Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Kempen It's All About You daripada Domino's Pizza

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Bila bercakap mengenai Dominos's Pizza memang bukanlah sesuatuu yang asing lagi bagi kita kan ? Yana memang merupakan penggemar pizza Domino sebab rasa dia sedap dan roti pizza tu Yana suka nak bagitau kenapa Yana tak reti kalau nak tahu cubalah sendiri dan describe lah kenapa lebih menggemari pizza daripada Domino nie ..


Tadaaa ! Wajah riang Yana selepas dapat set Domino's Pizza yang Yana order secara atas talian .. Yana bukanlah seorang yang penyabar yang suka tunggu for something .. Yana tipikal manusia yang kalau boleh tu once Yana dah sampai dekat tempat tu Yana nak semua dah siap and Yana tinggal makan sahaja .. Well , Domino's Pizza cawangan Bertam did a good job .. Yana set time untuk pick up pada pukul 9 tapi Yana sampai sana 15 minit awal guess what ? Pizza yang Yana order dah siap .. Itu Yana puji .. 




Sorry not sorry sebab Domino's Pizza dan Cinnastix Yana dah tak sempurna sebab masa hari Yana pi beli nie Yana dalam keadaan yang sangat exhausted so dalam kereta Yana dah bedal a few pieces of pizza dan Cinnastix tu .. Sebenar nya dalam set nie ada dua tin soft drinks .. Soft drinks nie boleh dipilih yang mana bekenan di hati dan Yana telah memilih Mountain Dew pun tak sempat nak snap .. Maafkan Yana yeah .. Yana telah memilih Domino's Pizza topping Ultimate Hawaian sebab Yana suka ayam dan nenas di atas pizza .. While , Cinnastix tu memang favourite Yana .. Habis jugaklah Yana bedal , see gambar pun dah tak sempurna hehehe .. 


Sepertimana yang kelihatan dalam gambar diatas tu ya Yana mengaku sesampai nya di rumah Yana sambung makan lagi Domino's Pizza Ultimate Hawaian yang Yana order secara atas talian tadi .. Enakkk sangat tauuuu =) .. Eh eh cakap cakap pasal Domino's Pizza nie Yana nak tanya anda semua tahu tak mengenai sejarahnya? Kalau tak tahu mai sini Yana nak bagitahu .. Domino's Pizza telah bertapak di Malaysia selama 20 tajum dah tau .. Bermula pada tahun 1997 , Tom Monaghan pengasas Domino's Pizza Inc mengambil keputusan untuk membuka cawangan pertamanya di USJ , Kuala Lumpur dengan 15 orang pekerja sahaja .. Haa ,kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah Domino's Pizza nie anda semua boleh layari www.dominos.com.my/itsallaboutyou/ .. 


Berbalik kepada kisah Domino's Pizza Yana tu .. Satu set tu ada satu Cinnastix , satu personal pizza topping ikut citarasa anda lepas tu akan dapat dua tin soft drinks dengan hanya RM42.30 murah wehh .. Mana nak dapat harga macam nie dah lah tak payah tunggu lama-lama order online bagitau waktu nak pick up then masa dah sampai sana semua dah siap tunggu nak ambil sahaja .. Haa satu lagi Yana nak bagitau selepas andaasemua membuta pembelian secara atas talian tu rajin-rajinkanlah diri untuk jawab survey nanti boleh dapat satu Cinnastix secara percuma untuk pembelian seterusnya .. So , cepat-cepatlah kunjungi cawangan Domino's Pizza yang teredekat dengan anda untuk membuat pembelian atau boleh order secara atas talian di www.dominos.com.my atau boleh hubungi 1-300-888-333 untuk delivery ke lokasi anda berada =)

#itsallaboutyou



Althea's Petal Velvet Sunaway - Membantu Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Sepertimana yang kita semua sedia maklum wanita dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan .. Terdapat pelbagai lambakan produk kecantikkan yang dijual di pasaran .. Tapi , Yana nie sejenis yang agak cerewet Yana tak pakai produk yang Yana ragui akan keselamatannya .. Nak  tahu kenapa Yana memilih Althea's Petal Velvet Sunaway sebagai salah satu langkah Yana merawat kulit Yana ? Jom baca │ Althea's Petal Velvet Sunaway - Membantu Melindungi Kulit Daripada Sinaran UV ..



gambar kredit : Althea Korea 

Okay , kalau nak tahu Yana merupakan gadis yang agak aktif .. Yana bukan tipikal yang suka stay dekat rumah .. Bila Yana ada masa lapang , Yana akan isikan masa lapang Yana dengan keluar jalan-jalan ,bersukan dan bermacam lagi .. Once Yana keluar kulit wajah Yana secara tak langsung akan terdedah kepada cahaya matahari yang memancarkan sinaran UV yang mana lama kelamaan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kulit wajah Yana .. So , apa yang Yana buat untuk mengatasi masalah ini ? Yana apply Althea's Petal Velvet Sunaway ke kulit wajah Yana sebelum Yana keluar .. Actually , Alhtea's Petal Velvet Sunaway nie juga boleh di apply ke seluruh badan tau .. Yana memang akan gunakan produk Althea yang ini sebagai make up base Yana dan secara tak langsung ia membantu menjaga kulit Yana daripada terkena terus dengan sinaran UV .. 

gambar kredit : Althea Korea 

Althea Petal Velvet Sunaway ini diperbuat daripada ekstrak Rose Damask yang dapat menghidrasi  dan menenangkan kerengsaan yang mendalam ia secara tak langsung menjadikan kulit berasa sihat .. Selain itu , Asid Hyaluronik juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan Althea's Petal Velvet Sunaway yang mana Asid Hyaluronik ini dapat memberi kelembapan kepada kulit wajah dan mencegah dehidrasi .. Minyak Geranium turut terdapat dalam Althea's Petal Velvet Sunaway ini ia bertindak sebagai menaikkan seri kulit dan dapat menyembuhkan jerawat .. Wahh , menarik bukan Althea's Petal Velvet Sunaway nie ?



Apakah kebaikkan Althea's Petal Velvet Sunaway nie ? Okay , Althea's Petal Velvet Sunaway ini ringan dan tidak meninggalkan kesan yang ketara pada kulit muka kita lebih kurang macam lut lah so tak kan nampak kesan putih atau apa-apa sahaja pada wajah kita selepas apply muka akan nampak natural seperti kita tak letak apa pun dekat wajah kita .. Selain itu ia juga akan membuat kulit terasa segar dan terhidrat disamping mengandungi SPF50+ dan PA ++++ ..



Apa yang lebih menarik mengenai Althea's Petal Velvet Sunaway ini dia berbau wangi dan membuat kita rasa selesa nak apply dia dekat kulit wajah kita tangan dan lain-lain anggota yang sering terdedah dengan sinaran matahari even berpeluh pun takkan rasa melekit .. Selesa sahaja kulit wajah terasa setiap kali Yana apply Althea's Petal Velvet Sunaway nie ..


Hmm , rasa macam tak sempurna sahaja kan kalau sekadar menggunakan Althea's Petal Velvet Sunaway nie untuk keluar .. Apa lagi eh yang perlu digunakan untuk melengkapkan solekan Yana ? Haa , Yana akan menggunakan Petal Velvet Powder (berwarna putih) , kadang-kadang Yana juga menggunakan Petal Velvet Powder #Pink Lavender kepada mereka yang suka akan tona sama seperti kulit wajah bolehlah apply Petal Velvet Powder yang berwarna coklat sikit .. Gambar jelas boleh rujuk dekat bawah yer .. 







Akhir kata daripada Yana , jadikanlah Atlhea's Petal Velvet Sunaway ini sebagai pelindung kulit wajah anda daripada sinaran matahari .. Ianya sangat ringan dan tidak kelihatan sewaktu digunakan .. Ianya akan memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari tanpa sebarang kesan yang tak diingini .. Althea's Petal Velvet Sunaway ini juga mempunyai SPF sebanyak 50+ PA ++++ , jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari .. Padankan dengan pilihan Petal Velvet Powder yang menjadi kegemaran anda dan dapatkan sebanyak 10% diskaun dengan hasil pembelian kedua-dua petal nie ! =)

Jadi kalau anda teringin nak mencuba set penjagaan kulit daripada Althea ini anda bileh dapatkannya di laman web Althea https://my.althea.kr/ anda boleh search by Althea's Petal Velvet Sunaway di bahagian paling bawah akan ada untuk set punya .. Harga hanya RM53.10 namun begitu harga akan bertukar mengikut tempoh promosi mereka =)

For more info mengenai produk-produk daripada Althea Korea anda boleh rujuk links dekat bawah nie yer :

Laman web 

my.althea.kr/ 

Facebook 

altheamalaysia

Instagram 

@altheakorea

Dutch Lady Breakfast Challenge│Mulakan Pagimu dengan Susu Dutch Lady PureFarm

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Kalau anda semua perasan beberapa minggu yang lalu Yana ada kongsikan 5 jenis sarapan pagi Yana yang dipadankan dengan susu Dutch Lady PureFarm .. Kenapa eh Yana buat macam tu ? Jom baca Dutch Lady Breakfast Challenge│Mulakan Pagimu dengan Susu Dutch Lady PureFarm .. 

gambar sekadar hiasan

Sekarang nie kan Yana tengok baik pelajar mahupun mereka yang sudah bekerjaya sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi .. Padahal sarapan pagi sangat penting untuk kita memulakan hari kita dengan cergas .. Ramai yang fikir bila nak diet boleh skip sarapan pagi , untuk pengetahuan anda itu salah ya .. Sarapan pagi  perlu diambil walau sesibuk mana pun anda .. Sebenarnya tak wajib pun sarapan yang heavy sangat cukup lah dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm untuk anda kekal aktif dan bertenaga .. Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian..Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan..Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.


Cabaran Hari Pertama Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥


Okay pada hari pertama Dutch Lady bagi Yana satu sarapan dengan Nasi Lemak bersama dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk .. Bila dah sarapan meriah macam nie memang kenyang sampai tengah hari lah jawabnya .. Dalam segelas susu Dutch Lady terdapat pelbagai nutrien penting antaranya ; protein , kalsium , vitamin A , Vitamin B2 dan vitamin D .. Kesemua nutrien yang terdapat dalam susu  Dutch Lady mampu membekalkan tenaga untuk anda kekal aktif dalam menjalankan aktiviti harian anda .. Okay dekat bawah nie Yana akan kongsikan beberapa menu sarapan pagi Yana sempena menyahut Dutch Lady Breakfast Challange ! =)


Cabaran Hari Kedua Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥



Sejujurnya , macam nie lah sarapan Yana sebelum Yana menyahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge nie .. Sarapan Yana ala kadar saja asal kenyang .. Cuma sebelum nie susu Dutch Lady digantikan dengan coffee .. Arghhh ! Sangat tidak sihat kan sebab dalam coffee mengandungi banyak gula dan caffein .. Selepas saja Yana menyahut seruan nie Yana dah mula ambil segelas susu pada setiap pagi sebagai salah satu menu WAJIB untuk sarapan Yana ..


Cabaran Hari Ketiga Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥


Pada hari ketiga Yana memilih konsep sarapan ala ala india .. Tosai sekeping dan menu WAJIB segelas susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk .. Alhamdulillah , sarapan ringkas macam nie pun dah kenyang dan Yana boleh kekal bertenaga sampailah ke waktu untuk makan tengah hari ..


Cabaran Hari Keempat Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥


Jadi , untuk hari keempat Yana memilih sarapan yang lagi simple daripada Tosai .. Yaa , sandwich goreng , roti sosej goreng bersama dengan susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk sebagai sarapan pagi Yana .. Serius cakap , makan macam nie pun Yana boleh kekal kenyang dan tak perlu nak cari kudap-kudap lain sementara menunggu waktu makan tengah hari tiba .. =)


Cabaran Hari Kelima Sarapan dengan Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream ♥


Finally , baru Yana cari sarapan yang agak berat sikit untuk digandingkan bersama dengan susu Dutch Lady Pure Farm Full Cream sebagai sarapan pagi Yana pada hari terakhir menyahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge nie .. Kalau yang simple tadi Yana boleh kenyang sampai tengah hari .. Yana makan macam nie memang waktu tengah hari Yana tak mampu nak makan berat dah cukup sekadar makan roti sahaja .. Susu Dutch Lady dapat membekalkan tenaga yang secukupnya untuk Yana kekal aktif pada hari tersebut ..

Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:
• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;

• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.


Jom dekat sini Yana ajak anda semua memulakan pagi anda dengan sarapan yang berkahsiat hanya dengan segelas susu Dutch Lady Pure Farm .. Bila dah mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady Pure Farm nie jangan lupa untuk sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge secara dalam talian dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang sangat menarik bernilai lebih daripada RM35,000 .. Cara dia ? Sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge .. Padankan sarapan pagi anda dengan susu Dutch Lady PureFarm .. Peraduan bermula pada 8 Oktober sehingga 11 November 2018 sahaja tau jadi cepatlah join ye ..

For more info anda boleh layari :

Facebook : Dutch Lady Malaysia
Website : www.dutchlady.com.my
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger