Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

PETUA KECANTIKKAN SECARA ALAMI

Wah , nampak ja tajuk entri petua kecantikkan secara alami ramai ja kan kaum hawa yang laju-laju klik entri nie kan ? Hehehe . Okay , hari nie Yana nak kongsikan rahsia kecantikkan dari alam semulajadi . Selamat membaca ya , kalau rajin nanti tinggal-tinggalkanlah komen di bawah entri ya .

TOMATO



Bahan pertama yang Yana nak kenalkan , TOMATO , ramai antara kita yang tahu akan khasiat tomato pada kulit wajah kan ? Tomato memang terkenal untuk kecantikkan kulit wajah . Selain itu tomato juga dapat :-


  • Atasi masalah jerawat .
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam .
  • Mengecilkan liang pori wajah .
  • Atasi masalah kulit kering .
  • Tona kulit tidak sekata .
  • Buang lemak .
  • Kulit kering sebab dehidrasi .
  • Lingkaran gelap bawah mata .


Sejujurnya , Yana sendiri tak pernah amalkan , dan Yana pon tak berapa menggemari buah tomato nie . Yana hanya makan tomato sekiranya sudah dimasak , ataupun dalam air asam yang selalu disediakan bersama hidangan nasi daging tu . Yana hairan macam mana orang boleh makan buah tomato dengan mentah tanpa perlu dimasak . Selepas Yana tahu akan khasiat tomato nie , lepas nie buah tomato akan jadi salah satu buah kegemaran Yana ^_^ .

AMPAS KELAPA



Bahan kedua pula , AMPAS KELAPA , Pada gadis-gadis di luar sana yang gemar scrub muka anda tu . Bolehlah cuba dengan menggunakan ampas kelapa pula selepas nie , selain ianya tidak memerlukan kos yang tinggi , ia jugak mudah didapati dan tidak mengandungi bahan kimia seperti yang terkandung dalam produk kecantikkan yang kita guna tu . Apakah khasiatnya ? Jom kita tengok antara khasiat ampas kelapa :-


  • Dapat menghaluskan kulit
  • Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • Membersihkan pori-pori



Yana ada juga amalkan penggunaan ampas kelapa nie untuk scrub satu badan dan muka . Memang kulit akan terasa licin dan lembut . Cubalah ya gadis-gadis kat luar sana tu .


LEMON


Bahan kecantikkan secara alami yang ketiga ialah , LEMON . Mesti ramai yang tak tahu kan lemon juga baik untuk kulit wajah . Seperti yang kita tahu , lemon mengandungi vitamin C yang dapat merawat dan mencerahkan kulit . Selain itu , lemon juga dapat memudarkan flek hitam pada wajah . Caranya ? Potong lemon menjadi dua bahagian , selepas itu perah lemon ke dalam mangkuk . Gunakan kapas muka muka untuk mencelup jus lemon tersebut , dan sapukan pada kulit wajah dengan gerakan melingkar . Biarkan sisa lemon tu semalaman tanpa dibilas agar kandungan lemon dapat meresap ke dalam kulit wajah .


TIMUN


Okay , bahan yang keempat pula ialah TIMUN . Apakah khasiat timun ?
Jom kita tengok . Antara khasiat timun ialah :-



  • Dapat mengurangkan lingkaran hitam pada bawah mata .
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Mencegah kedutan pada kulit .


Manfaat timun memberikan rasa segar secara semulajadi kepada kulit kerana sifatnya yang mengandungi air sehingga baik untuk membersihkan wajah dan melembabkan kulit . 


PUTIH TELUR


Bahan kelima dan merupakan bahan terakhir untuk entri nie , PUTIH TELUR . Putih telur mengandungi protein yang tinggi yang dapat membaiki sel-sel kulit rosak . Selain itu , putih telur juga  dapat mengecilkan pori-pori di wajah , menyerap minyak yang berlebihan dan dapat mengatasi masalah jerawat . 

Sampai sini sahaja perkongsian Yana mengenai

 "PETUA KECANTIKKAN SECARA ALAMI"
Selamat mencuba ya semua ♥ 



ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

LESUNG PIPIT / PIPI .


Hai semua pembaca yang dihormati . Malam nie entri Yana bertajuk LESUNG PIPIT . Siapa yang ada lesung pipi / lesung pipi  ?? Angkat tangan cepat .. Adakah kita tahu bagaimana lesung pipi terhasil , dan kenapa ? Jangan terkejut kalau Yana cakap kalau lesung pipit nie merupakan salah satu kecacatan . Haa . terkejut kan .. Namun , lesung pipit adalah satu-satunya kecacatan yang cantik . Tak percaya ?? Tengoklah gambar kat bawah tu .


FAKTA LESUNG PIPIT / PIPI


Kenapa Yana sertakan gambar pelakon bollywood nie ?? Nampak tak lekukan pada pipi dia ? Itulah lesung pipit . Lesung pipit merupakan kecacatan pada otot wajah yang dinamakan sebagai Zygomaticus Major terbelah dua . Hal ini menyebabkan otot wajah menjadi lebih pendek daripada biasa . Kesannya , apabila anda bercakap , senyum dan sebagainya kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi . 

FAKTOR TERHASILNYA LESUNG PIPIT / PIPI .

Lesung pipit / pipi terjadi disebabkan faktor genetik . Ia memerlukan gen dominan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya . Jika ibu bapa memiliki lesung pipit / pipi potensi untuk si anak memiliki lesung pipit / pipi juga tinggi antara 50 hingga 100 peratus . Akan tetapi , sekiranya salah seorang daripada ibu bapa sahaja yang memiliki lesung pipt / pipi maka potensi untuk si anak memiliki lesung pipit / pipi hanya sebanyak 25 hingga 50 peratus .
Bagaimanapun , ada juga individu yang memiliki lesung pipit walaupun ibu bapa mereka tidak memilikinya . Ia terjadi disebabkan oleh faktor 'Gen Skip' . Hal ini demikian kerana , banyak gen yang tidak diwarisi dari sesuatu generasi ke generasi yang lain . Sebaliknya ia berlaku secara selang seli . Jika keadaan ini terjadi , bermakna keturunan anda dahulu ada memiliki lesung pipit / pipi . Oleh itu anda insan yang bertuah yang memilikinya . 

Okay , bagi kes Yana , ayah dan umi yana tak memiliki lesung pipit / pipi , mungkin keturunan terdahulu ada memilikinya . Yana rasa sangat bertuah kerana terpilih oleh Nya untuk memiliki lesung pipit / pipi . Tak semua dapat memilikinya tau . 


Nampak tak lekukan kecil kat pipi Yana ? Tu merupakan bukti Yana ada lesung pipit / pipi . Di sini bukanlah niat Yana nak puji diri sendiri , cuma Yana nak katakan mereka yang memiliki lesung pipit / pipi  mempunyai daya penarik tersendiri ^_^

JENIS-JENIS LESUNG PIPIT / PIPI .

Terdapat 2 jenis lesung pipit / pipi yang biasanya muncul pada manusia iaitu :-

  • Lesung pipit / pipi di mana lesung muncul pada kulit kedua-dua pipi manusia
  • Lesung pipit tunggal , iaitu yang hanya muncul pada kulit salah satu pipi sama ada di sebelah kiri pipi atau sebelah kanan pipi .
Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai lesung pipit / pipi . Sehingga bertemu lagi di entri akan datang . 




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , Yana tak pasti sama ada awak semua perasan atau tak . Baru-baru nie Yana dan rakan Blogger Utara telah membuat satu lawatan ke 

WONDERFOOD MUSEUM PENANG .


Bagi Yana , lawatan ini agak menarik . Sebab , melalui lawatan ini , Yana dapat jumpa rakan-rakan Blogger Utara secara bersemuka . Sebelum nie hanya aplikasi Whatsapp  yang menghubungkan kami semua . Yana akui rasa teruja tu ada , cuma masa mula-mula agak kekok . Tapi lama kelamaan , kami serasi bersama , tak sangka semua kaki selfie ♥ Okay , kembali pada topik Yana pada malam nie .

WONDERFOOD MUSEUM . THE BEST !


Setibanya kami semua di WONDERFOOD MUSEUM PENANG , kami disajikan dengan replika cendol yang sangat besar bagi Yana . Replika cendol itu dilakukan dengan sangat teperinci . Setiap biji kacang dan cendol , nampak seakan-akan yang sebenar . Yana dan rakan-rakan blogger lain dimaklumkan kesemua replika ini diperbuat daripada lilin atau wax . Selain itu , kami juga diberitahu , sebiji kacang merah mengambil masa selama 2 jam untuk dibentuk , bolehkan anda fikir berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk membuat kesemua replika makanan yang terdapat di dalam WONDERFOOD MUSEUM ?


Tadaaaa .. Nie lah cendol yang Yana cakap tu . ^_^ . Yang nie bukanlah yang paling besar , lagi besar di dalam . Jom kita masuk . Hehe ^_^ .


Haa .. Nampak tu , cendol dekat dalam lagi besar =) Lagi besar daripada Yana tau . =P

Sebenarnya WONDERFOOD MUSEUM PENANG nie , bertemakan makanan Satu Malaysia , bersempena dengan tagline Perdana Menteri kita . 1 Malaysia . 

Terdapat pelbagai jenis replika makanan yang "disajikan" kepada mata pengunjung yang melawat muzium makanan ini . Antaranya , sajian 

MAKANAN KAUM INDIA , seperti mana yang kita tahu , makanan kaum India selalunya disajikan di atas daun pisang . 


Pelbagai jenis makanan yang terdapat di atas daun pisang nie , tak dapat Yana nak huraikan satu persatu =P Yang paling jelas kelihatan , Tosai . ^_^

MAKANAN KAUM CINA juga tidak ketinggalan 


( gambar daripada blogger Eintan Nurfuzie atau lebih mesra disapa sebagai Cik En dalam kalangan kami , Cik En , Yana ambil gambar nie ya ^_^ )


Gambar di atas tu kalau Yana tak salah , MAKANAN MASYARAKAT MELAYU , sebab apa Yana kata macam tu ? Nampak tak ketupat dan lemang di situ , Seperti yang kita sedia maklum , ketupat dan lemang merupakan makanan wajib setiap kali menyambut lebaran ^_^

Tiba masa yang ditunggu-tunggu , Geng Blogger Utara in action  !!


Pertama , ABANG LONG kami aRz MoHa


Ehh , aRz nie , MAGNUM  tu untuk dimakan , bukan untuk digunakan sebagai senjata =P


Seterusnya , diperkenalkan ABANG CHAQ kami ZUMAL


Alahai .. Sopan nya Zumal gigit kuih ketayap tu . Bila nak habis ^_^


Mempersilakan Eintan Nurfuzie aka Cik En kami ♥


Cik En bersama anak ABANG LONG , Cik Puteri (nama sebenar tak tau , maaf ye abg long )

Boleh habis ke tu Cik En & Cik Puteri habiskan durian gergasi tu ? =P


Ucu yang tak berapa Ucu , Pha Is 


Erkk .. Satay tu untuk dimakan la Pha Is . Hehee ^_^


Seterusnya , Blogger Pinky & Kitty ^_^ MISS ZYAROSES


Besar sangat kot Roti Canai tu Zya , boleh habis ka ? Eh cakap nak diet kan ? Apakah ini ? ^_^


Dipersilakan Blogger paling comel dan paling muda UCU yang sebenar , YUN SING ♥♥


Yun Sing bersama lolipopnya ^_^♥

♥ LE AUTHOR ♥ LADYANA ^_^


WONDERFOOOF MUSEUM TERBAIKKK !! ^_^ 

Yana bagi ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ hati , Hehe . Terima kasih tidak terhingga kepada pekerja 
WONDERFOOD MUSEUM PENANG atas layanan mesra anda dan kesudian anda melayan karenah kami dengan senyuman =)


Warna Warni makanan . Eh bermain mata pula kita ya Cik En . =)


Bersama Blogger bongsu Yun Sing & kawan ♥

Sekian sahaja penceritaan Yana mengenai WONDERFOOD MUSEUM PENANG nie . Banyak lagi gambar yang Yana nak kongsi , tapi tak mampu la nak kongsi dekat sini . Apa kata anda alami pengalaman nie sendiri sebagaimana kami Blogger Utara alami . Nescaya anda tidak akan menyesal ? 


Oh ya , sebelum Yana lupa , bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti . Pihak WONDERFOOD MUSEUM PENANG telah menambah tema sambutan Tahun Baru Cina dengan kehadiran limau mandarin dan Yee Sang ♥


limau mandarin ♥


Yee Sang ♥ ♥



Dekat mana WONDERFOOD MUSEUM PENANG nie ??

Rujuk maklumat di bawah .

WONDERFOOD MUSEUM PENANG

49 Lebuh Pantai Georgetown ,
10200 Pulau Pinang , 
Malaysia .
(bersebelahan dengan CIMB)
Tel : 604-251-9095
Email: wonderfoodmuseum@gmail.com

WONDERFOOD FACEBOOK

WONDERFOOD INSTAGRAM


Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma

THE WORLD'S FIRST FOOD WONDERLAND

Dibuka daripada pukul 9.00 am hingga 06.00 pm
7 Hari Seminggu 


Terima kasih kepada tuan empunya gambar

aRz MoHa , Zumal , Eintan Nurfuzie , Pha Is , Miss Zyaroses & Yun Sing ♥


"LOVE & FOOD are meant for sharing not for wasting."


Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger