Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Rumah Ndoi, Ulu Legong

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semuaa! Last post Yana share pengalaman Yana hiking dekat Bukit Mok Cun.. Jadi,  hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana yang lebih menarik semasa Yana berada di Rumah Ndoi , Ulu Legong.. Nak tahu apa yang menariknya? Jemput baca | Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Rumah Ndoi, Ulu Legong ♥

Okay, segala-galanya bermula pada pagi Sabtu lepas.. Kelas yang Yana kena attend setiap petang weekend telah dibatalkan disebabkan virus covid19 .. Yana tahu sepatutnya Yana kena stay saja dekat rumah tapi Yana dan kawan Yana ada satu plan yang dah lama kami rancang tapi tak dapat ditunaikan sebab kekangan masa.. Since kelas telah dibatalkan till further notice kami pun decided nak spend our weekend dekat Rumah Ndoi, Ulu Legong.. Semuanya jadi last minit, hari Sabtu kami booking, hari Sabtu tu jugaklah kami check in.. Lagipun tempat kami nak pi nie bukan tempat tumpuan umum sangat dia more macam masuk hutan hehe =)




Sebelum memulakan perjalanan kami sempat makan tengah hari di kedai berdekatan dengan rumah Yana.. Selesai makan, kami memulakan perjalanan ke Rumah Ndoi yang mengambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit daripada rumah Yana.. Alhamdulillah, perjalanan lancar.. Kami sampai pun rasanya dalam waktu Asar kalau tak salah.. So, kami pun kenalkan kami sapa untuk tujuan nak check in.. Selepas itu, kami dibawa ke tent kami booked.. Oh ya, dekat Rumah Ndoi nie anda boleh pilih sama ada nak duduk hammock ataupun tent kami berdua pilih tent lah.. Selesai letak barang-barang kami, kemudian kami turun ke bawah sebab awal tu kami dipelawa untuk minum kopi madu yang mungkin bagi Yana merupakan minuman signature Rumah Ndoi.. Sedap kopi tu memang kaw giler lah terasa keikhlasan orang yang bancuh kopi tu.. Oh ya,  owner Rumah Ndoi lebih mesra disapa as Pak Long.. Pak Long memang ramah sangat dah macam ayah-ayah ja..

Pak Long Owner Rumah Ndoi


Dusun Tok Wak Desa Sentosa

Selepas selesai minum kopi kami bercadang nak cari sungai yang berdekatan sebab kami terlebih dahulu study mengenai Rumah Ndoi and kami tahu dekat kawasan berdekatan Rumah Ndoi ada sungai.. Yes! Memang tepat, just kami kena jalan kaki sikit untuk sampai ke sungai tu .. Kawasan sungai tu nama dia Dusun Tok Wak Desa Sentosa.. Sebenarnya dekat sini merupakan tempat pengunjung menjamu selera pada waktu tengah hari dengan menikmati hidangan dalam sungai.. Kami sampai pun agak lewat petang jadi kawasan sungai tu memang clear hanya kami berdua sahaja dekat area tu.. Tempat memang cantik, apalagi OOTD time lah.. Hee.. Selepas selesai menjelajah sungai tu and settle bergambar dekat situ kami pun beransur pulang ke Rumah Ndoi semula untuk mandi dan siap-siap untuk makan malam..







Makan malam kami adalah nasi tomato , bukan dihidangkan as buffet ya.. Makanan perlu ditempah semasa nak book kami pilih untuk makan malam dan sarapan keesokkan paginya dekat Rumah Ndoi sahaja.. Yana bagitau eh, dekat sini kalau tak salah ada tiga ekor kucing jangan risau kucing-kucing nie well behave mereka tak kacau orang makan dengan agresive.. Ada satu kucing nie bila dia nak minta makanan dia one touch tangan Yana.. Pada mulanya, Yana ingat dia cium tangan tapi kawan Yana cakap dia sentuh tangan Yana omgggg.. Terharu nya pertama kali kucing minta makanan buat macam tu tauuu..





Kolam Air Panas Ulu Legong

Selesai makan malam, kami dah plan nak ke Kolam Air Panas Ulu Legong yang terletak berdekatan dengan Rumah Ndoi.. Mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan kereta.. Bayaran dikenakan RM8 untuk orang dewasa.. Harga tiket masuk bagi kanak-kanak dan warga emas boleh rujuk gambar dekat bawah :








Kami kemudian pulang semula ke Rumah Ndoi pada pukul 10.30 malam dan siap-siap nak tidur.. Hm, mesti ada yang tertanya-tanya selesa dak tidur dalam tent tu? Sejujurnya, boleh lah kalo nak cakap selesa sangat tu menipu lah.. Just bolehlah nak rehatkan badan dan lelapkan mata dengan selesa yang mampu kalau anda tipikal spoil brat tak payah la gatai nak cuba yer.. Nanti duk complaint macam-macam pula.. Oh ya, sebelum Yana lupa tandas ada saja berdekatan dengan kawasan hammock dan tent .. Surau juga turut disediakan cumanya kena kongsilah lelaki dan perempuan begitu juga dengan tandas.. Not to worry, alhamdulillah selamat tak apa apa yang tak baik jadi..

Sarapan Pagi

Keesokkan paginya kami terjaga seawal 6 pagi.. Sarapan kami pada pukul 8 pagi.. Sambil menunggu masa sarapan kami buat lah apa yang patut.. Tepat pukul 8 pagi kami pun turun ke bawah untuk sarapan.. While waiting kami jalan-jalan sebentar di kawasan Rumah Ndoi .. Nak tahu apa yang best? Ada memerang yang comel and manja gila mai sapa kami berdua.. To be honest, Yana memang takut sebab Yana tak tahu perangai memerang nie macam mana .. Kami kemudian dipanggil untuk makan sarapan pagi ..




Lata Gading

Selesai makan kami terus siap nak gerak ke Lata Gading dengan berpandukan direction yang dibagi oleh owner Rumah Ndoi .. Walaupun ada beberapa kecelaruan semasa dalam perjalanan nak ke Lata Gading tapi alhamdulillah kami berdua berjaya sampai dengan selamat .. Once dah sampai perkara pertama kami buat semestinya sesi bergambar , lepas dah puas bergambar dekat semua angle barulah kami mandi .. Air dekat Lata Gading nie sejuk , jernih dan bersih , mungkin sebab tak ramai sanggup nak masuk hutan untuk sampai ke sini .. Perjalanan ke Lata Gading kena sedikit jungle trekking yang mengambil masa lebih kurang 30 minit .. Setelah puas mandi kami pun bergerak untuk pulang semula ke Rumah Ndoi untuk mandi then checkout ..





Lepas dah settle bersiap dan kemas barang kami pun siap-siap nak checkout dan pulang ke tempat masing-masing sekali lagi kami dihidangkan dengan kopi o madu kaw tu .. Masa breakfast kami makan roti canai , nasik lemak , teh tarik dan kopi o kaw .. Harga dikenakan /person RM8 .. Once dah sudah minum semua dan bayar kos pengginapan dan makan dekat situ kami pun meneruskan perjalanan pulang .. Alhamdulillah sepanjang 2 hari 1 malam kami dekat sana memang enjoyed sangat .. Owner dan staf Rumah Ndoi memang terbaik sebab ramah gila .. Oh ya kalau anda nak tahu kos pengginapan dan makan bolehlah refer gambar dekat bawah ..













Info lanjut mengenai Rumah Ndoi , Ulu Legong boleh refer maklumat dekat bawah nie :-

Facebook : Rumah Ndoi , Ulu Legong

Instagram : rumah_ndoi_resort

No. Telefon : 013-433 4899

Terima kasih Pak Long and family atas layanan mesra yang diberikan .. In shaa allah , kalau ada rezeki dan umur yang panjang kami pi lagi naaa ♥

Pengalaman Hiking di Bukit MokCun @ Bukit Kodiang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua.. Sekian lama Yana menyepi hari nie Yana buat comeback bersempena dengan blog Yana dah cecah 500k views! Yeayy! Finally.. Okay.. Yana sebenarnya nak kongsi pengalaman Yana hiking Bukit Mokcun atau lebih dikenali dengan Bukit Kodiang pada bulan Januari yang lalu.. Nak tahu best ke tak hiking dekat Bukit Mokcun nie , jom baca | Pengalaman Hiking di Bukit Mokcun @ Bukit Kodiang ♥


Yana takmau lah cerita sejarah Bukit Mokcun sebab Yana bukanlah penduduk tempatan takut pula nanti Yana tersalah bagi fakta dekat anda semua.. Perjalanan dari Kepala Batas nak ke Kodiang mengambil masa lebih kurang sejam tiga puluh minit kot .. Yana tak keseorangan ke sana sebab benda alah nie partner in crime Yana yang ajak buat.. So, kami bertolak dalam pukul 8 macam tu kot sampai sana dekat pukul 10 pagi ,plus minus la benda dah lama Yana pun dah lupa.. Once dah sampai sana kami mulakan perjalanan lalu dekat laluan denai hutan .. Tali disediakan sebab jalan dia agak licin dan curam..


Tatkala Yana dah selesa dengan laluan denai maka tibalah masa untuk Yana ghabat (panjat) batu yang 90 darjah tu.. Omgggg! To be honest Yana tak expect laluan dia se extreme nie plus Yana bukanlah fit sangat.. Ada laluan kami kena mendaki thru batu ada sesetengah laluan tangga besi disediakan.. Yana hampir koyak bila nampak macam tu punya gaya untuk naik le atas.. Whatever it is, benda Yana dah mulakan so Yana kena selesaikan.. Yana tak force diri untuk naik ke atas.. Yana ambil moment and slow-slow naik sebab agak bahaya wei laluan dia silap langkah jatuh naya kot..
Alhamdulillah , dalam masa lebih kurang 40-45 minit Yana dan kawan berjaya sampai dekat atas Bukit Mokcun.. Actually,  tempat kami landing tak cukup atas sebab ada lagi satu tangga untuk bawa ke puncak.. Memandangkan Yana dah totally barai so situ sahajalah Yana bertapak.. Snap-snap gambar sebagai kenangan..


Setelah selesai ambil gambar dan dah rasa puas menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau kami siap-siap untuk turun.. Bagi Yana, nak turun jauh lebih mencabar sebab ada lah sebabnya Yana taktau nak describe macam mana kalau anda nak tahu boleh cuba pi panjat Bukit Mokcun untuk rasa pengalaman Yana.. Perjalanan nak turun not so smooth bagi Yana sebab Yana rasa gayat dan ada lah sekali kot Yana tergelincir sebab kaki salah landing sebab ingat dah rata dah permukaan tu rupanya tidak.. Alhamdulillah, takda apa yang serius just lebam sikit sebab terlanggar batu.. Hehehe..


Okay review Yana untuk Bukit Mokcun aka Bukit Kodiang.. Cukuplah Yana naik sekali sekadar untuk pengalaman sebab nie bukan level Yana.. Yana tak mampu nak atasi trek yang macam tu.. Mungkin ianya sesuai bagi mereka yang betul-betul fit.. View dekat atas memang worth the struggle.. Once dah sampai dekat atas and tengok view dari atas rasa macam wahh cantik nyaaa ,tak sia sia aku naik dengan susah payah untuk sampai at this point.. Yana nasihatkan anda pakai kasut yang betul-betul kuat cengkamannya dan sarung tangan yang ada getah dekat tengah tu sebab nak kena pegang tali, tali agak licin dan mungkin sakit sikit kalau bare hand


Sekian sahaja perkongsian Yana.. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Bukit Mokcun aka Bukit Kodiang boleh lah google sebab Yana tengok ramai juga hikers yang share pengalaman mereka di blog masing-masing..

Kek Cheese Mango Sedap di Kula Cakes , Kuantan

ASSALAMUALAIKKUM WBT ♥

Hai semua , okay hari nie  Yana nak share satu tempat yang jual kek yang best yang terletak di Kuantan , Pahang .. Tempat nie merupakan tempat yang anda WAJIB kunjungi sekiranya berada di sana .. Nak tahu dengan lebih lanjut , jom baca │Kek Cheese Mango Sedap di Kula Cakes , Kuantan ♥



Semasa Yana ke Tioman pada bulan Oktober 2019 yang lepas Yana sempat singgah ke Kuantan , Pahang .. Takkan lepas balik dari Pulau Tioman Yana nak terus fly ke Penang kan ? So , kawan Yana suggest untuk kami bermalam semalam di Kuantan , Pahang .. Actually kan , dekat Kuantan ada lah beberapa kedai makan yang berjaya menarik minat Yana untuk cuba makan dekat sana tapi malangnya masa tidak mengizinkan .. In shaa allah , kalau Yana berpeluang ke sana lagi Yana nak cuba makan di kedai yang dah masuk dalam wishlist Yana tu ..



Kula Cakes , nama nie mungkin dah familiar bagi mereka yang sering berkunjung ke Kuantan dan bagi mereka yang menetap di Kuantan .. Kula Cakes nie di rekemen oleh penduduk tempatan Kuantan kepada Yana dan kawan Yana .. So , why not kita cuba kan ? Macam biasa dah namanya kedai famous semestinya memerlukan kita untuk beratur sekejap the same thing goes to Kula Cakes nie ..



Signature dekat Kula Cakes merupakan Kek Cheese Mango , jadi kami pun cubalah beli sepotong dan lagi satu kek Yana pilih Chocolate Salted Caramel .. Memandangkan kami sampai sana pun dah hampir masuk waktu maghrib kami pilih untuk take away kek-kek tersebut .. Sekiranya anda memilih untuk makan dekat sana juga nice sebab kawasan dia memang cantik dan agak vintage sangat sesuai bagi mereka yang suka ber OOTD ..


MANGO CHEESE CAKE ♥



Mango Cheese Cake dia sangat tempting for me , rasa dia just nice manis dia not to sweet and rasa cheese tu tak muak tu yang paling penting bagi Yana sebab Yana bukan a cheese cake lover .. Bila Yana dah puji Mango Cheese Cake nie sedap memang sedaplah .. 4 stars out 5 stars ♥

CHOCOLATE SALTED CARAMEL CAKE ♥



Okay next,  let's move to Chocolate Salted Caramel Cake.. To be honest,  nie kek pilihan Yana since Yana a chocolate cake lover.. Sorry not sorry Yana terpaksa bagi review jujur for Chocolate Salted Caramel nie sebab masa Yana beli and makan kek nie dia tak memenuhi piawai kek coklat yang Yana dambakan.. Satu saja weakness dia sebab dia dry tak moist as I expected.. So, dekat situ dia dah spoil lah.. The taste is nice , maybe ada lah something wrong somewhere hari tu since masa Yana beli tu dah last piece of it.. Ada saja kawan Yana cakap kek nie sedap compared to Mango Cheese Cake dia.. Hari tu mungkin nasib Yana tak baik kot.. But,  not to worry Yana tak serik nak makan lagi kek dekat Kula Cakes sekiranya Yana berpeluang ke sana lagi =)



Sekian sahaja lah coretan Yana pada kali nie mengenai Kula Cakes nie.. Bagi Yana it worth to try lah since dia pun dah went viral kan.. Lagi best kalo dine in and lepak dekat kedai tu sebab suasana dia memang memenuhi citarasa Yana vintage sangat.. Enough for now.. Ciaoooo

FACEBOOK : Kula Cakes

Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
  • Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger