jika anda teruskan pakai dalam jangka masa panjang, kulit anda akan jadi terlebih berminyak. Memanglah kulit kering jadi baik, tapi lagi teruk jika kulit berminyak dan jerawat mula tumbuh. NICKELLSKIN ni lain dari yang lain.. KENAPA? Ia pakar dalam memperbaiki kulit. Semua jenis kulit samaada kering, sensitif, minyak atau kombinasi akan diperbaiki secara menyeluruh oleh NICKELLSKIN. Ia lebih berkuasa dari yang lain kerana ianya lebih bijak menyesuaikan fungsinya dengan masalah kulit yang berbeza.


Okay , Yana rasa dah cukup terperinci Yana cerita nie , untuk keterangan lanjut mengenai produk NICKELLSKIN dari Korea nie sila lawati :-


Ig address : @nickellskinhq

Hotline number : 017-3780217


Read More

TAHUKAH APA ITU ANXIETY DISORDERS ?

18 December 2016


TAHUKAH APA ITU ANXIETY DISORDERS ?


(gambar sumber : Google)


ASSALAMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Selamat malam .. =) Sejujurnya , Yana pon baru saja tahu mengenai anxiety disorders (gangguan kebimbangan) .. Selepas Yana baca mengenainya , Yana salah satu daripadanya tapi masih lagi di peringkat pertama .. Seriously , Yana cuak sudah lepas Yana tahu yang Yana pon turut mengalami anxiety disorders nie .. Harap Yana bboleh kawal jangan sampai it getting worse ..

Anxiety Disorders (gangguan kebimbangan) adalah sekumpulan gangguan mental yang dicirikan oleh perasaan kebimbangan dan ketakutan .. Kebimbangan adalah bimbang tentang peristiwa-peristiwa dan ketakutan masa depan adalah tindak balas kepada peristiwa-peristiwa semasa .. Perasaan ini boleh menyebabkan gejala fizikal seperti kadar degupan jantung yang cepat dan kegoyahan ..



(gambar sumber : Google)


JENIS JENIS GANGGUAN KEBIMBANGAN .

1. Gangguan Panik , pesakit dengan keadaan ini mempunyai perasaan keganasan seperti menyerang secara tiba-tiba dan berkali-kali tanpa sebarang amaran .. Lain-lain gejala serangan panik termasuk berpeluh , sakit dada , berdebar-debar (luar biasa kuat atau jantung berdegup dengan laju)

2. Gangguan Kebimbangan Sosial , juga dikenali sebagai fobia sosial .. Ini melibatkan rasa bimbang amat menggalakkan dan kesedaran diri tentang situasi sosial sehari-sehari .. Kebimbangan sering berpusat pada rasa takut akan dihakimi oleh orang lain atau berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan rasa malu atau membawa kepada cemuhan .. 

3. Fobia Tertentu , ini adalah kebimbangan sengit sesuatu tujuan atau keadaan tertentu seperti ketinggian atau terbang .. Tahap ketakutan biasanya tidak sesuai dengan keadaan dan boleh menyebabkan anda untuk mengelakkan diri anda daripada situasi ini ..


(gambar sumber : Google)

APAKAH SIMPTOM GANGGUAN KEBIMBANGAN ?


Ia bergantung kepada jenis gangguan kebimbangan, tetapi gejala umum termasuk :-
  • Perasaan panik, ketakutan, dan keresahan
  • Masalah tidur
  • Tangan atau kaki sejuk atau berpeluh
  • Sesak nafas
  • Debaran jantung
  • Tidak dapat menjadi diam dan tenang
  • Mulut kering
  • Kebas atau kesemutan di tangan atau kaki
  • Loya
  • Ketegangan otot
  • Pening

(sumber daripada : http://www.webmd.com/ )

Haa , sekian perkongsian Yana mengenai anxiety disorders .. Ada tak antara anda-anda yang mengalaminya ? Hehee .. Sama-samalah kita kawal perasaan kita yaa .. Jangan terbawa-bawa sangat ye .. Selamat Malam .. ♥ ♥






Read More

ADAB KETIKA DALAM MASJID

16 December 2016


ADAB KETIKA DALAM MASJID 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Hai semua .. Sebelum Yana pergi beradu , Yana nak kongsikan beberapa adab yang perlu kita pratikkan semasa berada di dalam masjid mahupun surau .. Yana tak pasti sama ada mereka tidak tahu atau pura-pura tidak tahu .. Yana sendiri pernah alami situasi sebegini , dan ianya sangat-sangat menggangu hingga Yana hilang kekhusyukkan ketika solat .. Walau bagaimanapun , info dalam entri nie  bukan hak milik Yana ya , ada Yana kreditkan pemilik sebenar di bahagian akhir entri .. Selamat membaca .. =) 
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.


1. BERDOA KETIKA PERGI KE MASJID .
Hadist Ibnu Abbas menyebutkan, "Adalah Rasulullah apabila ia keluar (rumah) pergi shalat (di masjid) berdoa, 'Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, dan cahaya pada lisanku, dan jadikanlah cahaya pada pendengaranku, dan jadikanlah cahaya dari belakangku, dan cahaya dari depanku, dan jadikanlah cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, anugerahilah aku cahaya dari bawahku. Ya Allah anugerahilah aku cahaya'." (Muttafaq'alaih)

2. BERDOA KETIKA MASUK DAN KELUAR MASJID .
Disunnahkan bagi orang yang masuk masjid mendahulukan kaki kanan, kemudian bersholawat kepada Nabi lalu mengucapkan "Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu."

3.  DILARANG BERJUAL BELI & MENGUMUMKAN KEHILANGAN BARANG DALAM MASJID .
Berdasarkan sabda Rasulullah, "Apabila kamu melihat orang yang menjual atau membeli sesuatu di dalam masjid, maka doakanlah, 'Semoga Allah tidak memberi keuntungan bagimu'. Dan apabila kamu melihat orang yang mengumumkan barang hilang, maka doakanlah, 'Semoga Allah tidak mengembalikan barangmu yang hilang'." (HR At-Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani)

4. TIDAK LALU DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT .

Dan disunnatkan bagi orang yang shalat menaruh batas di depannya. Rasulullah bersabda, "Kalau sekiranya orang yang lewat di depan orang yang sedang shalat itu mengetahui dosa perbuatannya, niscaya ia berdiri dari jarak empat puluh itu lebih baik daripada lewat di depannya." (Muttafaq'alaih)

5. TIDAK MENINGGIKAN SUARA HINGGA MENGGANGU ORANG SEDANG SOLAT .

Di dalam masjid tidak boleh bersuara kuat karena dapat mengganggu kekhusyukan ibadah orang lain. Begitu pula dengan mengaktifkan handphone ketika solat .


Okay , semua dah baca kan ? Ini antara beberapa adab yang perlu anda praktikkan ketika berada di dalam masjid mahupun surau ,, Nak bersembang , janganlah sampai mengganggu orang lain beribadah ya .. Tak pun , tinggalkan dahulu niat nak sembang tu , sebab solat tak lama mana pun , lepas solat sembang lah puas-puas .. Hehehe .. Selamat malam .. ♥




Read More

SAVE MY SOUL

12 December 2016


SAVE MY SOUL




(verse 1)

You got what you wanted , didn't you ?
Don't know where your heart is .
But , mine's bruised .
You knew when you started .
That I'd lose .
The blood on the carpet .
Is not you .

(pre - chorus)

I tried to wash the scars ad marks from under my skin .
But , you're etched in me like stone .


[Chorus]
You can't save me (yeah, yeah)
You call it love, but still you hate me? (yeah, yeah)
Lord I try and I can't say no
You're the pain and the medicine
One taste and I'm numb again
You can't save me (yeah, yeah)
Lord I try and I can't say no

[Post-Chorus]
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Ain't nothing I can do to save my soul
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah

[Verse 2]
A moth to a candle
That's me to you
I was never this fragile
Or consumed
I'm covered in shrapnel
Through and through
And I wish I knew how to
Hate you

[Pre-Chorus]
I try to wash the scars and marks from under my skin
But you're etched in me like stone

[Chorus]
You can't save me (yeah, yeah)
You call it love, but still you hate me? (yeah, yeah)
Lord I try and I can't say no
You're the pain and the medicine
One taste and I'm numb again
You can't save me (yeah, yeah)
Lord I try and I can't say no

[Post-Chorus]
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Ain't nothing I can do to save my soul
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah

[Bridge]
You've got your chains wrapped around me so tight
Give me enough just to keep me alive
I try to run but it hurts every time, I try
Lord I try and I can't say no
(Oh Lord)
Lord I try and I can't say no

[Post-Chorus]
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Ain't nothing I can do to save my soul
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah
Oh lord, na, na, na, na, na, yeah

[Outro]
You got what you wanted
Didn't you?


Read More

JOM TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

10 December 2016


JOM TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Hai ,, selamat malam semua .. Sebelum tidur tu jom baca tips seterusnya daripada Yana .. Mesti ramai yang nak tahu kan , bagaimana cara untuk menurunkan berat dengan cara yang sihat .. Sebolehnya tanpa mengambil sebarang pil kurus ..  Tapi , sekiranya ada diantara anda yang nak mengambil sebarang suplement tambahan boleh saja tapi sebaiknya dengan nasihat doktor yaa .. =))

Sebelum Yana teruskan dengan tips tu moleklah Yana terangkan apa itu obesiti terlebih dahulu .. Obesiti merupakan satu keadaan perubatab di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan  kesihatan seseorang .. Individu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) yakni ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram) dengan ketinggian seseorangan (dalam meter) yang dikuasa dua .. Indeks BMI antara 20 hingga 25 dianggap normal , individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikatakan memiliki berat terlebih ..



Okay tips pertama daripada Yana .. AMALKAN PERMAKANAN SECARA SIHAT .. Bagaimanakah ?? Selalunya kalau kita makan , berapa senduk nasi yang kita ambil ? Lauk pauk yang macam mana selalu kita makan ? Adakah ia merupakan makanan bergoreng ? Berlemak ? Haa , kalau itu merupakan "kriteria" lauk yang sering diamalkan , Yana nasihatkan anda ubah ya .. Sebaiknya , amalkan memakan masakan yang dikukus instead of goreng .. Sebabnya ? Makanan bergoreng tu sudah tentunya berminyak , dan makanan berminyak dan berlemak merupakan penyumbang utama kepada kolestrol .. Elakkan mengambil makanan ringan seperti burger , fries , nugget , sosej dann lain-lain yang sewaktu dengannya .. Bukan Yana nak cakap tak boleh makan langsung , boleh sekali sekala .. Kalau boleh elak daripada mengambilnya lanngsung , itu terbaikk .. Hentikan , meminum minuman bergas , minuman manis dan minuman berais .. Amalkan meminum air masak kerana itu yang sebaiknya , secara tak langsung ia dapat membantu anda dalam proses menurunkan berat badan dan kulit anda akan kelihatan sihat sentiasa .. Bagaimana set makanan sihat ? Pastikan ia mengandungi semua protein dan zat-zat yang badan anda perlukan .. Di atas Yana ada sertakan imej piramid makanan .. Jadi , anda bolehlah rujuk dengan piramid makanan tersebut dalam proses anda menambahbaikkan cara permakanan anda .. =)



Seterusnya , tips kedua daripada yana .. BERSENAM .. Tak mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan secara sihat dan tanpa pengambilan sebarang pil .. Tapi , Yana tak pula kata susah .. Apa yang anda perlu ialah disiplin .. Bersenam tak semestinya nak tunggu masa hujung minggu sahaja .. Anda boleh saja mengamalkannya dalam kehidupan seharian anda .. Contoh , berjalan , mereganggkan otot-otot badan , nanti Yana kongsikan tips bersenam ye , untuk malam nie Yana nak kongsi tips turunkan berat badan secara sihat dahulu .. Sini Yana kongsikan tips cara bersenam yang betul ..

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.


Tips ketiga daripada Yana ,, DETOX , haaa Detox merupakan trend yang sering diikuti sekarang dalam mengamalkan cara menurunkan berat badan secara sihat .. Apa itu Detox ?? Detox merupakan adalah satu cara atau proses pembuangan racun atau toksin yang berasal daripada makanan , minuman ,, kosmetik , udara , pemikiran dan yang sering berlaku akibat merokok .. Tujuan Detox adalah untuk memulihkan tenaga dan membersihkan darah .. Jom , Yana kongsikan beberapa resepi Detox yang sering diamalkan ..

1. Akalize Green Juice

– Spinach, Celery, Lemon & Cucumber

2. Immune Boost

– Green Apple, Ginger & Lemon

3. Immune Cocktail

–  Green Apple, Ginger, Lemon & Beetroot

4. Green Bliss

– Green Apple, Cucumber & Spinach

5. Super Green Juice

– Cucumber/ Parsley/ Brocoli, Spinach/ celery, Lemon & Ginger

6. Happy Detox

– Apple, Mint, Lemon & Parsley

7. Pineapple Mix

– Pineapple, Green Apple, Cucumber, Lemon, Ginger, Parsley & Mint

8. Liver Flush

– Pomelo Fruit, Grape Fruit, Ginger, Lemon, Cayenne Paper, Olive Oil & Garlic

9. Red Refreshment

– House made fresh wheat grass, lemon, min & beetroot

10. Ginger Mix Shot


– Ginger, Lemon & Himalayan Salt

11. Wheat Grass Shot

– Carrot/ watermelon, Apple & Pineapple
(kredit : SHIQEEN SATTAR)
Di sini Yana sertakan beberapa entri mengenai Detox yaa ..

Detox 1 , Detox 2 & Detox 3 .. (kredit : Ben Ashaari)

Okay sekian saja nah perkongsian Yana mengenai cara turunkan berat badan secara sihat ... Dalam entri nie Yana cerita secara ringkas sahaja .. In shaa allah ada masa nanti Yana akan cuba terperincikan ye ... Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca celotehan Yana .. Selamat malam ... ♥ ♥


Read More

TIPS MEMIKAT BAKAL MERTUA

9 December 2016


TIPS MEMIKAT BAKAL MERTUA .

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

"Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut"


Hai semua .. Sekali lagi kita bersua .. Hehehe .. sejak kebelakangan nie Yana sering berkongsi perihal dan tips-tips ke arah perkahwinan ye ? Kenapakah ? Hehehe .. Saja je lahh .. Sekarang kan musim orang kahwin , jadi Yana nak lah gunakan kesempatan yang ada nie untuk Yana berkongsi serba sedikit tips yang Yana tahu .. =P

Siapa cakap senang nak pikat hati bakal mertua nie ?? Terutama sekali ibu mertua tuu .. Haa , kalau Yana senang lagi rasanya nak handle bakal bapa mertua ..  Sebab , orang lelaki nie takdak la banyak songeh sangat .. Mak mertua nie bagi  Yana tough sikit caranya , kalau ada adik beradik perempuan , bertambah tough laa tugasnya .. Hahaha .. Yana kata macam nie , sebab Yana ada adik lelaki dan Yana sendiri tak suka kalau dia pilih yang sembarangan .. Selamatlah dia takdak calon pon .. =P Okay , kembali kepada topik kita pada malam nie ..

Bila kita memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan kita , secara tak langsung kita kena bersedia untuk menerima keluarganya secara keseluruhan .. Bagi Yana , bila kita berkahwin dengan anaknya , sudah tentu-tentu dengan keluarganya sekali kita "berkahwin" . Fahamkan apa yang Yana cuba sampaikan ?? Hehehe .. Yaa , kita kena memikat hati seluruh keluarganya untuk kita hidup aman harmoni =)) ..

Tips yang bakal Yana kongsikan nie lebih tertumpu kepada kaum hawa rasanya , sebab bagi kaum adam tak susah rasanya untuk mereka memikat hati bakal mertua mereka .. =P 
Tips pertama , cuba anda kenali rentak ibu pasangan anda .. Bertanyalah apa kegemarannya ? Apa  yang tidak digemarinya .. Oleh itu , akan lebih bersedia untuk menghadapinya nanti .. Sekiranya bakal ibu mertua anda minat membeli belah , sekali sekala tu ajaklah dia ke mana-mana shopping mall .. Membeli belah tidak semestinya kena beli barang mahal-mahal .. Sekadar window shopping pon dah okay sekiranya kena dengan carannya .. 



Okay , tips kedua adalah ringan-ringankanlah tangan anda untuk menolong sekiranya menziarahi mereka .. Contoh ? Ala , cuci pinggan ke , masa nak makan tu tolong-tolonglah hidangkan , bila dah selesai tolonglah kemaskan .. Tak susah pon .. Haa , lagi satu Yana nak pesan .. Bila dah menziarahi mereka tu seboleh-bolehnya bawalah sedikit buah tangan janganlah pergi dengan tangan kosong sahaja .. Memanglah mereka tak mintak tapi apa salahnya kita memberi ..  Tak perlulah nak berbelanja besar , cukuplah memberi sekadar yang mampu .. Terapkanlah nilai murni , adab menziarahi dalam diri , mudah mudahan lembut hati bakal ibu mertua anda melihatkan keperibadian anda yang tidak berkira itu .. =))



Tips ketiga bagi Yana merupakan tips yang paling penting .. Berpakaian sopan . Aspek ini perlulah dititikberatkan oleh setiap pasangan di luar sana .. Pakailah pakaian yang sopan , kemas dan bersih .. Untuk gadis di luar sana  , pakailah pakaian yang menutup aurat dan manis dipandang mata .. Manakala untuk lelaki , kemas serta rapikan penampilan anda agar tidak nampak selekeh dan serabai .. Tips penting , elakkan  daripada memakai seluar pendek dan baju ketat bagi perempuan .. 

Okay , tips seterusnya pula adalah berkelakuan sopan antara anda dan pasangan anda di hadapan bakal mertua anda .. Tunjukkan rasa hormat antara anda terhadapnya .. Manakala tips lain yang sedikit sebanyak yang Yana rasa dapat membantu ringankanlah mulut anda untuk hubungi bakal mertua anda .. Tanyakan khabar mereka dan sebagainya .. Berkongsi pendapat sekiranya mereka memerlukannya .. 

Sekian sahaja tips daripada Yana mengenai cara untuk memikat bakal mertua .. Yana harap sedikit sebanyak dapatlah membantu pasangan di luar sana . Selamat mencuba dan semoga berjaya yaaa .. =)) Selamat malam ♥ ♥ 
Read More

KENALI PERSONALITI ANDA MELALUI BULAN KELAHIRAN

8 December 2016

KENALI PERSONALITI ANDA MELALUI BULAN KELAHIRAN




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai .. Selamat malam semua .. Okay , malam nie Yana nak kongsi personaliti seseorang melalui tarikh lahir .. Perkara nie tak semestinya 100% betul ya .. Sekadar hiburan ja , kalau betul tu nasiblah kan .. Jangan diambil serius sangat ya .. Tanpa membuang masa .. Jom , kita kenali personaliti seseorang melalui bulan kelahiran =))

JANUARI ..


  •  bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  •  suka mendidik dan dididik
  •  sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  •  rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  •  suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif ,berfikiran mendalam
  •  pandai mengambil hati orang lain pendiam kecuali telah dirangsang
  •  agak pemalu
FEBRUARI ..


  •  daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri 
  •  badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  •  bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
  •  cukup sayang padd kanak-kanak
  •  suka duduk rumah
  •  setia pada segala-galanya
  •  perlu belajar kemahiran sosial
  •  cukup cemburu yang sangat tinggi
MAC


  •  berpesonaliti yang menarik dan menawan
  •  mudah didampingi
  •  sangat pemalu dan pemendam rasa
  •  sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
  •  sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  •  sangat peka kepada orang lain
  •  sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  •  tidak cepat marah dan sangat amanah
  •  tahu balas budi dan tahu kenang budi
  •  pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  •  kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
  •  suka berangan-angan
  •  suka melancong
  •  sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  •  kelam kabut dalam memilih pasangan

APRIL


haaa nie bulan kelahiran Yana hehehe .. =P

  •  sangat aktif dan dinamik
  •  cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  •  sangat menarik dan pandai manjakan diri
  •  punya daya mental yang sangat kuat
  •  suka diberi perhatian
  •  sangat diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
  •  sangat berani dan tiada perasaan takut
  •  suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  •  emosi cepat terusik
  • try control the emotion
  •  kecenderungan bersifat dendam
  •  agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
  •  kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  •  pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu
untuk Yana semua betul .. Hehehehe =P

MEI


  •  kekerasan hati dan degil
  •  kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  •  pemikiran yang tajam
  •  mudah marah apabila tidak dikawal
  •  pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  •  perasaan yang amat mendalam
  •  cantik dan segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  •  tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  •  mudah dipujuk
  •  bersikap sistematik (otak kiri)
  •  suka berangan
  •  kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  •  bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  •  daya khayalan yang tinggi
  •  permikiran yang tajam
  •  pandai berdebat
  •  fizikal yang baik
  •  kelemahan sistem pernafasan
  •  suka sastera,seni dan muzik serta melancong
  •  tidak berapa suka duduk dirumah
  •  tidak boleh duduk diam
  •  tidak punya ramai anak
  •  rajin dan bersemangat tinggi
  •  agak boros

JUN


  • berfikiran jauh dan berwawasan
  •  mudah ditawan kerana sikap baik
  •  berperangai yang lemah lembut
  •  mudah berubah sikap,perangai,idea,ikut mood
  •  idea yang terlalu banyak dikepala
  •  bersikap sensitif
  •  otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  •  sukar melakukan sesuatu dengan segera
  •  bersikap suka menangguh-nangguh
  •  bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  •  cepat marah dan cepat sejuk
  •  suka bercakap dan berdebat
  •  suka buat lawak dan bergurau
  •  otaknya cerdas berangan-angan
  •  mudah berkawan dan pandai berkawan
  •  orang yang sangat tertib
JULAI



  •  Sangat seronok didamping
  •  Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  •  Agak pendiam kecuali dirangsang
  •  Ada harga dan maruah diri
  •  Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  •  Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  •  Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  •  Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  •  berjiwa sentimental
  •  jarang berdendam
  •  mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  •  tidak suka benda remeh-temeh
  •  membimbing cara fizikal dan mental
  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  •  layanan yang serupa dengan semua orang
  •  tinggi daya simpati
  •  pemerhatian yg tajam
  •  suka menilai orang lain dengan pemerhatian
  •  mudah dan rajin belajar
  •  suka muhasabah diri
  •  suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
  •  suka mendiamkan diri
  •  suka duduk dirumah
OGOS


  • suka berlawak
  •  mudah tertawan kepadanya
  •  sopan santun dan caring terhadap org lain
  •  berani dan tidak tahu takut
  •  orgnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
  •  pandai pujuk orang lain
  •  terlalu pemurah dan bersikap ego
  •  nilai harga diri yang sangat tinggi
  •  dahagakan pujian
  •  semangat juang yang luar biasa
  •  cepat marah dan mudah mengamuk
  •  mudah marah apabila cakapnya dilawan
  •  sangat cemburu
  •  daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  •  cepat berfikir
  •  fikiran yang berdikari
  •  suka memimpin dan dipimpin
  •  sifat suka berangan
  •  berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat
  •  sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
SEPTEMBER


  •  sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  •  sangat cermat,teliti dan teratur
  •  suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  •  pendiam tapi pandai bercakap
  •  sikap sangat cool , sangat baik dan mudah simpati
  •  sangat perihatin dan terperinci,amanah,setia dan jujur
  • kerja yang dilakukan sangat sempurna
  •  sangat sensitif yang tidak diketahui
  •  orang yang banyak berfikir 
  •  otak bijak dan mudah belajar
  •  suka mencari maklumat
  •  kawal diri dari terlalu mengkritik
  •  pandai mendorong diri sendiri
  •  mudah memahami orang lain(daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
  •  suka sukan,hiburan dan melancong
  •  kurang menunjukkan perasaannya
  •  terluka hatinya sangat lama disimpan
  •  terlalu memilih pasangan
  •  sukakan benda yang luas
  •  bersistematik
OKTOBER


  • suka sembang
  •  suka orang yang sayang padanya
  • suka ambil jalan tengah
  •  sangat menawan dan sopan santun
  •  kecantikan luar dan dalam
  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  •  mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
  •  sentiasa berkawan
  •  hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  •  cepat marah
  •  macam pentingkan diri sendiri
  •  tidak menolong orang kecuali diminta
  •  suka melihat dari perspektifnya sendiri
  •  tidak suka terima pandangan orang lain
  •  emosi yang mudah terusik
  •  suka berangan dan pandai bercakap
NOVEMBER


  •  banyak idea dalam perkara
  •  sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  •  berfikiran kehadapan
  •  berfikiran unik dan bijak
  •  penuh dgn idea-idea baru yang luar biasa
  •  pemikiran yang tajam
  •  daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  •  bagus untuk jadi doktor
  •  cermat dan teliti
  •  personaliti dinamik
  •  sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra 
  •  berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
  •  terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
  •  tak suka marah kecuali digugat
  •  mudah ambil berat terhadap orang lain
  •  pandai muhasabah diri

DISEMBER


  • Sangat setia dan pemurah
  •  Bersifat patriotik
  •  Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  •  Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  •  Bercita-cita tinggi
  •  Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
  •  seronok didampingi
  •  Suka bercampur dengan orang
  •  Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  •  Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
  •  Tidak pandai berpura-pura
  •  Cepat marah
  •  Perangai yang berubah-ubah
  •  Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  •  Benci pada kongkongan
  •  Suka berlawak
  •  Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik
Phewhhh .. Akhirnnya Yana berjaya jugak siapkan benda nie .. Jemputlah membaca .. Sekadar mengisi masa lapang .. =P Selamat malam .. ♥ ♥


















Read More