Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Nikmati Keenakkan Nasi Lemak Unik di Projek Nasi Lemak Box , Padang Kota

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua .. Okay hari nie Yana nak cerita mengenai pengalaman Yana makan malam di Projek Nasi Lemak Box yang terletak di Padang Kota , Penang .. Erm , Projek Nasi Lemak Box nie dia terletak dekat tengah-tengah taman permainan yang ada dekat Padang Kota tu senang cerita berdekatan dengan Fort Cornwallis .. Nak tau apa yang uniknya nasi lemak dekat sini ? Jom baca sampai habis .. =)



Tapi , sebelum Yana tunjukkan keistimewaan nasi lemak dekat sini .. Yana nak tunjuk dulu view yang menarik dekat sini .. Cara dekorasi Projek Nasi Lemak Box nie berjaya mencuri perhatian Yana .. Tenang rasanya masa berada dekat sini sambil dialunkan dengan irama muzik yang romantik .. Lagi seronok kalau makan bersama yang tersayang ..





Di sinilah terletaknya Projek Nasi Lemak Box tu .. Nampak tak ada taman permainan dekat situ .. Senang sangat nak cari sebab dia terletak di tepi jalan sahaja .. Suasananya memang sangat romantik cuma masa hari Yana berkunjung ke sana ada pasar malam jadi bunyi generator dekat situ merosakkan sedikit suasana romantik tu .. Sekiranya anda nak datang ke sini Yana sarankan anda jangan datang pada hari minggu bermula Jumaat , Sabtu dan Ahad .. Tapi , kalau nak mai pun tak ada masalah cuma bising sikitlah dengan suasana pasar malam .. =)


Reserved ? Ehh , taklah .. Haa , nie merupakan salah satu dekorasi dekat sini .. Yana sendiri tanya kenapa pinggan nie diletak dekat sini walaupun belum ada pelanggan .. Jawapannya kalau pinggan nie tak ada tak nampak menarik dan kosong sangat .. Okay , Yana setuju .. =)


Tadaaa ! Inilah hidangan yang disajikan kepada Yana dan kawan Yana pada hari tu .. Nampak mengiurkan tak ? Tengok gambar pun dah cukup untuk buat anda rasa terliur kan ? Apatah lagi Yana yang berada di tempat kejadian , aroma nasi lemak nie buat Yana tak tahan rasa nak makan .. =P


Bagi minuman Yana dan kawan Yana telah memilih Volcano Bandung dan Coconut Shake dekat atas as topping diletakkan ais krim peanut butter .. Rasa dia memang terbaik , tak terlalu manis dan tak terlalu tawar .. Orang putih cakap just nice .. Jom kita tengok nasi lemak dia pula .. =)


Yana tak pilih sendiri hidangan nie , kami diberi makanan berdasarkan menu yang paling mendapat permintaan orang ramai salah satunya Nasi Lemak Ayam Goreng .. Ayam goreng dia memang besar .. Yana sendiri pun agak terkejut .. Wow , besarnya ayam dia .. Ini kawan Yana punya .. Nak tengok nasi lemak yang Yana makan ?


Inilah nasi lemak yang Yana makan .. Tengok sajalah presentation dia .. Siapa tak terliur kalau macam nie punya presentation .. Ehh , takkan yang nie saja ? Mana lauk nya ?


Nahhh ! Nasi Lemak Sotong Gergasi menjadi pilihan Yana .. Sotong dia sangat-sangat besar sampai Yana tertanya-tanya macam mana nak makan nie ? Haha ! Sotong nie perlu digunting terlebih dahulu barulah senang nak makan ..
Aroma nasi lemak nie memang sangat wangi Yana rasa tak sama macam nasi lemak yang Yana selalu makan dekat tempat lain .. Sambal ikan bilis dia memang marvelous ikan bilis dia pun rangup .. Yana difahamkan mereka mengekalkan rasa asli manis daripada bawang manakala rasa masin datang daripada ikan bilis tu dan sedikit perasa ..
Perasan tak nasi lemak dia berwarna hitam ? Okay tu sebab dia masak dengan menggunakan charcoal .. Kenapa nak bagi warna hitam ? Sebab memang warna tema mereka adalah hitam jangan risau ia selamat dimakan .. Yana diberitahu harga charcoal tak murah juga namun mereka sanggup mengambil risiko .. Good job !


Okay nie nama dia Maggie Ayam Goreng untuk hidangan nie Yana tak pasti macam mana rasa dia .. In shaa allah sedap sebab rata-rata makanan yang dihidangkan kepada Yana dan kawan Yana sedap-sedap belaka .. Haa , lagi satu Yana nak tanya .. Nampak tak pada setiap hidangan ada sambal belacan ? Yana tanya memang setiap hidangan akan ada sambal belacan kah ? Jawapannya ya , kata Wayne sebab orang tempatan suka makan pedas-pedas .. Memang agak pedas sambal belacannya , tapi pedas yang masih lagi boleh diterima .. Orang kata pedas yang buat kita rasa nak lagi dan lagi .. Hehe ..


Sebelum Yana balik sempatlah Yana ambil gambar di sekeliling Projek Nasi Lemak Box nie .. Yaa , dapur dia dalam kontena tu .. Menarik dan unik kan ? Siapa sangka dengan kontena pun boleh dijadikan kedai makan .. Cantik pula tu .. =)






Okay akhir kata daripada Yana Projek Nasi Lemak Box memang terbaik .. Masa tengah mengarang entri nie pun buat Yana rasa nak makan lagi nasi lemak tu .. Jadi , kepada anda yang berada di Penang atau yang akan melawat Penang jangan lepaskan peluang untuk cuba makan malam di Projek Nasi Lemak Box nie ya .. Harganya agak berpatutan .. Jangan risau ya ..

Waktu operasi
Isnin – Khamis : 6pm – 1am
Jumaat – Sabtu :5pm – 2am
Ahad : 5pm – 1am

Kalau nak tempah untuk katering juga boleh anda hanya perlu hubungi no +6018-393-8018 ..
Sekian sahaja daripada Yana .. Jumpa lagi nanti .. Terima kasih Wayne sebab sudi layan Yana dengan baik sekali sepanjang Yana makan dekat sana =)

Curtis Crest Tree Top Walk Tarikan Terbaru di Bukit Bendera (Penang Hill)

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , okay malam nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa pergi ke Bukit Bendera (Penang Hill) baru-baru nie .. Yana yakin pasti ramai yang dah tahu mengenai kewujudan Curtis Crest Tree Top Walk di Bukit Bendera secara tak langsung ia menjadi tarikan terbaru di Bukit Bendera .. Jemput baca sampai habis untuk mengetahui pengalaman Yana berada di sana ..


sumber daripada google

Okay , ceritanya bermula macam nie .. Pada hari Sabtu hari tu Yana dan beberapa orang kawan Yana bermalam di Penang (sebelah pulau) walaupun kami semua berasal dari Pulau Pinang tetapi masih banyak lagi tempat yang menarik di Pulau Pinang yang belum kami lawati antara salah satunya The Curtis Crest Tree Top Walk .. Kami bertolak dari Batu Ferringhi seawal jam 8 pagi .. Yana tak tahulah kenapa setiap kali nak ke Bukit Bendera aplikasi Waze akan bawa ke Taman Botani terlebih dahulu .. Hahaha .. Dalam erti kata lain mula-mula kami silap jalan .. Kami tiba di Bukit Bendera pada jam lebih kurang pukul 9 pagi ..Harga tiket train hanyalah RM10 kalau ada kad pelajar boleh dapat separuh harga  tau .. Yana tak pasti kalau kalau foreigners harga tiket sama atau tidak .. Hehehe  ..

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Sebelum kami memulakan perjalanan ke Curtis Crest Tree Top Walk kami diberikan sedikit penerangan mengenai asal usul Bukit Bendera , spesies tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat di atas Bukit Bendera .. Sebenarnya kan , banyak juga info yang Yana dapat masa berada di sini .. Gambar diatas merupakan tempat membeli tiket di dalamnya .. Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu di sini merupakan kubu mereka .. Gambar di atas menjadi kandang kuda mereka .. Yana diberitahu pihak British memilih Bukit Bendera sebab kawasannya yang strategik kerana mereka boleh nampak kehadiran musuh dengan jelas dari atas Bukit Bendera .. Selepas selesai sesi briefing kami diberi pilihan sama ada nak ditemani sampai ke Curtis Crest atau nak berjalan sendiri .. Mula-mula tu nak jalan sendiri saja sebab segan nanti .. Sekali pekerja dia cakap dekat atas tu ada monyet terus kami putuskan untuk ditemani .. 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Terdapat dua spesies monyet yang ada dekat atas tu Macaque dan Slow Loris .. Macaque tu yang ada dekat Taman Botani yang suka ambil makanan orang .. Haha .. Yana diberitahu bahawa spesies memang agak agresif manakala Slow Loris bersifat pemalu , Slow Loris comel tau masa dekat sana Yana sempat lah berjumpa dengan Slow Loris dari jarak jauh .. 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Semasa dalam perjalanan ke atas kami terserempak dengan bunga ini , nampak cantik tapi siapa sangka ianya beracun .. Pekerja dekat Bukit Bendera tu bagitau kalau getah dia terkena mata boleh buta .. Masa Yana nak ambil gambar bunga nie pun agak berhati-hati .. Yana tak ingat nama dia sebab masa diberi penerangan Yana sibuk mengambil gambar .. Hehehe .. 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Haa , kemudian kami terjumpa pula dengan rama-rama nama dia kalau Yana tak silap butterfly army .. Kenapa panggil macam tu sebab di kepak dia ada tiga garisan .. Askar kan kalau nak masuk hutan mereka akan buat tiga garisan di muka mereka kan ? Begitulah alkisahnya yang diberitahu ..

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Gambar dekat atas nie antara beberapa spesies flora yang boleh dijumpai dalam perjalanan ke Curtis Crest Tree Top Walk .. Sekali lagi Yana minta maaf dalam keempat-empat gambar diatas hanya satu saja yang Yana ingat nama dia ... Bunga rama-rama , itupun bukan nama saintifik .. =P


review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Ini pula merupakan beberapa spesies fauna yang boleh didapati semasa perjalanan ke Curtis Crest Tree Top Walk .. Yana sempat jumpa dengan seekor rama-rama sahaja masa nak naik tu .. Tupai tu Yana tak jumpa pun mungkin dia spesies yang keluar malam kot .. Selain daripada nie ada beberapa serangga lain yang ada dekat atas tu seperti labah-labah , crab vampire dan beberapa lagi spesies yang Yana tak ingat .. Crab Vampire , unik kan nama dia ? Yana teringin nak tengok tapi dia spesies yang keluar malam , masa Yana nak naik tu pekerja tu cakap dia ada tapi dekat celah-celah pokok memang susahlah nak tengok .. Diberi nama Crab Vampire sebab dia suka keluar pada waktu malam ..

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera


Okay , yang nie pula merupakan Canopy Walk .. Belum siap sepenuhnya lagi dijangka akan siap pada Disember nanti .. Hahaha .. Yana angkat bendera putih , Yana takmau jalan dekat situ .. Agak panjang dan tinggi tau .. Kus semangat Yana nanti .. Hee =P

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Tadaaa ! Kami dah sampai ke Curtis Crest Tree Top Walk .. Haa tinggi tak ? Agak tinggi bagi orang yang gayat macam Yana nie .. Pada mulanya nak naik tu takda rasa apa sangat .. Tapi , masa dah sampai dekat atas sekali mula lah rasa berdebar , Yana tak banyak sangat berjalan dekat atas tu sebab Yana takut dengan ketinggian .. 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Cantik kan ? Cantik lagi tau permandangan dekat atas tu .. Tapi sayang sebab Yana takut jadi tak banyak gambar yang dapat Yana ambil masa dekat atas tu ..


Ini merupakan satu satunya gambar permandangan dekat atas tu yang sempat Yana ambil .. Dari atas tu kita boleh nampak jambatan Pulau Pinang .. Pendek kata satu Pulau Pinang lah boleh nampak .. Cantik sangat , awan tu kelabu sebab hari nak hujan .. Tapi , tak hujan pun .. Haha !


Nampak macam muka takut tak ? Hahaha ! Tak kan ? Plastik saja tu , sebab nak bergambar rasa takut tu tolak tepi sekejap kalau tak rugi saja Yana naik tinggi-tinggi tapi tak ada gambar untuk diabadikan masa ada dekat atas Curtis Crest Tree Top Walk tu .. 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Sebelum turun ke bawah sempat juga kami singgah di kedai cenderahati .. Banyak sangat barang yang menarik dekat atas tu , tapi Yana tak beli pun .. Mungkin Yana teramat letih malas pula nak cari barang apa yang Yana nak .. Hee 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Semasa dalam perjalanan nak turun ke bawah kami berempat singgah dulu dekat buaian gergasi nie .. Ada dua buaian gergasi tetapi satu lagi tu sedang dibaiki .. Jadi , tinggal satu nie sahajalah buat sementara waktu .. Terasa macam bawang merah pula masa duduk atas buaian nie .. Hehehe .. Kalau tak kenangkan ada orang lain nak ambil gambar dekat sini nak saja Yana duduk lama-lama dekat situ ..

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Dah selesai dekat sini , kami teruskan perjalanan untuk turun .. Masa dalam perjalanan tu kami ditawarkan untuk naik kereta apa nama entah .. Tapi , kena bayarlah dalam RM30 kot .. Kami tolak , kemudian pemandu tu cakap 1.6km ambil masa setengah jam tau .. Tak apalah , perlahan-perlahan kami turun sambil tu boleh ambil gambar lagi .. 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Kan Yana dah kata , ada saja tempat yang cantik yang kami singgah untuk bergambar kalau turun dengan kereta tu mana dapat nak ambil gambar dekat sini .. 

review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Jarak nak turun tu boleh tahan jauh la jugak .. Semput Yana dibuatnya , tetiba mata nie terpandang satu pondok kecil yang disediakan dekat situ ... Eh , view dekat situ pun boleh tahan cantik juga .. Apalagi , bergambarlah kami .. =P Di sini merupakan perhentian terakhir kami rasanya , lepas tu kami terus turun sampai lah ke cafe yang menjual ais buah-buahan yang sedap sangat tu ..


review curtis crest , the habitat penang hill , bukit bendera

Kami memilih dua ais buah-buahan nie .. Satu coklat strawberry sepatutnya tapi Yana minta tukar ais krim vanilla sebab kawan Yana sorang lagi tu dia pilih banana coklat dah .. Sedap tauuu .. Ais krim ada strawberry tu harga dia RM 12 .. Manakala yang ada pisang tu RM8 ..


Maka berakhirlah episod kami dekat sini .. Kepada mereka yang belum pernah lagi datang ke sini Yana sarankan sangat-sangat untuk datang ke sini .. Harga tiket untuk orang dewasa RM50 kalau ada kad pelajar hanya perlu bayar RM30 sahaja .. Kepada yang berkeluarga , ada pakej keluarga RM130 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak .. Sekian sahaja perkongsian Yana untuk hari nie .. Jumpa lagi nanti .. Byeee .. =)

Alami Keunikan Membeli Belah di Kedai Pajak Chan Aan

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , sekian lama Yana mendiamkan diri malam nie Yana buat comeback lah kononnya ..
Yana nak tanya sikit , kalau sebut mengenai kedai pajak gadai apa benda pertama yang bermain di fikiran anda ? Ya , bila kita tak ada duit kita akan ke sana untuk memajak barangan kita untuk mendapatkan duit .. Tahukah anda Kedai Pajak Chan Aan ada menawarkan sesuatu yang unik .. Jom baca untuk info penuh mengenai Kedai Pajak Chan Aan ..


Sememangnya majoriti akan fikir kalau ke kedai pajak gadai hanyalah untuk jual barang mungkin sebab kita memerlukan wang dengan kadar segera .. Yana yakin pasti ramai yang tidal tahu bahawa kita boleh juga membeli belah di kedai pajak gadai .. Kedai Pajak Chan Aan ada pelbagai jenis barang yang boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran biasa ..

Yana tak cakap kosong tau Yana sendiri dah pergi ke Kedai Pajak Chan Aan dan melihat sendiri pelbagai barang yang boleh dibeli di Kedai Pajak Chan Aan dari barang kemas hinggalah ke gajet yang terkini .. Okay ,dekat bawah nie Yana akan sertakan beberapa barang yang boleh didapati di Kedai Pajak Chan Aan .. 


TELEFON BIMBIT


KAMERA

JAM TANGAN



TAB
KOMPUTER RIBA




Ini antara beberapa barang yang boleh dibeli di Kedai Pajak Chan Aan tedapat banyak lagi yang boleh didapati di sana .. Apa kata sekiranya anda berpeluang singgah lah ke Kedai Pajak Chan Aan ..
Anda tak perlu bimbang ataupun meragui akan kredabiliti Kedai Pajak Chan Aan kerana Yana dimaklumkan bahawa Kedai Pajak Chan Aan telah beroperasi selama 12 tahun dan sudah mempunyai sebanyak 9 cawangan di  Pulau Pinang .. Oh ya sebelum Yana lupa selain membeli anda juga boleh jual barang lama anda di Kedai Pajak Chan Aan .. Sambil menjual anda juga boleh membeli barangan baru di Kedai Pajak Chan Aan .. Dekat bawah nie Yana akan senaraikan 9 cawangan Kedai Pajak Chan Aan ..
  1. Komtar:04-2616984/04-2612217
  2. Datok Keramat:04-2285829/04-2271833
  3. Sungai Pinang:04-2828829
  4. Sungai Dua:04-6586829/04-6530632
  5. Bukit Gedung:04-6421829
  6. Farlim:04-8279133
  7. Paya Terubong:04-8266396
  8. Relau:04-6416133
  9. Tanjung Tokong:016-4063815

Apa tunggu lagi ? Jomlah kita shopping di Kedai Pajak Chan Aan .. =)
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
  • Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger