Hai semua ! Yana nak share review honest Yana mengenai satu meal replacement yang Yana sedang amalkan sekarang . Jom baca |REVIEW : KITSUI 39 Super Food Meal Replacement ❤️
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum KITSUI bukan satu nama asing lagi ia merupakan satu jenama supplement yang sudah ramai yang kenal dan ramai percaya dengan keberkesanan produk daripada KITSUI .
Pada baru-baru nie Yana nak cuba another produk daripada KITSUI which is 39 Super Food Meal Replacement . Oh ya , untuk pengetahuan anda semua Yana bukan seorang yang morning person tau . Kadang-kadang disebabkan Yana lewat bangun Yana tak sempat nak sarapan . Tapi , selepas Yana dah try KITSUI 39 Super Food Meal Replacement Yana dah tak skip sarapan kerana ia mudah dihidangkan dan sesuai sangat untuk orang macam Yana .
KITSUI 39 Super Food Meal Replacement adalah makanan tambahan yang diciptakan khas untuk memberikan sokongan optimum serta meningkatkan kesihatan dan tenaga secara serentak.
Makanan Tambahan yang dapat BANTU KURANGKAN MASALAH GULA TINGGI DALAM DARAH , mengurangkan masalah kolesterol, dan juga mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
Siapakah yang sesuai untuk amalkan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement?
-Dewasa dan Warga Emas
-Sesuai utk sekeluarga
-Masalah Gula Tinggi dalam Darah
-Masalah Tekanan Darah Tinggi
-Mahukan kesihatan Mata
-Mengekalkan tulang yang sihat
-Menginginkan tenaga
-Mencari kesihatan yang lebih baik
Apakah kebaikkan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement?
Okay dekat bawah nie Yana share antara beberapa kebaikkan pengambilan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement :
• Mengurangkan gula dalam darah • Membantu meningkatkan sistem imuniti • Mengurangkan tekanan darah tinggi • Membantu meningkatkan kesihatan sendi dan tulang Membantu mengekalkan kesihatan mata
Cara penyediaannya sangat mudah , campurkan 1 sachet (30gm) dengan 200-250ml air sejuk atau air suam. Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam jus, smoothie atau apa sahaja yang anda suka. Rasa dia sedap tau !
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement anda boleh dapatkannya di Watsons yang berdekatan dengan anda .
Okay Yana ada sediakan satu video ringkas cara Yana comsume dan sediakan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement.
Inilah adalah antara sijil-sijil yang diperolahi oleh KITSUI :
ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️
Hai semua ! Hari nie Yana nak share satu tempat makan halal di Ipoh . Cafe nie diusahakan oleh orang Melayu . Jom baca |Kopi Panglima Sarapan Sedap dan Halal di Ipoh ❤️
Okay , baru-baru nie Yana ke Ipoh . Trip kali nie bukan dirancang sangat pun Yana just nak be somewhere out of Penang untuk tenangkan fikiran . Sambil tu Yana plan nak food hunting dekat Ipoh .
Sepertimana yang kita semua sedia maklum agak susah ya nak cari makanan halal dekat area Concubine Lane . It happened to me too . While searching for Halal food dekat sana Yana tertarik untuk cuba Kopi Panglima .
Cafe nie nampak agak antik lagi buat Yana eager nak try makan dekat sini . Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba . Yana try nasi lemak , dimsum dan roti bakar manakala minuman Yana pilih teh tarik .
Minuman dekat sini dihidangkan dalam tin susu yer , at first Yana macam dilemma nak minum sebab Yana tak pernah minum minuman dalam tin susu before this sebab Yana takut tak hygiene. Tapi , no worries dekat sini kebersihan memang terjaga .
Harga makanan bagi Yana tak terlalu murah dan tak terlalu mahal . Pendek kata affordable lah . So , for those yang ada plan nak ke Ipoh boleh lah try makan dekat Kopi Panglima ia terletak dekat area Concubine Lane saja .
Okay , itu sahaja Yana nak share . Jumpa lagi nanti . Terima kasih kerana sudi baca coretan Yana nie ❤️
Rasa Rasa at Penang Tempat Menarik Sarapan di Penang
ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️
Hai semua ! Hari nie Yana nak share satu tempat makan menarik yang muslim friendly yang ada dekat Penang . Jom baca | Rasa Rasa at Penang Tempat Menarik Sarapan di Penang ❤️
Rasa Rasa at Penang merupakan salah satu tempat yang menarik yang ada dekat Penang . Terletak dekat area Lebuh Chulia betul-betul berhadapan dengan bangunan hotel Container dulu tu .
Yana discover tempat nie tanpa sengaja sebab while I was walking there Yana tengah cari tempat untuk brunch sekali Yana nampak this cafe macam nice plus ada beberapa orang muslim tengah having their brunch too so Yana macam confident untuk try makan dekat sini .
Surprisingly, makanan dekat sini macam most of it malay cuisine. Ada nasi lemak , mee goreng and sort of .
Memandangkan Yana berseorangan Yana just order 1 set meal for me Yana beli Mee Goreng Chicken Curry dan Thai Milk Tea .
Bagi Yana , portion dia quite besar and kenyang ya . Actually, untuk Mee Goreng Curry Ayam nie dia ada telur mata but Yana remark Yana tak nak telur .
Yana suka sambal belacan yang served together with timun tu . Sedap sangat ya sambal dia .
Yana recommended orang Penang or sesiapa yang planning nak jalan-jalan dekat Penang untuk try makan dekat sini . For your info cafe nie ada The Michelin Guide daripada Kuala Lumpur ya .
Lagi satu apa yang best Rasa Rasa at Penang nie dia punya ambiences. Yana suka sangat vibe vibe cafe yang macam nie . For those yang suka OOTD you guys kena try makan dekat sini yer .
Okay , itu sahaja Yana nak share . In shaa allah . Ada masa nanti Yana share lagi tempat best untuk makan dekat Penang . Terima kasih for those yang sudi baca coretan Yana nie ❤️
📍59, Gat Lebuh Chulia, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : Isnin , Khamis , Jumaat
8.00 am - 3.30 pm
Sabtu , Ahad & Public Holiday
8.30 am - 3.30 pm
Tutup : Selasa & Rabu
IG : @rasa_rasa_at_penang
ASSALAMUALAIKUM ❤️
Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua khasiat minyak zaitun . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca |Khasiat Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil ❤️
Sepertimana yang kita semua sedia maklum minyak zaitun nie mempunyai pelbagai khasiat seperti ; dapat membantu menurunkan berat badan , untuk kulit lebih sihat , melegakan sembelit , baik untuk kesihatan jantung dan banyak lagi .
Yana diperkenalkan dengan Al'Ard Premium Extra Virgin Olive Oil . Ramai yang cakap ini antara minyak zaitun yang berkualiti dan bertaraf dunia . Yana pun terpanggil untuk mencubanya .
Macam biasalah sebelum Yana nak try Yana akan buat research terlebih dahulu . Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil merupakan minyak zaitun awal musim "EARLY HARVEST" . Ia merupakan perahan pertama dan menggunakan teknik cold pressed.
Buah zaitun nya dari pilihan buah zaitun hijau yang terbaik yang dipetik dengan tangan dan juga diproses pada hari yang sama .
Mendapat pengiktirafan Organik EU & JAS (Japanese Agriculture Standard) , pengiktirafan ISO-22000 , Fairtrade dan Halal Palestine .
Bagaimana cara penggunaan Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil? Ia boleh diminum terus amalkan satu sudu makan pada setiap hari . Anda boleh amalkan satu sudu makan sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur , ketika perut kosong . Elakkan minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun ya .
Yana rasa ramai saja yang perasan berat badan Yana dah semakin bertambah . Yana memang tengah mencari solusi yang mudah dan sihat untuk Yana amalkan bagi proses untuk turunkan berat badan nie . Ramai yang rekemen Yana untuk try this few produk untuk kuruskan badan tapi Yana tak yakin sebab takut akan effect kesihatan dalaman Yana di kemudian hari .
Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil menjadi pilihan Yana selepas Yana baca semua feedback ,cara penghasilannya Yana jadi yakin untuk jadikannya sebagai salah satu amalan untuk Yana turunkan berat badan .
Selain itu , untuk pengetahuan anda semua minyak zaitun juga boleh dicicah dengan roti kalau nak lagi sedap boleh dicampurkan dengan cuka kurma atau cuka anggur .
Anda juga boleh campurkan 2 sudu besar minyak zaitun ke dalam semua jenis makanan panas dan sejuk seperti kari , sup , masak lemak dan lain-lain lagi . Hm , lepas nie bolehlah Yana suruh umi Yana tambahkan dua sudu besar minyak zaitun nie dalam masakan kami .
Eh , anda mesti ingat itu sahaja kan cara penggunaan minyak zaitun . Ada lagi tau , anda juga boleh sapukan minyak zaitun pada kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan . Antara fungsinya adalah untuk ;
- menghilangkan kesan parut
- kekeringan kulit
- masalah Eczema
- radang kulit
- masalah sendi dan lutut
- melebatkan dan menghitamkan rambut
Yana juga ada purchased Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap ianya sabun minyak zaitun 100% tau .
Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap mengandungi pelbagai khasiat antioxidant termasuklah vitamin A & E . Kebaikkan Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap ia dapat melembapkan kulit dan melambatkan proses penuaan .
Golongan dewasa dan kanak-kanak pun boleh guna . Anda juga boleh jadikannya sebagai shampoo . Ia bebas daripada ; Parabens , S.L.S & S.L.E.S , Preservatives , pengawet dan lain-lain bahan yang bahaya .
Teksturnya lembut dekat kulit tau , memandangkan ia tidak mengandungi bahan kimia maka sabun ini tidak menghasilkan buih ya .
Macam mana ? Menarik kan semua khasiat minyak zaitun nie ? Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian boleh tekan link dekat bawah nie :
Hai semua ! Hari nie Yana kongsikan dengan anda semua mengenai packaging terbaru Ecolite Collagen Birds Nest Drinks . Packaging kali nie lebih menarik dan convenient mudah dibawa ke mana-mana sahaja . For more info jemput baca │ Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa ♥
Sebelum Yana kongsikan dengan anda semua mengenai packaging baru Ecolite Collagen Birds Nest Drinks nie , Yana terlebih dahulu nak kongsikan dengan anda semua mengenai kebaikkan sarang burung .
Yana yakin pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa sarang burung ini baik untuk kecantikkan kulit . Apa yang Yana tahu kebanyakkan orang cina sahaja yang sering mengamalkan pengambilan sarang burung nie tapi , sekarang tidak lagi dah ramai orang berbangsa lain kini sudah mengamalkan pengambilan sarang burung since ramai dah tahu akan kebaikkan pengambilan sarang burung .
Apakah Kebaikkan Sarang Burung ?
Sarang burung nie baik untuk kulit muka kerana ia membantu menganjalkan , mencerahkan , membaiki kompleksi , mengurangkann iritasi dan ia juga dapat mengurangkan kedutan . See , banyak kan kebaikkan sarang burung nie ?
Selain itu , sarang burung juga bersifat antioksida yang membantu wajah anda kekal bebas daripada radikal bebas . Well , itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda mengenai kebaikkan sarang burung .
Beauty in a pouch merupakan tagline Ecolite kerana packaging baru nie style pouch yang memudahkan anda untuk letak dalam beg kalau nak bawa travel atau just untuk keluar jalan-jalan . Jangan risau sebab rasanya masih sama tak berubah sedikit pun .
Kenapa Perlu Pilih Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ?
Okay dekat sini Yana nyatakan kenapa anda perlu memilih Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ;
tiga jenis rasa yang berbeza untuk dipadankan dengan pilihan anda
kandungan pepejal lebih daripada 8%
mengandungi bahan semulajadi
didatangkan dengan paket yang mudah digunakan
harga yang berpatutan
pengganti yang baik untuk minuman
Siapa yang Perlukan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ?
- untuk mereka yang menjaga kesihatan kulit mereka
- bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk
- bagi mereka yang mencari kolagen sarang burung mampu milik
- untuk mereka yang mencari minuman untuk kesihatan dan kecantikkan
Sedikit info tambahan untuk anda semua , Ecolite Collagen Bird's Nest Drink dibuat oleh sarang burung dan kolagen dengan menggunakan teknologi canggih terkini tapi masih mengekalkan resepi tradisional . Ecolite Collagen Bird's Nest Drink didatangkan dengan paket yang mudah digunakan dan mudah dibawa dan diminum pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja .
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink sesuai untuk semua generasi . Tidak kira anda seorang pelajar , pekerja pejabat ataupun pesara Ecolite Collagen Bird's Nest Drink can always be your portable beauty secret !
Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks with Lychee & Rose Syrup
Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks Plus Longan
Sebelum Yana lupa Ecolite Collagen Bird's Nest Drink HALAL ya so anda boleh minum tanpa was-was . Manakala harga untuk satu pek hanya RM5 sahaja . Terdapat dalam loose pack dan cluster pack boleh didapati di mana-mana Guardian outlets yang berdekatan dengan anda .
Well , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua . For more info anda boleh rujuk laman sesawang dekat bawah nie :
Hai ! Sejak dua menjak nie lagu Saye Katku , Cinto Katku duduk terngiang-ngiang dekat kepala Yana .
Yana rasa dah beratus-ratus kali Yana duk ulang-ulang dengar dan nyanyi sampai dah boleh hafal lah cuma dekat part rap Siam tu Yana failed ! Haha !
Memandangkan dekat Google belum ada lirik lagu nie full secara tulisan hari nie Yana nak share lirik lagu Saye Katku , Cinto Katku dekat sini . Yana salin dekat video Tiktok tau , kalau ada salah eja atau apa-apa Yana mintak sorry .
Credit : Jaa Suzuran
Che nyesit rai mong
Hai sekut mon terai
Rak ku long ku
Ai te phem peha
Kinong mai dai tai ku mai paiha
Cesit ka tarak pieng tekuu
Omale kekeii kekeii
Ko ter yakpai ailong rakrai
Rak maiku kondiew kondi ngai
Mewaa cetam me arai koneng ceng tekuu
Saye katku , cinto katku .. oiiiiii .
Adik comey lote buat abe pinar mata
Tok cekak teley ubat buat hile pening palo
Comel tu tidok gura , narak pun tidok tala
Buat abe pening palo
Mairu cak au tam yanggaii
Adik ni ni suai mark mark
Hati jadi debar bilo adik mari cak
Dup dup dap dup pap pap tung tung
Jantung abe pun berdetak
Om laku long ku kinkau madai roha haku
Cetam arai cemong arai
Ce pen arai paina tonku
Chep chep chep tang kicang satu
Satu harap hak i love you
* Cik adik jange duduk senyum kotse
Abe sikit lagi nok gilo
Teringat ko senyuman adik
Hok mari nga lesung pipit
Omale kekeii kekeii
Pi au tam felai adik babaii
Rak maiku kondiew kondi ngai
Mewa cetam me arai ko neng ceng tekuu
* Saye katku , cinto katku .. oiiii
Adik nie comey buat be jatuh cinto
Maaflah ko abe sebab jatuh tak sengajo
Adik nie narak buat be jadi buto maaflah ko abe sebab tersalah suko
Ulang *
Okay tu saja . Jangan kecam naaa . Haha till we meet again ❤️
Hai semua ! Hari nie Yana ada berita best nak share dengan anda semua . Nak tahu apa berita gembira tu ? Jom baca |Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana ♥️
Yana yakin siapa-siapa yang ada follow Yana tak kisah lah dekat Facebook , Instagram ataupun di aplikasi Tiktok anda semua mesti perasan kan Yana dengan makanan berpisah tiada .
Terpaksa tahun nie Yana tolak beberapa jemputan review buffet Ramadan dek kerana berat badan Yana nie , berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya . Ramai yang kata "eh Yana mana ada gemuk pun , biasalah tu . Normal jer" . Nahh ! Jangan percaya . Haha .
Badan kita , kita sendiri tahu beza dia either dia semakin naik or turun . Yana mula perasan berat badan Yana naik bila Yana buat aktiviti yang Yana selalu buat sebelum tapi sekarang bila Yana buat rasa penat , mengah dan tak larat .
Lagi satu , badan Yana selalu rasa lemau asyik nak baring saja kalau boleh . Dulu Yana suka beraktiviti sekarang Yana malas . Malas yang teramat sangat . So , dari situ Yana sedar something is not right .
Agak mengejutkan ya bila Yana pergi timbang jarum berhenti tepat pada angka 64kg . Haaa , anda mesti tak percaya kan tapi ada mata yang boleh "scan" Yana dari jauh yang Yana dah gain lots of weight .
Yana sebenarnya tak berani tau nak ambil any suplements sebab banyak benda tak best Yana baca bila kita tersalah ambil suplements. Sampailah satu hari tu , Yana diperkenalkan dengan produk keluaran GKB .
Apa itu GKB ?
GKB (GK BIO International Sdn Bhd) yang telah ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sana antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan .
Objektif utama mereka adalah untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi .
Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul.
GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.
Terdapat beberapa produk keluaran GKB dengan fungsi yang berbeza telah menarik perhatian Yana . Produk-produk tersebut terdiri daripada ;
Lactobacillus Plantarum GKM3
GKB G-Pro Gold
Probio+
Lactobacillus Rhamnosus Plus
Probizymes
Okay , as Yana mentioned earlier. Yana ada masalah dengan berat badan Yana sekarang . Yana mengamalkan pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 . Yana ada rasa sedikit perubahan seluar yang dulu susah Yana nak zip sekarang smooth saja tau .
Selain daripada masalah berat badan kulit wajah Yana juga kelihatan kusam . Haa , sebab itulah kalau anda semua nak tahu Yana sangat obses dengan makeup . Kadang-kadang Yana malas nak makeup terus muka Yana nampak takdak seri , pucat macam orang sakit .
Tapi , selepas Yana cuba GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus nie Yana perasan kulit Yana agak glowing dan lembap .
Cara pengambilan dia sangat mudah , just bancuh dengan air rasa dia pun sedap . Paling best , ia didatangkan dalam bentuk sachet jadi mudahlah untuk dibawa ke mana-mana .
Satu lagi tabiat buruk Yana . Yana suka sangat makan makanan yang tak sihat dan kurang pegambilan sayur-sayuran dan buah-buahan .
Sejujurnya , Yana memang ada masalah nak membuang . Perut sakit tapi "dia" takmau keluar . Haha ! Jadi , Yana ada ternampak orang recommend untuk try GKB Probio+ katanya boleh membantu masalah sembelit .
Well , Yana dah cuba dan serius ia sangat membantu . Lawas jer Yana sekarang . GKB Probio+ mengandungi probiotik dan prebiotik this both dapat membantu proses pencernaan dan dapat mengurangkan masalah sembelit .
GKB Probizyme dan GKB G-Pro Gold
Kedua-dua produk nie sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik . Alhamdulillah, Yana takdak masalah nie .
GKB Probizyme mengandungi bakteria probiotik dan prebiotik untuk membantu proses pencernaan selain itu ia juga dapat membantu mengurangkan cirit-birit. GKB Probizyme didatangkan dalam bentuk sachet .
Berbeza dengan GKB Probizyme GKB G- Pro Gold didatangkan dalam bentuk kapsul . Ia mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik .
Fungsi dia lebih kurang sama sahaja dengan GKB Probizyme. G-Pro Gold berfungsi lebih baik dalam penyakit gastrousus yang teruk.
Ia sangat sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit gastrousus yang teruk seperti kolitis ulseratif, Sindrom Usus Merengsa (IBS), Penyakit radang usus (IBD). Pada masa yang sama ia juga membantu meningkatkan imuniti .
Sekiranya anda berminat untuk cuba produk keluaran GKB boleh dapatkan di Farmasi besar di Malaysia atau di Alpro Pharmacy , kalau nak lagi senang anda boleh ke laman web GKB .
Apa-apa pun Yana prefer anda semua dapatkan khidmat nasihat doktor anda sebelum mula consume any of this product ya .