Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Kulit Kini Lebih Anjal Berseri dengan SAFI Expert Solution

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Okay hari nie Yana nak share satu produk keluaran SAFI dengan anda semua .. Bagi Yana produk SAFI yang bakal Yana share kan dengan anda semua nie lebih sesuai kepada mereka  yang berumur 30 tahun dan ke atas .. Sepertimana yang kita sedia maklum , SAFI telah mengeluarkan pelbagai jenis produk skincare daripada untuk usia remaja hingga ke dewasa .. Kini , SAFI tampil dengan produk baru yang diberi nama SAFI Expert Solution .. Apa yang menarik dengan produk SAFI yang terbaru nie ? Jom baca │Kulit Kini Lebih Anjal Berseri dengan SAFI Expert Solution ..


SAFI adalah jenama terkemuka Halal yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang unik dan komprehensif yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki Islam moden. Dibuat dengan bahan semulajadi terbaik yang mengesahkan keperluan Syarak dan disahkan HALAL oleh badan bebas yang ketat - JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), SAFI mempunyai tradisi Islam dengan produk yang bebas alkohol dan gelatin. SAFI dihasilkan dalam ISO dan "Amalan Pembuatan Baik" (GMP) kemudahan pengeluaran yang diperakui. SAFI berusaha untuk menyediakan produk berkualiti terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat. Untuk memastikan kualiti produk, konsisten dan fleksibiliti bekalan, SAFI dihasilkan 100% di kilang-kilang yang terletak di Malaysia.


SAFI Expert Solution Anti Hyper Pigmentation didatangkan dengan dua produk iaitu Renewal Hydra Complex dan Supreme Anti-Spots Complex.. Okay Yana akan cerita mengenai produk nie mengikut step dia yer .. So , first thing first Renewal Hydra Complex .. SAFI Expert Solution Anti Hyper Pigmentation ini didatangkan dengan dua langkah mudah dirumuskan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat dengan Technology DN Age kombinasi yang berkuasa ini menembusi pesat ke dalam lapisan kulit basal untuk berkesan memerangi bintik-bintik yang ditetapkan, membekalkan kelembapan yang sengit & menggalakkan pembaharuan kulit untuk penampilan kulit secara keseluruhan kelihatan lebih baik ..

Renewal Hydra Complex


Cara penggunaan :

Gunakan penitis dan titiskan Renewal Hydra Complex dengan penitis tadi ke telapak tangan dengan kadar jumlah yang mencukupi untuuk anda sapu ke seluruh muka anda .. Sapukan di wajah sehingga ia hampir terserap semuanya ke dalam kulit wajah anda .. Kemudian disusuli dengan langkah kedua ..

Anti-Spots Complex


Cara penggunaan : Titiskan Supreme Anti-Spots Complex ke telapak tangan dan sapukan di wajah dengan urutan menaik ke atas .. Tekstur Supreme Anti-Spots Complex agak berminyak dan ia secara tak langsung dapat melembapkan kulit yang kering ..


  • SAFI Expert Solution merupakan penyelesaian intensif bagi program rawatan selama 1 bulan dan akan diulang pada setiap bulan bagi membantu untuk mencegah pembentukan bintik-bintik hitam ..
  • Gunakan dengan produk SAFI Rania Gold untuk penghasilan kulit wajah yang lebih flawless
  • Penggunaan pada waktu pagi : disyorkan guna dengan SAFI Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25PA++IR selepas menggunakan Ampoule 2 untuk kesan yang kebih optimum ..




Intensive Ampoules Anti hyper Pigmentation :


  • tiada minyak mineral
  • tiada alkohol
  • tiada silikon
  • tiada paraben
  • tiada ujikaji ke atas haiwan
* terbukti secara klinikal bahawa bintik-bintik hitam hilang dalam masa dua minggu ! ♥

Milk Drop Serum - Anti Dehyrated Skin


Cara penggunaan : sapukan pada permukaan kulit wajah dan leher yang baru dibersihkan .. Urut secara perlahan-lahan dalam gerakan bulat sehingga ia menjadi titisan susu teruskan urut sehingga ia diserap sepenuhnya ke dalam kulit ..



SAFI Expert Solution Milk Drop Serum disuntik dengan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid untuk mengaktifkan keupayaan semula regenerasi kelembapan kulit sambil mengunci penghidratan ..

Milk Drop Serum yang bertekstur ringan dan menyegarkan ini dirumus khas dengan kapsul rangsangan hidra yang berubah titisan susu untuk penyerapan cepat dan mudah ke dalam kulit..

 Milk Drop Serum-Anti Dehydrated Skin
  • tiada minyak mineral
  • tiada alkohol
  • tiada silikon
  • tiada paraben
  • tiada ujikaji ke atas haiwan
* terbukti secara klinikal kelembapan pantas sehingga 280% ! ♥


Anda boleh dapatkan set SAFI Expert Solution ini di farmasi berdekatan anda dan juga di mana-mana pasaraya ataupun drugstore favourite anda tak lama lagi kerana pada saat Yana menulis nie produk SAFI Expert Solution nie belum lagi officially launch ♥


REVIEW YANA : Sejujurnya bagi Yana set SAFI Expert Solution nie macam lebih sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering kerana bagi mereka yang mempunyai masalah kulit bermiyak seperti Yana dengan pemakaian set ini ia akan menampakkan efek glowing yang terlampau ... Namun begitu , masih ada positif efek kalau anda boleh nampak daripada gambar bawah nie walaupun Yana mengenakan solekan yang sama namun ada juga sedikit perbezaan dengan dan tanpa menggunakan SAFI Expert Solution .. Gambar sebelah kiri anda boleh tengok bawah mata Yana lebih firm dan tiada lingkaran hitam bawah mata manakala gambar sebelah anda boleh lihat eyebag dekat bawah mata Yana kan ? Okay , sekian sahaja review daripada Yana nantikan ketibaan set SAFI Expert Solution ini di pasaran tak lama lagi ♥

Matta Fair 2019 Kini Kembali Nikmati Ganjaran Diskaun Hebat dengan Traveloka Saleabration

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Perhatiannnnn ! Berita baik kepada si Kaki Travel yang suka melancong tanpa perlu menggunakan duit yang banyak .. Eh , sebelum tu .. Haii semua , heheh Yana terlebih teruja pula bila dapat tahu yang Traveloka Saleabration kini kembali .. Time macam nie lah anda yang kaki travel tu kena ambil kesempatan untuk book tiket sama ada penerbangan di dalam or luar Malaysia nak book hotel pun murah tau dengan adanya Traveloka Saleabration nie .. Jom baca │Matta Fair 2019 Kini Kembali Nikmati Ganjaran Diskaun Hebat dengan Traveloka Saleabration ..


Sepertimana yang kita semua sedia maklum Traveloka merupakan sebuah nama besar dan sangat dikenali terutamanya kepada mereka yang kaki travel nie .. Sejujurnya , Yana nie bukanlah kaki travel sangat cuma sedang berjinak-jinak nak travel Yana mulakan dengan negeri dalam Malaysia terlebih dahulu , in shaa allah sekiranya ada rezeki lebih mungkin Yana akan "melangkah" lebih jauh kan? Hehehe .. Okay , sebelum Yana kongsikan apa yang menarik mengenai Traveloka Saleabration nie Yana nak ceritakan dahulu serba sedikit mengenai Traveloka .. Yana merupakan antara pengguna Traveloka , setiap kali Yana nak melancong ataupun mengginap di mana-mana hotel Yana akan pastikan Yana akan booking through Traveloka sebab di Traveloka semua kerja menjadi mudah kadang-kadang mereka menawarkan diskaun harga yang hebat salah satunya seperti Traveloka Saleabration nie lah .. Yana memang takkan lepaskan peluang untuk grab opportunity nie .. Kita dah ler rakyat marhean saja mana nak mampu travel ke luar negara dengan kos yang besar .. Jadi , bila ada Traveloka Saleabration macam nie memang Yana tunggu sangat tau .. =) Psst ,, Psst ada satu rahsia Yana nak bagitau nie , anda boleh dapatkan tawaran yang sama menarik yang ada dekat Matta Fair melalui laman web atau aplikasi Traveloka .. Best kan ?



All In One App , apa pulak kena mengena dengan all in one app pulak yer ? Okay , mai sini Yana nak cerita all in one app nie anda boleh membuat tempahan tiket kapal terbang , hotel ataupun kedua-duanya sekali dengan menggunakan dengan hanya satu aplikasi iaitu TRAVELOKA .. Ya , dengan Traveloka anda boleh booking tiket kapal dan hotel serentak ! Secara tak langsung anda sudah boleh jimatkan masa dekat sini .. Best pulak Yana rasa bila kedua-duanya Yana boleh settle kan dengan hanya satu  aplikasi .. Jadi , Yana tak perlu semakkan space telefon pintar untuk download aplikasi lain untuk booking hotel sebab dengan Traveloka dua-dua Yana boleh buat .. Okay , kalau anda semua tak berapa nak faham anda boleh tengok contoh yang Yana sediakan dekat bawah nie ..


Okay , sebelum nak mulakan kerja 2 in 1 nie anda terlebih dahulu kena tekan ikon yang display Flight + Hotel barulah anda dapat buat tempahan tiket kapal  terbang dan pengginapan hotel pada masa yang dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja iaitu Traveloka ..




Bila dah tekan ikon tersebut anda dikehendaki pilih dari mana anda akan berlepas , tarikh bila masa dan sebagainya .. Bila semua maklumat telah diisi dengan betul dia akan appear macam nie maka dari sinilah anda boleh membuat tempahan hotel di destinasi yang bakal anda lawati .. Kan Yana dah cakap senang sangat kerja dengan Traveloka nie selain senang , selesa mereka juga menawarkan honest pricing iaitu TIADA CAJ TERSEMBUNYI .. So , takda lah nanti anda rasa tertipu tiba-tiba ada pulak caj lain masa nak membuat pembayaran kan ?



Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Matta Fair 2019 akan berlangsung kan ? Matta Fair 2019 akan berlangsung pada 15 - 17 March di PWTC Kuala Lumpur manakala di Setia SPICE Arena , Pulau Pinang pada 5 - 7 April .. Alamak ! Both date tu anda busy ? Jangan risau kan Yana dah kata tadi tawaran yang sama anda boleh dapatkan di Traveloka Saleabration dengan hanya melayari laman web Traveloka ataupun dengan menggunakan aplikasi Traveloka , anda boleh lakukan di mana-mana sahaja anda berada dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja ..



Hm , apa yang best eh dengan Matta Fair Promo nie ? Huk aloh mu nie , mestilah tawaran diskaun hebat tu yang sangat dinantikan semua orang tunggu promo macam nie untuk booking tiket kapal terbang atau booking hotel untuk pengginapan sekeluarga dengan adanya promo macam nie anda semua boleh save banyak duit dan duit tu boleh digunakan untuk membeli belah di tempat anda melancong .. Macam nie lah baru dikatakan pengguna yang bijak .. Sekiranya , anda tidak mempunyai masa untuk ke sana anda bolehlah dapatkan tawaran diskaun yang tidak kurang hebat nya dengan Traveloka Saleabration ..


Okay sekian sahaja bebelan Yana mengenai Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2019 .. Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan tiket kapal terbang mahupun hotel ataupun kedua-duanya sekali Yana sangat highly recommended Traveloka .. Sebab based on my experience kerja-kerja booking hotel dan tiket kapal terbang menjadi lebih mudah dan cepat .. Tambahan pula , Traveloka selalu membuat promosi yang menarik tau .. Untuk info lanjut anda semua boleh layari lman web Traveloka ya .. Selamat bercutiiii semuaaaa ♥
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger