Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Lirik Lagu Setiaku - Hez Hazmi

Okay hari nie Yana terasa macam nak kongsi satu lagu nie .. Yana bukanlah tipikal yang selalu dengar radio , Yana akan dengar radio bila naik kereta saja .. Kalau sesaja nak buka radio dengar carta segala bagai macam zaman sekolah dulu memang tak lah .. Yana takda masa .. So , masa naik kereta Yana terjatuh hati dengan lagu nie sebab dia catchy sangat teruslah Yana cari apa ke namanya lagu nie hehehe ..


Adakalanya ku rasa curiga 
Adakah kau di sana tidak mendustakan cinta .. Kita
Adakalanya ku sunyi kau tiada 
Seperti ku hilang arah hanya rindu yang membara

Bila kau kan menjauh
Cintaku kekal untukmu
Bila kau kan menjauh
Ku tunggu saat bertemu

Aku gembira engkau ketawa 
Aku terluka engkau merana 
Itulah hidup bercinta adakala derita 
Pergilah engkau pergi 
Aku setia menanti
Kepulangan kekasihku di dalam hidupku

Adakalanya ku rasa curiga 
Adakah kau di sana tidak mendustakan cinta .. Kita
Adakalanya ku sunyi kau tiada 
Seperti ku hilang arah hanya rindu yang membara

Bila kau kan menjauh
Cintaku kekal untukmu
Bila kau kan menjauh
Ku tunggu saat bertemu

Aku gembira engkau ketawa 
Aku terluka engkau merana 
Itulah hidup bercinta adakala derita 
Pergilah engkau pergi 
Aku setia menanti
Kepulangan kekasihku di dalam hidupku

Hanyalah dirimu , hanyalah dirimu
Aku gembira engkau ketawa 
Aku terluka engkau merana 
Itulah hidup bercinta adakala derita 
Pergilah engkau pergi 
Aku setia menanti
Kepulangan kekasihku di dalam hidupku
Hanyalah kekasihku di dalam hidupku ..


Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga 


Haiii .. Okay hari nie Yana nak  ceritakan pula mengenai pengalaman Yana semasa Yana dijemput ke Floralsense Creation baru-baru nie .. Sesampainya Yana di sana Yana ingat Floralsense Creation hanyalah sebuah kedai bunga biasa akan tetapi sangkaan Yana meleset sama sekali  .. Jom baca sampai habis untuk ketahui apa yang menarik mengenai Floralsense Creation nie ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Okay , untuk pengetahuan semua Foralsense Creation mula wujud pada tahun 2003 dan Mr B.H. Lim merupakan pengasas Floralsesnse Creation .. Floralsense Creation merupakan salah satu pereka yang terkemuka dalam Seni Gubahan .. Yana difahamkan , selepas beberapa tahun kemudian Floralsense Creation telah mempelbagaikan perkhidmatan mereka daripada Seni Gubahan sahaja kepada perkhidmatan Weddings & Events Decorations .. Floralsense Creation sekarang mempunyai beberapa buah anak syarikat yang terdiri daripada Floralsense Gallery , Floralsense Weddings & Events dan Floralsense Academy ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

FLORALSENSE GALLERY 

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Perniagaan asas di Floralsense Gallery adalah dalam bentuk barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan bunga .. Di Floralsense Gallery mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan profesional seperti gubahan bunga sama ada bunga segar ataupun bunga palsu , romantic hand bouquets , bridal bouquets and corsages , susun atur bunga untuk sebarang majlis pembukaan dan banyak lagi .. Selain daripada itu , mereka turut menyediakan perkhidmatan menghantar bunga yang telah ditempah melalui pangggilan telefon ..

FLORALSENSE WEDDINGS & EVENTS


Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Floralsense Weddings & Events merupakan perniagaan baru untuk Floralsense Creation dan ia mula bertapak pada tahun 2006 .. Matlamat Floralsense Weddings & Events adalah untuk menyediakan perkhidmatan mendekorasi sesebuah majlis perkahwinan , resepsi , dan events .. Teras perniagaan Floralsense Weddings & Events adalah menyediakan perkhidmatan mendekorasi sebuah majlis perkahwinan kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan juga kepada mereka yang ingin mengadakan event functions .. Di Floralsense Wedding & Events mereka mempunyai pereka yang sangat berpengalaman yang selalu menyumbangkan idea kreatif kepada pelanggan mereka dalam penghasilan sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan ..

FLORALSENSE ACADEMY

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Manakala di Floralsense Academy mereka ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi lebih banyak pengetahuan dan kesedaran kepada meraka yang berminat untuk meneroka bidang perkahwinan secara khususnya .. Floralsense Academy telah mengumpulkan beberapa tenaga pengajar yang profesional dan merupakan pakar perkahwinan .. Mereka juga terdiri daripada individu yang mempunyai minat dalam bidang ini dan secara sukarela ingin berkongsi pengalaman mereka dengan yang lain ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Okay , sekarang Yana nak berkongsi pengalaman Yana semasa berada di Floralsense Creation .. Sesampainya Yana di sana Yana di brief secara ringkas mengenai Floralsense Creation .. Kemudian kesemua blogger dikumpul di satu sudut dalam Floralsense Creation .. Kami kemudian  dikehendaki untuk membuat flower crown .. Hahaha !  Yana memang takda asas mengenai gubahan bunga nie . Yana kalau deal dengan bunga pun sekadar nak cantikkan gambar produk untuk jadi bahan dalam blogpost ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Para blogger diberikan bahan-bahan ini untuk menghasilkan satu flower crown .. Bahan-bahan tu terdiri dripada flower tape , ribbon , 2 wires and mixed flowers .. Dalam mixed flowers tu ada bunga kecil , bunga besar , roses dan daun .. Okay , kalau awak semua berada dekat tempat Yana agak-agak awak boleh tau tak nak kena buat macam mana ? Mesti buntu juga kan ? Pada mulanya kami dikehendaki untuk balut wayar tadi dengan flower tape yang diberikan dengan tujuan nak cover permukaan dawai yang tajam .. 

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Hahaha ! Abaikan muka ketat Yana tu .. Pada masa nie Yana diaajarkan cara untuk balut dawai tadi .. Tenaga pengajar mereka memang sangat baik dan ramah .. Terdapat dua orang yang ajar blogger-blogger nie untuk membuat crown flower .. Kedua-dua mereka memang mengajar kami dengan sabar .. Heheh .. Maklumlah pertama kali kot memang sangat kekok ..

Sebenarnya agak mudah menghasilkan crown flower nie .. Okay Yana ceritakan langkah-langkah secara ringkas dekat bawah nie ... Sekiranya ada kelapangan Yana akan buat video untuk bagi nampak dengan lebih jelas cara nak buat crown flower nie ..

  • Langkah pertama ambil dua wayar tadi dan simpulkan kan kedua-dua wayar tersebut .. Kemudian luruskan wayar yang telah disambung tadi dengan selurus yang awak boleh buat .. Masa nak simpulkan tu bagi ada jarak lebih kurang sejengkal ya ..
  • Langkah kedua , balutkan wayar tadi dengan flower tape dari atas sampai ke bawah .. Balut dengan kemas tau ..
  • Langkah ketiga ambil bunga kecil , letakkkan lebih kurang sejengkal ke bawah .. Kemudian balut dengan flower tape .. Selesai ? Letakkan pula roses bawahnya , disusuli dengan daun dan bunga besar ..  Setiap kali awak meletakkan bunga kecil , roses , daun dan bunga besar awak mesti balut dengan flower tape untuk pastikan dia terletak elok pada dawai tadi ..
  • Langkah seterusnya ? Hahaha .. Ulangi langkah-langkah diatas sampai lah bunga habis dan jarak tinggal lebih kurang sejengkal ..
  • Akhir sekali sambungkan penghujung wayar tersebut bagi jadi bentuk bulat ... Senang saja kan ?
Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,


Gambar dekat atas nie Yana dah siap kan semua langkah yang kena buat tu dan dah bersedia untuk ulangi nya buat kali kedua .. 

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Akhirnya kami berdua berjaya siapkan .. Senang tapi memerlukan kesabaran yang boleh tahan tinggi juga .. Kalau ada yang perasan semua gambar candid Yana banyak muka stress sebab Yana tengah fokus untuk siapkan dalam masa yang diberikan .. Yana sangat-sangat enjoyed masa menghadiri kelas dekat Floralsense Creation nie  sebab Yana ada belajar sesuatu yang sangat berguna untuk Yana .. Terima kasih Floralsense Creation kerana sudi menjemput Yana ke sana =)

Untuk keterangan lanjut mengenai Floralsense Creation nie awak bolehlah tengok profil mereka di media sosial yang Yana sertakan dekat bawah nie ya :-


Facebook : FLORALSENSE CREATION
Company websites : www.floralsense.com.my
Email : info@floralsense.com.my



Chan Brothers Doktor Kereta yang Terbaik

Haii semuaa .. Pada 19 Ogos hari tu Yana telah pergi melawat ke bengkel Chan Brothers mungkin dari luar orang akan beranggapan bahawa bengkel Chan Brothers nie sama saja dengan mana-mana bengkel yang ada .. Okay , di sini Yana nak perbetulkan persepsi awak semua .. Jom baca entri nie sampai habis dan kenali Chan Brothers dengan lebih dekat ..



Siapa Chan Brohers ?

Mereka adalah pemilik bengkel kereta yang menyediakan perkhidmatan khusus seperti tuntutan insurans , tuntutan kemalangan , pembaharuan insurans , membaiki kereta yang meliputi :

- mengetuk kereta (knocking)
- membuat lukisan semburan (spray painting)
- Servis enjin kereta ( engine servicing)

Selain daripada itu , mereka juga turut menyediakan perkhidmatan car towing dan breakdown rescue .. Yana difahamkan bahawa Chan Brothers telah mula bertapak pada 6 April 1974 sebagai sebuah bengkel kereta yang biasa yang menawarkan servis yang diperlukan oleh pemilik kereta seperti panel beating dan beberapa perkhidmatan asas untuk kereta .. Bengkel kereta Chan Brothers terletak di 130-H , Lintang Kampung Rawa 1 , Georgetown , Pulau Pinang .. Pada awalnya , Yana diberitahu bahawa Chan Brothers Panel Beating dahulunya dikenali sebagai Chan Panel Beating dan telah ditukarkan kepada syarikat sendirian berhad ..



Sepanjang Yana dan beberapa rakan blogger Yana berada di sana kami diberitahu pelbagai infomarsi yang selama nie kami tak pernah pun nak ambil tahu .. Yana berasa sangat bertuah kerana telah terpilih untuk melawat dan mengenali bengkel kereta Chan Brothers dengan lebih dekat .. 



Okay , basically terdapat dua jenis kemalangan yang sering berlaku iaitu kemalangan kecil dan kemalangan besar .. Kemalangan besar melibatkan kecederaan , kematian dan mangsa mungkin tidak sedarkan diri pada waktu berlakunya kemalangan tersebut .. Di sini Yana nak huraikan apa itu kemalangan kecil ,  sekiranya hal ini berlaku para pemandu awak semua dinasihati untuk "STAY CALM"dan parkir kenderaan awak di tempat yang SELAMAT .. Sekiranya kenderaan awak tidak boleh bergerak sebaiknya awak periksa keadaan kereta awak berhentikan enjin kereta dan yang paling penting SIMPAN KUNCI KERETA di dalam poket atau mana-mana tempat yang orang lain tak boleh capai .. Sekiranya pemandu lelaki mungkin awak boleh mengenal pasti apa jenis kerosakkan yang telah berlaku pada kereta awak .. Akan tetapi , malangnya kepada sesetengah pemandu wanita mungkin ada diantara mereka yang tidak dapat mengenal pasti apa kerosakkan yang telah berlaku kepada kereta mereka .. Okay , di sini bermulalah tugas Chan Brothers .. Hubungi 012-422-9999 , Yana sarankan awak hubungi nombor ini dan dapatkan pertolongan daripada mereka instead of awak biarkan runners yang hanya nak mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut ..





Yana juga diajar cara untuk menyelesaikan masalah sekiranya berlaku kemalangan kecil pada diri Yana .. Terdapat dua cara untuk meyelesaikan masalah tersebut sama ada secara cash ataupun claim .. Sekiranya awak memilih secara tunai (cash) pemilik kenderaan boleh membuat pembayaran dengan kadar segera ataupun pergi ke bengkel untuk membuat cash repair .. Sekiranya awak memilih untuk membuat insurance claim terlebih dahulu kedua-dua pemilik kenderaan haruslah membuat repot polis terlebih dahulu dan kemudian diteruskan dengan membawa kenderaan awak ke bengkel kereta yang diberi kuasa PIAM ( Persatuan Insurans Am Malaysia) untuk melakukan pembaikan tuntutan ..





Okay sekarang Yana nak kongsikan pula apa yang Chan Brothers tawarkan kepada pelanggan mereka :

  • menyediakan perkhidmatan bantuan kenderaan tang rosak 24 jam (seperti tayar pancit , kehabisan bateri dan lain-lain)
  • menyediakan perkhidmatan menunda kenderaan dan pada masa yang sama turut mengatur kemudahan kenderaan untuk pelanggan pulang ke rumah 
  • membantu pelanggan untuk membuat laporan polis 
  • menawarkan khidmat nasihat kepada pelanggan  tentang bagaimana cara untuk membuat tuntutan insurans 
  • memberikan jaminan selama 4 bulan kepada pelanggan selepas kereta mereka siap dibaiki 
  • mereka turut berkongsi dengan pelanggan mengenai kemajuan kereta mereka di media sosial selain itu mereka juga turut berkongsi mengenai insurans apparoval kepada pelanggan mereka supaya pelanggan mereka tahu dan nampak bahagian kereta yang ditukar dan telah dipasang 



Sebelum Yana lupa , sekiranya kenderaan awak mengalami kerosakkan segi tiga kecemasan sangat-sangat penting pada ketika itu .. Instead of awak menggunakan ranting kayu atau daun Yana sarankan awak guna segi tiga kecemasan boleh juga didapati di bengkel Chan Brothers ya .. Akhir entri ini Yana akan sertakan video pendek yang telah disediakan oleh pihak Chan Brothers harap ianya dapat membantu awak disaat awak mengalami masalah seperti dalam video tersebut ..


Okay , ini sahaja yang dapat kongsikan di entri Yana yang nie .. Sebenarnya , terdapat banyak lagi faedah yang awak semua boleh dapat sekiranya berurusan dengan Chan Brothers , bersesuaian dengan moto mereka " Chan Brothers Your Friendly Car Doctors" mereka memang sangat ramah dan Yana sendiri telah experienced it untuk maklumat lanjut mengenai Chan Brothers awak boleh ke 




Chan Brothers Facebook Page 
Chan Brothers Director's Facebook

Phone No : 012-422-9999

Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
  • Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger