Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part II

Haiii semua , okay Yana sambung balik ceritera Yana yang tergantung haritu .. Hm , sebenarnya masa hari pertama jumpa tu Yana ada diajak untuk sertai geng-geng #KBBA nie untuk jalan-jalan dekat Penang .. Yana join ke tak ? Jom baca │Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part II ♥




Okay , for those yang follow Yana dekat instagram and friend dengan Yana di Facebook semestinya sudah tahu sama ada Yana join ke tak geng-geng #KBBA nie pusing Penang .. Pada awalnya , Yana pilih untuk ikot mereka ke Entopia sahaja tapi lain pula jadinya .. Masa Yana duk jalan-jalan dekat Street Art Penang kononnya nak mencari mural .. Secara tak sengaja Yana ternampak geng-geng KBBA nie baru selesai lawatan dekat Ghost Museum .. Pada awalnya tu mereka pusing-pusing Penang dengan Hop On Hop Off atau lebih dikenali dengan HoHo .. Ghost Museum tu Yana dah pernah masuk sebanyak dua kali dan Yana akui Yana bukanlah seorang yang berani untuk masuk ke dalam Ghost Museum tu berkali-kali .. Melihat daripada gambar yang mereka snap dah banyak pembaharuan yang Ghost Museum buat ..





Tiket masuk ke Ghost Museum Penang : 
RM18 (MyKad) Kanak-Kanak & Warga Emas : RM8 Pelajar :RM10

Alamat : 
57 , Lebuh Melayu , Georgetown 10100 George Town , Malaysia

Okay , destinasi mereka seterusnya ke Magic World dan Ice Cafe .. Kali nie Yana ikut mereka almaklumlah dipelawa .. Heheh .. Magic World dan Ice Cafe nie terletak di Lebuh Victoria .. Nak diikutkan dekat saja jaraknya dengan Ghost Museum tu .. So , jalan kaki lah ceritanya .. Oh ya , ini merupakan kali kedua Yana datang ke sini .. Guess what ? Ya , banyak juga pembaharuan dibuat di kedua-dua tempat yang menjadi tarikan pengunjung nie .. Nak tahu apa aktiviti yang dilakukan semasa kami ada dekat sana ? Jom tengok gambar dengan video dekat bawah nie ..






Ada tarikan terbaru dekat Magic World nie sebenarnya .. Mereka turut menyediakan persembahan silap mata ada jadual dia kalau tak silap Yana nanti anda boleh refer dekat page Magic World .. Selepas selesai di Magic World kami kemudian ke Ice Cafe untuk menikmati dessert yang lazat yang telah disediakan oleh staf-staf Ice Cafe .. Harga kalau nak dilihat memang agak mahal sikit tapi percayalah cakap Yana it worth the price sebab dessert yang disediakan sedap bagi Yana dan portion tu macam besar lah jugak ♥







Tiket Masuk Magic World & Ice Cafe : * boleh refer dekat gambar bawah nie *
Alamat : 193 Lebuh Victoria , 10300 Pinang , Pulau Pinang , Malaysia 



Selepas selesai semuanya di Magic World dan Ice Cafe kami bergerak ke Old Penang Hotel ambik kereta yang disewa mereka seterusnya menuju ke Entopia by Penang Butterfly Farm ♥ Tapi , nasib tak berapa nak menyebelahi sebab Entopia dah ditutup semasa kami tiba di sana .. Jadi , mereka decide untuk ke Entopia pada keesokkan harinya .. Ermm , ada chance ka Yana nak join nie ? Haha ! Dah Entopia tutup kami decide nak cari makan perut masing-masing dah lapar .. Hm , mana nak makan ? Since Penang nie merupakan syurga makanan sampai tak tahu nak makan apa and dekat mana last sekali Kedai Nasi Kandar Deen Maju yang menjadi pilihan hati .. Yana rasa nie kali kedua kot Yana mai .. Sedap nasi kandaq Deen Maju nie kalau tak orang tak gigihlah beratur panjang berjela .. Nasib kami berlima baik sebab barisan masa tu takda lah gila-gila punya panjang and masih boleh dibawa berbincang ..





Dah selesai makan mereka pun nak balik ke hotel dan Yana sepatutnya kena balik tapiiiiiii ..... Yana tak balikkk ! Haa , Yana bermalam dengan Ayue dan Ika .. For your information , Yana hanya berbekalkan sehelai baju jalan-jalan masa tu .. Fuh , selamat mall Gama tu dekat saja boleh lah cari apa yang patut dekat situ kebetulan tengah ada sales .. Rezeki betul heee .. Dah setel shopping rehat-rehat sat kemudian diajak pula makan McD halamakkkk ! Murah giler rezeki kan =P




Keesokkan harinya , Yana bangun seawal pukul 6 pagi kot Yana kalau bab jalan-jalan memang semangat bangun awal .. Selepas semua orang dah siap kami pun bertolaklah ke Entopia tapii sebelum tu kami singgah isi tank dulu makan nasi lemak .. Dah siap  makan perjalanan pun diteruskan .. Akhirnyaaa ! Kami berjaya sampai di Entopia by Penang Butterfly Farm ..

Tatkala Yana melangkah masuk Yana sangat teruja dengan keadaan dalam Entopia .. Rama-rama berterbangan sana sini geram gila tengok tak sabar rasanya nak bergambar dengan rama-rama .. Actually , dekat Entopia nie bukan ada rama-rama saja .. Banyak lagi hidupan lain yang turut dipamerkan dekat sini .. Kalau nak tahu , anda sendiri kena datang sini .. Yana takmau bebel dah jom lah tengok gambar-gambar kami dekat Entopia ♥






Tiket Masuk Entopia :
Dewasa RM65 (standard) RM49 (MyKad)
Kanak-Kanak : RM45 (standard) RM29 (MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas) : RM45 (standard) RM29 (MyKad)

Pakej Keluarga : RM175 (standard) RM127 (MyKad)
*2 dewasa 2 kanak-kanak*

Alamat : 830 Jalan Teluk Bahang , 11050 Pinang , Pulau Pinang , Malaysia

Selesai  sudah bab Entopia perut lapar .. Again ! Mana mau makan ... Haha ! Kali nie kami makan dekat Restoran Peladang .. Ini merupakan kali pertama Yana mai sini sebab Yana walaupun duk dekat Penang Yana stay dekat mainland manakala tempat Yana selalu lepak dekat area town sahaja .. Restoran peladang nie terletak di kawasan Balik Pulau uihh jauh tu kalau Yana saja-saja nak mai .. Makanan dekat sini tak mengecewakan sedap juga dan ada banyak gila lauk-pauk yang disediakan sampai Yana tak tahulah nak makan apa ..  


Kredit Angela

kredit Mohd Saad Ahmad

Selesai makan kami pun bergerak pulang dalam perjalanan tu sempatlah singgah rumah kakak si Fareez and sempatlah juga si Ayue and Ika kidnap buah mempelam yang berjuntai-juntai dekat luar pagar rumah tu .. Dah siap sesi beramah mesra kami menuju ke Georgetown semula and mereka drop Yana dekat terminal feri sebab Yana nak kena balik ke seberang semula .. Terima kasih lah kepada Ben , Ayue , Ika and last but not least Fareez sebab sudi terima kehadiran Yana .. Haha .. To be honest  Yana enjoyed dapat jumpa all of you even though kita tak pernah kenal in person but still boleh kawan .. Ada rezeki kita jumpa lagi ♥

Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part I

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , okay hari nie Yana nak share pengalaman Yana spend time last weekend dengan blogger-blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari .. Haha , lama rasanya Yana tak taip nama nie dekat blog Yana .. Oh ya , mesti anda nak tahu kan ke mana saja kami pergi and apa kami buat ? Jom baca │Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part I ♥




Cerita ini bermula , ketika keluar , berjalan di kota raya melihat sini sana .. Eh , eh .. Ter menyanyi pulak .. Hahaha ! Okay sebenarnya peluang Yana nak jumpa dengan founder KBBA pernah datang  sekali dulu kalau tak silap Yana masa bulan Julai sebab Ben ada event dekat sebelah Balik Pulau .. Disebabkan beberapa faktor yang takleh dielak ianya tak berlaku .. Sekali lagi peluang tu datang , bermula dengan berbalas komen dekat facebook Yana tak sangka it is for real .. Sebab before this Yana pernah janji kalau nanti mai lagi no matter what Yana akan usahakan untuk jumpa walaupun sekejap ..



Kali nie Ben tak mai Penang bersendirian dibawanya sekali anak-anak didik beliau untuk melawat Penang .. Pada awalnya Yana plan mungkin nak jumpa mereka pada hari Sabtu atau Ahad .. Masa Yana nampak gambar Ben dekat transformer tu terus Yana komen " dah sampai ka ? Duk hotel mana ?" Yana masih di ofis memang Yana tak bawa any outfit extra masa tu .. Guess what ? Ya , Yana pi jugak jumpa dengan geng KBBA selepas waktu kerja .. Baju ? Halah , mall dekat Penang banyak apa ada hal .. Cehh , berlagak gilerrr ! =P



Sekali lagi Yana nak cakap , plan Yana pada awalnya mungkin nak lepak makan-makan or what .. Tapi lain jadinya , hahah .. Yana diajak join mereka ke Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong .. Oh ya , masa first jumpa tu Yana a bit awkward .. Yelah , tak pernah pun jumpa sebelum nie tetiba pi jumpa sorang-sorang pulak tu kan .. Mula tu macam semua agak diam since Yana pun bukan pandai sangat nak mulakan perbualan apa orang tanya Yana jawab selebihnya Yana diam .. Selepas ke Avatar kami singgah dekat rumah mak saudara Ben kami dijamu dengan pasemboq Padang Kota .. Selepas tu , kami pi makan lagi dekat Gurney Drive menu kali nie Asam Laksa .. Sejujurnya , itu merupakan kali pertama Yana makan dekat situ .. Not bad lah asam laksa dia , cuma Yana bukanlah penggemar asam laksa so Yana slow sikit makan .. Selepas selesai makan , malam macam agak lewat .. Cuba teka apa pulak berlaku this time ? Yana dihantar sampai depan rumah okayyy ..Oh gosh ! Segan kot ..  Btw , terima kasihlah sebab sudi hantar sampai depan rumah Yana dengan selamat  ..







Haa , satu lagi Yana lupa nak cakap Yana ingat tu sajalah pertemuan Yana dengan mereka rupanya tidak sama sekali nak tahu what next ? Baca entri satu lagiii .. Aaaa esok kot Yana cuba try karang .. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca coretan Yana pada kali nie ..

Apa yang Menarik Mengenai Kelas Renang Swimrush Academy 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Lama juga Yana menyepi .. Haha rasa malas nak menaip sejak-sejak pv Yana tak macam dulu .. Alhamdulillah malam nie Yana kuatkan semangat untuk kembali menulis seperti sebelum nie .. Yana nak share cerita menarik mengenai sebuah kelas renang nie .. Nakk tahu apa yang best ? Jom baca │Apa yang Menarik Mengenai Kelas Renang Swimrush Academy ♥


Sejujurnya , Yana merupakan seorang manusia yang langsung tak pandai berenang and lack of water confident .. Bila Yana berada dalam air yang kaki tak cecah ke dasar Yana akan mula rasa panik .. Haiz lah , nak kena belajar berenang kot baru ada confident tu .. Best lah orang Kuala Lumpur dan Selangor sebab Swimrush Academy nie terletak di sana .. Apa yang menarik mengenai Swimrush Academy nie ia merupakan kelas renang khusus untuk kaum wanita dan kanak-kanak .. Apa yang lagi menarik ialah anda boleh memilih kelas renang pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja .. Menarik bukan ?

Berikut merupakan senarai cawangan Swirush Academy yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor :
  • Kompleks Renang Seri Siantan , Batu Caves : Kelas Renang untuk Wanita , Kanak-Kanak & Lelaki
  • Jalan Turi Bukit bandaraya , Bangsar : Kelas Renang untuk Kanak-Kanak
  • Kompleks Sukan Desa Tasik , Cheras : Kelas Renang untuk Kanak-Kanak & Wanita
  • Sekyen 14 , Shah Alam : Kelas Berenang untuk wanita
Private Kelas Juga Disediakan : 
Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang bersesuaian dengan jadual kelas renang , anda boleh minta kelas renang secara perbadi .. Apa yang lagi best kos pengangkutan TIDAK AKAN DIKENAKAN ! Fuuhhh , menarik nyaaa ♥




6 Sebab Kenapa Anda Kena Belajar Berenang dengan Swimrush Academy

  1. Hanya tenaga pengajar wanita yang akan mengajar kelas berenang wanita.
  2. Kelas berenang akan diajar bermula dari basic : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly.
  3. Kelas lelaki pun ada disediakan iaitu di Cawangan Batu Caves.
  4. Tenaga pengajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang banyak.
  5. Kelas gantian juga disediakan.
  6. Memperolehi swimming cap dengan percuma.

#swimrush #surecanswimwan #kelasrenang #kelasrenangmuslimah #swimrushkl #gengkotakhitam #rm
 #rushmedia
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • 2H1M di Citadines Connect Cecil – Hotel Moden di Lokasi Strategik
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Staycation Mewah di The Granite Luxury Hotel Penang : Pengalaman Menginap di Georgetown

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger