Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Tutorial Edit Gambar Ala-Ala Background Instagram

ASSALAMMUALAIKUM  WBT ♥

Haii semua.. Okay memandangkan hari nie Yana sedikit rajin, Yana nak share cara edit gambar ala-ala background instagram.. Tutorial nak buat gambar macam nie Yana belajar dekat Twitter Yana tak ingat pula tuan empunya idea.. Nak tahu lebih lanjut jom baca| Tutorial Edit Gambar Ala-Ala Background Instagram ♥


Nak buat gambar macam nie Yana menggunakan sepenuhnya aplikasi Picsart.. So,  sesiapa yang tak ada aplikasi nie sila download dahulu yer.. First thing first, Yana akan screenshot profile instagram Yana.. Yana menggunakan dark mode sebab Yana nak jadikan font tu warna putih.. Better dark mode baru cantik kejadiannya.. Selepas dah screenshot tu, masuk Picsart dan pilih gambar yang anda nak untuk dijadikan sebagai background.. Yana prefer gambar yang gelap sebab font tu nanti warna putih jadi nampak jelas sikit kalau gambar berwarna cerah nanti font tu tenggelam.. 


Dekat aplikasi Picsart pilih "add photo" dan pilih gambar screenshot profile instagram anda tadi.. Crop sampai bahagian mana yang anda nak ia kelihatan.. Macam Yana, Yana crop bagi nampak nama Yana sampai ke highlight Yana.. Higlight tu pilihan kalau taknak pun takpa sebab kalau anda nak kerja lebih sikit lah.. Heheh


Selepas anda dah selesai crop bahagian mana anda nak , kemudian pilih "blend" dan "lighten" maka ia akan terlihat seperti gambar Yana yang dekat atas tu.. Langkah seterusnya, adjust saiz dan kedudukan gambar screenshot profile instagram anda mengikut citarasa masing-masing.. Oh ya , sebelum Yana lupa actually anda boleh pada yang mana anda taknak kelihatan tu dekat bahagian atas sekali ada ikon "eraser" sila pilih untuk padam yang mana anda taknak kelihatan ..


Jadi, ia akan kelihatan macam nie.. Nampak tak gambar higlight story dan profile picture Yana kabur dekat situ? Okay, jangan risau ada cara nak bagi dia nampak lebih jelas.. 


Pilih "add photo" sekali lagi. Kali nie anda akan crop gambar nie dengan bentuk bulat.. Jadi, sila pilih "shape" dan ambil bentuk bulat.. Arahkan bentuk bulat tersebut ke arah gambar profile dan adjust bagi sama bentuk macam gambar profile anda.. Bila dah sama, sila save.. 


So,  dia akan jadi macam nie lah yer teman-teman.. Alihkan ke gambar profile yang kabur tu adjust bagi kedudukan dan saiz sama macam mana saiz dan kedudukan yang kabur tu .. Nak lebih menarik jom tambah efek konon-konon ada story.. 


Next step,  tambah "sticker" kemudian dekat atas anda boleh search sila taip "instagram story" dan pilih sticker story tu.. Langkah sama macam tadi kali ini anda perlu adjust saiz sticker story nie mengikut saiz gambar profile tadi.. Kedudukan bagi nampak terletak just nice dengan gambar profile tadi yer.. 


Tadaaa!! Kalau nak diikutkan macam nie dah kira siap la.. Tapi Yana nak bagi gambar highlight story tu nampak lebih clear maka ada langkah seterusnya.. Oh ya! Gambar highlight story tu Yana ambil dekat Pinterest jadi Yana ada simpan lah.. Bagi kes anda mungkin anda boleh save cover highlight story anda daripada instagram ya.. Langkah yang sama sila "add photo" cover highlight instagram anda crop ikut shape bulat .. Kemudian resize dan adjust kedudukan based on gambar cover story instagram anda yang kabur masa letak gambar yang telah di screenshot awal-awal tadi.. Ulang langkah yang sama sampai semuanya dah cun.. 


Okay bila semua dah selesai maka ia akan kelihatan macam nie.. Gambar-gambar cover story instagram tadi Yana adjust opacity 79 so dia nampak macam kabur-kabur sikit.. Bila dah siap semua dah boleh save dan upload dekat social media anda.. Yana dah ajarkan jangan pula ada yang suruh Yana buatkan .. Hahaha ! Nak siapkan entri nie pun Yana dah berpinau mata buat semula dan edit semua screenshot Yana ..Yer,  sama-sama in advance =) Selamat mencuba gaisss ♥

WOW, MENANG RM3,000 DUIT RAYA BERSAMA SOFEAROSE!

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500
untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6
bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan!



Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam
kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum
wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-
peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda.
Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?



Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman
kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang
untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000!

Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui :

1) Website www.sofearose.com ;
2) Facebook @sofearose ;
3) Instagram @sofearose_hq ;
4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar



Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua
penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow! Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut. Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya
SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. 



Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi Sofearose hanya satu, Kemewahan Milik Semua. Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan. Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN paling penting, dapat produk yang best sangat-sangat!



Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : YANA10 ini semasa membuat pembelian di website
untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di
blog www.lyanaishak.my .Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger