Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Jom Cantik dengan Minuman Kolagen Malaysia , Jeanc Malaysia 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Lama kan Yana mendiamkan diri dekat sini .. Almakklumlah , mood nie sekali sekala  saja dia hadir .. Oh ya , tujuan Yana menaip nie Yana nak kongsikan satu minuman kolagen yang sedang Yana amalkan sekarang iaitu Minuman Kolagen Malaysia keluaran Jeanc Malaysia .. Nak tahu dengan labih lanjut jom baca │Jom Cantik dengan Minuman Kolagen Malaysia , Jeanc Malaysia ..



Semakin kita meningkat usia semakin banyaklah benda kita sebagai wanita nak kena jaga dari luaran sampailah dalaman .. Okay , Yana taknak bebel berjela-jela Yana just nak straight to the point mengenai minuman kolagen Malaysia keluaran Jeanc Malaysia nie .. Mujurlah ada minuman kolagen nie secara tak langsung dapat juga membantu Yana untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah nie .. Hee ..



Oleh kerana terdapat lambakan minuman kolagen dengan harga yang berpatutan mereka telah mencipta JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink yang merupakan minuman kolagen dengan harga yang berpatutan tapi tinggi dengan kolagen dan antioksidan dengan hanya RM89 untuk 30 sachet  JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink ia memberikan nilai yang terbaik walaupun harganya di  bawah RM100 .. Sasaran  JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink adalah untuk wanita yang berusia 25 tahun dan keatas , terutamanya jika mereka yang mengamalkan pengambilan gula yang tinggi , pengambilan alkohol yang tinggi , merokok atau mereka yang sering terdedah dengan sinaran cahaya matahari ..



JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink menyuburkan kecantikan dalaman anda dengan kuasa menghidupkan kolagen. Satu kombinasi unik dari peptida kolagen laut, vitamin C, vitamin E, astaxanthin, dan 4 ekstrak superfood (lingonberry, acai berry, amla dan baobab)

JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink berfungsi untuk menggalakkan keanjalan kulit, penghidratan kulit, mencerahkan kulit dan pertahanan terhadap kerosakan UV.
Dirumus untuk menyokong kecantikan berseri dari dalam.. JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink adalah bebas daripada gluten dan GMO

Kebaikkan JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink :

Kolagen :

- kesihatan kulit (meningkatkan keanjalan kulit dan kelembapan)
-kuku & kesihatan rambut (merangsang pertumbuhan rambut dan kuku)
-gut kesihatan (menyokong fungsi pencernaan)
- Kesihatan bersama (mengurangkan sakit sendi)
- kesihatan tulang (mencegah kehilangan tulang yang menyebabkan osteoporosis)

Antioksidan :

-anti keradangan (walaupun nada kulit, kawalan jerawat)
-skin pengencang (penuaan terbalik)
-mengurangkan kedut (kulit yang merata menjadikan lebih muda)
-menghawatkan rawatan (meminimumkan parut)
- Kerosakan sinar matahari (menggalakkan pertumbuhan sel baru dan perisai dari radikal bebas)
-membantu (kulit kusam)

Cara Penyediaan :

Campur 1 sachet dengan 150 air .. Kacau dengan baik dan minum dengan segera .. Ambil 1 paket setiap hari





Okay sekian sahaja perkongsian Yana mengenai JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink ini .. Untuk info lengkap anda boleh layari laman web https://jeanc.my

Oh ya , sebelum Yana lupa .. Berita baik buat mereka yang ingin membuat pembelian anda dapatkan diskaun sebanyak RM10 serta penghantaran secara PERCUMA sekiranya anda menggunakan kod "JEANC79" sekiranya anda membuat 3 belian anda boleh dapatkan potongan harga sebanyak RM48 dengan penghantaran secara PERCUMA sekiranya menggunakan kod "JEANC219"

ikuti JEANC  30 Days Hydrolyzed Collagen Drink untuk update terkini :

FACEBOOK : http://facebook.com/jeancmalaysia

INSTAGRAM : http://instagram.com/jeancmalaysia

PERINGATAN !!!

Sekiranya anda menggunakan ubat, menyusu atau mengandung, sila berunding dengan profesional kesihatan sebelum mengambil JeanC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink
Tidak sesuai untuk mereka yang mengalami alahan makanan laut ♥

Clan Jetty di Penang Tempat Menarik untuk OOTD

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Memandangkan hari Yana agak rajin jadi nak share beberapa tempat best untuk mereka yang gemar ber OOTD .. Selain Street Art dekat Penang Clan Jetty juga merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang gilakan view yang cantik .. Jom baca │Clan Jetty di Penang Tempat Menarik untuk OOTD ♥




LIM JETTY 

Yana mulakan dengan LIM JETTY yang terletak bersebelahan dengan terminal feri di Georgetown .. Lim Jetty tak berapa ramai lagi yang tahu mengenai tempat nie sebab orang tak berapa nak ramai jika dibandingkan dengan Chew Jetty dan Tan Jetty .. View dekat sini boleh tahan cantik juga kalau anda semua nak tahu boleh refer gambar dekat bawah nie .. 




CHEW JETTY 

Okay jeti seterusnya ialah CHEW JETTY , Chew Jetty terletak bersebelahan dengan Lim Jetty .. Apa yang menarik dekat Chew Jetty ialah ia merupakan salah satu tempat yang menjadi kunjungan pelancong yang datang ke Pulau Pinang .. Di Chew Jetty juga terdapat pelbagai cenderamata yang menarik dengan harga yang agak berpatutan lah bagi Yana ..




TAN JETTY

Jeti yang seterusnya ialah TAN JETTY , jeti ini agak tersembunyi Yana prefer anda jalan kaki sahaja kalau nak kesemua Clan Jetty yang ada di Penang memandangkan susah nak cari parking dan jeti-jeti nie terletak berdekatan sahaja antara satu sama lain .. Tan Jetty pun sekarang dah makin ramai pengunjung kerana view dekat sini agak lawa dan rumah merah tu merupakan trademark Tan Jetty , kalau anda nak tahu apakah rumah merah tu kena datang sendiri dekat sini .. Hehe .. 





LEE JETTY 

Okay LEE JETTY nie bagi Yana pada waktu siang tidak begitu menarik untuk snap gambar sebab view dia biasa-biasa saja melainkan anda pandai main angle dan berjaya cari port yang menarik sebab dah banyak kali Yana ke sana pada waktu siang dan hasil gambar yang Yana snap agak mengecewakan .. Akan tetapi , pada waktu malam suasananya sangat menarik kerana pada waktu malam jeti ini dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni ♥



NEW JETTY 

NEW JETTY merupakan jeti yang terakhir rasanya .. Jeti ini terletak agak jauh dari semua jeti-jeti yang lain jugak agak tersembunyi .. Jadi , anda kena rajin-rajin kan diri baca signboard yang ditulis dekat setiap lorong tu ..  New Jetty tak ada apa yang menarik cuma kalau cuaca cantik ada langit dan awan ada satu port untuk bergambar tu agak nice bagi Yana .. Boleh refer gambar dekat bawah nie ..


Okay sekian sahaja perkongsian Yana pada kali nie ... Oh ya , tiada sebarang caj dikenakan untuk anda masuk ke semua jeti nie yer kalau Yana tak silap boleh mula masuk pada pukul 8 pagi hingga 9 malam kot .. Jangan lupa jaga adab dan kebersihan semasa berada di sini kerana setiap jeti nie ada penghuni .. Kita datang ke tempat orang kenalah jaga adab dan tatasusila dah kira beruntung mereka izinkan kita untuk melawat kawasan mereka .. Jangan kerana dek tiada adab nanti tempat-tempat ini terus ditutup untuk pengunjung =)
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger