Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Travel ke Indonesia , Vietnam & Melbourne in 2019 

ASSALAMMUALAIKUM ♥

Hai semuaaaa .. Fuh , pejam celik pejam celik kita dah diambang 2019 kan ? Apa azam baru anda semua ? By the way , azam tahun 2018 semua dah tercapai ker ? Hehe .. Okay , bagi Yana tahun 2019 nie in shaa allah Yana nak serikannya dengan pergi melawat negara luar maybe Yana akan start dengan negara jiran dulu .. Jom baca plan Yana untuk 2019 .. | Travel ke Indonesia , Vietnam & Melbourne in 2019 ..


Sepertimana dengan orang lain begitu juga dengan Yana .. Yana teringin sangat nak melawat tempat orang .. Maksudnya something like travel la .. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan kan? So , untuk tahun 2019 nie Yana ada lah buat wishlist tempat Yana nak pergi tu .. Yana teringin nak pergi negara-negara jiran terlebih dahulu lepas tu kan Yana teringin sangat nak ke Melbourne dengar kata banyak tempat best untuk dilawati dekat sana .. Cakap banyak taknak jom lah baca angan-angan Yana untuk tahun 2019 akan datang nanti ..



Tempat pertama yang Yana teringin nak melawat adalah Indonesia .. Yana pun tak tahu kenapa Yana nak sangat pergi Indonesia nie mungkin sebab banyak tengok sinetron kot .. Yana difahamkan kalau nak ke Indonesia macam lebih sesuai menggunakan khidmat Malindo Air atau turut dikenali sebagai Lion .. Okay , sebelum Yana nak ke sana Yana dah buat beberapa research mengenai Indonesia .. Yana sebolehnya taknak ke bandar Indonesia sebab Yana nie macam nature person .. Haha lebih kuranglah kononnya .. Indonesia kan kaya dengan alam semulajadi yang boleh dikatakan as breathtakingly beautiful gituuu .. Yogyakarta merupakan destinasi yang paling sesuai untuk Yana lawati semasa berada di Indonesia .. After all , Yana tengok kawan-kawan Yana yang dah pernah ke sana gambar mereka semua cantik-cantik tau .. Timbul pula rasa iri hati terus membuak-buak perasaan nie untuk ke sana ..



Yogyakarta ataupun Jogja maybe Yana boleh spend masa dalam 3 hari 2 malam di sana .. Yana nak explore habis bandar Jogja nie .. Di sana Yana boleh buat temple hoping sebab Yana suka tengok senibina setiap temple dan Yana teringin nak tahu akan sejarahnya .. Antara temple yang sering dilawati pelancong dekat sana adalah Borobudur , Prambanan dan Ratu Boko kalau Yana nak ke sini boleh naik bas khas yang digunakan untuk membawa pelancong-pelancong untuk datang ketiga-tiga temple ini .. Selain dari itu Yana jugak boleh melawat Mount Merapi yang terkenal dekat sana tu kalau anda semua nak tahu Mount Merapi merupakan antara gunung berapi yang sangat aktif di Indonesia .. Apa eh aktiviti yang best nak buat dekat sini ? Boleh tengok sunrise dan jalan-jalan dengan menggunakan 4x4 untuk melawati muzium yang mempamerkan letusan gunung berapi ini pada tahun 2010 .. Pada sebelah petang pula Yana boleh ke Kalibiru National Park .. Yana ada google Kalibiru nie sangat cantik tau , kalau anda nak tengok boleh google or cari saja dekat Instagram mesti banyak gambar-gambar dekat Kalibiru nie ..

BOROBUDUR TEMPLE
PRAMBANAN TEMPLE

RATU BOKO

KALIBIRU

Okay , settle dengan Indonesia destinasi seterusnya Yana nak ke Vietnam lah .. Vietnam , Yana nak ke Ho Chi Minh City juga dengan menggunakan Malindo Air .. Nak tahu tak kenapa Yana nak ke Ho Chi Minh City nie ? Kaki shopping mesti tahu sebab Yana nak ke sni .. Yaaaa ! Semestinya untuk shopping lah apa lagi .. Haa , kalau nak tahu dekat sini kita boleh beli pakaian dengan harga yang sangat murah kalau rajin Yana beli banyak-banyak then sampai Malaysia Yana jual dengan harga yang reasonable la .. Yana untung sikit orang yang beli pun tak terasa beban dengan harga tu .. Barang apa eh yang terkenal nak beli dekat sini ? Orang kata , kain pasang English cotton , baju kurung kain English cotton , tudung dengan pelbagai fesyen dan handbag juga kasut .. T-shirt dan jogger pants turut boleh dibeli dekat Ho Chi Minh .. Bab nak mencari makanan halal katanya agak susahlah sikit nak senang bawak lah bekalan yang halal untuk dimakan dekat sana macam roti , biskut and yang paling famous Maggi cup lah ! Heheh .. Sebab nak stay sini sekejap saja so makanan-makanan tu cukuplah untuk bekalkan tenaga nanti balik MalaysiaYana qada lah makan puas-puas heheh ..

HO CHI MINH CITY


Last but not least , Yana nak ke Australia lah .. Okay , dekat Australia Yana nak pergi ke Melbourne ! Banyak tau tempat best dekat sana untuk dilawati .. Macam mana Yana tahu ? Sekarang kan semua maklumat di hujung jari jer apa ada hal .. Heheh .. Antara tempat best tu Sea Life Melbourne Aquarium , Melbourne Zoo untung-untung Yana boleh jumpa kanggaru sebab zoo dekat Malaysia ada ker kanggaru ? Lepas tu satu lagi tempat yang sangat sesuai dengan jiwa Yana  Great Ocean Road entah kenapa Yana macam suka akan pantai dia .. Oh ya , Yana kalau nak pergi Melbourne juga dengan menggunakan Malindo Air .. Mesti anda hairan kan kenapa Yana tak habis-habis dengan Malindo Air .. Sebabnya , Yana nie suka tengok website Malindo Air .. Bila Yana nampak saja Malindo Air buat promotion terus Yana book ! Cuti ? Haha anytime bisa di approve sebab tempat Yana nak cuti tak susah nak OT yang susah hehehe ..

MELBOURNE

Okay itu sahaja daripada Yana .. Doakan hajat Yana nie tercapai within 2019 yer .. =) Apa azam baru anda semua ? Share lah dekat ruangan komen tu , in shaa allah Yana baca =)

p/s : gambar diatas sumber google 

Kulit Berseri dengan Pore Purifying Cleanser & Tampil Segar dengan Wangian Stay Fresh Body Sparkling Mist

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Okay kali nie Yana kembali dengan dua barang daripada Althea Korea yang Yana dapat dalam beberapa minggu yang lalu .. Satu produk untuk skincare iaitu Pore Purifying Cleanser dan satu lagi wangian Stay Fresh Body Sparkling Mist .. Nak tahu apa kelebihan dua barang yang Yana terima nie ? Jom baca | Kulit Berseri dengan Pore Purifying Cleanser & Tampil Segar dengan Wangian Stay Fresh Body Sparkling Mist ..


Hm , Yana rasa Yana nak mulakan dengan Pore Purifying Cleanser terlebuh dahulu lah .. Pore Purifying Cleanser adalah hasil gabungan kekuatan pembersih Serum dan dan pembersih pori daripada Althea .. "Superhero" kecantikkan ini menyahkan kesan alat solek , kotoran seperti debu dan minyak dengan ekstrak pudina ia memastikan kulit tetap terhidrat sepanjang penggunaan Pore Purifying Cleanser ini .. Selain itu , ia turut menghalang kulit daripada kering dan sangat berkesan dalam meminimakan liang-liang pori yang jelas kelihatan .. Haa , apa yang best lagi Pore Purifying Cleanser ini juga mampu menyeimbangkan pH kulit untuk memastikan ia dalam keadaan yang sangat "tip-top" .. Paling penting Pore Purifying Cleanser sangat lembut di muka walaupun untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif ..


KEBAIKKAN PORE PURIFYING CLEANSER 

- pembersih penyucian dengan formula serum
- menghilangkan solekan , kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit
- mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia kekal sihat 

BAHAN DIGUNAKAN 

* ekstrak daun pudina - menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
* minyak benih jojoba - melembapkan dengan baik tanpa rasa melekit atau tidak selesa 
* ekstrak daun teh - mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit 


CARA PENGGUNAAN PORE PURIFYING CLEANSER 


* untuk membuang kesan solekan 
- langkah 1 , tuang secukupnya ke telapak tangan anda 
- langkah 2 , ratakan Pore Purifying Cleanser ke seluruh muka dan urut dengan gerakan bulat untuk menanggalkan kesan solekan dan kotoran 
- langkah 3 , bilaskan dengan air .. Anda juga boleh menggunakan pembersih muka yang sering digunakan untuk menanggalkan kesan solekan dan kotoran dengan sepenuhnya 

* untuk membersihkan kulit 
-langkah 1 , lembapkan kulit dan gunakan Pore Purifying Cleanser dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan anda 
-langkah 2 , urut secara perlahan-lahan ke seluruh kulit wajah dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum bilas dengan air 


Okay next is , Stay Fresh Body Sparkling Mist .. Ini merupakan hasil kerjasama terbaru Althea dengan Titi Kamal iaitu seorang selebriti terkenal di Indonesia .. Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah campuran berkilauan oren manis dan pic turut diikuti oleh echo yang anggun cerah bunga-bunga .. Baunya tidak terlalu kuat , parfum lembut ini boleh kekal di badan dalam jangka masa yang agak lama ..

KEBAIKKAN STAY FRESH BODY SPARKLING MIST

- hasil kolabrasi Althea x Titi Kamal 
- lembapan badan bauan feminin yang ringan
-diperkaya dengan bau buah-buahan oren dan pic serta wangian bunga ros



BAHAN DIGUNAKAN 

- air bunga ros - menghidupkan kulit terhidrat dan memberi aroma lembut
- ekstrak bunga jingga - menyegarkan semula deria
- ekstrak bunga tua - menyejukkan dan melegakan kulit , sambil memberikan aroma yang feminin


CARA PENGGUNAAN 

- semburkan pada seluruh badan sebelum memulakan hari anda .. Jangan lupa bawa ia ke mana sahaja anda pergi untuk kekal segar sepanjang hari ..


Jadi , bagaimana ? Berminat untuk memiliki kedua-dua produk daripada Althea ini ? Anda boleh dapatkannya di laman web rasmi althea iaitu https://my.althea.kr/ .. Yana sangat berpuas hati dengan kedua-dua produk ini sebab Pore Purifying Cleanser membuat kulit Yana smooth sangat selepas menggunakannya manakala Stay Fresh Body Sparkling Mist membuat Yana kekal segar dan harum sepanjang hari .. Okay , sekian sahaja daripada Yana info lanjut anda semua boleh refer maklumat dekat bawah :

Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Blog : http://blog.althea.kr/
Youtube : Althea Korea

Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash

Haii semua .. Okay hari nie Yana nak cerita sikit mengenai Pusat Dobi Coin & Wash nie .. Sejujurnya , Yana tak pernah pun mencuci baju dekat kedai dobi sebab Yana tak reti .. Kebetulan kawan Yana nak pergi cuci baju dia pada hari Sabtu yang lalu so Yana pun follow lah .. Nak tahu apa yang best ? Jom baca |Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash ..


Okay pusat dobi yang Yana dan kawan Yana kunjungi ini terletak di Taman Sungai Dua Utama .. Sebenarnya , dia ada banyak cawangan salah satunya di Taman Sungai Dua Utama kalau di kawasan berdekatan dengan rumah Yana lagi terletak di Telok Air Tawar .. 


Selain boleh menggunakan cash untuk ditukar kepada token anda sebenarnya boleh juga menggunakan kad keahlian seperti yang Yana pegang tu .. Malangnya di cawangan Sungai Dua Utama function untuk kad tak ada so terpaksalah kami menggunakan cash yang ditukar kepada token seperti biasa .. 


Okay macam nie lah rupa token yang telah ditukar tadi .. Yana difahamkan setiap kali nak mencuci baju dekat sini RM7 akan dikenakan .. Apa yang best nya sabun mencuci dan pelembut disediakan kedua-duanya sangat wangi tau .. Selepas basuh tu baju berbau segar sahaja , memang puas hatilah kalau mai cuci baju dekat sini .. 


Okay gambar dekat atas tu kawan Yana dah selesai memasukkan baju-baju dia ke dalam mesin basuh dekat sini , since baju dia banyak so dia menggunakan dua mesin pada masa yang sama which means dia perlu bayar sebanyak RM14 lah .. Ini tak termasuk kos mengeringkan tau .. 


Masukkan token tadi dekat sini .. Lepas tu boleh biarkan selama setengah jam sementara baju selesai dibasuh ..  Tempat duduk sementara nak menunggu pakaian selesai dicuci turut disediakan dengan keadaan yang sangat selesa lah bagi Yana .. Memandangkan pada hari tersebut tiada pelanggan lain di sana kami pula dua-dua perempuan jadi kami tak berani nak menunggu di dalam kedai dobi .. Kami memilih untuk menunggu di dalam kereta ..


Mesin minuman turut disediakan di kedai tersebut sekiranya pengumjung dahaga bolehlah tekan-tekan mana patut .. Hehehe .. 


Kemudahan bakul pakaian turut disediakan berdekatan dengan mesin pengering .. Tapi , bila kemudahan macam nie disediakan janganlah ambil kesempatan buat macan harta sendiri pula yer , selepas guna sila pulangkan semula tau ..


Okay macam nie lah suasana dalam Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash nie semuanya serba pink .. Yana rasa macam best pula lepak sini sebab warna pink nie buat rasa tenang saja .. 


Sekiranya pengunjung Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash menghadapi sebarang masalah bolehlah menghubungi nombor telefon yang telah disediakan .. Okay sekian sahaja daripada Yana yer .. Sebenarnya Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash nie mempunyai banyak cawangan antaranya : 

  1. Taman Bagan Jermal , Penang 
  2. Taman Sungai Dua Utama , Penang
  3. Gelugor , Penang
  4. Air Itam , Penang
  5. Sungai Petani , Kedah




Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collabration 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Althea bukanlah satu nama yang asing lagi bagi mereka yang menggemari produk kecantikkan daripada Korea .. Haa , kalau nak tahu sejak dua tahun lepas Yana sendiri dah mula berjinak-jinak dengan alat-alat solek dan skincare daripada Althea .. Oh ya , baru-baru nie Althea Korea telah mengeluarkan produk penjagaan kulit dengan kerjasama Korea's Top TV Program iaitu : Get It Beauty .. Jom baca | Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collabration ..


Real Fresh Skin Detoxer inilah yang merupakan produk kolabrasi Althea x Get It Beauty .. Real Fresh Skin Detoxer ini didatangkan dengan dua variasi yang berbeza iaitu :

ROSE REFINING : untuk kegunaan pada siang hari
GREEN TEA PURIFYING : untuk kegunaan pada malam hari

Nak tahu lebih lanjut mengenai kedua-kedua produk ini ? Jom baca sampai habis yer .. Oh ya , pada masa yang sama Yana akan kongsikan juga apa kata selebriti terkenal di Korea mengenai Real Fresh Skin Detoxer nie ..


Althea Real Fresh Skin Detoxer Mask : Rose : REFINING 

Real Fresh Skin Detoxer ; Rose Refining mengandungi 100% kelopak bunga ros yang dipetik hanya sekali dalam setahun iaitu pada bulan Mei dari Grasse , Southern France .. Fungsinya adalah untuk melicinkan kulit muka biar dia selembut rose petal gituuu ..

Cara Penggunaan : Gunakan pada waktu pagi .. Sapukan pada kulit wajah anda dalam kuantiti yang banyak yer .. Biarkan selama 10 saat kemudian sapukan dekat sedikit air urut kulit wajah anda dengan menggunakan 3 beauty fingers semoleknya dan bilas dengan air sehingga bersih ! =)

REVIEW YANA :

Sejujurnya Yana sangat suka dengan Real Fresh Skin Detoxer : Rose Refining nie sebab dia buat kulit wajah Yana rasa lembut dan licin setiap kali Yana menggunakannya .. Jangan risau akan kandungan produk nie sebab seperti yang Yana mention earlier ianya diperbuat daripada 100% kelopak bunga ros which is daripada alam semula jadi .. Ia tak akan membahayakan kulit anda semua .. =)


Real Fresh Skin Detoxer : GREEN TEA : PURIFYING

Real Fresh Skin Detoxer ; Green Tea Purifying diperbuat daripada anak daun teh yang baru tumbuh daripada Ladang Hijau Jeju .. Masker Green Tea Purifying ini dapat memberikan kelegaan kepada kulit wajah dan seterusnya menyegarkan kulit anda .. =) Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensitif .. 

Cara Penggunaan : Gunakan pada waktu malam .. Sapukan pada kulit wajah anda dalam kuantiti yang banyak yer .. Biarkan selama 10 saat kemudian sapukan dekat sedikit air urut kulit wajah anda dengan menggunakan 3 beauty fingers semoleknya dan bilas dengan air sehingga bersih ! =)

REVIEW YANA :

Okay , Real Fresh Skin Detoxer ; Green Tea Purifying nie dia buat kulit wajah Yana terasa segar sangat selepas setiap kali penggunaan .. Bau teh hijau yang segar  tu pun salah satu faktor buat Yana rasa fresh gila lepas menggunakan masker Green Tea Purifying nie ..

p/s : kedua-dua Real FResh Skin Detoxer nie sesuai untuk semua jenis kulit tau 

Psst .. Pstt .. Pada awal entri tadi Yana ada kata bahawa salah seorang selebriti daripada Korea turut mencuba Real Fresh Skin Detoxer nie Jeonghwa EXID merupakan selebriti tersebut .. Boleh tengok video dekat bawah nie yer =)



Haaa dah tengok ? Sekiranya anda teringin nak mencuba dan ingin membuat pembelian Real Fresh Skin Detoxers nie boleh klik SINI ♥



Hm dah baca sampai habis kan pendapat Yana mengenai Real Fresh Skin Detoxer nie ? Tak rasa ker macam nak mencuba ? Harga RM43 sahaja setiap satu boleh tahan lebih daripada sebulan tau .. Yana masih menggunakan Real Fresh Skin Detoxer nie dan ia menjadi salah satu rutin penjagaan kulit Yana , untuk info lanjut anda semua boleh refer links dekat bawah nie :

Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Blog : http://blog.althea.kr/
Youtube : Althea Korea

10 Wishlist Barang di Althea yang Yana Nak Beli

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. 2018 dah nak berakhir tapi Yana masih ada wishlist yang belum settle .. Arghh , nie semua gara-gara kewangan tak mencukupi .. Hm , kalau anda semua nak tahu Yana sekarang merupakan peminat tegar Althea .. Sejak Yana mengenali Althea Yana dah jarang beli dekat drugstore unless kalau Yana nak benda tu immediately .. Nak tahu tak apa 10 wishlist barang yang Yana nak sangat beli kat Althea ? Jom baca |10 Wishlist Barang di Althea yang Yana Nak Beli ..



 Contour Cleanser





Okay , nie merupakan benda yang paling Yana nak sebab sekarang Yana memang menggunakan Contour Cleanser sebagai rutin harian Yana .. Yana suka pakai Contour Cleanser nie sebab lepas guna kulit akan rasa fresh sangat .. Nak tahu apakah kebaikkan Contour Cleanser nie ? Baca dekat bawah Yana explain secara ringkas sahaja :

- pembersih muka yang kaya dengan buih
- mikro kapsulnya yang mengahsilkan pengelupasan kulit secara lembut
- menjadikan muka lebih berbentuk V shape dan tidak tembam .. In shaa allah =)

link : https://my.althea.kr/contour-cleanser


Primer Water 



Hm , rasa macam tak lengkap bila Yana nak Contour Cleanser tapi tak ada Primer Water daripada Althea nie .. Yaa , Yana juga menggunakan Primer Water nie .. Selain menggunakannya sebagai daily skincare Yana , Yana guna Primer Water nie as make up base .. Setiap kali Yana nak make up Yana akan make sure untuk letak Primer Water sebelum Yana memulakan sesi make up .. Best tau Primer Water nie bila letak dekat kulit mula rasa sejuk saja tau dah la wangi .. Nak tahu lebih details ? Baca dekat bawah :

- menghidratkan lapisan kulit
- "dewdrop" melembutkan dan meningkatkan kelembutan kulit 
- melancarkan permukaan kulit yang tidak sekata

link : https://my.althea.kr/primer-water


Fixer Cream 



Haha ! Mungkin ramai yang tak tahu benda yang Yana nak nie merupakan set Bare Essential daripada Althea .. Bermula dengan Contour Cleanser , Primer Water dan Fixer Cream merupakan antara part yang wajib ada juga .. Tak lengkap rutin penjagaan kulit kalau salah satu daripada tiga items nie tak ada tau .. Yana suka Fixer Cream sebab tekstur dia ringan dan mudah serap ke dalam kulit apa yang penting TAK BERMINYAK ! Sebab kulit Yana agak berminyak so dengan Fixer Cream nie sedikit sebanyak Yana boleh atasi masalah kulit berminyak Yana nie .. Jom baca penerangan ringkas mengenai Fixer Cream :

- menembusi jauh ke dalam lapisan kulit to plump them (sorry taktau nak translate plump tu apa)
- penghidratan selama 24 jam
- cepat absorb dan tidak melekit 

link : https://my.althea.kr/fixer-cream



Kalau anda semua nak tahu set Bare Essential nie sesuai untuk semua jenis kulit ya .. Yana dah berjaya mempengaruhi dua kawan Yana untuk try set Bare Essential nie tau .. Sorang tu siap dah repeat memang best katanya .. <3



Real Fresh Skin Detoxer Set



Yaa , nie pun merupakan set skin detoxer yang sedang Yana gunakan and almost habis dah .. Sebab tu Yana nak juga masukkan set skin detoxer nie dalam wishlist Yana .. Haa , kalau anda perasan dia ada dua berbeza warna .. For your info , yang berwarna pink tu ekstrak bunga ros manakala yang hijau green tea .. Warna pink tu untuk digunakan pada siang hari manakala hijau pada waktu malam .. Baca details dekat bawah nie yer :

- pembersih 2-dalam-1 yang menyuburkan kulit hanya dalam masa 10 saat
- mengandungi kelopak bunga mawar sebenar (untuk menyempurnakan) dan teh hijau (untuk membersihkan)
- menjadikan kulit lebih segar dan licin 

link : https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set

Milk Peel Cream Mask




Milk Peel Cream Mask nie best tau sebab dia punya bau wangi .. Lepas kita apply dekat kulit , kulit akan rasa lembut macam kulit bayi tau .. Walaupun Yana baru saja dapat Milk Peel Cream Mask nie Yana nak jugak masukkan dia dalam 10 wishlist barang daripada Althea yang Yana nak sangat-sangat .. Kebaikkan nya ? Baca dekat bawah nie : 

- mengeluarkan sel kulit mati ,tersumbat sebum dan kotoran tanpa menyakitkan kulit
- melembapkan dan menyegarkan kulit anda dengan kasein yang disertai dengan vitamin untuk kulit yang sihat 

link : https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Petal Velvet Sunaway



Memandangkan cuaca dekat Malaysia nie tak menentu .. Sekejap panas sekejap hujan .. Jadi , Yana rasa Yana perlu memiliki sunaway nie untuk melindungi kulit wajah Yana daripada terkena terus dengan sinaran UV which is tak baik untuk kulit .. Petal Velvet Sunaway merupakan pilihan yang terbaik since Yana dah pernah cuba dan sedang menggunakannya .. Setiap kali Yana nak keluar rumah Yana akan pastikan Yana sapukan Petal Velvet Sunaway ini dekat wajah Yana terlebih dahulu .. Info ringkas dekat bawah yer :

- lightweight , translucent sunblock (sorry tak reti nak translate)
- membuat kulit terasa segar dan terhidrat
- SPF50+ , PA++++

link : https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway

Perfect Outdoor Sun Block



Tadi while Yana duk usha-usha barang dekat Althea Yana macam tertarik pula nak cuba Perfect Outdoor Sun Block nie .. Yana tipikal yang suka buat aktiviti luar so rasa macam perlu pula ada Perfect Outdoor Sun Block nie dalam beg Yana .. So , masuklah wishlist 10 barang Yana nak di Althea nie .. Hehehe .. Details baca dekat bawah :

- menghapuskan kekotoran dan perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati
- memastikan kulit terhidrasi untuk mengelakkan kekeringan

link : https://my.althea.kr/calmia-sun-block-50ml

Magic Snow Fixing Foundation



Tadaaa !! Wishlist ke 9 yang Yana nak dekat Althea Magic Snow Fixing Foundation .. Nampak macam menarik pula Magic Snow Fixing Foundation nie .. Yana tak pernah cuba lagi tapi teringin nak cuba tapi bila tengok harga Yana simpan dulu dalam chart hahaha .. Baca details dekat bawah eh .. Sorry la in english Yana tak reti nak translate .. Haha !! :

- lightweight foundation : build in layers for coverage .. Create second-skin texture that looks just like skin
- oilness control : sebum control powder keeps make up fresh all-day long .. It delivers perfect complexion with matte finish
- mesh netting : an innovative mesh-netting .. Mesh filter ensures even application ..

link : https://my.althea.kr/fixing-foundation-2016-new

Delight Tony Tint



Haaa , dah segak-segak jaga kulit and pakai foundation rasa macam tak lengkap kalau biar lips pucat tak berseri kan ? Yana selalu guna lipmate sebelum nie .. Tadi , ternampak pula Delight Tony Tint .. Yes , Yana tak pernah cuba liptint tapi nampak liptint nie macam best saja why not Yana masukkan dalam wishlist 10 barang Yana nak di Althea kan .. Harga pun tak ada la mahal sangat .. Baca details dekat bawah :

- warna terang & berani
- formula mengandungi kelembapan 98% untuk mengelakkan kekeringan
- pantas pengeringan , tidak melekit , tahan lama selepas memakai 

link : https://my.althea.kr/new-delight-tony-tint

Perfume In Hand Cream



Ermmm , skincare dah .. Make up stuff pun dah .. Apa lagi eh ? Haaa .. Dah cantik-cantik kena lah wangi-wangi juga .. Perfume In Hand Cream nie nampak macam menarik , dah la packaging dia menarik dan comel .. Terdapat lima wangian yang berbeza iaitu Bloom Rose , Cotton Musk , Secret Pure , Cherry Blossom dan Sweet Love .. Baca details dekat bawah eh :

- krim tangan pelembap yang sesuai untuk kegunaan harian
- mengandungi aroma wangi agar sesuai dengan mood
- dibuat dengan ramuan berkhasiat untuk menghidrat , mencerahkan dan mencegah tanda-tanda penuaan

link : https://my.althea.kr/beauty-look-love-signs-of-2018-calmia-perfume-in-hand-cream


Wellllll , ini sahaja 10 wishlist daripada Althea yang Yana nak sangat-sangat .. Harap-harap adalah "Santa Althea" yang sudi tunaikan semua wishlist Yana nie ? Yana dah share 10 wishlist Yana nak dekat Althea .. Anda bagaimana ? Heheheh .. For more info boleh layari website Althea ye sebab banyak sangat benda best dekat sana .. Apakan daya Yana hanya diberi 10 wishlist sahaja .. Hehehe .. 

p/s: semua gambar di atas kredit ALTHEA

Hidangan NAZZEERAS' Kacang Phool Sedap di Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua.. Hari nie Yana nak share satu kedai Kacang Phool yang best dekat Penang.. Yana dan beberapa rakan blogger telah mencuba rasa dia memang tidak menghampakan.. Nak tau dengan lebih lanjut jom baca |Hidangan NAZZEERAS'Kacang Phool Sedap di Penang 


Kedai NAZZEERAS' Kacang Phool nie terletak di kawasan Tanjong Tokong,  Penang.. To be clear,  ia terletak antara Gurney dan Tanjung Bungah.. Masa kunjungan Yana ke sana pelanggan sangatlah ramai terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu,  Cina dan India.. Masa diambil agak lama umtuk kami menikmati hidangan tersebut kerana pelanggam sangat ramai dengan staf yang terhad.. 



Tadaaa!  Inilah hidangan kacang phool yang menjadi pilihan Yana ia dihidangkan bersama dengan roti bakar saiz dia boleh tahan besar lah.. Yana sebenarnya tak makan tau telur separuh masak nie tapi bila makan dekat NAZZEERAS' Kacang Phool nie licin pula Yana sapu.. Rasa kuah kacang phool nie ala ala kuah spaghetti memang sedaplah.. Nak diikutkan satu hidangan nie saja dah mampu buat anda rasa kenyang tau.. 




Ini merupakan beberapa hidangan lain yang terdapat di NAAZEERAS' Kacang Phool.. Aaa, to be honest Yana taktau rasa dia macam mana sebab nie merupakan hidangan yang dipilih oleh beberapa rakan blogger Yana.. In shaa allah, Yana yakin rasanya memang tidak menghampakan sepertimana lazatnya hidangan kacang phool yang Yana pilih tu macam tu jugalah lazatnya hidangan sampingan lain yang terdapat di NAZZERAS' Kacang Phool.. 

Sekiranya anda nak tahu, lokasi NAZZERAS' Kacang Phool terletak di :

No. 1 & 27, Kompleks Desiran Tanjung,
Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang,
10470 Tanjung Tokong, Penang

dan 

37 Gat Lebuh China,  10200 George Town ..

untuk maklumat lanjut anda bolehlah refer maklumat dekat bawah nie : 

Facebook Page :
Nazzeeras' Kacang Phool Penang Georgetown

Website :
Nazzeeras' Cafe

No Telefon :
019-220-1335

Okay sekian sahaja daripada Yana .. Sekiranya anda berkesempatan jangan lupa singgah yer ke Nazzeeras' Kacang Phool ♥

Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Punca Jerawat di Kening
  • LAZADA Online Shop yang Terbaik
  • US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
  • Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang
  • Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN SELERA NUSANTARA

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger