Nikmati Hidangan 101 Resepi Tok Wan di Hotel Vistana

Nikmati Hidangan 101 Resepi Tok Wan di Hotel Vistana

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semuaaaa .. Salam 18 ramadhan .. Haa , dah ada plan ke nak berbuka dekat mana esok atau hari-hari seterusnya .. Yana ada satu lagi buffet ramadhan yang Yana nak suggest dekat awak semua .. Nak tahu dengan lebih lanjut jom baca | Nikmati Hidangan 101 Resepi Tok Wan di Hotel Vistana ..



Bertemakan 101 Resepi Tok Wan , hidangan buffet di Hotel Vistana menyajikan pelbagai jenis kerabu sebagai pembuka selera .. Antaranya ; Kerabu Mangga , Kerabu Sotong , Kerabu Kaki Ayam , Kerabu Taugeh , Kerabu Betik  Muda , Kerabu Pucuk Paku , Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Nenas .. Selain daripada kerabu pelbagai ulam ulaman turut disajikan .. Haa kena sangat kan dengan tekak orang melayu ulam ulaman memanh wajib ada setiap kali nak makan nasi .. Antara ulam ulaman yang disediakan adalah seperti ulam raja , jantung pisang , daun pegaga dan petai .. Sambal juga divariasikan tau , ada sambal belacan , sambal mangga , cencaluk , tempoyak , budu dan sambal hitam ..





Mesti ramai yang tertanya-tanya kan apakah menu utama 101 Resepi Tok Wan nie .. Hm , jom lah tengok .. Apa yang Yana dapat bagitau semua menunya memang sedap-sedap belaka .. Antara menu hidangan utama ialah ayam panggang madu , daging gulai Pantai Timur , lala goreng ala Sze Chuan , ikan goreng bersama sos Mangolia , udang masak lemak batang keladi , kambing masak kari dan ayam goreng telur masin ..

MENU HIDANGAN UTAMA 









Selain daripada ini , terdapat beberapa gerai yang menyediakan beberapa makanan sampingan lain seperti asam laksa , nasi ayam nasi kerabu  , gerai jeruk 
dan juga gerai buah buahan .. Oh ya , Yana diberitahu bahawa nasi kerabu merupakan signature dish di Hotel Vistana dan juga menjadi makanan kegemaran Yana semasa Yana mencuba Buffet Ramadhan yang berkonsepkan 101 Resepi Tok Wan ..









Oh yaaa !! Sebelum Yana lupa salah satu menu yang selalu menjadi perhatian Yana setiap kali ke buffet ramadhan ialah KAMBING GOLEK !! Kambing Golek ini tidak menghampakan Yana sebab Yana suka sangat dengan kambing golek nie rasanya just nice dan tidak liat .. 



Seperti kebiasaan , setiap hidangan yang lazat mesti diakhiri dengan pencuci mulut .. Terdapat pelbagai jenis kuih muih tradisional yang dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk Ramadhan Buffet 101 Resepi Tok Wan nie .. Antaranya ; bubur pulut hitam , bubur mutiara dan bubur kacang hijau .. Manakala , menu hidangan kuih muih tradisional adalah , kuih cara manis , seri muka , kuih sagu dan kuih loyang .. Disamping itu , turut disediakan pencuci mulut moden seperti kek dan puding ..




Semuanya nampak sangat menyelerakan , betul tak ? Memandangkan puasa masih berbaki lebih kurang 11 hari Yana cadangkan awak semua pergi cuba BUFFET RAMADHAN 101 RESEPI TOK WAN di Hotel Vistana nie sebab bagi Yana ianya sangat berbaloi untuk dicuba .. Untuk maklumat lanjut boleh refer dekat bawah ya .. 

Harga Buffet Ramadan Vistana Penang

Dewasa RM70 nett
Kanak-kanak (4-12tahun) RM30 nett

Untuk tempahan sila hubungi

Tel: +604-6468000
Whatsapp: +0186880010
Email: vispg@ytlhotels.com.my

3 Comments

  1. semua ni kena betul dengan selera tekak sha haha

    ReplyDelete
  2. Dah raya dah! haahaha..
    Selamat hari raya Aidilfitri

    ReplyDelete
  3. shedapnyer,, huhu..slamat hari rya! maaf zahir & batin yana!

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^