Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat


Hai semua ! Sepertimana yang kita semua sedia maklum rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita . Walaupun kita berhijab kesihatan rambut harus dijaga supaya kita tampil segar dan berkeyakinan sepanjang hari . Jom baca │Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat ♥


Hari nie Yana nak memperkenalkan anda semua dengan Safi Shayla , Pakar Rambut untuk wanita yang berhijab . Kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat .

Objektif utama Safi Shayla ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wanita berhijab perlukan penjagaan khas dan mantap untuk kulit kepala dan rambut mereka . Teknologi baharu Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics kini tersedia untuk membantu . 

Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut .

Yana sendiri merupakan pengguna tegar syampu Safi Shayla dan Yana highly recommended untuk hijabis di luar sana untuk mencuba syampu keluaran Safi Shayla nie .


Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI) , kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab . Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik . Akibat faktor cuaca yang panas dan lembap . 

Hasilnya , pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur , rambut gugur & kulit kepala berbau dan gatal mudah berlaku kepada yang berhijab . Oleh itu , rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap .

Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab , rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi keharuman yang berpanjangan sehingga 72 jam . Walaupun kita berhijab sepanjang hari .

Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla


- berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur , serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin . 

This one, Yana memang tengah guna sekarang Yana akui memang ianya sangat berkesan untuk mengurangkan masalah kelemumur sebab sebelum nie Yana mengalami masalah kelemumur . 

Tapi , selepas beberapa kali cucian dengan menggunakan Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla , alhamdulillah masalah kelemumur dapat diatasi .

Syampu Licin Terurus 


- melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus . Rambut licin , lembut & senang disikat , tidak lagi frizzy dan serabut . 

Okay , Syampu Licin Terurus nie sangat sesuai for those yang ada masalah rambut kusut dan susah diurus . Yana pun ada masalah rambut nie . Harap lepas Yana cuba syampu nie nanti rambut kerinting Yana nie lebih senang diurus . 

Syampu Itch Kontrol


- menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa . 

Yana yakin kebanyakkan hijabis mesti sering mengalami masalah kulit kepala gatal kan ? Especially bila kita berpeluh dan terdedah di bawah sinar matahari yang terik . 

Bila ini terjadi mestilah kita rasa tak selesa dan kurang keyakinan nak berjumpa dengan orang . Sekarang dah tak perlu risau sebab Syampu Itch Control nie mampu mengatasi masalah kulit kepala gatal dan rambut berbau harum sepanjang hari walaupun ketika kita berhijab .

Syampu Kawalan Rambut Gugur 


- Safi Shayla menguatkan struktur rambut dari akar , kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh .

Yana tahu , ini merupakan masalah untuk mereka yang berambut panjang kan ? Setiap kali lepas sikat rambut ngeri jer tengok helaian rambut yag banyak gugur . 

Siapa yang tak risau kan ? Even kadang-kadang masa kita bersyampu pun rambut akan gugur . Nah , hijabis sekalian sekarang anda dah tak perlu risau kerana Syampu Kawalan Rambut Gugur telah diformulasikan untuk mengatasi masalah ini . Yana highly recommended syampu nie untuk mereka yang sering mengalami masalah keguguran rambut .

Syampu Segar Bermaya 


- rasa segar dengan sensasi dinginnya , syampu ini akan membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak pada kulit kepala agar rambut ringan , segar dan bermaya .

Bila kulit kepala berminyak , mesti rasa tak selesa dan rambut pun akan sticky dan berbau kepam . Eyew , dah cantik-cantik tapi rambut berbau kepam is a big NO ya. 

Worries no more hijabis kerana salah satu rangkaian syampu Safi Shayla which is Syampu Segar Bermaya membantu anda untuk mengatasi masalah ini dan memberi kesegaran kepada rambut anda sepanjang hari . 

REVIEW YANA : 

Sejujurnya , Yana memang pengguna Syampu Safi Shayla . Mostly rangkaian Syampu Safi Shayla yang sering Yana gunakan Syampu Anti Kelemumur . Memang Yana sangat berpuas hati . 

Before this Yana malu dengan keadaan kulit kepala Yana sehingga Yana memilih untuk potong rambut sendiri dan tidak pergi ke kedai .

Serius , Yana malu sangat dengan kulit kepala berkelemumur nie . Alhamdulilah , selepas Yana konsisten menggunakan Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla sekarang Yana dah yakin nak potong rambut dekat kedai . 

Yana sangat-sangat rekemen hijabis kat luar sana untuk mencuba rangkaian syampu daripada Safi Shayla nie . Hasil ya sangat-sangat menakjubkan .

Okay sekian sahaja perkongsian Yana pada kali ini . Yana sarankan kepada hijabis di luar sana untuk mencuba syampu Safi Shayla sekarang . Ia boleh didapati di mana-mana stor berdekatan dengan anda seperti Mydin , Econsave , Lotus , 99 Speedmart , Giant , TF Value , Watsons , Guardian dan sebagainya .

Anda juga boleh dapatkannya dari lama e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee

: https://shopee.com.my/shop/35308287/search/?page=0&shopCollection=

 Gerflux Membantu Proses Membuang Angin Dalam Badan dengan Lebih Mudah

Hai semua ! Siapa yang tak pernah alami masalah angin ? Mesti ramai yang pernah alami kan ? Yana tahu betapa tak selesanya bila ianya terjadi . Jadi , hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua bagaimana cara Yana membuang angin dalam badan . Jom baca │Gerflux Membantu Proses Membuang Angin Dalam Badan dengan Lebih Mudah ♥


Bercakap mengenai masalah angin dalam badan nie , tahu tak apakah tanda-tanda angin dalam badan ? Dekat bawah nie Yana kongsikan beberapa tanda angin dalam badan :

  • letih , lesu tidak  bermaya dan tidak bertenaga
  • perut kembung dan berangin
  • selalu rasa lenguh-lenguh dan sakit sendi
  • rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang
  • sakit kepala dan migrain

Selain mereka yang mempunyai masalah angin Gerflux juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah penghadaman dan masalah pencernaan . Berikut adalah tanda-tanda yang anda memerlukan bantuan Gerflux ; perut buncit , lenguh-lenguh sendi , kerap alami sakit perut sebu , kerap gastrik , selalu alami pedih ulu hati , makan lewat malam , pedih perut bila makan terlalu pedas , sakit-sakit badan dan sukar tidur .


Macam Yana sendiri selama nie Yana tak sedar pun yang Yana mengalami masalah angin dalam badan sampailah Yana google kenapa Yana sering sakit kepala dan berasa lemah malas nak buat apa pun kalau boleh tu nak baring saja . Rupanya masalah angin dalam badan . Mujur ada Gerflux senang saja Yana nak atasi semua masalah angin dalam badan lepas nie .

Bagaimana cara pengambilan Gerflux ? Okay terdapat dua cara iaitu ;

  1. diambil secara terus daripada sachet (kemam sehingga larut)
  2. bancuh serbuk Gerflux dengan 30ml air 
Gerflux perlu diambil  satu sachet sehari , sekali sebelum makan .

Masalah angin dalam badan nie terjadi sebab faktor pemakanan kita juga antara makanan yang menjadi penyumbang kepada terjadinya masalah anngin dalam badan  adalah ; kobis ,. terung , cendawan , brokoli , anggur , nangka , buah salak , kopi , susu , air berkarbonat , laksa , pasta , mee kuning , nugget dan kentang goreng .


Selain masalah angin dalam badan , Gerflux juga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah gastrik . Antara kelebihan Gerflux ialah ;
  • menghilangkan sakit kepala dan migrain 
  • tinggi anti-oksidan
  • mebantu merawat gastrik dan gerd
  • mengatasi masalah angin dalam badan
  • mengatasi mual dan meningkatkan nafsu makan
  • mengawal kolestrol dalam badan

Ramuan dalam Gerflux adalah 100% bahan semula jadi seperti ; bawang putih hitam ,
beri biru , halia , kunyit , Guarana , cekur , ekstrak oren dan ekstrak lemon . 


Black Garlic , mengandungi antioksidan yang tinggi dapat melegakan batuk , menguatkan tulang , mengawal tekanan darah dan juga dapat melegakan cirit-birit .


Blueberry , boleh membantu dalam memerangi kanser , penuaan , mengurangkan lemak perut ,meningkatkan memori , mengawal tekanan darah dan melawan jenis-jenis diabetis , penyakit hati dan demensia .


Halia , melegakan gastrousus , bersifat anti radang , membantu melegakan loya , dan juga dapat mengurangkan berat badan .


Kunyit , dapat melindungi hati anda , melegakan batuk . menguatkan tulang , mengawal tekana darah dan dapat melegakan cirit-birit .


Guarana , dapat meningkatkan tenaga , dapat merangsang sistem saraf pusat , kafein natural , mengawal tekanan darah dan dapat meningkatkan kecerdasan otak .


Cekur , berkesan merawat malaria dan resdung , booleh melegakan kembung perut , membantu menyelesaikan masalah penghadaman , dapat meningkatkan selera dan sangat bagus untuk merawat cirit-birit .


Okay itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai kebaikkan Gerflux dan keberkesanannya dalam membantu proses membuang angin dari dalam badan . 


Oh ya ! Sebelum Yana lupa , Yana nak bagitau yang Gerflux didatangkan dengan pek mudah dibawa ke mana-mana . So , kalau keluar pun boleh bawa pek Gerflux nie just in case anda memerlukannya nanti . 



Semasa kita sedang berpuasa mungkin ada dalam kalangan kita yang mengalami masalah angin , gastrik , pedih ulu hati dan sebagainya . In shaa allah amalkan pengambilan Gerflux semua masalah ini dapat diatasi sepanjang hari kita berpuasa .


Okay itu sahaja , untuk info lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah :

Facebook : Gerflux

Instagram : gerfluxx_official

untuk membuat pembelian boleh klik SINI

 Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining 

Hai semua ! Sekian lama Yana takdak update apa-apa episod buffet now i'm back !! Okay kali nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa menghadiri majlis pembukaan The Tamarra by Irama Dining . Jom baca │Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining ♥


Memandangkan sekarang kita berada di bulan Ramadhan banyak hotel dan restoran yang mengambil peluang bersempena dengan bulan yang mulia ini untuk menganjurkan Buffet Ramadhan . The Tamarra by Irama Dining turut tidak  terkecuali . 

Bersempena dengan majlis pembukaan mereka , buffet Ramadhan yang berkonsepkan Senandung Rasa by The Sea turut diperkenalkan . Kenapa diberikan nama Senandung Rasa by The Sea ? Well , berdasarkan pemerhatian Yana by the sea tu mungkin diambil  oleh sebab kedudukan The Tamarra sendiri yang terletak di tepi pantai . 

Apa yang menarik  bagi Yana mengenai The Tamarra by Irama Dining lokasinya agak  strategik kerana terletak  betul-betul  tepi pantai . Para pengunjung boleh memilih sama  ada nak  duduk dekat luar atau  dalam . Bagi Yana duduk dekat luar lebih seronok sebab boleh layan angin pantai sambil menjamu  selera . Tapi , kalau hujan pandai-pandai lah fikir macam mana nak hidup  hehe .

Seperti kebiasaan buffet , Senandung Rasa by The Sea di The Tamarra by Irama Dining menyajikan pelbagai hidangan yang lazat .  Based on my observation , makanannya mostly Malay Cuisine . So  far , apa yang Yana makan  malam tu hampir kesemuanya sedap dan menepati citarasa Yana yang agak cerewet nie .











Setiap hidangan lauk-pauk yang disajikan cukup rasa pedas ,masin , manis dan masamnya everything just nice to me . Hidangan yang paling Yana suka ialah Asam Pedas Ikan Pari memang sedap puas hati Yana makan malam tu .





Selain makanan yang dihidangkan secarra buffet , pengunjung juga boleh menikmati beberapa hidangan lain yang disediakan di Live Cooking Station antara makanan yang terdapat di  Live Cooking Station adalah seperti ; kambing bakar , satay , gulai kawah , laksa , bihun sup , cendol dan mungkin beberapa lagi hidangan lain  .










Once Yana dah selesai dengan main menu Yana usha-usha pula hidangan pencuci mulut mereka . Boleh tahan banyak ya daripada kuih-muih tradisional hinggalah kek-kek modern yang cantik dan sedap .

Masa Yana 1st step melangkah masuk ke dalam The Tamarra Yana agak terpesona dengan hiasan dalamannya nampak sangat-sangat mewah manakala di bahagian luar sangat magnificent sebab berhadapan dengan pantai . Yana tak ingatlah boleh nampak sunset ke tidak sebab Yana agak sibuk hari tu . 

Sebelum Yana lupa sambil kita menikmati hidangan yang lazat kita turut didendangkan dengan nyanyian daripada band yang dijemput best sangat ! Bukan sahaja lagu-lagu melayu yang dinyanyikan mereka turut mendendangkan lagu  daripada beberapa bahasa yang lain .


Sekiranya anda berminat nak mengadakan majlis sama ada majlis perkahwinan , pertunangan atau apa-apa sahajalah The Tamarra by Irama Dining turut menyediakn perkhidmatan nie ya . Terdapat beberapa pelamin yang cantik dekat situ meja untuk makan beradab turut disediakan ya . Dekorasi dia sangat cantik . Yana difahamkan setiap event maksimum sehingga 100 orang .

Okay back to our main topic which is Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining . Harga untuk orang dewasa ialah RM98/nett untuk warga emas pula RM78/nett manakala untuk kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun diberikan potongan diskaun  sebanyak 50% . Senandung Rasa by The Sea Ramadhan Buffet 2022 di The Tamarra by Irama Dining bermula pada 7 April sehingga Mei 2022 . 


Sekarang mereka  tengah buat promosi beli 10 percuma 1 (valid untuk pembelian harga penuh dewasa sahaja) . Okay itu  sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua  . For more info ataupun untuk  tempahan anda boleh rujuk maklumat dekat bawah nie :

Facebook : The Tamarra by Irama Dining
https://www.facebook.com/TheTamarra/

Instagram : the_tamarra
https://instagram.com/the_tamarra?utm_medium=copy_link

Call / Whatsapp : 011-12487582 

Alamat :The Tamarra by Irama Dining , 36A Jalan Sultan Ahmad Shah , 10500 George Town , Penang
(bersebelahan dengan bangunan KWSP)
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger