Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Segarkan Mata Panda Anda dengan Suddenbe ION dan LED Eye Massager daripada AllYoung

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Yana yakin ramai antara kita yang mempunyai masalah lingkaran hitam bawah mata , mata panda , eye bag , mata lesu dan tidak bermaya kan ? Yana tahu ia agak leceh kerana kita terpaksa bersolek dengan agak tebal untuk melindungi kelemahan tersebut .. Adakah ia berhasil ? Yana nak kongsikan sesuatu dengan anda semua , kalau nak tahu jom baca │Segarkan Mata Panda Anda dengan Suddenbe ION dan LED Eye Massager daripada AllYoung ..


Hm , tanpa kita sedari dalam urusan harian kita seperti banyak melihat telefon bimbit dan berhadapan dengan komputer terlalu lama secara tidak langsung telah membuat mata kelihatan letih , lemah dan tidak bermaya .. Disamping itu juga , tidur yang tidak cukup turut mengundang lingkaran gelap bawah mata , eye bag dan mata panda .. Yana tahu sedikit sebanyak ia akan membuat kita berasa kurang yakin untuk berhadapa dengan orang ramai ..  Jangan risau , sebab dengan adanya Suddenbe ION dan LED Eye Massager daripada AllYoung ini anda sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada mata panda ..


Saiz Suddenbe ION & LED Eye Massager nie kecil saja dan sangat ringan .. Memang sesuailah dibawa ke mana-mana sahaja .. Bawa ke pejabat pun boleh , sambil membeli-belah pun boleh .. Hm , Yana akan menggunakan Suddenbe ION & LED Eye Massager nie selama tiga minit per session .. Jangan risau untuk menggunakan Suddenbe ION & LED Eye Massager  sebab ianya sesuai untuk semua jenis kulit , walaupun kulit yang sensitif ..


Antara ciri-ciri Suddenbe ION & LED Eye Massager  ini adalah seperti di bawah :


  • Getaran Mikro Tinggi-Frekuensi 18,000 kali /minit Getaran Mikro Tinggi-Frekuensi
  • Dua Mod yang berbeza ; Long Wavelength & Short Wavelength
  • Pemasangan Light & Handy
  • Senang dibawa ke mana-mana
  • Menghilangkan garis-garis halus di kawasan mata
  • Membantu kulit untuk menyerap serum di permukaan kulit
  • Mencerahkan kulit di kawasan sekitar mata 



Kesan Selepas Penggunaan Suddenbe ION & LED Eye Massager 


  • Dapat meningkatkan keupayaan penyerapan kulit sebanyak 95%
  • Dapat menyerap krim ke dalam kulit mata dapat memendekkan kadar waktu yang diambil untuk penjagaan kulit 
  • Dapat menegangkan kawasan dengan jangka masa yang singkat dan sangat efektif


* gunakannya pada waktu pagi untuk menenangkan mata yang sembap ION & LED Eye Massager juga boleh menjadi aplikasi solek yang lebih mudah 


Tekstur ION & LED Eye Massager :
  • 1 sentuhan untuk getaran : hanya gunakan tangan anda dan sentuh secara ringan sensor , nikmati panjang gelombang panjang & pendek
  • Pemasangan yang mudah , hanya menggunakan bateri AAA tak perlu mengecas
  • Mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja 


Dua mod yang berbeza : 
  • Biru untuk Long Wavelength - membantu menembusi bahan-bahan yang menghidupkan sel di kawasan mata
  • Merah untuk Short Wavelength - membantu menglicinkan garis halus di sekitar kawasan mata anda 

untuk info yang lebih lanjut mengenai Suddenbe ION & LED Eye Massager  boleh rujuk maklumat di bawah yer :

Website :
www.allyoung.my 

Facebook :
All Young Malaysia

Instagram :
@allyoung_my 

hashtag : #Swissvita #ParabenFree
#AlcoholFree #FragranceFree #PigmentFree #swissvita #allyoung #eyemassager
#ion #led #EyeFriend #travelfriendly

Nikmati Hidangan Berkonsepkan High End dengan Harga yang Rendah di Coffee Signature Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Okay hari nie Yana nak share satu lagi tempat makan yang best which is Yana rasa anda semua perlu cuba sekiranya anda datang ke Penang .. Err , Penangites I think you should try to dine in dekat Coffee Siganture nie tau .. Kenapa?  Jom baca |Nikmati Hidangan Berkonsepkan High End dengan Harga yang Rendah di Coffee Signature Penang ..


Okay , first and foremost Yana nak cakap Yana memang sangat jatuh cinta dengan restoran Coffee Signature nie sebab restoran nie sangat cantik , suasana dia tenang dan sangat rileks tau .. Haa , kalau anda semua nak tahu Yana memang prefer tempat-tempat macam nie kalau Yana nak self reward diri sendiri sebab Yana tak suka kedai yang sangat crowded dengan manusia , bising , asap rokok , aaa pendek kata kedai open air Yana memang kurang sikit lah bukan sebab belagak just Yana lebih prefer tempat yang diam , yang ada cuma alunan muzik yang sangat menenangkan dan anda boleh dapat semua nie di Coffee Signature .. Serius , Yana tak tipu tau .. 


Setibanya Yana di sana Yana order Original Waffle sebab Yana rasa nie sarapan yang paling simple dan Yana boleh habiskan seorang diri .. Ternyata sangkaan Yana meleset sebab Original Waffle nie didatangkan dengan 4 keping sepinggan dengan saiz yang agak besar dan mustahil untuk Yana habiskan seorang diri .. Okay , Original Waffle nie dihidangkan dengan butter dan madu which is bagi Yana kombinasi yang sangat sempurna waffle dia pula berbau harum , lembut dan rapuh tau .. Yana bagi 4 bintang untuk hidangan waffle nie .. 


Yana memilih Hazelnut Latte sebagai pasangan untuk Original Waffle Yana .. Sayangnya tau nak minum Hazelnut Latte nie cantik sangat art dia dekat atas tu .. However , Yana terpaksa korbankan kecantikkan art tu untuk Yana rasai keenakkan Hazelnut Latte nie .. Yeahh .. Rasanya memang tidak menghampakan .. Rasa kopi dan manis tu just nice tak terlalu manis and kopi pun tak terlalu kuat rasa dia which is memang menepati selera Yana lah .. Hazelnut Latte pun Yana bagi 4 bintang .. Hehe ..


Seterusnya , Yana dan beberapa rakan blogger yang lain dihidangkan dengan Pumpkin Pesto Pasta .. Okay hidangan nie sangat sesuai bagi mereka yang vegetarian ataupun mereka yang tengah on diet sebab bagi Yana ini merupakan hidangan yang sihat di mana mereka menggunakan pumpkin sebagai base untuk pasta nie .. Rasa dia of course la menyelerakan .. Bau dia sahaja sudah cukup untuk membuat perut Yana berkeroncong tau hari tu .. 3 bintang untuk Pumpkin Pesto Pasta , sebab Yana omnivor punya orang so Yana prefer something with meat .. Hehe ..


- linguine in pumpkin pesto , almond , arugula , cherry tomato , garlic , parmesan cheese -


Tadaaaa ! Ini nama dia Big Breakfast .. Ini kalau seorang makan memang tak lepas kalau berdua mungkin lebih baik .. Heheh .. Bagi Yana hidangan nie memang best sebab banyak benda yang kita dapat rasa dalam satu set lengkap nie .. Hm , hari tu Yana sempat rasa sosej sebab Yana kan dah makan Original Waffle awal-awal lagi so perut Yana dapat masukkan sosej nya sahaja .. Nice lah rasa dia ,tak ada rasa yang tak menyenangkan okay .. 4 bintang for Big Breakfast .. 


- grill tomato , footlong sausage ,  jumbo sausage , mini croissant , corn , sunny side up , cherry tomato , turkey bacon , sauteed mushroom , sauteed potato -


Okayyyy !! Hidangan nie nama dia Teriyaki Chicken merupakan hidangan pilihan Yana .. Ternyata Yana tak silap memilih sebab Teriyaki Chicken nie super nice !! Ayam dia sangat juicy .. Rasa isi ayam dengan rempah tu sangat sebati .. Yana difahamkan ayam nie dimasak dengan suhu yang sangat rendah dalam jangka masa yang lama untuk memastikan khasiat sayur dan ayam dapat dikekalkan .. Jadi , Teriyaki Chicken nie juga boleh di considerkan as makanan yang sihat juga yer .. Yana bagi lima bintang ! Sebab Yana dah jatuh hati dengan Teriyaki Chicken , sekiranya Yana ada masa Yana akan berkunjung ke sana lagi untuk makan Teriyaki Chicken puas-puas .. 


- sous vide chicken whole leg , potato , market veggie , teriyaki sauce -


Haa !! Dah ada makanan mestilah kena ada minuman kan ? Jadi , Yana telah memilih Red Ruby .. Mula-mula Yana ingatkan satu saja minuman dia , sekali eh ada pasangan yer .. Menarik jugaklah bagi Yana presentation minuman nie siap ada ais krim lagi dekat atas tu tau .. Yana berikan 4 bintang untuk Red Ruby ..


- RM15-


Okay .. Ini pula Lavender Latte .. Err , rasa dia Yana tak sure sebab hari tu Yana tak sempat nak cuba sebab Yana busy testing makanan .. In shaa allah rasa dia sedap sebab according to rakan blogger yang mencuba Lavender Latte nie dia cakap sedap .. Nanti kalau Yana ke sana lagi Yana nak cuba Lavender Latte nie pula ..


- RM11 hot / RM12 cold -


Haa macam nie lah keadaan nya dekat dalam restoran nie .. Sama kan seperti yang Yana cakap pada awal entri tadi .. Suasana nya sangat menenangkan dan dekorasinya sangat cantik dan kemas .. Yana suka sangat lepak lama-lama dekat sini .. Psst .. Pstt .. Nanti kalau nak dating mai lah sini sebab sangat privacy hehehe .. Oh ya , sebelum Yana lupa mereka turut mengambil.tempahan catering dan sekiramya anda nak buat private party pun boleh sebagai contoh birthday party atau apa apa sahajalah .. Boleh refer gambar dekat bawah yer ..





Okay sekian sahaja daripada Yana yer .. Coffee Signature nie merupakan restoran pork free kerana mereka tidak memiliki sijil halal sebab restoran nie ada serve alcohol drinks .. Sebelum ada yang tanya Yana restoran nie halal atau tak so Yana explain siap-siap dekat sini yer .. However , bekalan bahan mentah mereka semuanya adalah HALAL sebab mereka memperolehinya dari Tesco section halal .. Well , dari segi alcohol drinks jangan risau sebab cawan atau gelas yang digunakan untuk serve minuman beralkohol dan tidak beralkohol adalah berbeza bagi Yana tak ada lagi sebab untuk Yana rasa was-was untuk makan dekat sini .. Tapi , ini semua terserah kepada individu tersebut sendirilah kan ? For more info boleh refer maklumat dekat bawah nie : 

Facebook : Coffee Signature Penang 
Instagram : coffeesignaturejelutong
Address : 9-LG-01,JALAN AHMAD NOR,PUSAT PERDAGANGAN NOVA,11600,JELUTONG,PENANG.

Phone No : 011-1320-0088

Operation Hours : 0900-2300
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger