ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Sebelom Yana mulakan bicara Yana mengenai lesen , Yana nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ubai sebab blog Yana terpilih untuk bertakhta
Yana yang nombor 4 tu ya . Hehe ^_^
Untuk pengetahuan anda semua , Ubai dah update bloglist tu
Warna purple tu , Yana la tu . Hiks . Nama cikpinky , tapi warna purple . Saja lah Yana nak "berhijrah" ^_^
Okay kembali pada topik Yana pada malam nie .
LESEN OH LESEN
Mungkin ramai yang tak tahu , bermula Januari kalau tak silap Yana , Yana ada daftar kat agensi memandu berdekatan dengan rumah Yana . Sebenarnya malu nak cerita , dah tua-tua baru nak ambil lesen memandu , orang yang dah sebaya dengan Yana dah memandu merata tempat pun . Berbalik kepada topik lesen nie . Okay Yana ada daftar , kena hadiri sesi taklimat apa semua tu . Ambil ujian komputer . Alhamdulilah , dengan sekali saja Yana berjaya lulus ujian komputer walaupun bukanlah dengan flying colors , but who cares , janji lulus . Once Yana dah lulus , maka dapatlah Yana lesen L . Haipp , lesen nie Yana tak dibenarkan memandu lagi . Cuma boleh belajar saja . Cara pembelajaran sebelum nie dan sekarang tersangat berbeza . Dulu tak ada lah se fussy sekarang . Tak percaya ? Biar gambar buku berbicara .
DULU
SEKARANG , besar dan tebal . ^_^
Apa lagi eh Yana nak cerita nie , entri nie sepatutnye publish semalam . Disebabkan kesengalan internet , Yana terpaksa postpone , bila dah postpone tahu sajalah lupa apa nak diceritakan hiks .
Oh ya , ujian memandu sekarang totally tak sama langsung dengan yang dulu . Sekarang nie ada RPK dan RSM . Apa itu RPK ? Rutin Pemeriksaan Kereta manakala RSM Rutin Sebelum Memandu .
Maaf gambar kurang jelas . Yana tak sure bila RPK nie kena buat . Sebab Yana belum ambil test lagi . Masih dalam sesi latihan . Hiks .
RSM ??
Nampak tu ? Haa kena bagitau satu persatu apa benda tu . Nie baru yang dekat dashboard tu belum dalam enjin , yang dalam enjin tu dipanggil RPK . Untuk bab nie , in shaa allah Yana boleh lah ingat tapiiiiiiii ......
dekat sini Yana failed !! Haha . Terutamanya dekat parking . Wuwuwuw ..
Yana rasa sampai sini sajalah kot Yana cerita ya . Esok malam kita sambung cerita lain pulak .. Oh ya , Yana test 29 march 2016 taw .. Wish me luck , Yana dah tak sanggup nak repeat . Doakan Yana dapat buat dengan baik , enjin tak mati dan paling penting doakan kejayaan Yana . Hiks .. Selamat Malam semua kesayangan .. ♥♥















