Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Sepertimana yang kita sedia maklum , wanita dan emas memang tak dapat dipisahkan . Sebenarnya , tak rugi pun kita laburkan duit kita untuk beli emas kerana emas merupakan aset pada masa hadapan . Kita tak tahu kehidupan kita pada hari akan datang macam mana . Kalau semakin baik , alhamdulilah , boleh tambah emas lagi . Hehe . Kalau semakin merudum ? Nah , di sini fungsi emas . Kita boleh jual semula / pajakkan . Harga dia akan jauh lebih mahal daripada semasa kita beli . 


Nah Yana belanja sikit antara koleksi cincin yang dijual oleh Puan Khamsila Saffie .


Koleksi rantai leher .


Koleksi rantai tangan ♥

Mungkin akan ada yang bertanya , apa beza kalau beli emas dengan Puan Khmsila dengan beli emas dekat kedai emas tu ? Okay , kalau beli  dekat kedai , anda akan di caj harga gst dan harga upah  . Akan tetapi , sekirnya anda beli dengan beliau , harga dijual adalah berdasarkan gram . Tiada harga tambahan , jadi lebih murah ya .

Antara feedback daripada pelanggan Puan Khamsila :-

(1)


(2)


(3)


Rata-rata pelanggan yang berurusan dengan Puan Khamsila sangat berpuas hati dengan barang yang diterima mereka .  Menurut beliau ,

"Barangan emas yang dibeli dengan ila , tak ada caj upah atau gst , sekiranya mendapat order luar kawasan Pulau Pinang caj untuk pos akan dikenakan . COD , hanya untuk kawasan Pulau Pinang . Kata Puan Khamsila lagi , beliau juga menerima sebarang trade in sekiranya berlaku kerosakkan . Boleh ambil cash atau barang emas baru ."

Untuk sebarang maklumat lanjut , sila hubungi Puan Khamsila di FB ya .. 

PUAN KHAMSILA SAFFIE







ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

"bajailah minda dengan kata-kata positif agar kolam hati terpelihara kesuciannya"

-SHIQEEN SATTAR-

REVIEW : KOLEKSI SHIQEEN SATTAR


Nama Shiqeen Sattar bukanlah satu nama yang asing bagi peminat pakaian muslimah . Antara pakaian muslimah yang dijual ialah hijab dan seluar muslimah . Keunikkan hijab daripada Shiqeen Sattar adalah hiasannya Batu Swarovski tulen yang diimport daripada Singapura .


Antara kelebihan hijab daripada Shiqeen Sattar selain daripada hiasannya adalah :-

Tudung yang sangat mudah dipakai ..

  1. Tak perlu dipinkan (sarungkan sahaja)
  2. Tak perlu pakai inner (kain tak jarang)
  3. Tak perlu digosok ( kain tak mudah kedut)
  4. Tak perlu hantar dry clean atau basuh tangan (boleh dimasukkan dalam mesin basuh)
  5. Tak perlu dililit 
  6. Memenuhi syariat untuk solat (labuh bawah paras dada dan boleh tutup dagu)
  7. Tak perlu risau nampak selekeh
  8. Tak perlu ambil masa yang lama untuk bersiap
  9. Tak perlu nak berhias lebih-lebih (hijab sudah dihiasi dengan Batu Swarovski asli)


"Kami menggunakan Batu Swarovski yang tulen, maka tidak hairanlah hijab kami kelihatan eksklusif.
Dengan hiasan batu Swarovski asli yang diimport jelas hijab kami mementingkan kualiti yang benar-benar memuaskan hati si pemakai"
We are not selling the product.
We are selling the value.
Admin
-SHIQEEN SATTAR-

Hijab ini juga terdapat dalam pelbagai warna yang menarik . Tengok gambar di bawah .


Seluar muslimah yang terdapat dalam koleksi Shiqeen Sattar .


SENORITA PANTS merupakan seluar muslimah No. 1 di Malaysia sekarang ni. Ciri-cirinya menepati syariah dan amat sesuai untuk para muslimah.
.
1. Tak perlu gosok sebab kain ni tak berkedut jadi jimat elektrik.
2. Tak perlu pakai dua lapis sebab kain tak jarang dan yang best ringan.
3. Boleh digayakan secara kasual atau elegan dan mudah nak disuaipadankan.
4. Pinggang getah tiada masalah untuk yang bersaiz kecik atau besaq. Free size .
5. Ibu hamil pun boleh pakai sebab cutting nya yang loose (longgar).
6. Grip getah di kaki jadi tak perlu risau terselak ka apa sesuai jugak bawa solat tarik grip tu tutup kaki.
7. Bila pakai biasa rasa macam pakai skirt labuh tapi bila kita aktif rasa macam pakai seluar.. 


Material : Moss Crepe
Size : Free Size


untuk keterangan lanjut sila lawati 

instagram : SHIQEEN SATTAR
facebook : SHIQEEN SATTAR








ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

HUTANG

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemauan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”

Malam nie Yana nak update  mengenai hutang . Ramai di kalangan kita yang memandang remeh akan soal hutang nie . Ingat ye , tak settle hutang kat dunia nie . di bawa sampai ke akhirat tau . Jadi , bila berhutang , jangan lupa bayar , secepat yang mungkin . Once dah mampu bayar , sila  dahulukan hutang . 

Banyak yang Yana nampak sekarang , bila nak berhutang janjinya sangat manis . Nak dibayar secepat mungkin . Tapi , bila dah dapat , nak dibayar bukan main liat lagi ya . Berjela-jela alasan yang diberi . Pengalaman Yana , adalah hamba Allah nie , masa  nak pinjam Yana terus bagi seketul dekat dia . Tapi , masa nak bayar , dia mintak installment . Itupun , punyalah payah nak minta . Yana nie dah la tipikal orang yang segan nak tuntut hutang . Kalau dah terlalu lama sangat , siapa yang mampu bersabar kan ? Jadi Yana pun tebalkanlah muka , minta dia bayar duit Yana , Yana terpaksa tipu dia untuk Yana dapatkan balik duit tu .

Nasihat  Yana , untuk mereka yang nak berhutang tu bukan tak boleh , boleh . Akan tetapi , sesenang mana kita dapat pinjaman tu , harap dengan senang jugalah kita kembalikan . Ajal maut dia tak tunggu tau , dibuatnya ajal menjemput sebelum sempat langsaikan hutang . Macam mana ?? Lain lah kalau Si Pemiutang tu willingly halalkan segalanya dunia akhirat . Lagi satu Yana nak pesan , kalau tak deseprate sangat tak perlulah kot kita berhutang , kita makan dan pakai sekadar yang mampu sahaja . Tak perlulah nak mengejar sangat peredaran masa sekiranya anda kurang berkemampuan . Kalau tak , macam mana nak wujud pepatah , "ukur baju di badan sendiri"

Sekian sahaja "tazkirah" Yana mengenai hutang . Sehingga berjumpa lagi di entri akan datang . Selamat Malam semua kesayangan . Sekiranya diizinkan , Yana akan cuba terjah blog anda ya . Nak lagi cepat untuk Yana terjah , tinggalkanlah jejak kat shoutbox ataupun ruangan komen ya ♥


Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger