Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Tampil Berseri Seawal Dua Minggu dengan Snow Crystal by Elldora

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Fuhh , lately Yana ada banyak tau benda yang Yana nak kongsikan dengan awak semua dekat blog Yana nie .. Okay , untuk entri kali nie Yana nak cakap sedikit mengenai kecantikkan .. Yana yakin tak kira sama ada kaum adam mahupun kaum hawa mengimpikan kulit yang sihat dan berseri kan ? Lagi-lagi kaum hawa , mesti nak sentiasa cantik dan berseri .. Baru-baru nie Yana diperkenalkan dengan satu supplement yang mampu merawat masalah kulit kusam seawal 2 minggu .. Jom baca │Tampil Berseri Seawal Dua Minggu dengan Snow Crystal by Elldora ..



APA ITU SNOW CRYSTAL by ELLDORA ?
Snow Crystal merupakan sejenis tablet yang mempunyai 12 efek .. Snow Crystal merupakan produk keluaran muslim bumiputera .. Jadi , awak semua boleh consume tanpa ragu-ragu akan status HALAL tablet ini sememangnya HALAL gunakan tanpa was-was .. Haaa gituuuu .. Pada awalnya Yana diberitahu bahawa kesan Snow Crystal by Elldora boleh Nampak within 2 weeks ! Fuh , cepat lah jugak nak nampak cantik kan ? Snow Crystal by Elldora mengandungi 22 bahan aktif dan 100% menggunakan bahan semula jadi .. Oh ya , sebelum Yana terlupa nak bagitau awak semua dalam setiap botol Snow Crystal mengandungi 60 biji tablet which is boleh tahan selama sebulan .. Snow Crystal by Elldora perlu diambil dua kali sehari , sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam ..




ANTARA KESAN SELEPAS PENGGUNAAN SNOW CRYSTAL by ELLDORA .
  •          Kulit lebih berseri
  •         Masalah kulit kusam hilang
  •         Tona kulit lebih sekata
APAKAH BAHAN KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM SNOW CRYSTAL ?


  1. L-Cystiene
  2. Vitamin C
  3. Collagen
  4. Mangosteen Astaxanthin
  5. Aloevera
  6. Mixberries
  7. Rice Bran
  8. Bird Nest
  9. Pomegranate
  10. Sakura
  11. Tomato
  12. Premix Mineral
  13. Green Tea
  14. Olive Leaf
  15. Lychee
  16. Papaya
  17. Applehenol
  18. Isomalt
  19. Strawberry
  20. Dextrose
  21. Premix Vitamin

Kesemua bahan kandungan yang terdapat dalam Snow Crystal by Elldora nie memang ternyata sangat baik untuk kulit .. Sebab tu lah kesan nya boleh dilihat seawall dua minggu kan ?

TESTIMONI 








CARA PENGAMBILAN SNOW CRYSTAL by ELLDORA .

Ambil pada waktu pagi sebiji dan pada waktu malam sebiji .. Tapi Yana hanya amalkan pengambilan pada waktu pagi sahaja .. Jangan overdose pula eh awak semua ... Nak cantik cepat nanti melebihi  had yang dibenarkan pula  .. Hehehe ..


Selepas berjela  Yana explain mengenai Snow Crystal by Elldora nie siap tunjuk testimoni lagi taknak ke cuba ? Tak perlu cucuk , tak perlu pembedahan kunyah-kunyah terus cantik tau .. Yana dan beberapa rakan lain dah mencuba dan telah melihat kesannya .. 


Elldora Beauty juga bakal melancarkan skincare dan foundation yang semestinya terbaik. Nak info dan consultation lebih lanjut, korang boleh hubungi careline yang tertera bawah ni ya :

Elldora Empire
Inspire Your Desire 
Careline: 019-2271077
Instagram: Elldora Beauty HQ
Facebook: Elldora Beauty HQ
Website: elldora.blogspot.com


Meriahnya Majlis Pelancaran Produk Nexglo UV Physical di Park Avenue Sg Petani, Kedah

ASSALAMMUALAIKUM WBT♥

Haiii semuaaa.. Seperti yang Yana janjikan Yana nak berkongsi mengenai pengalaman Yana semasa berada di Majlis Pelancaran Produk Nexglo UV Physical yang diadakan di Park Avenue Sungai Petani, Kedah.. Nak tahu apa yang menarik? Jom baca  |Meriahnya Majlis Pelancaran Produk Nexglo UV Physical di Park Avenue Sungai Petani, Kedah..


Okay, pada 18 Febuari yang lalu Yana telah dijemput ke Majlis Pelancaran Nexglo UV physical yang diadakan di Park Avenue Sungai Petani,  Kedah.. Yana dan beberapa lagi rakan blogger yang lain berpeluang merasai kemeriahan majlis pelancaran produk ini yang Yana dimaklumkan turut dihadiri oleh ahli keluarga pengasas Nexglo UV Physical, rakan-rakan terdekat, pengguna tegar produk Nexglo dan tidak terkecuali MUA (make up artist) iaitu Haya Rahim.. Seperti majlis lain majlis ini dimulakan dengan kehadiran tetamu VIP, kemudian diteruskan dengan bacaan doa seterusnya ucapan aluan oleh pengasas Nexglo iaitu Puan Nurul seterusnya beliau merasmikan Majlis Pelancaran Produk Nexglo UV Physical.. Yana belanja sikit eh gambar semasa berada di Majlis Pelancaran Produk Nexglo UV Physical ..






Sejujurnya kan , sebelum Yana mai ke majlis pelancaran produk Nexglo nie .. Yana memang tak tahu langsung mengenai kewujudan produk ini di pasaran .. Mujurlah kak Farah sudi pilih Yana untuk menghadiri majlis pelancaran produk Nexglo UV Physical nie .. Dapatlah Yana tahu dengan lebih detail mengenai produk ini dan secara tak langsung Yana dapat juga mencuba produk ini ..


Haaa .. Sebelum Yana lupa ada satu acara yang sangat memukau tau .. Terkesima sebentar Yana dengan acara launching gimik yang diadakan pada hari pelancaran produk Nexglo UV Physical .. Jom tengok gambar ..





APA ITU NEXGLO ?

Nexglo merupakan satu-satunya sunscreen yang pertama menghasilkan perlindungan lengkap broad spectrum UVA / UVB , SPF 45 .. 100% menghalang wajah anda daripada sinaran UV .. Nexglo merupakan inovasi terbaru dari France ! Wahh , bukan calang-calang produk tau Nexglo nie ..

REPAIRING + GLOWING + FLOWLES

  • SUNCREEN PERTAMA YANG LENGKAP DI MALAYSIA
  • SETANDING PRODUK ANTARABANGSA
  • MUDAH DISAPU 
  • CEPAT DAN MENJIMATKAN MASA
  • TIDAK PERLU BUANG MASA MENGHADAP 
  • CERMIN 
  • TAK PERLU KOS YANG BANYAK
  • TAHAN SEHINGGA 4 BULAN



KENAPA ANDA PERLU NEXGLO??

Nexglo-Sentuhan texture yang menyembunyikan semua bintik-bintik hitam dan kerosakkan pada kulit sebaik sahaja dipakai. Kulit anda dilindungi dengan lebih sempurna dan berseri". 

  •  Formulasi dari France
  •  Sesuai Untuk Semua Jenis kulit
  • (Normal / Kering / Berminyak / Sensitive) 
  •  Boleh dipakai dengan foundation / bedak
  •  Boleh dijadikan sebagai Primer 
  •  Texture Yang Sangat lembut
  •  Tidak Berminyak
  •  Tidak Melekit
  •  Tidak Bercapok
  •  Solekan Tahan Lama
  •  Tidak Menyekat Liang Pori
  •  Perlindungan dari UVA / UVB 
  •  SPF 45
  •  Mencegah Dari Kanser Kulit Akibat Pancar 
  • Matahari
  •  Tidak Mengandungi Bahan Kimia Merbahaya
  •  Bertindak sebagai Mineral Base
  •  Anti Kedutan / Penuaan
  •  Anti Jeragat
  •  Mengecilkan Liang Pori
  •  Kulit Akan Sentiasa Segar 
  •  Kulit Wajah Semakin Glowing



HANYA UNTUK YANG SERIUS NAK CANTIK SECARA SIHAT DAN SELAMAT

  1.  DIJAMIN💯 SELAMAT
  2.  DIJAMIN 💯 BERKESAN 
  3.  Produk berstatus GMP
  4.  Mendapat kelulusan dari    
  5.  Kementerian Kesihatan 
  6.  Malaysia - NOT180105930K
  7.  Sesuai Untuk Wanita yang menjaga keterampilan
Jom tengok sesi tutorial make up oleh MUA Haya Rahim.. Beliau jugak menggunakan produk Nexglo sebagai salah satu base make up beliau.. Jom lah tengok Yana taknak banyak bebel.. Heheh.. 





Cantik kan model nie di make up dengan menggunakan produk Nexglo UV Physical sebagai base make up.. Aaa.. Yana bukan cakap macam nie sebab Yana nak promote produk Nexglo nie tapi Yana nak kita cantik sama-sama sebab produk Nexglo nie memang best tau dan Yana sampai sekarang masih menggunakannya.. Setiap kali Yana nak keluar WAJIB yana apply Nexglo sunscreen sebelum Yana keluar =)


Sebelum melangkah pulang sempat jugak kami berdua bergambar dengan pengasas Nexglo iaitu Puan Nurul , kecil molek saja orangnya peramah dan tidak sombong tau .. =)



Tadaaa!!  Nie lah kesan selepas Yana calit calit Nexglo sunscreen di wajah Yana.. Tak perlu pon make up tebal tebal dengan ada nya Nexglo masa Yana bersiap menjadi lebih singkat.. Hehehe.. Eh sekejap.. Ada artis pakai tau produk Nexglo nie.. Jom tengok bawah.. 


Haaa Deja Moss jugak merupakan salah seorang pengguna produk Nexglo tau.. So, takkan yang lain lain tu nak tengok kami saja cantik jom lah kita cuba produk Nexglo nie secara berjemaah..  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut awak semua boleh lah refer : 

FB PAGE : NEXGLO MALAYSIA
IG : nexglo_official
Whatsapp : http://nexglomalaysia.wasap.my


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis pelancaran nie yang banyak memberi kerjasama kepada para blogger sepanjang kami berada di sana .. Terima kasih juga Yana ucapkan kepada Kak Farah sekeluarga sebab sudi jemput Yana ke Majlis Pelancaran Nexglo UV Physical dan terima kasih atas layanan mesra yang diberikan =)

Silver Spoon Cuisine Menyajikan Hidangan Lazat dengan Harga Berpatutan

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiiii semua.. Okay hari nie ada satu benda yang Yana nak share dengan awak semua terutama sekali kepada Penangites.. Ada satu restoran yang mana bagi Yana sangat cosy dan makanan pun sedap yang awak semua mesti cuba.. Nak tahu dengan lebih lanjut jom baca | Silver Spoon Menyajikan Hidangan Lazat dengan Harga yang Berpatutan..


Okay mungkin ramai yang tak perasan akan kewujudan Silver Spoon Cuisine nie.. Ia terletak di tingkat dua Hotel Mei.. Pada hari Isnin lepas Yana dan dua orang lagi rakan blogger iaitu Akma dan Olivia telah dijemput untuk menikmati beberapa sajian yang dihidangkan di restoran ini.. 


Pertama kali Yana melangkah masuk ke dalam Silver Spoon Cuisine nie Yana agak terpesona dengan environment dia.. Muzik yang dimainkan pun macam kena dengan suasana restoran yang sangat cosy.. Sungguhpun restoran ini tidaklah besar sangat tapi susun atur meja dan beberapa barang lain menampakkan restoran ini sangat elegan.. Oh ya.. Satu lagi.. Restoran ini sangat bersih.. Semua peralatan disusun dengan kemas hampir setiap sudut Yana ambil gambar sebab Yana terpesona dengan "appearance" restoran ini.. Jom Yana tunjukkan beberapa sudut di restoran nie yang Yana dah ambil gambar.. 


Ini merupakan bahagian paling hadapan.. Minuman dan makanan disediakan di bahagian ini.. Seperti yang Yana mention tadi tempat nie memang kemas dan bersih.. Sebelum ada yang tanya Yana bahawa restoran ini Halal atau tak pertama sekali biar Yana bagitahu bahawa restoran ini tidak mempunyai sijil Halal .. Pork free itu saja yang Yana boleh katakan.. Sekarang kebanyakkan restoran yang diusahakan oleh non muslim berkonsepkan pork free for example Chilli's.. Ada sajakan orang Islam yang masuk.. =)


Di sini mereka meletakkan menu untuk dipilih oleh pengunjung.. Berbagai menu Barat yang disediakan.. Semuanya nampak menarik dan lazat di mata Yana.. Namun Yana dan beberapa rakan blogger yang lain hanya mampu merasa 4 menu sahaja sebab mana mampu weh nak rasa semua perut kami masih perut manusia normal.. 


Tadaaa!! Ini merupakan sudut favourite Yana, pertama sekali senab ada teddy bear dekat situ dan lagi satu bavkground dia cantik.. So, lepas Yana dah settle dengan food Yana dah tahu apa nak buat.. Hehehe.. Okay, jom tengok makanan dan minuman yang dihidangakan kepada kami bertiga.. 


CHICKEN HAM AGLIO OLIO 


Ini merupakan hidangan pertama yang disajikan kepada kami bertiga.. Yana sebenarnya penggemar Aglio Olio , banyak spagetti Aglio Olio yang Yana pernah cuba sebelum nie tapiiiii CHICKEN HAM AGLIO OLIO nie adalah antara yang terbaik yang Yana pernah cuba.. Sedap weh.. Licin Yana makan tau..  Heheh.. Nextttt food jom.. 


SEAFOOD PESTO / PASTA


Hm, pada mulanya Yana macam tak yakin tau nak try hidangan nie sebab dah lah warna hijau and ada bau rempah yang agak kuat bagi Yana.. Tapi sangkaan Yana meleset sama sekali sebab hidangan nie lazat sangat kaya dengan seafood pula tu ada sotong, udang besar dan siput tu Yana tak pastilah nama dia apa.. Apa yang Yana tahu SEAFOOD PESTO / PASTA nie sedappp!!  =)


CHICKEN CHOP


Sebenarnya Yana bukanlah penggemar chicken chop sangat sebab muak bagi Yana.. Yela,  macam mana tak muak bila tepung melebihi isi ayam.. Tapi,  CHICKEN CHOP di Silver Spoon Cuisine just nice.. Isi ayam dia sangat lembut dan sos yang dihidangkan bersama CHICKEN CHOP tu pun sedap macam ala ala mexican punya sos la.. Bukan sos blackpepper yang sering dihidangkan bersama chicken chop yang selalu kita makan tu.. 


SIRLION WITH MINT & GRAVY SAUCE


Last but not least,  SIRLION WITH MINT & GRAVY SAUCE.. Fuhhh tergeliat lidah nak sebut nama makanan nie.. Hehehe.. Walaupun dagingnya dimasak secara medium rare namun bau hamis daging tu tak terhidu pun.. Rasa juicy daripada daging tu memang jelas terasa besides daging dia pun tak liat.. Sos yang dihidangkan dengan daging ini pun just "ngam" together.. Yana sukaaa sangat hidangan ini.. Pasti tak lengkap kan hidangan makanan tanpa minuman.. Jom tengok minuman yang telah dihidangkan kepada kami bertiga.. 


COCONUT ICE CREAM


BLUEBERRY AVOCADO SMOOTHIE


GREEN TEA LATTE


WATERMELON LATTE 

Okay inilah 4 minuman yang telah dihidangkan kepada kami hari tu.. Semuanya sangat refreshing dan sedap.. Favourite Yana BLUEBERRY AVOCADO SMOOTHIE & WATERMELON LATTE <3 


Dah selesai makan jom lah kite ber OOTD dekat sudut yang menjadi kegemaran Yana nie.. Hehehe.. 


Oh yaaa.. Sebelum Yana terlupa Yana nak bagitau yang Silver Spoon Cuisine sedang buat promosi beli satu hidangan dan dapatkan satu lagi hidangan utama secara PERCUMAAAA!!  Wahh restoran mana weh nak bagi promosi macam nie,  kepada Penangites hangpa wajib mai cuba makan dekat sini.. Sekiranya awak nak buat apa apa event atau birthday party pun boleh tau.. Silver Spoon Cuisine boleh memuatkan seramai 100 orang pada satu masa.. Cepatlah pi wei.. Jangan cakap Yana tak payung yerrr =) 


Sekalung penghargaan Yana ucapkan kepada Encik Teddy.. Eh eh silap kepada pihak pengurusan dan staf-staf Silver Spoon Cuisine untuk hidangan lazat yang dihidangkan kepada kami bertiga semasa kami berada di sana dan juga kepada layanan mesra yang diberikan kepada kami semua.. Silver Spoon Cuisine merupakan tempat yang menarik dan wajib dicuba kepada penggemar makanan Barat.. Yana dan rakan-rakan dah cuba.. Awak bila lagi? 



Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger