Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

 Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsikan lagi pengalaman Yana hiking . Pada kali nie Yana ke Bukit Genting yang terletak di Balik Pulau , Penang . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang ♥


Cerita dia macam nie , nak hiking di Bukit Genting nie nak kata plan macam tak sebab minggu tu Yana dan kawan Yana bercadang nak duduk rumah saja sebab minggu sebelum tu kami dah melilau dekat belah pulau dan minggu depan pun nak ke sana lagi . So , nak lah duduk rumah jadi budak baik walaupun sekejap . Hehe .

Masa Yana scroll feed dekat Facebook Yana ada nampak posting Kak Ema dia hiking dekat Bukit Genting . Tempat tu boleh tahan cantik dan ada satu tempat tu buat Yana rasa nak sangat hiking dekat sana . Yana pun share lah posting tu dekat kawan Yana dan dia pun macam berminat maka tak jadilah nak proceed plan kami untuk stay at home pada minggu tu . 

Gambar kredit Kak Naema Salam

Seperti biasa kami selalu set pukul 7.30 pagi akan jumpa dekat masjid Seberang Jaya memang dekat situlah titik pertemuan kami since Yana tak boleh drive . Janji jer pukul 7.30 tapi sampainya pukul 7.40 lebih . Haha ! Yana lah yang lambat .

Perjalanan kami dari masjid Seberang Jaya ke Bukit Genting mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja kalau ikut maps lah . Senang saja nak ke sana Yana search Bukit Genting dia akan ada beberapa pilihan cari yang ada imej pintu gerbang dan banner warna hijau banner Restoran Bukit Genting in shaa allah sampai . 

Tapi kan tahu-tahu sajalah keadaan jalan dekat Balik Pulau macam mana berliku-liku ya jalannya . Harap bersabar dan berhati-hati yer . Parking tepi jalan jer in shaa allah selamat sebab jalan dekat situ tak ada lah sibuk sangat .


Trek dekat Bukit Genting , Balik Pulau sangat clear jalan konkrit saja all the way . Ramai yang cakap takut nak mai sebab ada banyak anjing dekat sini . Yes , memang ada beberapa ekor anjing dekat  sini tapi anjing-anjing tak kacau orang pun ada yang tidur ada yang buat hal sendiri just ada seekor nie daring betul  follow kami tapi dari jarak jauh la . 

Haha ! Selamat dia cantik , actually masa tu Yana dah cuak selamat ada kawan Yana dan kawan seorang lagi yang cakap rileks saja jangan lari . Anjing tu follow dari jarak jauh dan hanya suku jalan saja dia teman hehe . Trek yang Yana lalu nie akan nampak reban ayam masa mula-mula masuk tu masa tu Yana tak perasan lagi ada orang bela anak ayam dekat situ Yana hairanlah kenapa ada bau dedak kuat sangat .


Sepanjang perjalanan akan lalu dekat dusun buah-buahan . Jalan memang santai-santai saja tak perlu struggle pun just jalan dia menaik . Ada sticker penunjuk arah di sepanjang jalan , jadi memang takkan silap jalan lah . Yana rasa macam ada beberapa trail lain lah dekat Bukit Genting sebab masa kami naik tu memang tak jumpa seorang pun manusia yang hiking dekat situ . 
Agak aneh ya , sebab selalu kalau hiking memang akan jumpa at least dua atau tiga orang . Tambahan pula , tempat tu dah mula viral . Masa dekat atas baru jumpa hikers lain dan beberapa orang yang cycling .

Masa yang diambil untuk sampai ke atas takda lah lama sangat sebelum pukul 10.00 pagi  kami dah sampai . Sambil-sambil tu kami snap gambar sebagai kenangan . Macam Yana cakap tadi  , Yana nak hiking dekat sini sebab ada satu port tu memang cantik untuk bergambar . Tapiiiiii , malangnya kami tak dibenarkan masuk ke tempat tu . Menurut pekerja dekat Restoran Bukit Genting tu tempat tu khusus untuk pelanggan restoran mereka sahaja .


Walaupun agak kecewa tapi kami terpaksa akur dah memang itu rules dekat situ memandangkan itu merupakan private property . Kira alhamdulillah lah kami dibenarkan untuk naik sampai dekat restoran tu sebab view sekitar kawasan restoran tu pun boleh tahan cantik . Boleh tengok gambar Yana dekat bawah nie .




Kami pun mula berjalan untuk turun ke bawah , agak awal ya kami habiskan sesi hiking pada kali nie . 10.30 pagi kami dah sampai dekat tempat kami parking kereta . Oh ya , masa dalam perjalanan nak turun tu memang all the way view lawa ya kalau pandai boleh cari tempat cantik untuk bergambar hehe . 



Memandangkan plan kami pada hari tu hanyalah nak hiking semata-mata jadi kami pun bergerak pulanglah . Perut Yana lapar pula masa tu so , Yana ajak kawan Yana untuk brunch dekat Restoran Peladang yang hanya terletak beberapa kilometer sahaja dar Bukit Genting .

Sebelum nie Yana dah pernah makan dekat Restoran Peladang dengan rakan-rakan blogger dari Kuala Lumpur sebab tu lah Yana tahu akan kewujudan Restoran Peladang nie . Ben Ashaari pun ada tau masa tu ada ke yang tak kenal dengan Abam Sado tu ?  Heheh . Beliau lah yang offer Yana untuk follow trip mereka dekat Pulau Pinang masa tu . Makanan dekat Restoran Peladang sedap kena dengan tekak kampung dan melayu Yana nie harga pun berpatutan .



Selepas selesai makan , kami masing-masing pulang ke seberang . Yana dan kawan Yana singgah di Masjid Seberang Jaya untuk bersihkan diri walaupun track tak teruk tapi cukuplah untuk buat Yana basah lencun dengan peluh . Dah siap semua kami cuba pula ais krim gula apong yang terletak berdekatan dengan Masjid Sembilang . Sedap juga ais krim tu dan harga agak murah jugak .


Okay , itu sahaja yang Yana nak kongsikan pada kali nie . Ke mana pula Yana lepas nie ? Stay tune ! In shaa allah Yana mesti share dekat sini dengan anda semua ♥

 Hiking Bukit Bendera Via Heritage Trail

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Okay hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana hiking dekat Bukit Bendera bulan lepas melalui Heritage Trail . Ini merupakan kali kedua Yana hiking di Bukit Bendera via Heritage Trail . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Hiking Bukit Bendera Via Heritage Trail ♥

Well , macam biasalah sejak Yana dan kawan Yana dah fully vaccinated dan memandangkan SOP pun dah sedikir longgar which is bagi mereka yang fully vaccinated dah boleh merentas daerah dan dah boleh dine in . Maka , kami berdua pun sambung kembali aktiviti kami yang dulu-dulu tergendala disebabkan Covid 19 . Bermula dengan hiking di Gertak Sanggul pada 16 September yang lepas kali nie kami berdua ke Bukit Bendera juga dikenali sebagai Penang Hill .

Rancangan asalnya kami nak ke Astro Rock sahaja . Tak pernah terlintas dalam plan kami nak ke Bukit Bendera apatah lagi dengan melalui Tangga Warisan (Heritage Trail) . Bagi mereka yang pernah hiking Bukit Bendera melalui Heritage Trail sudah pasti sedia maklum bagaimana treknya kan ? Memang sangat struggle nak hiking dengan naik tangga yang macam tak ada penghujungnya . Haha !

Nak hiking Bukit Bendera melalui Tangga Warisan nie asalnya kawan Yana yang sarankan sebab dia nak cepat sampai . Tapi , Yana dah sedia maklum betapa azabnya nak naik tangga nie maka Yana takmau so Yana minta dia ikut laluan Bat Cave tapi agak jauh sedikit . Selepas Yana membuat beberapa pertimbangan akhirnya Yana bersetuju untuk hiking Bukit Bendera melalui Heritage Trail . Sekiranya Yana ikut laluan nie  dekat middle station ada tandas in case Yana memerlukannya . Yes , memang Yana perlu ! Hahaha ! Lagi satu , laluan kebun dan hutan tidak ada satu tandas pun sepanjang perjalanan ke atas . So , yeahh kami ikut Heritage Trail .

Setiap kali sebelum hiking kami memang akan well prepared . Kami akan sediakan bekalan minuman dan makanan dengan secukupnya agar kami tidak kelaparan dan dahaga sepanjang perjalanan ke Bukit Bendera . Macam Yana , Yana selalu bawa satu minuman isotonik dan satu air mineral . Makanan Yana jarang makan during hiking kalau setakat coklat tu Yana makanlah .

Kami memulakan pendakian pada jam 9 pagi kalau tak silap Yana . Langkah Yana memang sangat perlahan kerana mental dan fiziikal belum betul-betul bersedia nak hiking Bukit Bendera sebab dah lama sangat Yana stop hiking dan tiba-tiba Yana hiking Bukit Bendera agak sukar bagi Yana mana dengan berat badan dan saiz badan pun kian bertambah . Setiap kali Yana rasa mengah dan jantung Yana berdegup kencang Yana akan berhenti sebentar untuk ambil nafas . 

Okay , untuk pengetahuan anda semua Heritage Trail nie laluan dia all the way tangga sahaja . Ada anak tangga yang lebar ada yang rapat means dia tak fix saiz la . Beberapa tahun yang lepas Yana pernah join Komtar Tower Run . Masa tu Yana register sebab t-shirt dia warna merah jambu Yana pun semangatlah daftar without knowing yang Yana kena rabat berapa ribu anak tangga untuk sampai ke tingkat 58 which is finisher line dia . Masa tu penat Tuhan saja tau rasa nak muntah tau tengok tangga .

Back to our topic , kami berdua mengambil masa yang agak lama satu sebab langkah kami memang perlahan satu lagi sebab kami baanyak berhenti dan ambil gambar banyak jugalah group yang melepasi kami pada masa tu . Masa dalam perjalanan tu Yana ada terdengar this guy dengan kawan dia kepenatan dan mereka tak well prepared tiada bekalan minuman dan makanan memang gamble betul ya hiking tak bawa semua tu Bukit Bendera pula tu . Yana kasihan , ada terasa nak bagi tapi both minuman Yana dah diminum takkan nak bagi bekas dah minum kan ?


Masa sampai dekat Middle station sekali lagi kami terselisih dengan geng nie with akak-akak and ada seorang budak perempuan . So , kami pun sapa lah each other sebab geng-geng hiking nie even tak kenal kami buat macam kenal lama dah and end up jadi kawan . Masa tu geng-geng laki tu dah give up taknak teruskan sebab bekalan minuman tak ada . Mujur kawan Yana ada extra air mineral so dia pun offer dekat geng tu dari situlah kami mula berkenalan dan akhirnya jadi geng memang kami mula hike sama-sama masa nak teruskan pendakian dari middle station . Kami psiko budak-budak nie dengan ayat "sikit saja lagi nak sampai and track tak teruk macam tadi dah" mereka pun bersetuju untuk teruskan perjalanan sampai ke atas .

Selepas melepasi Heritage Trail yang berakhir di middle station perjalanan kami lepas nie melalui kebun-kebun orang laluan tar . Panas terik ya dekat sini tak banyak pokok yang meneduhi laluan tu dah la jalan menaik all the way penat tu satu hal penat sebab panas satu hal . Langkah kami masih lagi perlahan . Sesekali kami berhenti untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan tu .

Selesai laluan kebun seterusnya kami melalui jalan hutan pula pun bertangga adeh . Memang Heritage Trail nie dengan tangga berpisah tiada ya ? Masa dalam perjalanan nak sampai ke upper station ada lah beberapa tempat yang agak cantik untuk bergambar tapi Yana dah penat Yana just fikir nak sampai cepat . Kadang-kadang Yana lajukan langkah Yana . Masa tu kami dah berpecah yang geng laki dah hilang entah ke mana kawan Yana dengan akak yang Yana mention awal tadi Kak Ema nama dia , dia macam otai jugalah kalau dengan hiking nie banyak juga ilmu yang dia tahu . Yana dengan anak akak tu terus naik ke atas sesekali kami berhenti sebab penat .



Ada dekat satu point tu kami "reunion" balik dengan semua orang masa tu sempatlah kami selfie sebagai kenangan at that point dah tak berapa jauh dah nak sampai atas . 


Kami sampai atas kalau tak silap pada pukul 12.40 . Yana dan kawan Yana bajet kami akan sampai masa Zohor . Masa sampai dekat atas sesi fotografi pun bermula . Din lah yang paling banyak bergambar memang memori camera Yana muka dia saja heheh ! Din lah yang Yana dengar duk mengadu masa kat bawah tu tak ada air masa tu dah kasihan tapi apakan daya Yana pun tak dapat nak bantu sebab tu Yana suruh saja kawan Yana yang bagi minuman dia dekat geng Din kawan Yana tu boleh share air dengan Yana kalau dia nak .

Bila dah puas bergambar kami ke Kopi Hutan as plan . Plan Kopi Hutan tu asalnya Yana dan kawan Yana sahaja memandangkan kami dah terlanjur sekali so sama-samalah kami ke Kopi Hutan . Bak kata pepatah the more the merrier . Kami ke Kopi Hutan dengan menaiki 4WD ( 4-wheel drive car) yang memang disediakan untuk pengunjung pergi dan balik Kopi Hutan tiada sebarang caj dikenakan .

Kami nak dine in sebenarnya masa dekat Kopi Hutan memandangkan semua dah fully vaccinated . Tetapi , ehh tetiba seorang daripada kami tak cukup 14 hari lagi dan dia tak dibenarkan masuk . Hm , tak best pula kan ? So , kami decide untuk take away saja dan minum dekat luar Kopi Hutan maka berkelah kami semua dekat situ .

Selepas kami semua dah puas rehat kami pun bergerak semula ke astaka untuk beli tiket train nak turun dan solat Zohor sekali dekat surau yang disediakan . Train dijadualkan akan tiba pada pukul 3 petang . Best sangat Bukit Bendera masa tu sebab tak crowded  rasa macam Bukit Bendera tu kami yang punya hahah ! Masa dah sampai bawah masing-masing membawa haluan sendiri . In shaa allah ada rezeki kita jumpa lagi ♥

REVIEW : Staycation di ParkRoyal Penang Resort 

ASSALAMUALAIKUM ❤️

Haiii semua ! Hari nie Yana nak ceritakan sikit pengalaman Yana mengginap di PARKROYAL Penang Resort . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca | REVIEW :Staycation di ParkRoyal Penang Resort .


Staycation di PARKROYAL Penang Resort nie agak lama kami rancang dan ia merupakan staycation pertama kami selepas PKP 3.0 . Yela , nak rentas daerah tak boleh , dine in pun tak boleh banyak juga benda yang Yana selalu buat tak boleh nak buat sepanjang tempoh PKP 3.0 . 

Jom Yana sambung cerita . Kami berempat memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi memandangkan titik pertemuan kami di McDonald's Autocity Yana dari rumah bergerak dengan Kak Nad dan dua rakan Yana yang lain masing-masing terus ke McDonald's Autocity .


Bila semua dah sampai kami terus ke Jawi Bean untuk sarapan pagi . Boleh tahan jauh juga perjalanan kami dari McDonald's Autocity nak ke Jawi Bean . Di Jawi Bean mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk sarapan antaranya nasi lemak , tempek (peknga) roti bakar yang jugak berbagai-bagai jenis . Memandangkan roti bakar mostly mereka serve dengan telur separuh masak jadi Yana ambil Nasi Lemak dan Hot Caramel Machiato . Masakan dia boleh tahan sedap lah harga pun macam agak berpatutan . 




Selepas selesai sarapan kami terus bergerak ke Georgetown dengan mengikut jambatan pertama . Masa diambil kurang dari sejam rasanya . Plan selepas makan kami akan ke Tropical Spice Garden yang terletak di Teluk Bahang , Batu Ferringghi ,  Pulau Pinang . Fee untuk masuk RM20 sahaja . Yana takmau cerita secara detail mengenai Tropical Spice Garden sebab Yana akan ceritakan tentang Tropical Spice Garden di entri lain .

Kami mengambil masa sejam lebih dalam Tropical Spice Garden . Kami bukan nak belajar sangat mengenai spice tapi more to nak explore tempat tu dan semestinya untuk mengambil gambar . Selepas dah selesai kami bercadang nak turun ke pantai yang terletak bertentangan dengan Tropical Spice Garden . 

Memandangkan dekat situ ada kedai makan dan kami berempat agak lapar so kami decide nak lunch dekat situ saja sebelum nak check in PARKROYAL Penang Resort . Laksa , bihun sup , ais kacang dan coconut shake menjadi pilihan kami . Harga semua hidangan tu RM35 setiap hidangan yang kami pilih harga setiap satu RM5 sahaja . Gambar lupa pula nak snap sebab masing-masing dah lapar . Tapi , Yana ada snap gambar pantai dekat situ . Memang cantik dan air pun jernih . 


Selepas selesai makan , kami meneruskan perjalanan kami ke PARKROYAL Penang Resort. Semasa nak check-in hanya seorang yang dibenarkan ke receptionist manakala rakan-rakan Yana diminta tunggu di lobi kad pengenalan masing-masing diperlukan semasa nak check in . Yana ditanya adakah tujuan kedatangan Yana untuk kerja ataupun leisure . Yana jawab leisure kemudian kami semua diminta untuk menunjukkan aplikasi Mysejahtera kami semua untuk memastikan kami semua telah lengkap divaksin . Agak lama ya proses untuk check in .

Selepas semuanya selesai kami diberi kunci bilik masing-masing . Memandangkan Yana book dua bilik terus jadi kami diberikan connecting room . View bilik bukan view laut tapi takpalah dekat saja pun pantainya . Kami kemudian berehat sebentar , bersihkan diri dan solat . Pada petangnya kami plan nak piknik tepi pantai . Alhamdulillah , cuaca sangat menyebelahi kami . Walaupun awan mendung tapi tak hujan sempat jugaklah kami layan sunset di tepi pantai .


Aktiviti pada sebelah malam tak banyak just kami keluar untuk cari makan malam . Kedai-kedai dekat sini walking distance saja . Kami memilih kedai D'Syakiera . Pada awalnya kedai nie nampak macam kurang meyakinkan . Bila semua kata okay dan nak cuba makan dekat sini so kami pun dinner lah dekat sini  , banyak pilihan set untuk group kami memilih set yang berharga RM60 untuk 4 orang makan . Menu yang ada siakap tiga rasa , tomyam campur , daging masak merah , telur dadar dan air satu jug either air sirap atau air teh o ais limau .

Memang agak puas hati makan dekat sini . Masakan dia memang terasa or Yana yang lapar eh masa tu ? Haha . Tak . Tak . Memang sedap , Yana rekemen pada sesiapa yang mengginap di kawasan Batu Feringghi untuk try makan dekat sini . Sebab harga pun berpatutan lauk dia memang banyak .






Selepas selesai makan kami pun bergerak pulang ke hotel . Sunyi jer jalan sepanjang Batu Ferringghi jauh berbeza dengan sebelum Malaysia dilanda wabak virus Covid 19 . Kasihan jugaklah tengok nasib peniaga dekat sana . Sesampainya kami di hotel kami just berehat di bilik masing-masing esoknya plan nak bangun awal untuk catch sunrise .

Kami bangun masa subuh , selepas da selesai solat subuh kami bersiap untuk turun ke pantai . Dapatlah juga kami tangkap view sunrise walaupun sipi-sipi saja . 


Bila semua dah selesai dalam pukul 7.50 kami naik ke bilik untuk tukar pakaian swimming suit sebab kami nak mandi pool !! Pool dekat sini memang ada limit berapa orang sahaja yang dibenarkan pada satu masa . Pool mula buka seawal jam 8 pagi . Sebab kami nak elak orang ramai jadi tepat pukul 8 kami dah terpacak dekat depan pool . Masa diberikan selama setengah jam sahaja . Tapi , nasib kami baik dapat berendam lebih dari setengah jam .

Satu hal Yana nak ingatkan dekat sini anda diwajibkan pakai face mask tau . Kecuali masa nak dining and mandi pool . Sebab polis memang ada buat rondaan dekat sini . So , please ya ikut SOP .

Selepas dah puas berendam kami pun naik ke bilik untuk siap-siap nak check out . Tak puas rasanya 2 hari 1 malam dekat sini . View memang lawa , environment pun best staf-staf dia sangat membantu dan ramah . 











Overall , Yana memang sangat berpuas hati dengan PARKROYAL Penang Resort . Bilik besar , bersih dan dekorasi pun simple saja tapi nampak modern . Tandas pun bersih sangat takda bau yang tak best . Kemudahan dalam bilik juga lengkap boleh . Payung pun disediakan untuk tetamu cuma kalau ada penunjuk arah kiblat lagi bagus . Okay, itu saja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai staycation pertama Yana selepas PKP 3.0 .

Yana highly recommend PARKROYAL Penang Resort pada sesiapa yang nak datang ke Penang nanti khususnya orang Penang hangpa kena try tidoq dekat sini tau . Memang sangat puas hati . Dekat luar tu memang banyak gila port untuk mereka yang suka OOTD macam Yana nie . 


Terima kasih Yana ucapkan kepada semua staf dia PARKROYAL Resort Penang yang banyak membantu sepanjang pengginapan kami dekat sana . Terima kasih juga Yana ucapkan kepada mereka yang sudi baca perkongsian Yana nie ❤️

p/s : ini bukan paid review ya , ini adalah personal review daripada Yana 


 Kitsui Coffee XSlim Shapez untuk Kurus

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Haiii semua ! Hari nie Yana nak memperkenalkan satu lagi produk baru keluaran KITSUI iaitu KITSUI Coffee XSlim Shapez yang berfungsi untuk menurunkan dan mengecilkan badan . Nak tahu dengan lebih lanjut , jemput baca │Kitsui Coffee XSlim Shapez untuk Kurus ♥


Sekiranya anda salah seorang daripada mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal , serta sihat dan bertenaga KITSUI Coffee XSlim Shapez adalah pilihan yang tepat untuk anda . KITSUI Coffee XSlim Shapez sangat sesuai dijadikan sebagai rutin pagi suplemen pelangsingan badan yang hanya menggunakan 100% bahan semulajadi . Amalkan satu sachet sebelum memulakan aktiviti seharian .

Siapakah yang Sesuai Mengamalkan Pengambilan KITSUI Coffee XSlim Shapez ?

Okay , bagi mereka yang tertanya-tanya siapakah yang sesuai untuk mengambil KITSUI Coffee XSlim Shapez dekat bawah nie Yana ada senaraikan mereka yang sesuai mengambil KITSUI Coffee XSlim Shapez ;

  • individu yang mempunyai lemak yang berlebihan di bahagian leher , lengan , perut dan peha .
  • individu yang berat badannya bertambah pada setiap bulan .
  • individu yang mempuyai selera makan yang kuat .
  • individu yang mengalami masalah badan cepat letih dan lesu .
  • individu yang tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat .
  • individu yang kuat berdengkur .
  • individu yang kurang bersenam .

Apakah Kebaikkan KITSUI Coffee XSlim Shapez ?



KITSUI Coffee XSlim Shapez merupakan hasil formulasi terbaru dari Korea . Ia mengandungi Korean Ginseng , Green Coffee Bean , L-Carnitine dan Hoodia .

  1. Korean Ginseng - digunakan untuk menguatkan sistem imun dan melawan keletihan badan , terutamanya untuk mereka yang mengalami sindrom kekurangan tenaga . Selain itu , ia juga dapat meningkatkan fokus minda anda .
  2. Green Coffee Bean - ekstrak serat dari biji kopi hijau adalah sangat tinggi dengan antioksidan , ia dapat membantu meningkatkan tenaga seluruh badan dan menyokong kesihatan otak . Ekstrak biji kopi hijau juga dapat membantu menjaga berat badan yang sihat bersamaan dengan diet dann senaman yang betul .
  3. L-Carnitine - dapat mengurangkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan dengan tahap L-Carnitine yang tinggi , badan anda akan lebih cepat membakar lemak . Ia juga membantu mengurangkan lemak perut , jenis yang mengelilingi organ penting .
  4. Hoodia - adalah ekstrak tumbuhan semulajadi yang dapat membantu  mengurangkan selera makan , dengan pengambilan makanan yang kurang bermakna pengambilan kalori adalah rendah seterusnya dapat membantu menurunkan berat badan anda .

KITSUI Coffee XSlim Shapez ini diperbuat dari bahan-bahan yang HALAL dan semulajadi ia juga boleh membantu untuk mengekalkan double chin , lengan dan peha . Mengandungi ramuan yang hebat iaitu KOREAN GINSENG . Setiap sachet hanya mengandungi 29 kalori sahaja .

Info Mengenai KITSUI Coffee XSlim Shapez .




Beberapa info tambahan yang agak penting yang Yana nak tekankan mengenai KITSUI  Coffee XSlim Shapez ialah mengenai SIBUTRAMINE . Yana nak tanya , adakah anda tahu apa itu Sibutramine ? Bagi mereka yang belum tahu , Sibutramine adalah bahan larangan dari pihak kementerian kesihatan yang terdapat dalam ubat kurus .

Berdasarkan data daripada kajian Sibutramine on Cardiovascular Outcome Study , penggunaan Sibutramine didapati akan mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obses yang mengambil ubat berkenaan .

Kementerian Kesihatan (KKM) telah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat Sibutramine . Info lanjut mengenai Sibutramine anda boleh rujuk dekat SINI 


Jangan risau ya kerana dalam KITSUI Coffee XSlim Shapez dan mana-mana produk keluaran KITSUI TIDAK MENGANDUNGI Sibutramine . KITSUI diperbuat daripada 100% bahan HALAL semulajadi dan TIADA BAHAN LARANGAN .

Bagaimana Cara Penyediaan KITSUI Coffee XSlim Shapez ?


Campur satu paket  ke dalam 150ml air suam / air sejuk . Goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan . Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik . Anda digalakkan ambil satu paket sehari selepas sarapan .

Sebelum Yana akhiri entri Yana mengenai KITSUI Coffee XSlim Shapez nie  Yana nak kongsikan beberapa testimoni mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan pengambilan KITSUI Coffee XSlim Shapez nie .






Okay , sekian sahaja perkongsian daripada Yana pada kali ini . Sekiranya anda memerlukan info yang lebih lanjut anda boleh layari :

Website : https://kitsui.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/
Facebook : https://www.facebook.com/KITSUIHQ





Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger