Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Raikan Hari Ibu dengan Ibu Tersayang di The Top View Restaurant & Lounge

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. 13 Mei merupakan tarikh hari ibu disambut pada setiap tahun .. Hari nie 12 Mei , eh esok lah kan ? Jadi , awak semua dah ada rancangan ke nak raikan ibu tersayang di mana ? Haa , kepada mereka yang masih belum mempunyai rancangan apa kata jom │Raikan Hari Ibu dengan Ibu Tersayang di The Top View Restaurant & Lounge ..


Okay semua pada 28 April yang lalu Yana dan beberapa rakan blogger yang berpeluang berada di The Top View Restaurant & Lounge untuk Ramadhan Buffet Review .. Pada masa yang sama kami diberitahu bahawa The Top View Restaurant & Lounge turut menawarkan set makan malam istimewa bersempena dengan hari ibu pada 13 Mei nanti which is esok !! OMG ! Best tau set makan malam dia ..


Terdapat 8 hidangan dalam set makan malam bersempena dengan Hari Ibu nie (termasuk pencuci mulut dan minuman) dan kesemuanya nampak sangat menyelerakan tau .. Err nak tak tengok ? Kalau nak Yana nak belanja gambar nie .. Hehehe ..

PAMPER YOUR LOVELY MOM ♥

AMUSE BOUCHES



Saffron Tempura Oyster│Ratatouille│Blue Pea Flower Vinaigrette Edible Soil & Arugula Leaf

APPERTIZER


Salad of Mirin Glazed Prawn |Seared Tuna Sashimi with Black Sesame | Wasabi Cream


Modern English Bowl *Caesar Salad*

Wild Mushroom & Chamomile Tea │White Truffle Oil Tempura Mushroom

CHOICE OF MAIN COURSE


Cured & Pan-seared Salmon | Broccoli Floret | Char-Artichoke & Wild Momotaro Chutney Lemon Butter Sauce

Apa .. Ibu awak kurang gemar ikan salmon ? Eh rugilah .. Tapi tak apa jangan risau awak ada satu lagi pilihan .. Hehehe .. Iaituuu ~~~


Carved Beef Tenderloin | Pommes Marseilles | Young Carrot | Natural Wine Juz

DESSERT



Vanilla Panna Cotta with Strawberry and Basil Ice-cream
  

COFFEE OR TEA ? 



Apa tunggu lagi ? Jomlah raikan Hari Ibu bersama dengan ibu tersayang di The Top View Restaurant & Lounge , disamping dapat menikmati hidangan yang lazat awak semua juga dapat melihat view yang cantik Pulau Pinang dari tingkat 59 tau .. View siang dan malam keda-duanya berbeza apa yang Yana tahu its totally worth it !

Untuk warga emas diskaun sebanyak 50% akan ditawarkan tau sah sehingga 13 Mei 2018 ini sahaja .. Selepas pada tarikh 13 Mei awak semua boleh purchase set makan malam bersempena dengan Hari Ibu ini dengan harga RM98/nett bermula 13 Mei hingga 14 Jun 2018 ..

untuk keterangan lanjut awak semua boleh rujuk :
The Top View Restaurant & Lounge
No 1 , 59F & 60F , Jalan Penang ,
Georgetown , Malaysia .
Contact No : 04-2625960
For reservation please email to : reservation@thetop.com.my
Website : www.thetop.com.my
Facebook : The Top View Restaurant & Lounge Fanpage


Nak Cantik Tanpa Solekan yang Tebal ? Berries Rose Ada Caranya .

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua , sepertimana yang kita sedia tahu wanita dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan .. Setiap wanita menginginkan kecantikkan secara semulajadi tanpa perlu bersolek dengan tebal .. Hadirnya Yana dekat sini adalah untuk kongsi bagaimana caranya dengan awak semua .. Nak tahu ? Jom baca │Nak Cantik Tanpa Solekan yang Tebal ? Berries Rose Ada Caranya ..


sumber daripada website Sista Stardust 

Yana tak pasti sama ada ramai yang dah tahu ataupun tidak mengenai produk kecantikkan Berries Rose daripada Sista Stardust .. Okay untuk pengetahuan awak semua Berries Rose adalah makanan tambahan yang berasaskan daripada campurana bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikkan .. mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstral Kelopak Rose (Japan Whitening)


Haa , kalau awak semua nak tahu dalam 1 sachet Berries Rose nie mengandungi pelbagai khasiat tau .. Yana rasa selepas Yana consume Berries Rose daripada Sista Stardust nie Yana dah perlu kot nak ambil mana-mana vitamin untuk bagi kulit cantik dan anjal sebab dalam 1 sachet saja Yana boleh dapat 9 manfaat .. Antaranya :

  • mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan 
  • menghalang pembentukan black head dan white head
  • membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
  • mengatasi masalah kulit berminyak
  • mengatasi masalah liang pori terbuka
  • menjadikan kulit lebih lembab
  • membaiki tona kulit tidak sekata
  • sesuai untuk kulit sensitif
  • menyihatkan penglihatan mata


Hm bagaimana cara untuk menyediakan Berries Rose nie ? Okay awak semua boleh tengok video pendek yang telah Yana sediakan nie ..




  1. Campur satu paket (10grams) ke dlam 150ml air suam
  2. Kacau hingga larut dan minum serta merta
  3. Minum sebelum tidur
* Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik ..

P/S: 1 paket satu hari sebelum makan malam , jika anda hamil , sedang menyusu atau sedang mengambil sebarang ubat sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan ..


Yana sudah mencuba Berries Rose daripada Sista Stradust nie .. Awak semua bila lagi ? Jangan risau produk ini dijamin HALAL boleh diambil tanpa was-was tak ada bahan terlarang pun tau ..

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.sistastardust.com
Facebook : www.facebook.com/sistastardust
Instagram : www.instagram.com/sistastardust_official

Email : admin@sistastardust.com
Helpline : 03-8964 5759 / 011-16110369

Puteri Duyung SofeaRose Hadir Demi Penyu

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Hari nie Yana nak share satu shawl yang Yana terima dalam seminggu lepas kalau tak salah .. Hehe .. Yana nie sebenarnya bukanlah pencinta shawl sangat tapi dengan shawl SofeaRose terus Yana jadi jatuh cinta dengan shawl ... Ada kisah di sebalik shawl SofeaRose nie sebenarnya .. Jom baca │Puteri Duyung SofeaRose Hadir Demi Penyu ..


Yana sebenarnya dah lama duk usha shawl jenama SofeaRose terasa nak memiliki .. Dalam duk usha eh tetiba Yana di offer untuk terima shawl nie for freeeeee .. Gila Yana nak tolakkan .. Satu benda yang Yana suka sangat mengenai shawl Diona Mermaid nie senang dibentuk tak perlu pun nak struggle untuk pakai shawl nie .. Semudah ABC sekejap saja Yana siap pakai shawl cantik Diona Mermaid nie ..



Sepertimana yang kita sedia maklum populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.  Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium ..


Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi.


Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!


Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini. Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air:  https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk


Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.



Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha) atau kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral ataupun menerusi laman sesawang di www.sofearose.com.  Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidupdan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose..

Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • 2H1M di Citadines Connect Cecil – Hotel Moden di Lokasi Strategik
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Staycation Mewah di The Granite Luxury Hotel Penang : Pengalaman Menginap di Georgetown

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger