Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular 

di Pulau Pinang!

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand .. Jom baca│Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang ♥




George Town, 2 Julai 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti. 

Di Pulau Pinang, The Children's Protection Society berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.  



Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini. Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni! 

Faisal Bin Baharom turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut. “Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. The Children's Protection Society telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Apam Cheese Hipster,” jelas Faisal.  



“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau. 

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan The Children's Protection Society kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut. 

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Faisal menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir The Children's Protection Society, Puan Magdeline Leong.





Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. 

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia. 




“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. 




Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
  1. KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 
  2.   PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 
  3. TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 
  4.  KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
  5.  PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
  6.  PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
  7.  KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
  8. PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
  9. NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 
  10. JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
  11. SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
  12. SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
  13. SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou layari: https://www.ayambrand.com.my

Tokma Malay Kitchen Berkonsepkan Makanan Tradisi Melayu

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Lama jugak Yana tak bersiaran dekat sini .. Almaklumlah , tak selalu mood rajin menaip nie ada dalam diri seketul Yana .. Hehehe .. Okay , hari nie Yana nak share satu restoran melayu yang  terletak di Pulau Pinang berkonsepkan makanan tradisi melayu .. Nak tahu apa yang menarik episod makan-makan Yana kali nie ? Jom baca │Tokma Malay Kitchen Berkonsepkan Makanan Tradisi Melayu ♥

Sebenarnya , dah lama Yana berkunjung ke Tokma Malay Kitchen nie cuma baru hari nie Yana terlintas nak share dengan anda semua mengenai pengalaman Yana semasa menikmati hidangan makanan tradisi melayu di Tokma Malay Kitchen .. Tokma Malay Kitchen nie terletak di 249 Jalan Kimberley juga berdekatan dengan Chowrasta ..Sebelum Yana dan kawan-kawan Yana makan tengah hari di Tokma Malay Kitchen kami terlebih dahulu ke Chowrasta sebab kami sampai agak awal manakala waktu operasi bermula pada jam 12 tengah hari kalau Yana tak silap ..

*kredit facebook Tokma Malay Kitchen*

RENDANG AYAM TOKMA 


Okay nie merupakan menu pilihan kawan Yana Rendang Ayam Tokma , pada awalnya Yana juga macam teringin nak pilih menu nie akan tetapi Yana takut kalau rendang ayam nie tak memenuhi piawai rendang ayam macam yang Yana nak .. Hehehe .. Akan tetapi sangkaan ternyata meleset sama sekali sebab Rendang Ayam Tokma nie sedap sangat kuantiti isi ayam juga banyak memang puaslah makan .. So , Yana memang rekemen Rendang Ayam Tokma nie ♥

ASAM PEDAS IKAN TALAPIA MERAH


Hidangan Asam Pedas Ikan Talapia Merah merupakan menu yang menjadi pilihan Yana .. Antara sebab kenapa Yana pilih asam pedas nie sebab Yana teringin sangat nak makan asam pedas tumis masa tu , kalau dekat rumah nie mimpilah nak makan asam pedas tumis sebab ayah Yana tak gemar asam pedas tumis nie .. Bagi Yana , Asam Pedas Ikan Talapia Merah nie tak memenuhi piawai asam pedas yang Yana dambakan sebab rasa masam ,pedas dan masin dia light-light saja .. Yana harapkan asam pedas tu memang betul-betul pedas dan masam tu , mungkin mereka mengambil langkah selamat sebab tak semua orang boleh makan pedas tapi semua orang boleh saja makan makanan yang kurang pedas .. Isi ikan sangat banyak sampai boleh ratah , tapi masa tu Yana dah tak mampu meratah sebab terlalu kenyang .. Yana nak rekemen tu tak sangatlah asam pedas nie tapi kalau anda nak cuba Yana tak halang sebab ada juga rasa bukan tasteless terus ..

MEE KARI


Mee kari nie pilihan kawan Yana , Yana tak dapat nak describe sepenuhnya mengenai mee kari nie sebab Yana sekadar rasa kuah dia sahaja .. Erm , daripada segi presentation memang menarik nampak lazat kuah pun pekat cuma ada rasa manis Yana kalau makanan yang sepatutnya ada rasa pedas , masam dan masin sekiranya hadir rasa manis Yana memang surrender sebab Yana tak suka .. Manis yang Yana boleh terima dalam masakan kuih-muih or pencuci mulut , minuman ,ais krim dan yang sewaktu dengannya .. Hahaha ! Nak rekemen tak berani tapi kalau nak cuba Yana tak halang sebab citarasa setiap orang berbeza-beza ..

CEMPEDAK CREME BRULEE


Last but not least , Cempedak Creme Brulee sebagai hidangan pencuci mulut .. Yana tak boleh nak describe sebab Yana memang tak rasa langsung Yana kenyang sangat masa tu sesudu pun Yana dah tak mampu nak rasa .. According to kawan Yana rasa dia sedap acceptable lah kiranya .. Bau dia memang wangi cuma Yana saja dah tak larat nak makan ..Hahaha !

Okay sekian saja perkongsian pengalaman Yana semasa makan tengah hari di Tokma Malay Kitchen , Penang .. Banyak lagi hidangan menarik yang anda boleh nikmati dekat Tokma Malay Kitchen nie .. Oh ya , sebelum Yana lupa Tokma Malay Kitchen selesa lah walaupun agak kecil actually ada dua tingkat tapi masa Yana ke sana hanya bahagian bawah sahaja yang dibuka .. So , to be honest Yana recommended TOKMA MALAY KITCHEN ♥

TOKMA MALAY KITCHEN
Emel : crafterdrinks@gmail.com
No Telefon : 014-3048943
Website : Tokma Malay Kitchen
Facebook : Tokma Malay Kitchen
Instagram : tokma_malaykitchen
Alamat : 249,Kimberley Street,10100 Georgetown 

Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , memandangkan Yana tak boleh nak tidoq lagi nie jadi Yana nak share lah dengan anda semua satu tempat yang menarik dan sesuai sangat untuk mereka yang kaki OOTD macam Yana nie .. Nak tahu apa yang best mengenai tempat nie ? Jom baca │Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang ♥



Okay , cerita dia macam nie memandangkan raya Yana hari tu agak krik krik Yana pun takda plan nak ke mana , tetamu pun tak boleh nak datang ke rumah sebab kita masih lagi dalam tempoh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) .. Tetiba saja dalam Yana tengah kebosanan kawan Yana ada ajak keluar mengopi lepas tu kami berdua TER lajak lah sikit ke Balik Pulau .. Oh ya , durian tengah banyak sekarang dekat sana .. Ramai yang kata durian Balik Pulau best , Yana taktau lah sebab Yana tak makan durian .. Okay berbalik pada kisah kami tadi ,awalnya kami singgah di Gertak Sanggul kemudian baru kami ke Pantai Malindo yang terletak di Kampung Sungai Burung , Balik Pulau ..


Perjalanan menuju ke Pantai Malindo nie agak pendalaman .. Sebab apa yang Yana tahu pantai nie selalu letaknya di tepi jalan macam pantai dekat Batu Feringhi , Tanjung Bungah dan beberapa pantai lagi lah .. Pantai Malindo nie dekat dalam kawasan perkampungan lepas tu jalan dia boleh dikatakan agak sempit .. Tak ramai pengunjung sangat masa kami ke sana yang ada pun beberapa geng budak-budak then orang kampung dekat situ yang sedang lepak-lepak membincangkan isu semasa hahaha ! Macam mana Yana tau ? Ada Yana terdengar perbualan mereka masa Yana pass by tu ..


Ermm , apa yang tak best Pantai Malindo jalan dia agak berlecak memandangkan kedudukannya di kawasan paya bakau .. Jadi , Yana nasihatkan kepada anda yang berniat nak ke sana janganlah pakai kasut lawa-lawa lagi mahal yer , pakai selipar sudah nanti kasut kotor Yana tak tau =P .. Lagi satu nya yang tak best banyak sangat monyet dekat situ dah lah siap berkumpul dekat laluan utama jalan nak ke pantai pula tu ..


Walaubagaimanapun , semua yang tak best tu tak seberapa sangat jika nak dibandingkan dengan view yang ada dekat sana lagi-lagi semasa matahari terbenam .. Bagi mereka yang gemar berfotografi memang sesuai sangatlah tempat nie dijadikan sebagai salah satu lokasi untuk anda asah bakat anda ..


Okay , sekian sahaja daripada Yana .. Sekiranya anda berniat nak ke sana tolonglah jangan rosakkan alam semulajadi .. Jangan buang sampah merata-rata jangan rosakkan harta benda dekat sana sayang kalau  tempat cantik macam tu tercemar sekiranya ada pengunjung yang tak bertanggungjawab buat onar .. In shaa allah , kalau ada kesempatan Yana nak ke sana lagi ♥

Kuala Sungai Burung, Jalan Bharu, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

85QW+PV Balik Pulau, Penang

* nota kaki :
kalau nak gambar anda dekat sana cantik-cantik sila bawa kawan yang tangannya dibedung ya , alhamdulillah , gambar-gambar Yana dekat sana semua cantik-cantik sebab kawan Yana tangannya dibedung =P
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
  • Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger